Memiliki raut wajah persis ‘barbie’ bermata bundar serta pandai memasak dengan gaya bersahaja itulah keistimewaan dimiliki oleh pempengaruh dan cef viral dari Lubnan, Abir El Saghir ini.
Terkenal kerana kebolehannya menyediakan pelbagai jenis masakan termasuk menu antarabangsa, Abir El Saghir menjadikan platform media sosial iaitu TikTok dan Youtube untuk berkongsi minatnya dengan orang ramai.
Baru-baru ini, gadis jelita ini diiktiraf sebagai ‘Digital Stars Under 30’ oleh Instagram.
Untuk info, Abir El Saghir terkenal dengan perkongsian videonya tentang penyediaan masakan antarabangsa. Pada Januari 2023, dia memenangi Anugerah Joy sebagai pempengaruh wanita pilihan.
Pada Ramadan 2023, Abir El Saghir pernah menganjurkan program masakan 10 episod iaitu ‘Abir’s Kitchen’ di STC TV dan Jawwy TV. Dia berkongsi kandungan program di saluran YouTube peribadinya, Abirz Kitchen, yang mengumpul lebih 1.5 bilion tontonan.
Pada Oktober 2024, Abir El Saghir melancarkan kempen ‘Cook for Lebanon with Abir’ bagi menyediakan makanan harian buat golongan gelandangan di Lubnan.
Sehingga kini, Abir El Saghir berjaya meraih perhatian berjuta-juta orang di seluruh dunia dengan video Tiktok yang memaparkan dirinya memasak hidangan tradisional sambil memakai pakaian desa. Memang unik!
Menariknya, Abir El Saghir melakukan segala-galanya sendiri bermula dari membeli bahan-bahan masakan, memasak, membuat video, mengedit dan menyiarkan video.
Video Abir El Saghir sering mendapat perhatian dengan jutaan tontonan di media sosial. Pertama kali Abir El Saghir menyiarkan videonya di TikTok ialah pada awal 2021.
Ia bermula dengan kandungan fesyen kemudian beralih kepada makanan. Abir El Saghir yang mempunyai 25.7 juta pengikut di Tiktok, kini aktif menghasilkan video-video hidangan tradisional dari lebih 90 buah negara.
Untuk infio, Abir El Saghir pernah memasak 32 menu dari 32 buah negara yang mengambil bahagian dalam perlawanan Piala Dunia Qatar 2022.
Semoga gaya Abil El Saghir ini menjadi inspirasi buat para hijabi khususnya yang masih keliru untuk suai padan (mix and match) pakaian dengan pashmina atau selendang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Cantik dan digelar The Talented Hijabi, Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian ‘Singing With Legends’ di China membanggakan negara.
Belum cecah 5 bulan usai melahirkan anak kedua, Shila Amzah dah sibuk berulang-alik dari KL ke China untuk pertandingan nyanyian Singing With Legends musim keenam.
Ibu anak dua itu berjaya menempah tiket ke final selepas bergelar juara mingguan. Dalam persembahan hujung minggu lalu, Shila menghidangkan dua buah lagu iaitu Bring Me To Life bersama Wang He Ye dan lagu Mandarin ‘Ning Meng Cao De Wei Dao’ bersama artis terkenal China, Julia Peng Jia Hui.
“Saya seronok dapat bereksperimen dengan genre berbeza kali ini!” tambah Shila yang juga isteri kepada pempengaruh media sosial, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, atau lebih dikenali sebagai Ubai.
Mula bersinar di China sejak menjuarai Asian Wave pada 2012, Shila kini kembali dengan penuh berani untuk Singing With Legends musim keenam. Program ini menyaksikan kerjasama antara penyanyi lagenda dan bakat muda di atas pentas yang sama.
Cukup sesuai dengan gelaran The Talented Hijabi, kejayaan Shila Amzah mara ke final pertandingan nyanyian Singing With Legends di China itu jelas membanggakan negara.
BERSALIN
Baru saja melahirkan anak perempuan, Rhea Akira, pada 9 Mei 2024, kini Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah sudah kembali aktif dan sibuk berulang-alik dari KL ke China.
Komitmen tinggi ibu kepada Seth Uwais dan Rhea Akira itu sememangnya luar biasa. Semoga usaha Shila mengangkat nama negara apabila mara ke final beroleh kejayaan!
Paling suka tengok stail tudung, outfit dan mekap Shila sepanjang berentap di China. Cantik-cantik dan elegan, patutlah banyak peminat beliau di sana menerima baik kehadirannya, memang international look! Jom tengok video ni…
DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat menghadiri majlis Hijab Fashion Award 2024 yang berlangsung di One World Hotel Petaling Jaya.
Keberangkatan Baginda diiringi oleh isteri Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad.
Editor Pengurusan Majalah Nona, Hijabista dan Mingguan Wanita, Kiffy Razak berkata, penganjuran program itu bagi mengiktiraf kejayaan wanita dalam bidang fesyen hijab dan pencapaian mereka mengubah landskap fesyen sopan di tanah air.
“Tujuan kami adalah untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan wanita yang telah memberikan sumbangan besar dalam membentuk dan memajukan industri fesyen berhijab serta memberi inspirasi kepada generasi masa depan mengejar impian dalam bidang ini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.
Seramai 13 penerima anugerah pada majlis tersebut antaranya pempengaruh Muabellaz yang memenangi kategori Hijabista Influencer, Hijabista Styling (Didiyana Ehsan), Hijabista Most Glam(Rozita Che Wan), Hijabista Legend (Noor Kumalasari), Hijabista Achievement (Vivy Yusof) dan Hijabista Inspirational (Maryam You Narae).
Hijabista Legend Award – Noor Kumalasari
Hijabista Fashion Brand Award – Leeyanarahman
Hijabista Achievement Award – Vivy Yusof
Hijabista Emerging Jewellery Award – Sabihah Gold
Hijabista Best Inner Hijab Award – Keklaa
Hijabista Best Marketing & Event Organizer Award – Time Reveal (M) Sdn Bhd
Hijabista Designer Award – MimpiKita
Hijabista Influencer Award – Muabellaz
Hijabista Styling Award – Didiyana Ehsan
Hijabista Inspirational Award – Maryam You Narae
Hijabista Trusted Skincare Brand Award – Addar Beauty
(Tiada dalam gambar)
1. Hijabista Favourite Couple Award – Dahlia Rizal & Imran Aqil
2. Hijabista Most Glam Award – Rozita Che Wan
Pada majlis itu juga, jenama Leeyanarahman dinobatkan sebagai penerima Hijabista Fashion Brand Award sekali gus mengiktiraf kejayaan usahawan dan pengasas jenama itu iaitu Nur Liyana Abdul Rahman dalam membina empayar fesyen dan mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan peminat fesyen hijab.
Majlis itu turut diserikan dengan peragaan koleksi fesyen sempena lebaran tahun ini daripada jenama Leeyanarahman dan pereka fesyen, Datuk Radzuan Radziwill.
Buat julung kalinya, Majalah Nona dan Hijabista mengiktiraf 13 individu ikonik yang cemerlang dan berjaya mencetus revolusi dalam bidang fesyen hijab tanah air.
Pengiktirafan ini bukan hanya sekadar penghargaan, tetapi juga satu langkah ke hadapan dalam mengangkat pencapaian mereka yang telah mengubah landskap fesyen modest tanah air.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tegas dan berani bersuara termasuk tak mahu rezeki yang terlalu banyak, selebriti Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa.
Di sebalik kesibukan masa, ramai yang masih sudi melapangkan masa untuk berkumpul demi solidarit1 kemanusiaan. Terkini, jemputan ke majlis Bersamamu Rafa 2024 menemukan kami dengan selebriti juga hijab influencer, Lufya Omar.
Tampil sopan berabaya, kecantikan ibu tunggal ini masih membuatkan setiap mata sejuk memandang. Orangnya mudah tersenyum, namun paling menyenangkan tentang Lufya adalah sifatnya yang cakna dan matang.
Kesempatan bercerita tentang isu Rafa, Lufya berkongsi pandangan yang menarik dan berani tentang rezeki dan kehidupan.
Ibu tunggal ini tegas menyatakan sokongannya terhadap kempen #blockout2024. Kempen global ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada mereka yang terlalu mengejar kemewahan duniawi sehingga tidak mempedulikan isu-isu kemanusiaan yang lebih penting.
Menurut Lufya, kempen ini ibarat ‘eye-opener’ buat golongan selebriti Barat dan tempatan yang tidak mengendahkan konflik yang berlaku menggunakan pengaruh di platform masing-masing.
Tak mahu rezeki yang terlalu banyak, Lufya Omar reda jika namanya bukan pilihan jenama antarabangsa. Dengarkan temu bual eksklusif Nona bersama Lufya ni…
REZEKI
Menariknya, Lufya reda jika namanya tidak menjadi pilihan jenama antarabangsa. Sikap tenang dan penerimaannya terhadap takdir ini menunjukkan betapa pentingnya untuk mengekalkan prinsip dan integriti diri, walaupun mungkin terlepas peluang komersial besar.
Sebagai selebriti dan pempengaruh, Lufya yakin peranan mereka yang besar dalam memberi inspirasi kepada peminat. Dalam dunia yang sering menyanjung kejayaan material, pesanannya menekankan betapa pentingnya keseimbangan rohani dan kebahagiaan dalaman.
Dengan popularitinya dalam komuniti hijab, Lufya Omar menggunakan platform ini untuk menyampaikan mesej positif dan menggalakkan peminat untuk tidak terlalu terikat dengan duniawi. Beliau menekankan kepentingan untuk terus berpegang pada nilai-nilai murni dan tidak membiarkan diri terhanyut dengan arus kemewahan.
Tersentuh apabila membaca luahan kata-kata Fasha buat ibu tersayang dalam satu hantarannya di Instagram. View this post on Instagram
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)Pelakon...