Wanita Turki tampil sangat stailo dengan gaya hijab sederhana. Tidak memerlukan banyak waktu untuk berdandan, namun tetap cantik. Berlainan pula di hari perkahwinan, gaya hijab mereka agak berlainan tetapi tetap menarik dengan padanan hijab, veil dan aksesori tambahan.
Ini kerana jelas perkahwinan adalah hari terbesar buat hijabi yang ingin memakai sesuatu di luar kotak seperti gaya wanita Turki ini boleh menjadi inspirasi. Oleh itu, sejak kebelakangan ini, terdapat trend untuk hijabi yang baru berkahwin memakai pelbagai Gaya Perkahwinan Hijab untuk majlis perkahwinan mereka.
Koleksi Hijab Perkahwinan Terbaik Untuk Hijabis Muslim:
1. Hijab Ala Hijabis Turki Dengan Solekan Minimal
Perkahwinan paling trending awal 2019 pelakon genit Elfira loy menyarungkan busana perkahwinan pereka tempatan Rizman Ruzaini dengan padanan gaya hijab ala hijabis Turki oleh nazlivingastyle dan solekan minimal sentuhan Khir Khalid.
Ads
2. Solekan Wow dengan padanan hijab dan layah yang ringkas
Gaya hijab yang ringkas masih seperti gaya hijabis Turki tetapi memberi sentuhan yang lebih pada solekan berbanding gaya hijab.
Ads
3. Hijab yang bertingkat dan padann layah pendek
Hijab perkahwinan Turki adalah agak sedikit ke belakang dalam reka bentuk mereka untuk pengantin perempuan. Ini meliputi sudut sudut keseluruhan wajah pengantin perempuan dalam bentuk bulat. Ia mungkin menyerupai keserupaan dengan gaya hijab Nun. Ia adalah yang paling sesuai untuk hijabis yang mempunyai bentuk muka yang tirus .
Ads
3. Tambahan Aksesori
Ada di kalangan hijabis Turki meletakkan hari perkahwinan adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Gaya hijab haria mereka terlalu ringkas dengan lilitan hijab, namun di hari bahagia ini hijabis Turki ingin lebih perhatian pada lilitan hijab dengan pandanan aksesoria yang agak berat.
Pernikahan hijab mempunyai banyak jenis dan gaya untuk pengantin untuk dipilih. Bergantung kepada keperluan gaya dan keselesaan anda, anda perlu memilih hijab perkahwinan anda dengan sewajarnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap bait lirik yang menyulami sebuah karya baru dari penyanyi serta komposer terkenal Faizal Tahir ini memiliki maksud yang bermakna disebalik melodi tradisional yang indah gemersik alunannya. Single terbaru, Alah Bisa nyanyian duet Faizal Tahir serta Amira Othman ini punya keunikannya tersendiri dan sarat dengan mesej yang bermanfaat.
Baru-baru ini, menerusi rancangan MeleTop, Amira yang dahulu pernah popular dengan lagu Hati-hati juga sudah lama tidak hadir dengan karya baru menyatakan bahawa gandingannya bersama Faizal seperti mimpi jadi realiti. Dia tidak menyangka bahawa Faizal sudi untuk berduet dengannya menerusi single terbaru ini.
Jujurnya, saya berasa terkejut dapat berkolaborasi bersama Faizal Tahir, seorang yang cukup dikenali dalam industri seni tempatan. Saya sendiri memang menyimpan hasrat untuk menyanyikan lagu hasil ‘air tangan’ Faizal sendiri. Bagi saya, kolaborasi ini ialah rezeki dan jodoh. Jadi impian saya termakbul dan jadi kenyataan.
Bagi Faizal pula, gandingan bersama Amira merupakan sebuah projek yang tidak dirancang sehinggalah pihak labelnya mencadangkan nama Amira sebagai calon yang sesuai untuk berduet menyanyikan lagu Alah Bisa.
Sebenarnya, lagu Alah Bisa ini sudah lama disiapkan, sebulan awal. Apabila pihak label saya mendengar lagu tersebut, mereka terus mencadangkan Amira sebagai penyanyi yang sesuai dengan alunan melodi Alah Bisa.
Lagu Alah Bisa merupakan sebuah lagu yang yang sarat dengan nasihat tentang pentingnya menjaga solat. Menurut Faizal selaku komposer lagu tersebut, Alah Bisa ini harus didengari lebih dari sekali untuk memahami mesej yang tersirat, atau boleh menonton muzik videonya yang sudahpun ditayangkan di YouTube.
Alah Bisa merupakan sebuah lagu tentang kepentingan menjaga solat. Nasihat yang diberikan begitu santai dalam alunan melodi yang menarik. Apa yang penting, jika mahu diringkaskan tentang mesejnya, jangan sombong dengan Tuhan.
Jika kita jaga solat, maka urusan kita dipermudahkan. Solat ini memang sudah untuk dimulakan, tetapi mudah bila sudah terbiasa. Begitulah sinonim tajuknya, Alah Bisa Tegal Biasa.
Baru sahaja dilancarkan pada 27 Mei yang lalu, muzik video Ala Bisa sudahpun mendapat lebih 200 ribu jumlah tontonan di YouTube. Muzik videonya diarahkan oleh Azhar Ismail dan lagunya hasil dari Faizal Tahir sendiri.
Sebelum berjumpa dengan doktor gigi bagi mendapatkan rawatan ada baiknya anda baca dahulu perkongsian doktor ini. Moga ia menjadi satu perkongsian yang berguna untuk semua dan kita lebih berhati-hati. Kalau yang pernah buat, lepas ini elakkan buat lagi perkara yang sama.
Tips pesakit muslimat agar disenangi klinik gigi.
1. SANGGUL KEPALA
Sanggul atau bonjot rambut. Tak perlu tinggi, susah doktor gigi nak lihat gigi atas. Buat rawatan lagi la payah. Silap–silap doktor gigi bongkok dulu sebelum sempat umur 65 tahun.
2. FOUNDATION
Muka kalau hendak pakai foundation ala kadar sahaja, sekali kena spray air handpiece terus cair. Lagi best terkena glove tangan doktor. Bila bersentuh muka dan glove, dah rupa orang pakai bedak sejuk malam–malam nak tidur.
3. MASKARA DAN BULU KENING
Tak kisahlah pakai bulu mata implant ke atau jenis sapu maskara tebal–tebal. Sekali terpercik air scaler cuci mulut tu, tengok rupa pun celoreng–celoreng serupa ‘patung opera’.
4. GINCU (LIP GLOSS)
Buang atau lap awal–awal sebelum masuk bilik surgeri doktor, kalau tak pakai lagi bagus. Bukan apa, apabila kena jari glove doktor gigi, muka nampak comot seperti badut. Ini serius tau. Melekat pada instrument pergigian. Itu susah dan leceh staf klinik gigi nak bersihkan.
5. RAMBUT
Bagi yang berambut panjang, pastikan diikat kemas. Jangan panjang mengurai terbang ke muka atau mulut. Bila doktor gigi nak buat rawatan, rambut masuk mulut kadang-kadang tertarik rambut sekali.
6. BAJU
Pastikan tutup dada molek–molek. Jangan nampak segala lurah–lurah bukit. Baju belakang jangan singkat, nampak warna ‘spender’ bila kau duduk kumur. Kau nak buat rawatan gigi je pun, bukan nak berdating.
7. KAIN SKIRT
Kain juga, jangan singkat-singkat atas paras lutut. Tiba-tiba kau menggeliat sakit atau takut atau apa-apa atas kerusi pergigian tu, tak ke terselak? Tolong ya, sopan sikit sebab sekiranya yang merawat adalah doktor lelaki, doktor lelaki tersebut mungkin adalah suami orang atau bapa orang.
Jaga aurat okay. Sebenarnya mereka tengok pun segan, tapi malu nak tegur.
8. TUDUNG
Kalau nak pegi jumpa doktor gigi untuk periksa atau buat rawatan gigi, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, cucuk pin sana, cucuk pin sini, kan dah payah dah nak periksa dalam mulut, payah nak buka mulut luas-luas. Pakai tudung biasa-biasa…sarung ‘zasss’ dah.
Tudung ala-ala Yuna ke, Siti Nurhaliza ke, Fareeda ke, Ariani ke, tudung artis suam-suam kuku ke..tinggalkan di rumah bila jumpa doktor gigi.
Pakai biasa-biasa dah. Tudung mak jemah pergi pasar pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu kau ada konsert atau nak buat persembahan kat Anugerah Juara Lagu.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor gigi nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Lepas tu pesakit ramai dan tak sabar di luar tunggu…dah memekak pada staff di kaunter.
******************
Itu sahaja, saya pun seram-seram nak tegur depan-depan sebab ada pesakit yang muncung sebatu nanti hahaha.
Please ya kakak adik maness semua. Kita sama-sama saling mengingati dan perbaiki. Gunakan media sosial untuk berkongsi yang baik-baik.
Face Oil menjadi satu rejim kecantikan wajib bagi hijabi. Ternyata, kesan penggunaanya benar-benar bernilai yang telah digembar-gemburkan di media sosial mahupun dijual di store kecantikan. Satu langkah tambahan untuk menambah rejimen kecantikan harian anda, tetapi faedahnya adakah ia berbaloi?
Kulit memerlukan minyak untuk mengekalkan keseimbangan yang sihat, jika tidak, ia akan menjadi terlalu kering yang boleh menyebabkan jerawat, garis halus, dan kedutan. Menggunakan face oil membantu mengekalkan kelembapan dalam kulit sambil melindungi dari kerosakan alam sekitar.
Cari minyak dengan saiz molekul yang lebih kecil, seperti argan, squalane dan minyak jojoba. Jika struktur molekul minyak terlalu besar, ia tidak dapat menembus lapisan atas kulit. Minyak ringan akan tenggelam ke dalam kulit dengan cepat tanpa menyumbat liang-liang.
Anda perlu teliti jenis kulit anda apabila membeli minyak muka,”kata Dr Debra Jaliman, ahli dermatologi kosmetik. Di samping itu, cari minyak yang dibotolkan dalam kaca gelap kerana pendedahan kepada cahaya dan haba akan merosakkan minyak. Dan akhirnya, “pilih minyak muka di mana air bukan bahan pertama,” tambahnya.
Berikut adalah panduan untuk membantu anda memilih face oil terbaik, mengikut jenis kulit anda:
“Minyak Marula sangat baik untuk mengurangkan kemerahan dan menghidrat kulit yang kering dan teriritasi, tidak berat sehingga anda tidak akan berasa berminyak. Minyak ini juga kaya dengan asid lemak omega. Minyak kelapa dan squalane juga sesuai untuk jenis kulit ini. Sekiranya anda mempunyai kulit kering, pelembap dengan asid hyaluronik bersamaan dengan minyak muka akan berfungsi dengan baik. Asid hyaluronik memancarkan kulit dan menambah kelembapan kulit.
Cuba La Mer Face Oil atau Kiehl’s Daily Reviving Concentrate.
Elakkan menggunakan minyak yang terlalu berat. Squalane, minyak jojoba dan marula adalah cadangan terbaik. Ambil beberapa titis minyak muka dan campurkan dengan pelembap anda sebelum menyapukan di muka.
Cuba Kiehl’s Midnight Recovery Concentrate atau Sunday Riley Luna Sleeping Night Oil
Kerosakan berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu aktif, jadi dengan menggunakan minyak tambahan yang sihat seperti squalane, mengurangkan pengeluaran minyak di wajah. Kebanyakan mereka yang berkulit ini cuba mengeringkan kulit mereka, yang merupakan salah satu perkara yang paling teruk yang anda lakukan.
Jerawat adalah cara kulit anda memberitahu bahawa nisbah minyak dan air tidak seimbang,” tambahnya. Pilih minyak ringan seperti Jojoba, squalane dan minyak pokok teh. Face oil ini mengandungi bahan-bahan yang boleh membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat dan membantu menghilangkan sel kulit mati.
Cuba SUNDAY RILEYU.F.O. Ultra-Clarifying Face Oil atau Biossance SQUALANE + VITAMIN C ROSE OIL
Jojoba, pokok teh, minyak squalane dan minyak marula adalah baik untuk kulit berminyak, ringan dalam tekstur dan tidak membuat kulit berminyak. Lain-lain minyak comedogenic seperti Argan, Buckthorn, Kukui dan rosehip juga pilihan yang selamat. Pelembap dengan asid alpha hydroxy adalah pilihan yang baik untuk digunakan bersama dengan minyak muka, jika anda mempunyai kulit berminyak.
Cuba Clinique’s Turnaround Revitalizing Treatment Oil atau Dr. Hauschka Clarifying Day Oil.
Minyak Marula berfungsi hebat untuk kulit kombinasi. “Ia mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan cepat menembusi kulit. Gunakan face oil dengan berhati-hati dengan pelembap ringan.
Cuba Drunk Elephant Virgin Marula Luxury Facial Oil atau Burt’s Bees Complete Nourishment Facial Oil
Squalane berasal daripada buah zaitun dan kerana molekulnya sangat kecil, ia boleh diserap dengan mudah dan mempunyai manfaat yang menakjubkan untuk semua jenis kulit.
Cuba Hydra Squalane Facial Oil atau Tata Harper Beautifying Face Oil
Cubalah Origins Plantscription Youth-Renewing Face Oil yang mempunyai kebaikan 20 minyak meremajakan kulit termasuk Argan, Rose, Sunflower, Sweet Almond dan minyak Raspberry. Pilihan hebat lain termasuk Aromatherapy Associates Fine Line Face Oil, Caudalie Vine[Active] Overnight Detox Oil and Bamford Restore Elixir.
Sekarang anda tahu face oil yang sesuai digunakan, berikut adalah beberapa petua cara memasukkannya ke rutin kecantikan anda:
• Mula dengan mencuci dan perlahan-lahan mengelupaskan kulit.
• Tambah beberapa titis face oil untuk pelembap muka anda atau sapukan minyak dengan pelembap ringan.
• Urut menggunakan gerakan menaik.
• Juga, anda boleh menggunakannya di bawah SPF pada waktu pagi atau campurkan 2-3 titik dengan bedak asas semasa memakai solekan.
Adalah penting untuk diperhatikan bahawa kedua-dua pelembap dan face oil adalah sama penting, kombinasi ini untuk mengekalkan kulit yang sihat dan terhidrat. Kulit memerlukan air 70% dan minyak 30% untuk mengekalkan keseimbangannya. Tidak ada face oil atau pelembap dapat mengantikan air, jika digunakan tanpa hydrator.
Kedua-dua rejim kecantikan ini sebenarnya penghalang terhadap penghidratan yang akan menyebabkan kulit rosak. “Minyak membantu kulit mengekalkan air yang dimasukkan ke dalamnya, dan pelembap bertindak sebagai pelindung terhadap radikal bebas, matahari, dan toksin alam sekitar.
Sumber: Forbes
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.