Penyanyi No.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini berkongsikan beberapa keping foto di laman instagram miliknya, apabila dia berpeluang menemui cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay secara empat mata.
Umum sedia maklum, Gordon membuka cawangan Restoran Gordon Ramsay Bar & Grill di Sunway City Kuala Lumpur yang popular dengan menu Beef Wellington.
Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Tak Sangka Jumpa Gordon Ramsay
Walaupun merasa sedikit kecewa kerana tidak dapat merakam detik-detik bersejarah itu, apabila telefon bimbit miliknya tiba-tiba ‘hang’ sewaktu mahu berswafoto bersama Gordon.
“A night with MasterChef. Suddenly my handphone hang.. 😩 This is the best pic so far,” tulisnya di kapsyen.
Namun, keletah Siti Nurhaliza yang terkaku dan ‘Speechless’ disaat berdepan figura hebat itu sempat dirakamkam seseorang dan menjadi tular di aplikasi TikTok @sitinurhalizagallery
Setelah melihat video tersebut kebanyakkan netizen merasakan bahawa keletah Siti yang terkaku, speechless dan ‘awkward’ waktu itu begitu comel!
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran video tersebut, Hijabista mendapati rata-rata netizen membanjiri ruangan komen dengan kata-kata punian kerana penyanyi itu.
Ads
Ini demikian kerana, Siti kini terlihat lebih kurus, malah dia tampak anggun dalam busana berona jingga serba feminim, sekaligus memberikan aura ceria kepada bintang bersuara emas itu.
Lagu Menjaga Cintamu merupakan runut bunyi kepada filem The Untold Story. Datuk Sri Siti Nurhaliza sangat berminat untuk berkolaborasi dengan Andi Rianto, tetapi dia tidak pernah berpeluang. Akhirnya, impiannya menjadi kenyataan apabila lagu itu dimuatkan dalam filem itu.
Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata, lagu “Menjaga Cintamu” menggambarkan perjuangan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan semua wanita yang berpegang teguh pada suami.
“Saya terima tawaran untuk menyanyikan lagu Menjaga Cintamu kerana yakin dengan kekuatan lagu ini serta tertarik dengan mesej kesetiaan wanita itu.
“Saya juga memahami lagu dan lirik Menjaga Cintamu ini menceritakan mengenai kesetiaan dan pengorbanan seorang wanita. Kebetulan juga saya memang dalam fasa menerbitkan album terbaharu,” katanya.
Siti berkata, lagu Menjaga Cintamu mengambil masa kira-kira sejam untuk dirakam. Andi sendiri menyanyi dan menghasilkan lagu tersebut.
“Satu pengalaman baru dan saya akui gementar kerana pertama kali bekerja dengan Andi dan menyampaikan lagu ciptaan komposer hebat sepertinya.
“Saya juga berdepan dengan cabaran untuk menyampaikan lagu Menjaga Cintamu di studio kerana suara saya masih dalam proses pemulihan akibat kesan jangka panjang virus Covid-19. Saya sudah berusaha sebaiknya untuk menyampaikan lagu itu dengan baik.
“Proses rakaman di buat di Malaysia iaitu di Cranky Music, milik komposer Aubrey Suwito,” katanya.
Siti berkata bekerja dengan komposer Indonesia seperti Andi sentiasa menjadi pengalaman yang sangat menyeronokkan.
Filem Anwar, The Untold Story, adalah mengenai medan ranjau politik yang dilayari beliau sendiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ia akan ditayangkan di pawagam pada bulan Mei.
Filem ini diarahkan oleh pengarah Indonesia Viva Westi dan diterbitkan oleh Bianglala Entertainment.
Filem ini menelan kos RM10 juta dan mempunyai barisan pelakon terkenal dari Malaysia dan Indonesia. Sebahagian daripada mereka ialah Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat, Piet Pagau, dan Dewi Irawan.
Sumber : kosmo
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertahun-tahun wanita ini memasang niat untuk berhijab. Walau cuma berkata-kata dalam hati tentang hasrat itu tapi pada masa yang sama perlahan-lahan dia cuba memperbaiki diri. Namun akhirnya waktu itu tiba jua tatkala dia mendapat panggilan menunaikan haji bersama suami.
Sempena Edisi Hijabersary, Hijabista mendekati isteri, ibu kepada dua cahaya mata dan juga usahawan Fouziah Gous untuk berkongsi tentang penghijarahan dirinya yang baru lima bulan.
Hati dah berkata-kata untuk berhijab since day one saya berkahwin. Dalam tempoh lima tahun ini meskipun belum berhijab saya perlahan-lahan cuba mengubah diri terutama dari segi pemakaian.
Bila sudah bergelar isteri saya tak lagi beli pakaian-pakaian seperti skirt dan sebagainya. Tapi saya sendiri sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, cuma sukakan fesyen.
Saya sedar saya bukan seorang yang sempurna jadi saya sentiasa berusaha menjadi lebih baik dan mencari yang lebih baik dalam kehidupan. Saya cuba jaga solat saya dan cari persekitaran yang mendorong ke arah kebaikan.
Bila kita amal dan cuba buat perkara yang baik, perlahan-lahan hati kita jadi mudah untuk berubah. Dan bila dapat panggilan haji saya tahu ia adalah waktunya untuk saya berubah.
Jadi saya tekad pulang saja daripada mengerjakan rukun Islam kelima bersama dengan suami saya akan terus bertudung. Alhamdulillah hasrat itu dipermudahkan.
Sebenarnya sebelum itu lagi saya selalu terdetik dalam hati, Dia memberi rezeki yang banyak namun ada satu perasaan yang menyelinap dalam hati saya kenapa saya tidak boleh mengikut kehendak-Nya.
Saya selalu berdoa agar Allah memberi hidayah kepada saya dan berhijab mungkin salah satu daripadanya.
Saya tidak rasa kekok dengan imej baru ini kerana dari dulu saya sudah biasa berhijab terutama ketika di bulan Ramadan dan sewaktu bergelar model dulu. Jadi bila nak mengubah penampilan saya tiada masalah.
Lagi pun hijab pilihan saya ringkas saja. Saya juga akan pastikan selesa dengan hijab yang digayakan. Oleh sebab itu pada kebanyakan masa saya memilih untuk mengenakan tudung bawal atau shawl dengan lilitan mudah.
Suami saya seorang yang tegas. Dia sudah lama mahu saya bertudung, sejak mula kami bergelar suami isteri malah dia sentiasa mendoakan saya ke arah itu.
Tapi saya selalu katakan kepadanya kalau saya bertudung nanti ia bukan sebab dia tapi saya akan buat kerana Allah. Saya tak mahu melakukannya kerana paksaan dan bukan juga untuk impress orang lain.
Saya bersyukur dapat panggilan menunaikan haji pada usia yang yang muda dan tubuh masih sihat dan bertenaga kerana untuk saya mendapatkan gelaran hajjah ini adalah sesuatu yang sangat mencabar.
Ada pelbagai dugaan yang perlu saya lalui. Saya dan suami mengetahui visa haji kami diluluskan hanya dua hari sebelum tarikh berangkat.
Ia agak last minute dan nak dijadikan cerita pada masa yang sama anak saya yang berusia 10 bulan mengalami masalah kesihatan akibat usus tersekat hingga perlu dibedah.
Saya hanya dapat menemaninya seketika saja kemudian terpaksa meninggalkan anak yang baru dibedah dan masih di ICU untuk berangkat ke Makkah. Tetapi pada waktu itu tidak ada sedikit pun perasaan untuk tarik diri.
Cerita tak habis di situ ketika transit, rombongan haji saya kemudian terkandas pula di Manila selama dua hari kerana masalah teknikal hingga menyebabkan kami hanya tiba sehari sebelum wukuf.
Itu belum lagi dengan cabaran terpaksa berjalan berjam-jam lamanya, dugaan di khemah, keadaan cuaca yang berangin dan pelbagai lagi.
Bila dapat menyelesaikan rukun haji ini saya rasa sangat bersyukur hingga mengalirkan air mata kerana menjadi insan terpilih untuk melaluinya. Dan yang pasti semua itu memberi saya pengalaman yang tidak ternilai harganya. Sebab inilah saya katakan gelaran hajjah itu bukan mudah buat saya.
Pengalaman menunaikan haji bersama suami ini telah banyak mengajar saya. Saya dapat rasakan diri saya ini sekecil-kecilnya sehingga kita rasa sudah sampai ke tanah. Bila kita berada di kerajaan Allah, wang ringgit tak bererti lagi.
Dia yang mengatur semuanya. Setinggi mana pun pangkat tapi di sana kita adalah sama. Apabila mengharungi cabaran demi cabaran di sana saya rasa diri saya cukup kerdil dan kini saya tak kisah, saya boleh letak diri serendah-rendahnya.
Dalam pada itu bila dah bergelar hajah ini semangatnya rasa lain macam sikit. Semangat untuk setiap apa yang saya lakukan itu adalah kerana Allah.
Sebagai umat Islam, kita disuruh berpegang pada ajaran serta ilmu yang telah disampaikan melalui kitab suci Al-Quran. Kitab suci ini memang banyak fadilatnya sama ada mahu dimurahkan rezeki, bertemu jodoh, mengelak diri dari segala kejahatan dan juga turut menjadi penyembuh atau penawar kepada kesakitan. Namun kita hanya mampu berusaha tetapi Tuhan jualah yang akan menyembuhkan segala-galanya. Perkongsian wanita ini mengenai kelebihan Yasin 7 Mubin menarik perhatian. Dia dan keluarga mengamalkan surah berkenaan ketika berhadapan saat hampir kehilangan ahli keluarganya akibat kemalangan.
Perkongsian pengguna di laman sosial facebook, Atieqa Hod ini mendapat butang share lebih 7K dan juga ribuan like oleh netizen. Ramai yang berterima kasih kepadanya atas perkongsian ilmu cukup berguna ini.
Saat kali pertama aku mendengar daripada ayahku tentang #Yassin#7_Mubin ini ketika keluarga kami ditimpa ujian besar dari Allah SWT.Waktu tu adik kami Muhammad Afiq mengalami kemalangan teruk yang hampir meragut nyawa.
Yasin 7 Mubin dibaca untuk mendapatkan semula barangan berharga yang telah dicuri atau hilang. Barang dalam hal ini perlulah barang yang berharga seperti anak, kenderaan, barang kemas dan sebagainya. Tidak boleh dibaca bagi barang kurang berharga ataupun barang yang boleh luput seperti buah durian atau yang sejenis dengannya.
Setiap kali berhenti di ayat #Mubin ini kami memohon doa agar adik kami dapat kembali sembuh.Membaca dengan penuh kesedihan seperti terasa akan kehilangan sewaktu tu dan hanya mampu menunggu sebuah keajaiban yang berlaku. Dari ayat MUBIN pertama sampai la yang ketujuh.Setiap kali berhenti di ayat mubin ini,kami akan berdoa dan meminta pada Allah SWT untuk kesembuhan adik kami waktu itu.
Alhamdulillah hampir 3 tahun perkara itu berlalu.Kini adikku semakin pulih.Setelah melalui pelbagai fasa dari majar operation sebanyak 4kali dan koma sebanyak 2kali.Kesembuhan yang tidak terjangka dan doktor sendiri terkejut dengan perkembangan positif adik.
Sejak itu.. Sesiapa yang ditimpa ujian atau dugaan luar biasa aku selalu berpesan pada mereka agar mengamalkan 7mubin ini.Mintalah pada NYA kerana segalanya yang berlaku dari NYA teruslah meminta In Syaa Allah Dia akan menjawab segalanya.
Kisah 3tahun lalu yang dilalui oleh keluarga kami.Kadang tak sangka perkara itu sudah berlalu begitu lama.
Alhamdulillah adik Muhammad Afiq semakin sembuh.Kesembuhan diluar kotak ilmu perubatan.Sesungguhnya ibuku Nora Amin berserah 100 peratus kesembuhan dari keajaiban Allah SWT.Jika apa yang berlaku Allah yang tentukan sudah pasti kesembuhan itu Allah juga tentukan.Kita sebagai hamba hanya mampu terus berdoa dan meminta sehingga la waktu itu kita sedar doa kita telah dijawab oleh Allah SWT.
Itulah bertapa besarnya kuasa ayat² suci Al-Quran.Siapa yang buat bersungguh² dia akan dapat merasai nikmat kemanisannya. In Syaa Allah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.