Bersangka baik dan berfikiran positif menjadikan hari-hari yang kita lalui berjalan dengan lancar. Mengapa kita perlu bersangka baik dan berfikiran positif? Jawapannya mudah sahaja. Apabila kita sentiasa berfikiran positif segala permasalahan dapat diselesaikan dengan mudah.
Elakkan sama sekali bersangka buruk terutama kepada orang lain. Aura positif yang ada dalam diri kita bukan sahaja mampu menaikkan semangat tetapi dalam masa yang sama menjadikan kita insan yang lebih bersyukur.
Bila kita selalu bersangka baik dan selalu berfikiran positive mmg kita akan selalu rasa tenang dan terima semua, tapi kalau kita selalu nampak buruk orang, selalu tak puas hati dengan orang selagi tu kita takkan bahagia, happiness comes from within.. Buang sifat hasad dengki dalam diri kalau nak tenang, sebab perasaan dalam hati akan terpancar dari raut WAJAH.. Be Happy Always and stay positive.
Berfikiran positif lebih dikenali sebagai husnuzon yang membawa maksud bersangka baik. Bersangka baik atau berfikiran positif boleh mencipta kejayaan dalam kehidupan. Oleh itu, agama Islam amat menganjurkan umatnya bersangka baik dalam kehidupan.
Sesungguhnya bersangka buruk adalah menjadi penghalang kepada hubungan sesama manusia. Ini kerana bersangka buruk itu boleh mencetuskan pelbagai masalah, seperti hasad dengki, cemburu dan sebagainya. Semoga hari-hari yang kita lalui diberkati dan dirahmati oleh Allah SAW.
Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa.
Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.
Kalimat zikir sering diucapkan Nabi SAW memiliki banyak keutamaan lain jika diamalkan. Sebenarnya istighfar bukan hanya dibaca ketika memohon keampunan Allah.
Sekalipun mendapat berita baik atau rezeki, kena juga istighfar sebab kadang-kadang selepas mendapat sesuatu rezeki itu, kita diuji dan mendapat musibah malah dosa. Contoh: Ada orang menaja umrah. Tiba-tiba umrah ditipu, keluarga bergaduh tuduh menuduh, emosi terjejas, kesihatan merosot dan ditarik nikmat keceriaan. Padahal awalnya dilihat sebagai rezeki dan kebahagiaan.
Begitu juga ketika diuji. Kadang-kadang ujian itulah yang membuka rezeki dan pintu kebahagiaan daripada sumber yang tak dijangka-jangka. Jadi dalam ujian juga perlu disertai ‘ahamdulillah’ yakni redha dan tawakkal akan perjalanan hidup selepas itu. Contoh: gagal dalam percintaan tetapi asbab kesedihan itu, walaupun sedih dan merana, seseorang itu lebih dekat dengan Allah, lebih banyak berdoa.
Berkat banyak doa, banyak perkara menjadi makbul. Bila banyak doa makbul, hati gembira, hidup ceria, rezeki makin banyak masuk, minda positif, kesyukuran meningkat dan dapat melupakan kisah silam.
Ketika itu baru dia tersedar betapa telah diperbodohkan oleh kesedihan cinta manusia yang merugikan emosi dan tenaga. Jadi, alhamdulillah atas ‘musibah’ perasaan yang berlaku sebelum ini.
KETAHUILAH BAHAWA:
Dalam setiap rezeki melimpah,
ada dugaan menguji maruah
Dalam musibah menggoyah iman,
terselit hikmah membawa pedoman
Dalam setiap curahan hujan,
ada rintik meninggalkan kesan.
Dalam kesan yang menjadi ingatan,
bawalah hati mencari kerehatan
Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Barang siapa melazimkan istighfar, maka Allah akan jadikan jalan keluar dalam setiap kesulitan hidup dan jadikan setiap kegundah-gulanaan menjadi kebahagiaan dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)
BERIKUT DIKONGSIKAN TUJUH ZIKIR YANG DIAMALKAN OLEH DIANA RAFAR.
1. Mengucapkan ‘La Hawla Wala Quwwata Illa Billah’
“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan ‘La hawla Wala Quwwata Illa billah” (HR. At- Tabrani)
2. Membaca ‘La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin’
Barangsiapa setiap hari membaca ‘La ilaha illallahul malikul haqqul mubin’ maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami).
3. Lazimkan Lidah Menyebut ‘Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim’
“Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan Untukmu”. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Bacalah Surah Al-IKHLAS
“Barang siapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya” (HR. AtTabrani)
5. Amal Membaca Surah Al-WAQIAH
Barang siapa membaca surat Al-Waqiah setiap malam maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Memperbanyak SELAWAT KE ATAS NABI
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda : Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul).
7. Melazimkan BERISTIGHFAR
“Barang siapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Doa Harian Menjemput Rezeki
Ya ALLAH berikanlah kami rezeki yang Luas, yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami. Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah.
Jika ada di bumi maka keluarkanlah.
Jika jauh maka dekatkanlah.
Jika dekat maka mudahkanlah.
Jika sedikit maka banyakkanlah.
Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN.
YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami.. Aamiiin
YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin.
Pelakon Adam Corrie Lee menegaskan pemakaiannya tidak mengubah dirinya sebagai seorang lelaki yang berbangsa Cina.
Ujarnya, jika dia berpakaian jubah tidak semestinya dia bertukar menjadi orang Arab dan samalah juga ketika dia menyarung baju Melayu bukan bererti dia menjadi orang Melayu.
Saya suka pakai jubah, kurta, baju melayu, t-shirt , kemeja dan juga berkain pelekat. samfoo pakaian bangsa saya pon jarang sekali saya pakai.
kalau saya pakai jubah, saya tak akan jadi orang Arab kalau saya pakai baju Melayu , saya tak akan jadi orang Melayu kalau saya pakai kurta , saya tak akan jadi orang India, kalau saya pakai kemeja, saya tak akan jadi orang barat.. pakaian yang saya pakai tidak mengubah bangsa saya iaitu Cina.
pakaian yang saya pakai tidak melanggar syariat, menutup aurat dan akidah saya sebagai seorang muslim.
Aidilfitri adalah hari kebesaran untuk umat Islam. bukan untuk satu bangsa. .
senyum selalu dan selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang.
Kesihatan antara perkara penting yang perlu kita jaga sepanjang bulan Ramadan. Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan ada yang terasa badan lemah dan tidak bertenaga. Bulan Ramadan ialah bulan kita mengumpul sebanyak-banyak pahala.
Apabila kesihatan terganggu maka tentulah aktiviti ibadah juga turut terganggu. Oleh itu amat penting untuk kita menjaga kesihatan bagi memastikan kita terus bertenaga bagi memastikan matlamat kita untuk menunaikan amal ibadah mencapai sasaran.
Berikut perkongsian dari Doktor Hafiz Sulaiman.
Kita nak sihat fizikal dan jiwa kita supaya kita dapat beribadah dengan lebih efisyen di bulan pulun pahala ini. Setiap tahun saya dapat berita sedih, ada sahabat kita tak mampu puasa dan solat tarawih jemaah sebab sakit.
Waktu awal puasa terutamanya, badan akan stres sebab tak biasa..tak dapat lagi bakar dan guna lemak sebagai tenaga menggantikan gula darah yang kurang. Maka kita kena bantu badan kita berfungsi lebih baik.
Elakkan makan berlebihan. Makan sikit je supaya tak bebankan perut kita. Masa puasa ni kita nak ambil makanan padat nutrisi sebab lagi stres badan, lagi lah perlu nutrisi yang cukup..superfood lah macam sayur, protein, sedikit makanan karbohidrat dan pelbagaikan sayur dan buah. Minum air secukupnya..sekerap mungkin sampai air kencing jadi jernih ya. Elakkan makanan tinggi gula, makanan proses dan fastfood yang meningkatkan “kebakaran dalaman” badan kita.
Stres emosi dan stres fizikal perlulah kita minimakan. Masa puasa ini, bila emosi tak stabil mulalah jantung berdegup kencang dan rasa senang marah je kan. Guna teknik pernafasan untuk bertenang. Elakkan join golongan toksik supaya jiwa tak stres. Elakkan buat aktiviti bawah matahari terik. Ada yang bersenam habis-habisan demi body smart masa raya tapi kena waspada ya.. Boleh pitam, heat stroke dan shock ye terutamanya awal puasa. Cukuplah bersenam regangan atau angkat berat 15-20minit sejam sebelum berbuka puasa. Masa yang lebih 30 minit tu, doalah pada Allah diberikan kesihatan tubuh badan dan kekuatan beribadah.
Tak molek kita tidur lepas bersahur. Bukan sahaja ia sunnah untuk menghidupkan amalan selepas subuh, tetapi juga bagus untuk kesihatan hormon badan. Hormon jaga (kortisol) ini biasanya tinggi di waktu pagi..Kalau tidur balik, mungkin huru hara jadinya kitaran jam biologi badan kita. Waktu siang memang best tidur bulan puasa..apatah lagi waktu kelaparan. Ini kerana metabolisma badan menurun untuk simpan tenaga..kita jadi mengantuk. Jadi kalau nak kurus dan detox badan masa puasa, kekallah aktif ya!
Perkara yang sering dianggap remeh ini sangat mempengaruhi kitaran hormon dalam badan kita. Semua jenis hormon! Contohnya ramai tak tahu bersenam berat pada waktu malam berisiko mengganggu hormon tidur (melatonin) . Ini menyebabkan kita sentiasa kepenatan, toksin tidak dikumuhkan dengan sempurna serta pemulihan tisu badan jadi terganggu. Cukuplah tarawih sebagai senaman pergerakan dan rehat yang terbaik di bulan puasa ini insha Allah. Kalau nak kurus, pulun sebelum berbuka puasa ya.
Bagi kebanyakan orang, hubungan yang keruh merupakan sumber utama stres dalam hidup sama ada dengan suami/isteri, majikan, ibu-bapa dan anak dan rakan-rakan. Apa kaitannya dengan kesihatan? Stres yang berpanjangan merupakan punca meningkatnya hormon stres yang mengganggu fungsi hormon-hormon yang lain. Stres emosi juga meningkatkan keradangan dan stres dalaman (radikal) menjadikan badan kita sakit-sakit, fungsi badan terganggu dan penuaan menjadi cepat. Stres juga mengganggu sistem mitokondria yang menjana tenaga..maka kita jadi lesu sentiasa. Berilah sokongan kepada orang terdekat kita. Kita perlu lebih empati dan juga bekerja keras ke arah hubungan sosial yang lebih baik.
Paling penting sudah tentulah hubungan kita dengan Allah. Panjatkan doa dan mohon pertolonganNya di bulan mulia ini sesudah kita melakukan amalan-amalan di atas kerana hanya Dia yang menjadikan kita sihat.
Semoga kita mendapat keredaanNya di bulan Ramadan mubarak serta kesihatan untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.