Selebriti popular, Noor Neelofa menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram miliknya, membuatkan wargamaya tak keruan dan geram melihat foto perkembangan terbaharu Bilal.

Gambar Bilal yang gebu sedang minum air sambil duduk diatas kerusi, ternyata mengundang rasa geram netizen dek kecomelan anak niqabis yang juga usahawan terkemuka itu.

Tembam Menjadi-Jadi! Comelnya Bilal~

 

View this post on Instagram
1

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Manakan tidak, Bilal bukan sahaja mempunyai kulit yang putih melepak,  selain itu tangan Bilal yang gebu pasti membuatkan sesiapa sahaja geram dan tidak keruan sehingga rasa nak cubit-cubit sahaja si manja itu.

Hijabista meninjau ke ruangan komen dan mendapati, rata-rata selebriti dan peminat menghujani ruangan komen di Instagram Neelofa dengan puji-pujian terhadap bilal.

IKLAN

Artikel berkaitan: Lengan Berketul-Ketul! Netizen Geram Lihat Kecomelan Bilal, ‘Copy Paste’ Neelofa Masa Kecil Versi Lelaki

Malah, ramai juga yang geram melihat kecomelan Bilal serta mendoakan agar  Bilal menjadi anak soleh yang bakal membahagiakan kedua orang tuanya kelak.

IKLAN

Sekadar info, Neelofa atau nama sebenar, Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan pelakon, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur pada 27 Mac 2021.

Pasangan merpati dua sejoli itu telah dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Sumber: Instagram Neelofa

IKLAN

Artikel berkaitan: Kongsi Wajah Bilal Sepenuhnya, Neelofa Titipkan Doa Semoga Afiyyah Sentiasa Untuknnya…

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI