Pelbagai cara dibuat untuk kecutkan jerawat. Selain gunakan tomato yang dibekukan dan dibuat seperti masker, aloe vera juga mempunyai banyak khasiat dan salah satunya boleh kecutkan jerawat.
Perkongsian dari TheSisters Cookingproject di mana aloe vera ini dibuat sepetti ketulan ais dan oleskan sahaja dimuka. Hasilnya jerawat akan kecut dan kulit juga jadi lebih lembut, lembap dan cerah.
Seperti yang kita maklum, lendir lidah buaya ini boleh juga terus disapu pada wajah dan biarkan kering. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih.
Cara Membuatnya:
1. Ambil aloe vera dan buangkan duri di kiri dan kanan dan juga kulit bahagian bawah (yang melengkung ke dalam).
Ads
2. Ambil sudu dan korek isinya isi dalam mangkuk.
3. Masukkan isi tadi dalam blender dan kisar hingga hancur. Tak perlu tambah air kerana lender itu memudahkan proses kisaran.
Ads
4. Masukkan dalam acuan air batu bentuk kecil-kecil. Penuh bekas berkenaan. Kemudian masukkan dalam bahagian sejuk beku.
Cara Memakai:
1. Keluarkan kiub dan oleskan di bahagian wajah sampai kiub mencair. Biarkan kering dan jadi seperti masker.
Ads
2. Kemudian basuh dan hasilnya kulit jadi lembut, licin dan ‘flawless’.
Tidak dinafikan hidayah Allah itu datang tanpa mengira siapa, bila dan di mana. Jika sudah ditakdirkan untuk menerima hidayah dari-Nya pastilah kita menjadi antara insan bertuah.
Seperti juga perkongsian pelakon serta penyanyi, Nonny Nadirah yang bersyukur menerima hidayah dari Allah dalam usia yang masih muda dan detik permulaan ketika menjadi tetamu-Nya awal tahun ini.
Dia menunaikan umrah di Tanah Suci dengan tujuan untuk beribadah, tetapi tidak menyangka hatinya telah dijentik oleh Allah untuk melakukan penghijrahan.
Sebaik pulang, Nonny mula berhijrah dengan memakai tudung sebagai menunaikan kewajipan menurut aurat bagi setiap wanita Muslim.
“Alhamdulillah saya diberi peluang untuk menunaikan umrah ketika itu. Dan itu adalah detik permulaan untuk mula memakai tudung. Perasaan ingin memakai tudung ini adalah dari diri saya sendiri dan bukan dipaksa oleh mana-mana pihak.
“Saya ingat lagi ketika itu mahu pergi buat satu recording untuk satu program. Dan bila habis saja tugasan di situ terus terdetik hati untuk memakai tudung. Waktu itu saya terus ambil satu selendang dan terus pakai di kepala,” ungkap Nonny menceritakan detik permulaan hijrahnya.
Menurut Nonny juga pada masa yang sama dia terus mengajak temannya itu untuk membeli tudung di Jalan Tunku Abdul Rahman.
“Saya terus beli 5 helai tudung bawal yang berharga RM10. Sebenarnya sebelum ini saya memang pernah pakai tudung terutama yang dituntut untuk sesi penggambaran drama. Tetapi waktu itu belum tergerak hati untuk memakai secara sempurna.
“Dan perasaan yang betul-betul saya rasa selesa untuk berhijab adalah apabila berada di Tanah Suci. Ini kerana di situ kita tahu wajib menutup aurat sepenuhnya. Dan selepas balik dari umrah saya rasa ada benda yang hilang dari atas kepala. Malah kepala rasa macam berangin saja. Kemudian barulah bermula episod saya mula memakai tudung.
“Perasaan pertama kali berhijab dengan kerelaan hati ini sukar untuk digambarkan dengan perkataan. Hanya saya dan Allah saja yang tahu. Biarlah jadi rahsia antara saya dengan Allah. Dan rasanya orang lain juga begitu. Perasaannya memang lain macam sedikit.
“Pada mulanya memang saya ada juga perasaan takut untuk berhijab ini. Maklum diri kita ini selebriti, apa yang kita buat jahat memanglah salah. Tetapi bila kita buat baik nanti akan dikatakan seperti acah-acah nak jadi baik pula. Tetapi bagi saya yang penting adalah niat berhijab itu kerana Allah,” tambah Nonny yang tidak menolak jika ada orang yang menganggap perhijrahannya itu sebagai ‘propa’.
Walau bagaimanpun sebagai hamba-Nya dia hanya meminta dipermudahkan urusan sepanjang di awal penghijrahannya ini.
“Memang orang akan beranggapan macam-macam pada kita. Tetapi sebagai hamba Allah, saya berbalik padaNya, saya minta padaNya, dipermudahkan segala urusan. Sebabnya kalau kita sedang menuju ke arah kebaikan dan berbuat baik, Allah akan mudahkan jalan kita. Malah Dia juga akan mengangkat darjat kita ke satu level yang lain.
“Saya rasa dengan berbuat baik, kita tidak perlu ada perasaaan malu. Lebih baik ada rasa malu dengan Allah dan itulah yang saya buat. Bagi saya ketepikan saja cakap-acap orang. Bila kita asyik pikir cakap mereka, alamatnya tak akan maju ke depan la kita,” jelasnya yang memberitahu dia masih lagi Nonny Nadhirah yang dulu cuma berubah menjadi insan yang lebih baik.
Bercerita lanjut tentang penghijrahannya juga, Nonny bersyukur kerana seluruh keluarga menyambut baik keputusan untuk bertudung.
“Sudah tentu keluarga merupakan orang pertama yang saya beritahu tentang penghijrahan ini. Emak adalah insan paling gembira dengan penghijrahan saya. Saya percaya berkat doa ibu yang tidak pernah terlebih atau terkurang. Selama ini ibu tak pernah mengongkong. Dia telah jalankan tanggung jawab seorang ibu yang baik.
“Ibu tunjukkan perbuatannya. Memakai tudung, dia bersolat dan juga menegur dengan cara baik. Berkat doanya selama ini saya dibukakan hati untuk berhijab. Selepas bertudung memang tidak dinafikan ada dugaannya tersendiri.
“Maklumlah kita pertama kali berhijab dan tak reti nak belit sana belit sini. Kalau dulu zaman free hair senang tak payah gayakan sangat rambut. Bila bertudung, kita nak pastikan hijab digayakan itu kemas dan terletak di kepala.
“Untuk kemasan perlu jarum yang lebih dan pernah satu hari itu belum masuk kereta pin dah terjatuh dulu. Momen ini akan saya ingat sampai bila-bila. Saya perhatikan macam-macam jenis gaya orang bertudung.
“Saya juga lakukan carian cara pakai hijab tanpa perlu pakai jarum yang banyak. Lama kelamaan barulah kita boleh belajar dan gayakan ikut cita rasa sendiri,” tambahnya yang suka gaya ringkas tetapi menyenangkan pergerakan.
Menurut Nonny, tidak susah sebenarnya seseorang itu untuk berhijab. Cuma pada permulaan kerana tidak tahu gayakan stail yang sesuai.
“Kita belajar perlahan-lahan dan lama-lama mesti pandai. Tak payah belit-belit sangat janji tutup kepala. Bagi saya bila masanya lagi untuk berhijab. Nanti bila mati kena tutup semua juga. Jadi tanya pada diri sendiri nak tutup sekarang atau masa mati nanti.
“Pesan saya pada mereka di luar sana, jika ada rasa terdetik sikit pun nak pakai tudung, teruskan saja niat berkenaan. Jangan berhenti sebab kita tak tahu bila lagi perasaan itu akan datang. Insya-Allah mohon pada Tuhan agar segala urusan nanti akan dipermudahkan,” jelasnya yang menjadikan ibunya sebagai ikon dalam berfesyen.
Haid atau menstruasi adalah proses meluruhnya dinding rahim untuk membersihkan rahim dari pembuluh darah, kelenjar, dan juga sel-sel yang keluar dalam bentuk darah kerana ketiadaan persenyawaan. Idealnya, haid terjadi setiap 28 hari sekali. Ada juga perempuan yang memiliki kitaran haid dengan julat waktu antara 21-25 hari dan ini masih masuk dalam kategori normal.
Namun, ada beberapa yang mengalami kitaran yang tidak teratur, misalnya kurang dari 21 hari atau lebih dari 35 hari. Lalu, apa yang menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur? Cuba semak penjelasannya ya!
Beban fikiran yang berat ternyata ikut mepengaruhi kitaran menstruasi. Ketika anda sedang dalam keadaan stres atau depresi, hypothalamus, iaitu bahagian otak yang mengatur hormon kitaran haid ikut terpengaruh. Sehingga, ketika stres, hormon pengatur jadi tidak seimbang dan haid pun jadi tidak teratur.
Naik atau turunnya berat badan secara drastik juga jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Biasanya, kitaran yang tidak teratur terjadi pada orang yang mengalami gangguan pola makan.
Penggunaan pil kontraseptif dalam dose rendah memang tidak terlalu memengaruhi kitaran haid. Tapi, alat kontraseptif seperti spiral dan suntikan KB boleh menyebabkan seseorang lewat datang haid. Bahkan alat seperti spiral boleh juga menyebabkan darah keluar lebih banyak dari biasanya ketika haid.
Ini merupakan penyebab utama kitaran haid yang tidak teratur. Ketidakseimbangan hormon pun boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti kelelahan atau stres. Ketika terjadi gangguan pada hormon di dalam tubuh, maka kitaran haid pun ikut terganggu.
Merokok dan sering minum alkohol ternyata tidak hanya mengganggu kesihatan, tapi juga dapat mengacaukan kitaran haidmu. Ini kerana gaya hidup tersebut boleh memengaruhi kesihatan sehingga kitaran haid juga tidak stabil.
Olahraga memang wajib dan baik untuk dilakukan, tapi tidak jika dilakukan berlebihan. Saat melakukannya secara berlebihan, tubuh akan menghasilkan hormon-hormon yang berlawanan dengan hormon reproduksi iaitu estrogen dan progesteron.
Kitaran haid yang tidak teratur boleh jadi pertanda jika anda mengidap penyakit yang serius. Salah satunya adalah ovarium polikistik, dimana hal ini ditandai dengan timbulnya sista kecil dalam katung telur yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon.
Itu tujuh hal yang boleh jadi penyebab kitaran haid yang tidak teratur. Jika anda mengalaminya, segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan doktor!
Waktu malam adalah wakti dimana momentum kulit anda akan bekerja untuk merawat kulit pada kadar maksima. Oleh itu, adalah amat penting untuk hijabi mengetahui waktu tidur yang ideal agar kulit dapat dirawat dengan lebih baik.
Justeru di sini Hijabista syorkan waktu-waktu tidur yang tepat supaya hijabi boleh praktikkan dan memberikan masa yang optimum dan secukupnya untuk kulit anda berehat dan dalam masa yang sama dirawat.
Jika anda dambakan kulit yang glowing dan mulus, pastikan anda menjaga dengan teliti waktu tidur anda. Waktu yang disarankan untuk tidur adalah diantara jam 9 hingga 11 malam. Ini demikian kerana, pada waktu ini, adalah waktu paling baik untuk kulit menyerap kandungan yang terdapat dalam produk penjagaan kulit (Skincare).
Malah, pada jam 9 hingga 11 malam ini juga tubuh anda akan mula merembeskan hormon tidur yang dipanggil sebagai melatonin yang meningkatkan rasa letih supaya badan dapat berehat dan dalam masa sama meningkatkan kemampuan kulit memberi rawatan dari dalam di malam hari.
Lebih menarik lagi, hormon melatonin ini juga aktif merawat kerosakan yang berlaku di bawah lapisan kulit akibat terdedah terlalu lama kepada pencemaran udara dan sinaran Ultra Violet (UV) di siang hari.
Justeru, jika hijabi mengikut waktu tidur yang disarankan dan menjaga kulaiti tidur dengan baik, maka kulit akan menghasilkan hormon yang baik dan merejubenasi kulit agar kelihatan lebih glowing dan sihat keesokkan harinya!
Oleh kerana, sel kulit menjadi lebih aktif dan bekerja merawat kulit di malam hari. Apabila tibanya waktu pagi kulit akan mengalami fasa yang dikenali sebagai transepidermal water loss.
Ini terjadi kerana kehilangan air dalam semalam ketika proses rejuvenasi kulit berlaku, jadi apabila anda bangun tidur di waktu pagi kulit akan berada dalam keadaan kering.
Lebih memburukkan keadaan, jika anda mengabaikan masalah kulit kering ini, ia bakal mengganggu dan merosakkan skin barrier.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini berlaku dan mendapatkan kulit wajah glowing di waktu pagi. Hijabi perlulah mengamalkan minum segelas air setiap pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Selain itu, pemilihan skincare yang tepat untuk merawat kulit pada waktu malam juga amat penting!
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.