Apakah yang akan terjadi sekiranya jenama mewah dan eksklusif, dUCk milik ikon bisnes fesyen terkenal Vivy Yusof bertukar nama kepada Chicken? Pelik bukan?
Menerusi perkongsian dari Vivy Yusof atau nama sebenar Vivy Sofinas Yusof, dia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram tentang perbualannya bersama dengan putera sulungnya, Daniel Azim Shah atau lebih mesra dengan panggilan Daniel.
Dalam perbualan itu, Daniel bertanyakan kepadanya mengenai logo jenama dUCk yang menghiasi dompetnya itu.
Apa yang menjadi bahan jenaka perbualan mereka berdua ini, apabila anak lelakinya itu menunjukkan wajah yang tidak teruja apabila mendengar penjelasan Vivy tentang logo tersebut.
Ads
Saya menjelaskan kesemuanya tentang sejarah nama dUCk kepadanya, “Ia lebih catchy, lebih ramah dan semua orang boleh menyebutnya.” Daniel kelihatan tidak berminat. “Saya rasa ia bukanlah idea yang menarik.”
Apabila melihat reaksi anaknya itu, Vivy terus bertanyakan tentang kenyataan dari Daniel itu.
Kerana bila orang ramai membuat carian di Google tentang nama dUCk, segala perkara tentang haiwan akan keluar dulu. Bukan jenama anda.
Terkejut dengan jawapan yang dikeluarkan dari seorang budak lelaki berumur 8 tahun, Vivy merasakan bahawa anaknya sudah bijak dalam bidang penjenamaan.
Ads
Oleh kerana itu, Vivy meminta pendapat warganet tentang nama yang sesuai untuk menggantikan dUCk. Ramai yang berkongsi idea untuk menggantikan nama baru sehingga ada yang mencadangkan untuk menukar jenama dUCk kepada Daniel. Lawak betul!
“Atau mungkin tukarkan kepada Daniel,” komen Izzati Adli.
“Maybe Teh Ais,” komen Meissakura.
“Maybeee “Itik Gantung,” komen Anis Kiss.
Ads
Sedikit info, hasil perkahwinan Vivy bersama suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah, Sarah Ilham Shah dan Idris Ali Shah.
Buat pertama kalinya Datuk Seri Siti Nurhaliza hadir ketika majlis pelancaran cawangan butik CreacionBySiti Nurhaliza di Melawati Mall semalam. Nyata penampilannya lebih cantik, menawan dan langsing dari sebelumnya. Rupanya Siti sudah hilang hampir 22 kilogram berbanding berat sebelumnya, iaitu 92 kilogram. Mengamalkan diet secara konsisten sepanjang berpantang punca utama penurunan berat badan yang cukup ketara. Malah beliau juga tidak kisah menjadi ‘zombie’ gara-gara berjaga malam bagi memastikan Siti Aafiyah mendapat susu badan sepenuhnya.
Menurut Siti, beliau memang betul-betul mengamalkan cara pantang sebaik sahaja melahirkan anak pertamanya, Siti Aafiyah 1 Rejab lalu.
“Siti memang mengutamakan soal diet dengan mengambil pemakanan secara sihat. Siti tak ambil makanan bergoreng, sebaliknya gantikan dengan rebus dan bakar sahaja. Nasi pula Siti ambil beras perang dan kuantiti juga tidak banyak.
“Selain itu, seperti ibu-ibu yang melahirkan anak, Siti turut amalkan proses bertungku, sauna dan juga urut. Dan Siti juga turut memanjangkan tempoh berpantang dari 44 hari kepada 74 hari,” ungkap Siti ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen busana Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza 2018 serta pelancaran pembukaan cawangan butik Creacion By Siti Nurhaliza yang ke lapan di Melawati Mall.
Menurut penyanyi tersohor negara ini juga berkata beliau berpuas hati dengan perkhidmatan ibu berpantang dari Natalis yang disediakan sepanjang menjalani tempoh berkenaan.
“Saya memang puas hati dengan perkhidmatan Pakej Penjagaan Berpantang dari Natalismothercare . Hasilnya dari hari pertama hingga kini, Siti dan berjaya turunkan berat badan sebanyak 22 kilogram. Daripada 92 kilogram dan kini berat Siti hanya 70 kilogram.
“Insya-Allah Siti kalau boleh nak turunkan lagi hingga mencecah 59 kilogram. Walaupun tahu sukar untuk mendapatkan berat seperti itu, tetapi Siti akan berusaha. Maklum sahaja kerjaya sebagai penyanyi memerlukan kita tampil menarik ketika di atas pentas membuat persembahan,” tambahnya yang mengakui gembira dan bersyukur dengan perubahan dirinya setelah bergelar ibu.
Siti turut berkongsi pengalamannya menjadi ‘zombie’ kerana terpaksa berjaga malam disebabkan baby Siti Aafiyah.
“Siti Aafiyah jenis siang hanya tidur dan berjaga pada waktu malam. Biasanya tiga kali dia akan terjaga untuk minum susu. Walaupun memang memenatkan, tetapi bagi Siti bila setiap kali lihat baby Aafiyah terus hilang penat.
“Rasa puas dapat melihat setiap inci perkembangan tumbesaran Siti Aafiyah depan mata. Alhamdulillah Siti juga dapat memberi penyusuan penuh susu ibu kepada baby Siti,” tambahnya lagi.
Oleh kerana sentiasa memberi susu badan menyebabkan beliau sering rasa lapar, dahaga dan mengantuk.
“Itu memang siptom yang biasa ibu-ibu alami sepanjang tempoh penyusuan. Justeru Siti akan sentiasa sediakan makanan. Bagi memperbanyakkan susu pula, Siti akan makan sarang burung, lobak putih, salmon dan beberapa makanan bersesuaian.
“Buat masa ini Siti tidaklah buat stok susu, sebaliknya akan beri jika ada permintaan. Oleh kerana Siti Aaafiyah masih kecil, jadi tidak ada momen lucu sepanjang breastfeed, cuma Siti memang tak puas lihat dia senyum dan gelak dalam dunianya tersendiri,” jelas Siti yang turut berdoa agar bulu mata anaknya panjang dan lebat seperti suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa ketika tempoh mengandung.
“Itu memang saya doa ketika mengandung dan alhamdulillah bulu mata Siti Aafiyah seperti ayahnya. Panjang dan tebal. Ramai yang datang tengok kata Siti Aafiyah ikut muka saya dan ada kata ikut muka suami. Saya tak sabar nak tunggu dia berusia 5 bulan ke atas untuk lihat perkembangannya itu,” cerita Siti yang turut mengambil kira pesanan ibunya dalam menjalani fasa baru ini.
“Apa yang Siti alami inilah apa yang emak Siti lalui dulu. Emak Siti pesan, jadi ibu ini perlukan kesabaran yang cukup tinggi. Setiap kali ada kesusahan, perlu hadapinya dengan tenang. Memang pengorbanan seorang ibu itu sangat besar dan selagi ada ibu kita perlu hargai mereka,” jelasnya lagi yang turut mengamalkan makan jamu untuk kelihatan kekal sihat dan bertenaga. Siti mengamalkan pengambilan jamu di akhir tempoh berpantang.
Penampilan Siti buat kali pertamanya itu semalam di khalayak nyata mendapat sambutan cukup menggalakkan dari peminatnya. Rata-rata ada yang hadir seawal pagi dan ada juga datang dari luar Kuala Lumpur.
Masing-masing tidak sabar menanti kehadiran Siti dan ternyata biarpun sudah bergelar ibu, persembahan Siti petang itu cukup menghiburkan.
Sempena pembukaan cawangan butik ke lapan, ini, tetamu yang hadir juga turut dipersembahkan dengan pertunjukan fesyen koleksi Syawal terbaru Creation by Siti Nurhaliza yang berkonsepkan blossom.
Koleksi kali ini tampil dengan 39 rekaan menarik yang termasuk 8 rekaan premium series dan salah satunya merupakan istimewa ‘Design by Siti Nurhaliza’.
Menurut Siti juga, walaupun ketika rekaan ini dihasilkan beliau dalam tempoh hamil tetapi turut mengambil tahu setiap perkembangan koleksi ini.
“Siti cukup puas hati dengan koleksi yang dihasilkan ini. Sebelum ini tidak lihat semua depan mata, tetapi bila lihat hari ini Siti memang puas hati.
“Kali ini kita memilih tema kuntuman-kutuman bunga yang dihasilkan dari fabrik broked sifon plain serta mainan warna yang cukup menarik. Malah rekaan dihasikan ini juga bertujuan mencipta nostalgia indah dan beri pengalaman istimewa penggayaan busana elegan di pagi Syawal nanti,” terang Siti lagi yang membayangkan akan bekerjasama untuk menghasilkan koleksi kanak-kanak dan juga baju kasual penyusuan untuk kaum ibu.
Beliau juga teruja pembukaan cawangan ini adalah di lokasi cukup strategik dan sesuai menjadi tempat beli belah untuk warga bandar dan penduduk sekitarnya.
Koleksi Syawal Creacion by Siti Nurhaliza ini akan ada di butik secara berperingkat-peringkat dan boleh didapati pada harga serendah RM199 dan ke atas.
Bra atau coli merupakan pakaian dalam yang paling penting dan wajib ada dalam almari. Ia ibarat teman baik wanita kerana dengan pemakaian yang betul akan membuatkan penampilan di bahagian dada kelihatan sempurna.
Walau bagaimanapun ada sukar untuk menjaga pakaian kecil ini kerana jika salah basuh akan menyebabkan bra cepat rosak dan nampak tak cantik. Admin nak kongsi beberapa tip bagaimana untuk merasa selesa setiap kali mengenakan bra ini.
Baju tak bertali bra tidak menyokong payudara anda, dan itu benar-benar menjengkelkan. Pasang tali ke bahagian belakang bra, pasangkan juga di bawah payudara anda, dan pasangkannya di bahagian belakang di sisi lain. Pemakaian yang betul akan menyebabkan bra anda akan kekal di tempat asal tidak kira apa aktiviti yang hendak dilakukan.
Teknik ini hebat terutama untuk bergaya seperti model. Letakkan ‘cup’ secara menyerong dan bukannya pada kedudukan mendatar biasa – dari bawah dan sisi setiap payudara.
Pasang pad silikon khas ke tali supaya tidak meninggalkan kesan merah pada badan. Secara umum, tali bra adalah tanda bahawa tali bra itu harus diregangkan.
Bagi mereka yang tidak berhijab, untuk memilih bra yang sesuai dengan pakaian tanpa tali, terutama sekali dengan belakang terbuka, bukanlah perkara yang mudah. Cara terbaik ialah memotong bahagian hadapan bra, dan menjahitnya ke dalam kostum pakaian.
Sokongan optimum adalah apabila anda boleh memuatkan dua jari yang meletakkan satu di atas yang lain di bawah tali bahu anda. Sekarang anda boleh menyelaraskan tali dengan mudah!
Bra anda harus diregangkan dengan memegang payudara memasuki ‘cup’ mengikut keselesaan dan silangkan tali bra di belakang.Cara ini bra dapat menampung buah dada anda.
Bra lace ini kelihatan indah, dan ia adalah selesa dan lembut kerana ia tidak mempunyai ‘underwire’ dan elastik. Namun, ia tidak memberikan impak yang sama dengan bra yang membunyai ‘cup’. Untuk menyelesaikan masalah ini, letakkan ‘cup’ baju renang di dalamnya. Anda boleh membetulkannya dengan pita pelekat pakaian.
Masalah yang terkenal di kalangan wanita dengan payudara besar. Agar tidak mendedahkan jurang anda kepada umum, kancingkan tepi baju di antara butang dengan pita melekat berpihak dua sisi yang dibuat untuk pakaian.
Cara yang baik untuk menyimpan bra anda adalah dengan menggunakan penyangkut mudah. Dengan cara ini bra tidak akan kehilangan bentuknya dan akan sentiasa berada dalam keadaan baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Laman sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang digunakan untuk pelbagai fungsi juga kepentingan setiap individu. Ada yang menjadikannya sebagai tiket akses untuk menambah kenalan, memajukan perniagaan, mengaut keuntungan dan tidak kurang juga, ada yang menjadikannya sebagai sebuah tempat untuk bercerita, berceloteh dan bergosip.Antara salah satu kelemahan yang wujud apabila menggunakan laman sosial ini apabila ia mudah menyebarkan fitnah, membina minda negatif serta membentuk peribadi seseorang itu menjadi individu yang mudah menilai orang lain, tanpa sebab asbab yang kukuh.
Maka, moleklah sekiranya jika kita menggunakan laman sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter juga Tiktok untuk kebaikan diri sendiri dan memberi kebaikan kepada orang lain. Berbicara soal laman sosial, ramai diantara kita yang ingin tampil sempurna sehinggalah memperjudikan diri mereka sendiri.
Oleh disebabkan taksub dengan pujian serta kata-kata positif dari pengguna laman sosial, ada yang sanggup berbelanja beratusan ribu ringgit sehingga berhutang hanya untuk tampil sempurna di laman sosial. Adakah ia berbaloi?
Mengulas lanjut mengenai isu ini, Majalah Hijabista secara eksklusif menemu bual penyanyi bersuara lunak, Ernie Zakri berkaitan isu tampil sempurna di laman sosial.
SEMPURNA DI LAMAN SOSIAL PERSPEKTIF ERNIE ZAKRI
Penyanyi yang baru sahaja melahirkan puteri sulungnya yang diberi nama Nur Khawla Soleha, menyatakan bahawa menjadi sempurna di laman sosial bukanlah perkara yang mudah. Malah, dia menyifatkan sebagai seorang manusia, definisi kesempurnaan itu amat mustahil untuk dicapai, namun ia bukanlah alasan untuk tidak menjadi yang lebih baik dari semalam.
“Menjadi sempurna di laman sosial ini saya kira begitu am dari sudut pengertiannya. Namun, apa yang pasti, kita sebagai manusia biasa pastinya tidak akan pernah lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.”
Tambahnya lagi, sebagai pengguna laman sosial yang bijak, kita disarankan untuk menyebarkan nilai-nilai positif supaya dapat membentuk sebuah komuniti yang harmoni dan bertanggungjawab.
Oleh itu, kita haruslah berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam semua perkara, di semua tempat termasuklah di laman sosial.
“Berbaiklah dengan yang lain dan berilah komen dan kata-kata yang positif. Usah terlalu mudah untuk menghukum di laman sosial sehingga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling. Elakkan dari menghujah kata-kata kesat, negatif, memaki-hamun juga mencaci. Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik. Sesungguhnya, memberi kebaikan kepada orang lain merupakan sebuah amalan yang mulia dan harus dipraktikkan dalam kehidupan harian kita,” tegas Ernie mengenai isu ini.
Kita tidak mungkin bisa menjadi sempurna, namun cubalah jadi yang lebih baik.
Oleh itu, sempena meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, ayuh kita jadikan platform laman sosial sebagai sebuah tempat yang bisa menyebarkan nilai-nilai murni dan positif yang bukan menjauhkan kita semua, malah lebih mendekatkan diri kita sebagai hamba-Nya. Semoga penulisan artikel ini memberi pengajaran kepada diri kita untuk sentiasa bijak menggunakan laman sosial pada hari ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.