Kini ramai selebriti melangkah ke dunia fesyen. Salah seorang daripadanya ialah Fathimah Alatas yang sukses sebagai pereka fesyen Muslimah. Sekian lama bergelar pereka fesyen, Fathimah Alatas turut mengasaskan jenama fesyen miliknya iaitu Fatima Collection (FATco).
Kerana ingin menonjol kekuatan dan keyakinan seorang wanita, untuk pertunjukan fesyen ini dia mempersembahkan koleksi yang lebih menyerlahkan keanggunan seorang wanita berjiwa kental.
“Alhamdulillah, saya gembira kerana pertunjukan fesyen FATco di MUFFEST 2024 berjalan lancar,” tutur Fathimah Alatas di Istora Senayan Jakarta baru-baru ini.
Memfokuskan kepada elemen keanggunan, Fathimah Alatas merasakan sentuhan gaya klasik dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang makna keanggunan.
Ads
Kredit Foto:
Selain itu, untuk warna diilhamkan daripada bunga mawar dan warna semula jadi yang lain.
Festival yang dianjurkan oleh Indonesia Fashion Chamber itu dibayangkan sebagai forum karya pereka tempatan demi menjadikan Indonesia sebagai pusat fesyen dunia.
“Saya membuat persediaan rapi untuk mempersembahkan lapan koleksi terbaik untuk muncul di pentas MUFFEST 2024,” jelas Fathimah Alatas.
Kredit Foto:
Untuk masa hadapan, Fathimah Alatas berharap agar dia dan jenamanya bukan hanya dapat menyumbang kepada dunia fesyen di Indonesia bahkan juga luar negara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selebriti popular tanah air, Fazura kini bukan sahaja bahagia bergelar isteri dan ibu, malah kariernya kini sudah mula berkembang maju dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja memiliki bakat yang berkualiti dalam bidang lakonan mahupub nyanyian, malah figura popular ini ssemakin rancak aktif mengukuhkan legasi perniagaan jenamanya, Tudung Fazura.
Menghiasi sampul hadapan Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini, Fazura berkongsikan tentang dunia fantasi peniagaannya yang kini menjadi realiti. Pelbagai pahit manis yang dilaluinya dalam menghasilkan produk yang berkualiti memenuhi pemintaan ramai, pelakon filem Dendam Pontianak ini menerimanya sebagai sebuah perkara yang positif.
INSPIRASI DUNIA PERNIAGAAN
Mengukir setiap kejayaan dengan bakat yang dikurniakan bukti figura ini bukan selebriti yang biasa-biasa. Setiap lakonannya sentiasa memberi impak kepada mata yang melihat. Bagi dirinya, dia bukanlah seorang yang suka berdiam diri, Malah, jadual sibuk kerjayanya memberi kepuasan dalam dirinya walaupun memenatkan namun begitulah prinsip teguh seorang yang bernama Fazura. Justeru, dia mencuba nasib dalam dunia fesyen dengan menghasilkan rangkaian rekaan yang serba mewah nan eksklusif yang turut menjadi pujaan ramai. Berbicara tentang fokusnya hari ini dalam dunia peniagaan, Fazura menjelaskan bahawa ia berpunca daripada corak kehidupannya yang sudah bertukar semenjak menjadi seorang isteri dan juga ibu.
“Benar kata orang. Apabila sudah berumah tangga dan bergelar seorang ibu, perjalanan kehidupan akan berubah. Hal ini terjadi dalam diri saya. Fokus saya hari ini lebih kepada keluarga saya. Tidak bermaksud saya meletakkan titik noktah dalam perjalanan karier seni, namun reaitinya, saya lebih selesa berligat lincah dalam dunia baru ini, dunia perniagaan.”
“Alhamdulillah, Fattah juga merupakan seorang suami yang tidak pernah henti memberi sokongan. Jujurnya, ia semuanya bermula dari kata hati saya sendiri. Saya percaya apa yang lahir dari kata hati itu adalah petunjuk dari Allah SWT. Biarpun ia seakan tersirat maksudnya, namun saya bisa memahami dan kerana itulah, hari ini saya selesa dan gembira mengemudi nakhoda legasi sendiri,”
TENTANG ILHAM PRODUK FAZURA
Hadir dengan pelbagai rangkaian jenama dibawah naungannya, Fazura sentiasa obses untuk mencari ilham baru dan menyajikan ‘kejutan’ dalam setiap produknya. FAZURA SKINCARE, FAZURA BEAUTY dan FAZBULOUS simbol kejayaannya hari ini. Tidak megah dan tidak pula mendongak ke langit, bagi dirinya, ia merupakan sebuah kunci pembakar semangat untuk sentiasa mengutamakan definisi kualiti yang terbaik.
“Saya seorang yang sukakan fesyen. Jika menyinkap kembali sejarah perjalanan seni saya, sesungguhnya memang saya dikelilingi oleh rakan-rakan artis serta kelompok yang hebat dalam dunia fesyen. Maka, sedikit-sebanyak mempengaruhi minat saya untuk menghasilkan rekaan pakaian saya sendiri. Namun, jika dahulu saya lebih memfokuskan kepada rekaan yang serba seksi dan moden, tetapi hari ini saya menekankan konsep keserderhanaan dalam berfesyen. Maksunya, ia lebih sopan dan molek bila dilihat. Contohnya seperti skirt labuh, rekaan baju yang lebih longgar dan pastinya yang menutup aurat.
“Semuanya saya kumpulkan dibawah jenama FAZBULOUS. Dari pakaian maka terhasillah rekaan produk aksesori seperti bag tangan dan sebagainya. Saya sentiasa memastikan bahawa setiap produk saya unik dan berbeza kerana saya seorang yang suka berfikir di luar kotak. Semua produk saya terutamanya rekaan tudung mempunyai kisahnya tersendiri yang bersifat peribadi dari segi rekaan sehinggalah kepada coraknya. Bagi saya, itulah simbol bonus yang membuatkan ramai yang ingin memilikinya. Contohnya seperti koleksi tudung Kakak Kita, koleksi merdeka yang menyediakan rekaan tudung seperti Seri Bunga, Cakna Malaysia dan Langit Pertiwi.”
Mengenai dunia kosmetik pula, ilham terhasil apabila ramai yang bertanyakan tentang penjagaan kulitnya. Oleh kerana itu, dengan niat untuk berkongsi rejim kecantikannya, lantas Fazura mengerah keringat hadir dengan pelan terbaik untuk melebarkan sayap perniagaannya dalam dunia penjualan kosmetik yang akhirnya tecetusnya FAZURA SKINCARE.
“FAZURA SKINCARE ini merupakan sebuah perkongsian saya kepada mereka di luar sana mengenai cara penjagaan kulit wajah saya. Bagi saya, ini lebih mendekatkan diri saya dengan peminat-peminat saya di luar sana dimana mereka juga boleh menggunakan produk yang sama dengan apa yang dipakai oleh saya.”
Tidak bernokhtah di situ sahaja, Fazura juga turut menghasilkan rangkaian produk solekan yang sememangnya menjadi dambaan bagi kaum wanita di luar sana. Sentiasa hadir dengan produk yang sesuai dengan semua jenis kulit wajah, Fazura bijak dalam menarik minat warga tempatan untuk memiliki setiap satu produk solekaannya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Figura ini berbeza dari orang lain. Walaupun beliau adalah salah seorang puteri diraja Arab Saudi, tetapi bersikap liberal dan cukup terbuka dalam kehidupannya. Cukup berbeza dengan keluarga diraja lain yang kita bayangkan keluarga yang terdiri dari golongan alim ulama yang begitu kuat dengan pegangan agama mereka. Empunya nama Deena Aljuhani Abdulaziz Al-Saad antara yang meninggalkan kehidupan tradisional masyarakat di sana sebaliknya cenderung memilih gaya hidup orang barat.
Beliau tidak mengenakan hijab dan juga burqa atau abaya seperti wanita lain di negara asalnya. Deena juga dikatakan sedah lama menetap di New York, Amerika Syarikat dan lebih selesa memilih gaya busana moden dan begitu cenderung sekali menggayakan busana edgy juga sentiasa berpotongan rambut pendek.
Malah dia cukup gemar dalam bidang fesyen dan mempunyai hubungan baik dengan beberapa designer terkenal. Wanita berusia 42 ini juga tidak kisah berulang alik antara New York dan Riyadd untuk bertemu pereka fesyen dunia. Wanita ini juga cukum berhati-hati dan bijak memilih gaya yang bersesuaian dengan dirinya. Boleh dilabel ikon fesyen kerana mempunyai selera esyen cukup tinggi dan gayanya begitu moden sesuai dengan karakter dan setiap event yang akan dihadiri sehingga mencuri gaya netizen.
MEMPUNYAI BUTIK
Nama Deena sebenarnya cukup dikenali dalam dunia moe setelah menjadi editor in Chief Vogue Arabia pada 2016 lalu. Beliau merupakan editor in Chief pertama yang bertanggung jawab mengawasi target Vogue Arabia di kawasan Arabia, Bahrain hinggalah United Emiriah Bersatu dengan ibu pejabat di Dubai.
Sebelum itu, Deena juga sebenarnya telah lama berkecimpung dalam bidang fesyen dengan membuka butik bernama D”Na berlokasi di Riyadh. Bukan itu sahaja, dia juga pernah berkolaborasi dengan Christian Laboutin yang menggunakan namanya untuk salah satu koleksi kasut jenama ternama itu.
IBU KEPADA 3 ANAK
Walaupun dia kelihatannya begitu sibuk ke sana kemari, tetapi Deena tidak melupakan tanggung jawabnya menunaikan tugasnya sebagai ibu kepada tiga buah hatinya, seorang puteri dan sepasang kembar putera.
Puteri Deena juga merupakan isteri kepada Putera Abdulaziz bin Nasser bin Abdulaziz Al Saud. Suaminya ini merupakan anak kepada Putera Nasser Abdulaziz AlSaud yang juga merupakan termasuk dalam salasilah keluarga Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud dan tercatat sebagai Raja Arab Saudi yang pertama.
Memilih busana seharian tidak kiralah untuk digayakan kala liburan, kerja ataupun acara istimewa pasti kadangkala membuatkan hati galau. Stail apa yang sesuai, padanan mana yang akan menonjolkan personaliti?
Kewujudan pelbagai jenama fesyen di Malaysia cukup membanggakan sekaligus memberi pelbagai pilihan dan gaya buat para hijabi tempatan. Terbaru jenama Modanisa yang berasal dari Turki telah pun melabuhkan sauh mereka di negara ini.
.
Berlandaskan misi untuk menjadi peneraju utama fesyen sopan dalam talian dan pencetus trend global, jenama antarabangsa ini menjadikan Malaysia sebagai tapak permulaannya bagi menembusi pasaran Asia Tenggara dengan pelancaran rasmi laman sesawang dan platform aplikasi di Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
Menariknya rekaan busana yang ditawarkan oleh Modanisa merangkumi tujuh kategori produk dari pakaian wanita (sut, jubah, seluar, loungewear dan lingerie), pakaian untuk ke majlis (gaun, dress, sut formal, skirt) sehingga ke pakaian plus size dan juga pakaian sukan dan pakaian renang.
.
Modanisa.com juga menawarkan pelbagai pilihan hijab termasuk tudung, penutup kepala dan aksesori.
Kepelbagaian jenis rekaan yang ditawarkan bertunjangkan gaya sofistikated, ringkas tidak terlalu sarat namun bermutu tinggi dan mampu milik untuk digayakan oleh semua hijabi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.