Pernah tak anda ingin menjaga persahabatan tersebut akan tetapi di sebabkan konflik yang terjadi, hubungan menjadi renggang? Ini bukan sahaja antara rakan-rakan tetapi dengan pasangan atau keluarga juga. Jangan risau, amalkan doa ini dan InsyaAllah segalanya akan baik semula.
Menurut perkongsian daripada ahli terapis muslim AT Mahfuzah Zainol, antara amalan yang boleh anda lakukan sekiranya mengendalikan orang yang mempunyai tingkah laku mencabar dan bukan mudah adalah menggunakan Surah Taha ayat 1-5 dan juga surah Al-Fatihah.
Manfaat Surah-Surah ini dalam kehidupan anda.
Menurut Mahfuzah, sebagai terapis ramai klien dan murid yang mereka berjumpa dan mempunyai pelbagai perangai. Akan tetapi itu tidak menghalang untuk mereka mengambil amalan Surah Taha ayat 1-5 dan Al-fatihah ini sebgai mengendalikan mereka.
1. Meniup di kepala anak-anak selepas membaca doa surah ini.
Surah Taha ini ayat 1-5 wajib dihafal kerana ia mempunyai banyak manfaat. Selalunya ia dibaca saat untuk melembutkan hati anak-anak kecil dan orang dewasa pun boleh. Ia akan membantu untuk melembutkan hati dan hati akan jadi tenang. Jika dibaca untuk mereka.
IKLAN
Sedikit perkongsian, jika anda membacanya untuk anak perempuan selepas baca sapu di belakang badan anak dan sekiranya anak lelaki, sapu di belakang kepalanya.
2. Hembuskan pada pasangan
Hembuskan pada suami ini bukanlah cara untuk tidak menerima. Akan tetapi, ia untuk memastikan tiada sebarang penyelindungan yang terjadi. Ini bermaksud telus dalam hubungan tersebut. Anda boleh tiup dan berdoa agar Allah memberi tambahan kasih sayang sesama suami isteri.
3. Amalkan sewaktu berlaku konflik bersama rakan-rakan
Pasti ada masa kita akan berselisih pendapat antara rakan-rakan. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah baca Al-Fatihah sekiranya ada berlaku sebarang konflik atau perselisihan faham dalam hubungan. Hubungan di sini merujuk kepada pelbagai seperti, rakan-rakan, rakan pejabat, boss boss dan sesiapa sahaja.
IKLAN
Amalan Al-fatihah ini juga boleh dijadikan sedekah kepada orang yang jauh atau orang yang kita ingat tetapi berada jauh dari pandangan mata seperti ibu bapa dan ibu bapa mertua. Sentiasalah berdoa buat mereka agar dapat diberi ketenangan bersama masing-masing.
Menarik sungguh perkongsian daripada terapis muslim ini. Semoga kita boleh mengamalkan Surah-surah ini untuk membantu menenangkan hati dan memberi ketenangan hidup. Anda boleh cuba amalkan. Selamat mencuba!
Terbaru, warganet ‘digemparkan’ dengan perkongsian Dato’ Sri Siti Nurhaliza berswafo bersama bintang popular Korea Selatan, iaitu Lee Minho. Dengarnya, ramai peminat ‘cemburu’ dan ‘makan hati’!
Bintang popular Korea Selatan, Lee Minho dan penyanyi tersohor negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza telah tampil dalam konsert ulang tahun produk jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator) iaitu CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International). Konsert yang diberi nama Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th itu telah berlangsung pada 1 Oktober yang lalu bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Selepas berlangsungnya konsert tersebut, Dato’ Siti telah berkongsi ‘selfie’ nya bersama Lee Minho, aktor kegemaran ramai itu. Perkongsian melalui akaun instagramnya telah berjaya mencuri perhatian ramai. Ramai juga yang cemburu melihat Dato’ Siti berada begitu dekat dengan ‘oppa’ pujaan mereka. Yang penting, Dato’ Siti terlihat sangat manis di dalam gambar tersebut. Sehinggakan, ramai yang memuji kecantikan Dato’Siti.
Tambahan itu, Dato’ Siti juga telah memuat naik satu lagi perkongsian mengenai ‘disebalik kejadian selfie’ tersebut. Dia menyatakan bahawa kawalan terhadap Lee Minho sebagai seorang artis antarabangsa pada konsert berkenaan memang ketat dan telah meminta kebenaran Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Antarabangsa iaitu Mr KC Hoe sebelum mengambil ‘selfie’.
“Kena ikut setiap perancangan yang telah ditetapkan oleh pengurusan Lee Min Ho ye dan tak boleh ambil gambar selain menggunakan fotografer official, tapi bila diatas pentas saya taknak lepaskan peluang keemasan ye..berbekalkan keberanian dan hp ditangan, saya tanya Mr KC Hoe .. Boleh ke selfie ni? Nanti kena rampas pula handphone saya😬.. ( takutla bodyguard tak bagi tau!) .. Mr KC pun kata pergi ambil saja… hahahah .. dalam hati saya kata kalau bodyguard dia naik saya dah bersedia nak buka silat mat kilau .. hahahah..” katanya menerusi ruangan kepsyen.
“Apalagi peluang keemasan depan mata.. terus saya bagi hint kat Mr KCHoe, sambil senyum kat LMH ajak selfie.. Sekali dia setujula.. terus jari saya sepantas kilat tekan tak berhenti snap! Snap! Snap!hahaha… Oklaa bodyguard tak naik pentas.. Yess!! Misi berjaya..” tambahnya lagi,
Sebagai penutup untuk kapsyennya itu, Dato’ Siti telah mengucapkan terima kasih kepada Cuckoo yang memberikannya peluang keemasan itu.
“Tq @cuckoo_official beri kesempatan kepada saya untuk kongsi pentas dengan aktor kegilaan ramai dan duta Cuckoo Antarabangsa.. Tahniah untuk acara semalam ye!!”
Rakan artis turut meninggalkan komen
‘Selfie’ perkongsiannya itu telah tular dan mendapat sebanyak 288.730K kesukaan daripada peminat dari dalam dan luar negara. Meninjau di ruangan komen, ramai rakan artis turut meninggalkan komen.
Peminat Dato’ Siti juga terlihat sangat ‘supportive’ dan teruja dengan perkongsian tersebut. Ada juga yang berseloroh mengusik Dato’ Siti.
“Terus viral pic ni international. ramai puji Tokti lawaaaa”
“Saya ada semalam tokti. Rasa mcm konsert dah semalam. Tokti always the best”
“Kirim salam kat dia okay mak iti “
“Kalau Bodybuard Naik rampas fon tokti memang satu stadium pukoi body guard tu.”
“Berani Lee Min Hoo tolak selfie Siti Nurhaliza . Abg min ho tak kenai hakak lagi . Hmm LMH yg huntung sebenarnya boleh selfie dgn siti nurhaliza hahahaha”
“Pssstt.. tokti, mcm tu la kami sitizoners kalau teruja jumpa tokti masa event.. hehehe…. walau kak zie marah, tehtapppp selfie.. peluang tu.. ampun kak zie …”
Bak kata salah seorang peminat Dato’ Siti, begitulah jua perasaan para peminat kalau dapat ‘selfie’ dengan biduanita negara ini. Pelbagai reaksi di ruangan komen yang telah mencuit hati ramai. Yang penting, rata-rata telah memberikan komen yang positif.
Walaupun imejnya sedikit tercalar awal tahun ini, namun Queen Of Trend, Neelofa tetap berada dalam kelas tersendiri. Beliau kukuh mengumpul telah followernya yang semakin meningkat di laman sosial. Kini, jumlah pengikut instagram pelakon, pengacara dan usahawan ini sudah mencecah 5.5 JUTA. Neelofa sempat memberi ucapan terima kasih di insta storynya kepada follower yang tidak jemu-jemu menyokong kerjaya seni beliau.
Hampir dua minggu berada di Rome Italy, pelakon, pengacara itu kini sudah kembali ke Malaysia. Beliau yang berada di sana untuk penggambaran satu drama bersiri Tiamo Sweetheart 100 Hari di samping Zul Ariffin, Scha Al-Yahya dan beberapa pelakon lain.
Sepanjang berada di sana, ternyata beliau tetap menjaga penampilannya. Memandangkan di Itali sekarang musim sejuk, jadi kebanyakan OOTD adalah seluar panjang, blouse tebal serta trench coat.
Setiap satu babak Neelofa akan menukar OOTD yang berlainan. Begitu juga dengan aksesori seperti beg dan kasut berlainan bagi setiap babak dilakonkan.
Bukan itu sahaja, sama juga dengan hijab yang membaluti mahkotanya. Berlainan warna dengan gaya lilitannya juga cukup simple dari penata hijab Didiyana Ehsan.
Pastinya peminat Neelofa tidak sabar untuk menanti tayangan drama arahan Michael Ang ini nanti di kaca televisyen.
Bukan sahaja dijamu dengan pemandangan indah, peminat beliau nanti pasti tidak sabar melihat OOTD menarik dari Neelofa sepanjang berada di kota cinta ini.
Ayuh, kita layan #10 OOTD terbaik Neelofa sepanjang berada di Rome Turki.
Tentu menggembirakan apabila mendapat sesuatu kejayaan atau anugerah yang selama ini dinanti-nantikan. Rasa begitu bersyukur Yang Maha Esa kerana hajat ayang selama ini atau perkara yang diidamkan serta doa yang dipohon dimakbulkan Allah SWT.
Disunatkan untuk melakukan sujud syukur ketika mana menerima kurnian nikmat daripada Allah SWT seumpama kelahiran anak, mendapat harta, pangkat, lulus peperiksaan dengan cemerlang dan juga selainnya. Begitu juga disunatkan untuk sujud syukur ketika mana kita terbebas dari segala bala dan bencana sepertimana terselamat dari kemalangan, gempa bumi dan juga perkara-perkara yang tidak baik.
Ini adalah pendapat al-Syafi’e (begitu juga pendokong mazhab Syafi’e), Ahmad bin Hanbal (begitu juga pendokong mazhab Hanbali), Ishak, Abu Thaur dan juga Ibn al-Munzir. Adapun al-Nakha’ie, Malik dan juga Abu Hanifah berpendapat bahawa sujud syukur adalah makruh. Namun, terdapat juga pendapat sebahagian Malikiyyah yang mengatakan bahawa sunatnya sujud syukur.
Dalil Sujud Syukur
Dalil yang menunjukkan kepada pensyariatan sujud syukur adalah berdasarkan hadith Nabi SAW daripada Abu Bakrah RA:
Maksudnya: Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yang menggembirakan ataupun diceritakan sesuatu yang gembira dengannya akan turun sujud, bersyukur terhadap Allah SWT. Riwayat Abu Daud (2774). Disahihkan oleh Al-Albaani.
Begitu juga diriwayatkan daripada para Sahabat yang mana turut juga melakukan sujud syukur ketika menerima satu perkhabaran yang gembira. Sebagai contoh, diriwayatkan bahawa Abu Bakar RA sujud syukur ketika pembukaan Yamamah. Begitu juga Ali RA telah sujud syukur apabila mendapati bahawa Dzu al-Thudayyah berada dalam kawanan Khawarij. Seterusnya, diriwayatkan juga bahawa Ka’ab bin Malik telah sujud syukur ketika mana mendengar khabar bahawa taubatnya telah diterima oleh Allah SWT.
Kaifiyat Sujud Syukur
Di dalam kitab fiqh Syafi’e dan juga Hanbali menyebutkan bahawa sifat serta kaifiyat sujud syukur itu adalah seperti mana sujud tilawah di luar solat. Oleh itu, bagi yang ingin melakukan sujud syukur mestilah dalam keadaan berwudhu’, menutup aurat, bersih dari sebarang najis bagi tubuh badan, pakaian serta tempat sujud dan perlulah menghadap kiblat.
Secara praktikalnya bagi yang ingin melakukan sujud syukur adalah seperti berikut:
*Perlulah berniat terlebih dahulu untuk melakukan sujud syukur.
*Kemudian bertakbir sepertimana takbiratul ihram dengan mengangkat tangan kerana diqiyaskan dengan solat.
*Kemudian bertakbir sekali lagi tanpa mengangkat tangan yang mana takbir pada kali ini adalah untuk turun sujud.
*Kemudian sujud sekali sepertimana sujudnya di dalam solat. Adapun bacaan ketika sujud syukur ini adalah bacaan sepertimana sujud di dalam solat dan kemudiannya boleh ditambahkan dengan lafaz tahmid memuji Allah SWT atas kurniaan nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.
*Kemudian bangun dari sujud (dalam keadaan duduk) dan memberi salam. Tidak disyaratkan untuk membaca tasyahhud dan tidak juga disunatkan untuk membacanya.
Sujud Syukur Tanpa Wuduk Dan Tidak Menghadap Kiblat
Selain dari kaifiyat yang ditunjukkan pada perbahasan sebelum ini, terdapat juga perbahasan para ulama’ mengenai sujud syukur tanpa wudhu’ serta tidak pula menghadap kiblat. Ini adalah pendapat kebanyakan salaf serta sebahagian al-Malikiyyah. Begitu juga ianya adalah pendapat jemaah muhaqqiq seperti Ibn Jarir al-Tabari, Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah, Ibn al-Qayyim, al-Syaukani dan al-San’ani.
Bagi yang berpendapat sedemikian, berikut adalah alasan serta justifikasi bagi menyokong pendapat mereka:
Pendapat yang mengatakan bahawa sujud syukur memerlukan wudhu’ perlu mendatangkan dalil. Mengqiyaskan sujud syukur dengan solat adalah tidak tepat kerana sujud syukur itu adalah sujud dan bukannya seperti solat.
2. Zahir hadith Abu Bakrah RA yang menunjukkan bahawa Nabi SAW terus sujud syukur tatkala menerima sesuatu yang menggembirakan Baginda. Tiada pula disebutkan perlunya dalam keadaan berwudhu’. Sekiranya memerlukan wudhu’ pasti akan diterangkan oleh Baginda SAW kerana berhajatkan kepadanya bahkan hadith menyebutkan Nabi SAW terus sujud tatkala menerima khabar yang gembira.
3. Sujud syukur dilakukan apabila mendapat nikmat atau terselamat dari mudarat tanda syukur kepada Allah SWT. Ianya dilakukan secara serta merta. Jika memerlukan kepada wudhu’, sudah tentu ianya tidak dapat dilakukan dengan segera kerana perlu mencari air untuk berwudhu’, mencari kiblat kemudian barulah boleh melakukan sujud syukur. Ini boleh menghilangkan rahsia makna disyariatkan sujud syukur itu sendiri.
KESIMPULAN
Sujud syukur boleh dilakukan tanpa adanya wuduk dan juga menghadap ke kiblat. Ini dengan melihat bahawa tiada dalil yang menjadi pemutus akan perlunya untuk berwuduk dan menghadap kiblat.
Boleh sahaja bagi mereka yang menerima khabar gembira seperti mendapat anak, lulus peperiksaan, naik pangkat untuk terus sujud menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT. Begitu juga seseorang yang terselamat dari kecelakaan jalan raya, sembuh dari penyakit, boleh terus sujud menzahirkan rasa syukur serta lega dari kemudaratan yang tidak menimpa ke atasnya.
Jika ingin beramal dengan pendapat yang mengatakan perlunya wudhu’ serta menghadap kiblat juga tiada masalah kerana isu ini terdedah kepada perbahasan ilmiah yang boleh diperbahaskan lagi.
Semoga dengan pencerahan ini, dapat sama-sama untuk kita lebih memahami berkenaan sujud syukur dengan lebih baik lagi dan yang lebih utama adalah dengan mengamalkannya.
Malah, Emma kini kelihatan lebih ceria dengan kulit putih merah jambu milikya, menimbulkan persoalan dikalangan para peminat, apakah 'rahsia' penjagaan kulit ibu kepada Shariq Gabriel dan Shakil Aryan ini.