Siapa yang tidak mengenali pelakon serta penyanyi popular yang memiliki tubuh badan yang menawan meskipun sudah meningkat usia? Nama Erra Fazira sudah tidak asing lagi dalam dunia hiburan tempatan. Setiap lakonannya pasti memberi kesan kepada yang menonton. Begitu juga dengan suaranya yang merdu, menjadi pujaan ramai orang.
Erra Fazira merupakan antara selebriti yang sentiasa menjaga kesihatan dan kecantikan dirinya. Memiliki raut wajah yang cantik, kulit yang berseri serta tubuh badan yang menawan, menjadikan Erra Fazira antara ‘role model’ kepada semua untuk kekal cantik dan sihat biarpun sudah meningkat usia.
Baru-baru ini, pelakon filem Maria Mariana ini memuat naik sebuah video pendek rutin senamannya. Erra Fazira kelihatan lincah dan cergas dengan melakukan senaman sit-up dan juga senaman bersama ‘battle rope’.
Make me turun 10 kg please! Dah bambam sangat dah ni!
Video yang dimuatnaik itu mendapat perhatian netizen kerana ramai yang tidak berpuas hati apabila Erra Fazira mengatakan dirinya sudah gemuk.
Macam ni bambam ke? Kita yang berlipat lemak ni tak tahu nak panggil apa
Yang mana fatnya? Still maintain slim and cantik lah kak erra ni!
Buah tangan terbaru, Erra Fazira kembali merancakkan dunia filem tempatan dengan sebuah filem komedi yang sudahpun berada di pawagam sejak 3 Februari 2022, berkonsepkan sambutan Hari Raya Cina dan Hari Raya Aidilfitri. Kongsi Raya diarahkan oleh Teddy Chinm dengan membariskan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Harith Iskandar, Qasrina Karim, Chew Kin Wah dan lain-lain lagi.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Manusia kadang-kadang terlepas pandang perkara penting ini ataupun memang sudah tahu, tetapi sengaja hendak menunjuk-nunjuk. Apa perkara itu? Riak!
Ramai hijabis berlumba-lumba hendak memberitahu apa kelebihan diri pada umum tanpa mengetahui bahawa ianya merupakan salah satu perkara yang ALLAH S.W.T larang dan berdosa jika dilakukan!
Sebenarnya ramai sahaja yang mengetahui bahawa riak itu berdosa, tetapi masih juga mahu menunjuk-nunjuk kerana rasa diri mereka lebih baik dari orang lain. Mengapa begitu? Tidak percaya akan azab ALLAH S.W.T?
Apatah lagi pada zaman yang serba canggih ini, ada aplikasi seperti Facebook dan Instagram. Setiap hari ada sahaja individu yang akan update status tentang kelebihan diri, berbangga-bangga sehingga membuatkan orang sekeliling menyampah dengan mereka.
Kadangkala perasaan ini riak ini dilakukan tanpa sengaja dan fikir ia hanyalah perkara biasa. Tetapi, rupa-rupanya berdosa! Hati-hati apabila update sesuatu di laman sosial ya!
Antara riak yang orang tak sedar selalu buat ialah:
Boleh dikatakan setiap hati update pasal anak. Anak cantik la, anak bijak la di Facebook dan Instagram hinggakan orang naik menyampah. Sepatutnya anda peka dengan rakan-rakan anda yang mungkin belum berpeluang untuk memiliki zuriat sendiri. Pasti mereka berasa sedih melihat post anda.
Snap gambar dalam hospital dan suruh rakan-rakan doakan anak supaya cepat sembuh. Tetapi caption hashtag nama hospital-hospital terkenal dan mahal. Sebenarnya dalam hati nak bagitahu yang dia mampu pergi hospital mahal. Bukan nak suruh doakan anak tu sangat.
Tak habis-habis update pasal duit yang banyak. Bersyukur katanya. Selang seminit update ‘Alahmdulillah. Alhamdulillah duit masuk lagi, syukur alhamdulillah’ sebenarnya bersyukur itu perbuatan yang baik, tetapi salah caranya. Jika betul hendak besyukur, solat dan buat sujud syukur. Bukannya sibuk hebohkan dalam laman sosial.
Tangkap gambar dalam kereta dan yang penting nampak stereng sekali. Captionnya ‘teruk jam jalan hari ni’. Sebenarnya nak bagitau yang dia tengah bawa kereta mahal, orang yang ada kereta lebih mahal dari dia pun tak riak!
Suka shopping tetapi selepas itu ambil gambar dan update dekat laman sosial. Caption pulak ‘ letih shopping hari ini, sikit-sikit je keluar duit hari ni’ tapi dalam gambar bukan main banyak barang yang dibeli. Nak berlagak pun tak payah nak menunjuk sangat kan?
Dekat nak raya nanti ada la yang update pasal sofa baru, langsir baru dan baju baru. Sila jaga perasaan orang yang tak mampu nak beli barang baru. Dah beli barang baru tu senyap saja, jangan nak heboh. Bukan semua orang nak tahu pun. Malah buat orang makin menyampah.
Suka ambil gambar sendiri dan upload dekat Facebook, caption ‘ tak lawa macam makwe awak-awak semua’ tetapi sebenarnya nak orang komen pujian. Nanti kalau orang komen cakap memang tak lawa pun, marah pulak. Pelik kan!Maka hindarilah dari bersifat riak!
Dalam Al-Quran, Allah swt berfirman yang bermaksud :
“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.”(Surah Al Maun : ayat 4-6)
Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah swt berfirman maksudnya:
“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”
Kesimpulannya, jangan bersikap riak. Allah S.W.T melarang sesiapa yang bersifat riak. Jika selalu amalkan sikap riak ini, orang akan benci dan dosa pun dapat sekali. Jangan hidup hanya mengharapkan pujian semata-mata. Sebaiknya amalkan sikap rendah diri, itu lebih baik.
Sifat keterlaluan ini mungkin mengundang perasaan dengki dalam diam di atara kita dan orang sekeliling yang tidak pernah senang melihat kesenangan orang lain. Wonder hijabis tak akan buat perkara di atas ini, cuba elakkan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sejak kebelakangan selebriti Mira Filzah semakin popular rentetan drama lakonannya yang disiarkan di stesyen TV tempatan. Walaupun berhijab, namun pelakon ini tetap menjaga batas aurat dengan memastikan penampilannya dalam drama lakonan terbaru sama ada dalam Lelaki Kiriman Tuhan ataupun Pujaan Hati Kanda. Ramai tertawan dengan penampilan si cantik manis Mira Filzah yang senang mengenakan hijab bawal atau square untuk beraksi dalam drama berkenaan.
Biarpun tanpa lilitan terlampau, gaya hijab disarung tetap menawan hati. Malah dia juga turut berkongsi tutorial hijab berkenaan.
Ayuh kita lihat #OOTD Mira Filzah menggayakan hijab bawal dalam drama yang sedang trending ini dan ketika dia menghadiri majlis rasmi. Juga ketika mengacarakan satu program TV di saluran Media Prima.
Resolusi tahun baru bukan bermula dari bulan januari sahaja malah anda disarankan terus mencari sesuatu yang sesuai dengan resolusi anda. Mungkin ada diantara hijabi yang masih tercari-cari resolusi kecantikan untuk tahun baru.
Jangan pernah mengalah untuk mencari yang terbaik bagi kepuasaan diri, pelbagai lambakan produk di pasaran pasti anda keliru untuk memilihnya. Jika kamu juga mahu teruskan misi ini, hijabista ingin berkongsi senarai produk ‘A-List’ untuk serlahkan kecantikan anda di tahun 2020.
Selain itu, apa yang hijabista cadangkan juga ialah pilih produk penjagaan wajah yang benar-benar berfungsi dan sesuai dengan kulit wajah anda. Jom sis semak produk terbaik di tahun 2020!
Serum anti penuaan terbaik dengan retinol
Serum retinoid dosis tinggi ini dari Sunday Riley mungkin menyelesaikan masalah andan dengan sekelip mata. Produk ini memberikan penyelesaian 6.5% bahan yang kuat dari pelbagai campuran retinoid, untuk mengatasi penampilan penuaan. Tambahan lagi, produk ini dapat menegangkan kedutan sambil merawat kulit yang rosak kesan dari pancaran UV. Selain itu, ekstrak madu putih Hawaii dan kaktus dalam ramuan berfungsi untuk mengurangkan kerengsaan.
Menanjal dan sekatakan tona kulit
Tingkatkan penampilan keanjalan kulit, tekstur dan warna dengan Squalane 100% tulen, Zaitun yang mudah diserap. Tidak menyumbat pori, minyak ini menjadikan kulit lembut, berkhasiat dan tidak berminyak.
Serum anti-penuaan terbaik untuk mereka yang berusia 40-an dengan kulit sensitif
Biarkan titisan Alpha-H liquid gold ini merangsang sel yang sihat dan memperbaiki penampilan kulit yang letih dan rosak dengan membiarkannya berfungsi semalaman. Kerosakan kulit dari sinar matahari serta pigmentasi dan kedutan juga berkurang. Selain itu, serum ini mempercepat proses pembaharuan dan pembaikan semula jadi.
Pudarkan masalah jeragat dan kulit kusam
Serum ini bertindak semasa anda tidur sebagai pengelupas (exfoliator) untuk menanggalkan sel kulit mati bagi mendedahkan lapisan baru yang lebih cerah, gebu, anjal dan licin pada keesokan paginya. Amalkan serum ini sebagai rutin untuk mengurangkan penampilan garis halus, bintik hitam dan jeragat. Mengandungi bahan formula yang tidak sensitif, bebas minyak dan menenangkan kulit seperti ekstrak timun, lidah buaya serta vitamin A, C dan E yang sememangnya popular sebagai bahan anti-penuaan.
Night mask mencerahkan muka di siang hari
Topeng semulajadi dari Tata Harper ini mengelupas, menghilangkan minyak, dan meratakan warna kulit. Yang paling penting, mask ini sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Tekstur yang lembut berbentuk jeli ini menenangkan permukaan kulit. Guankan night mask ini anda akan saksikan kulit akan kelihatan cerah apabila bangun keesokan paginya. Bagi mendapat hasil maksima jadikan rutin pemaikaian seminggu sekali.
Mengangkat, Menguatkan & Menghaluskan Kelihatan Kulit
Paracress dan alga marin memberi kekuatan yang bersih dan tidak beracun dan formula yang berkesan – memberikan penampilan yang lebih halus dan terangkat dengan aplikasi pertama. Tekstur leburnya memberikan penghidratan mendalam dan kanvas bebas lipatan untuk solekan sementara warna nada merah jambu semula jadi memperbaiki kulit tanpa menggunakan mika.
Serum bebas silikon, mengecilkan pori-pori dan membantu mencegah blackhead terbentuk.
Serum ini membolehkan anda segera mengalami pori-pori yang kelihatan lebih kecil tanpa bersinar. Kompleks penyempurnaan liang yang mengandungi farnesol, asid adipik, cendawan agarikon, dan pir berduri membantu melarutkan penumpukan lilin di dinding liang dan menghilangkan kotoran. Kompleks Alpha Beta® menyokong pergantian sel semula jadi dan membantu mengurangkan penyumbatan masa depan untuk kesan yang disaring tanpa cela.
Primer yang meninggalkan kemasan yang melembapkan dan bercahaya
Ini adalah multitasker pagi terunggul yang mengandungi bahan kimia SPF 40 aktif, penghidratan dan perlindungan teknologi, sementara juga bertindak sebagai pangkalan bercahaya yang memberikan peningkatan cahaya sementara. Formula cahaya pearlescent yang ringan mencipta kanvas yang sempurna untuk solekan, juga melindungi kulit anda dari sinar UV spektrum luas dan cahaya biru yang datang dari telefon dan komputer anda. Peningkatan penghidratan tambahan berasal dari koktail asid hyaluronik dan Vitamin B5.
Penjagaan kulit bukan sahaja di bahagian wajah harus di ingat jangan abaikan bahagian leher. Kulit yang lembut bahagian leher harus dipupuk juga seperti wajah. Selamat mencuba sis!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hijab di tempat kerja kembali menjadi perhatian selepas dakwaan syarat memakai turban kepada pekerja wanita berhijab tular. Ustazah Asmak Husin tampil mengulas isu hak beragama dan diskriminasi pekerjaan.