Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan meskipun anda sudah punya kelulusan dari pusat pengajian tinggi. Pendek kata walaupun sudah punya kelulusan yang bagus, ia bukanlah ‘jalan mudah’ untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan.
Budaya mendapat kerja menggunakan ‘orang dalam’ tidak kiralah dengan bantuan ahli keluarga dan juga kenalan seakan menjadi perkara biasa pada hari ini. Persoalannya ia dianggap melanggar hak orang lain selain menyalahi etika serta diragui hukum hakamnya.
Apakah hukum dapat kerja menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’? Jika ada satu syarikat yang mahu cari pekerja dan salah seorang daripada calon yang ditemuduga berjaya dapat kerja tersebut tetapi dengan bantuan ‘kabel’ atau orang yang rapat dia dalam syarikat tersebut, tidakkah menafikan hak yang lain?
JAWAPAN:
Berkenaan isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni ini boleh dilihat dari segi perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan memohon pekerjaan, atau seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenali pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa yang sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan yang bersesuaian.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata tanpa sebarang nilai kompetensi atau kelayakan. Maka inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana ia telah menzalimi mereka yang berhak.
HURAIAN
Isu kabel atau favouritism[1] sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi di dalam dunia pekerjaan. Konsep menggunakan kabel atau kroni untuk mendapatkan pekerjaan boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza.
Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah al-Nisa’ (85)
Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan syafaat atau pertolongan terbahagi kepada dua iaitu baik dan buruk. Syafaat yang baik (حَسَنَةً)seperti mengambil berat hak-hak seorang Muslim dengan cara menghindarkannya daripada bahaya, atau mendorongnya ke arah kebaikan dengan niat ikhlas demi Allah SWT serta tidak mengambil sogokan atau rasuah. Maka pertolongan seperti ini adalah diharuskan kecuali menolong orang untuk meringankan hukuman hadd atau melanggar hak orang lain.
Syafaat atau pertolongan yang buruk (سَيِّئَةً) pula adalah berlawanan dengan syafaat yang baik. Antara contoh sekarang adalah seperti orang tengah atau pertolongan dalam perkara keburukan dengan cara menyogok menggunakan wang dan harta, untuk menafikan hak orang lain atau mengambil harta orang lain.
Berdasarkan huraian tafsir di atas, kita dapat mengenal pasti bahawa pertolongan boleh dibahagikan kepada dua perspektif. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan kehidupan tanpa menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang majikan memilih pekerja atas dasar ingin membantu pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui cara yang buruk dan haram. Islam melarang menggunakan ‘kabel’ dengan cara membayar sejumlah wang atau harta kepada orang lain dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي الْحُكْمِ
Ads
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara. Riwayat Tirmizi (1336)
Imam al-San’ani dalam syarah Bulughul Maram menerangkan bahawa Islam melarang dan melaknat orang yang memberi serta menerima rasuah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Perkataan (الرَّاشِي) juga boleh diertikan dengan orang tengah yang menjalankan urusan rasuah sama ada dia mengambil sedikit daripada hasil rasuah tersebut ataupun tidak.
Muhammad Soleh al-Munajjid pula menghuraikan dengan teliti berkenaan hukum mendapatkan sesuatu pekerjaan menggunakan ‘kabel’. Beliau mengatakan jika pertolongan oleh seseorang dalam syarikat itu mengakibatkan lucutnya hak orang yang lebih layak dari segi kompetensi serta keupayaan untuk menjalankan tugas dengan cekap, maka pertolongan itu adalah haram hukumnya.
Ia adalah ketidakadilan kepada mereka yang lebih layak, serta ketidakadilan yang dilakukan oleh autoriti kerana menghalang keupayaan orang lain untuk berkhidmat dengan cekap, tidak membantu mereka untuk membina potensi diri, dan menjadi satu kehinaan kepada negara dan rakyat. Keadaan ini akan membuatkan orang berhasad dengki, bersangka buruk dan merosakkan masyarakat secara tidak langsung. Ada pun jika tidak melanggar hak orang lain, maka ianya tidak mengapa dan dituntut di dalam Islam.
Mari kita bersama-sama renungi sepotong hadis Nabi SAW:
Maksudnya: “Apakah kamu tahu siapakah itu golongan yang muflis?” Mereka berkata orang yang muflis itu ialah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta. Lantas Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang di akhirat kelak dia akan datang bersama dengan amalan solat, puasa dan zakat (kebajikan), tetapi disebabkan dia mencela orang lain, menfitnah, memakan harta orang lain dengan cara yang haram, menumpahkan darah sesama manusia, maka pahala amalannya akan berpindah kepada sesiapa yang dizalimi olehnya. Dan jika pahala amalan baiknya tidak cukup untuk menebus dosanya, maka dosa-dosanya itu akan dikira sebagai amalannya lantas dimasukkan ke dalam neraka”. Riwayat Muslim (2581)
Imam Nawawi melalui hadis ini menjelaskan mengenai akibat orang yang menzalimi dan melanggar hak orang yang lain. Pelaku dosa tersebut akan dibinasakan oleh Allah SWT dengan teruknya sehinggakan dia tidak mempunyai apa-apa. Maka amalan baiknya akan diambil oleh orang yang berhutang (dizalimi) kepadanya, dan jika amalan baiknya sudah sikit maka akan diisi dengan amalan kejahatannya pula lalu dimasukkan ke dalam api neraka. Ini adalah balasan bagi orang-orang yang melanggar batas hak orang yang lain.
KESIMPULAN
Berdasar kepada penjelasan di atas maka kami simpulkan terdapat dua jenis ‘kabel’ iaitu yang pertama yang dibuat atas dasar telah saling mengenali dan bertujuan membantu pada masa yang sama individu berkenaan mempunyai kompetensi yang bersesuaian. Maka ‘pertolongan’ yang sebegini adalah harus dan dibenarkan.
Sementara kategori yang kedua iaitulah ‘pertolongan’ dengan cara sogokan atau apa-apa bentuk favouritisme yang tidak berasaskan kompetensi. Maka inilah jenis yang diharamkan kerana ia menzalimi hak orang lain dan boleh menyemai budaya kerja tidak sihat dan pelbagai kemudharatan yang lain.
Sebelum ini syarikat gergasi Martell bukan asing lagi bagi kanak-kanak yang meminati patung Barbie. Malahan syarikat ini telah menghasilkan patung Barbie Doll diinspirasikan dari Ibtihaj yang merupakan atlet pertama dari Amerika Syarikat Syarikat yang pertama bertanding memakai tudung pada Olimpik 2016 lalu dalam acara lawan pedang.
Patung Barbie itu adalah sebahagian daripada koleksi ‘Sheroes’ keluaran Mattel dan ia memakai pakaian lengkap atlet lawan pedang, selain hijab. Kini Martel bersama The dUCk Group menghasilkan kolabrasi ke2 dan koleksi penutup 2019.
Kolabrasi Pertama Inspirasi Mendidik Anak Gadis berhijab
Kolabrasi pertama bersama Martel didefinasikan sebagai koleksi mendidik anak-anak untuk mula berhijab. Justeru dengan adanya kolabrasi The dUCK Group dengan syarikat gergasi Martel memberi ruang dan salah satu cara bagi menarik minat ibu bapa mendorong kanak-kanak perempuan untuk memakai hijab sejak usia masih kecil.
Kolaborasi julung kalinya Barbie Doll dengan jenama tudung terkenal dUCKscarves ini memberi inspirasi kepada kanak-kanak perempuan membentuk personaliti sebagai gadis berhijab. Jadikan mainan harian sebagai salah satu rutin diri, insya-Allah dengan cara ini kita dapat mendidik anak-anak dengan sifat keperibadian yang sopan dan menutup aurat.
Kolabrasi Ke-2 Pelengkap Gaya Hijabi
Merujuk pada kolabrasi pertama bersama Martel, rekaan hijab yang dihasilkan adalah miniture kepada patung Barbie. Atas permintaan ramai 5 Disember The dUCk Group melancarkan koleksi kolabrasi bersama Martel.
Kolabrasi ke-2 ini menghimpunkan koleksi hijab, alat solek dan juga tas tangan yang menjadi pelengkap gaya hijabi. Ternyata ramai pengikut jenama unggul ini teruja dengan koleksi penutup 2019.
Tas Tangan yang begitu sentimen untuk pengikut Barbie direak dalam dual tona warna yang menarik dan dilengkapi key chain yang sangat ikonik. Suai padankan tas tangan ini dengan twillies sebagai pelengkap gaya. Boleh juga pada mereka yang tidak berhijab untuk mengayakan twillies sebagai head scarve.
Serikan wajah untuk menyambut tahun baru
Tatarias wajah hijabi dengan pallete dan lipstik terbaru hasil dari kolabrasi koleksi The Barbie x dUCk. Menariknya koleksi ini di jual di dalam set pallete bersama lipstik dengan rekaan pembungkusan yang menarik. Hijabi juga berpeluang memiliki pouch bag alat solek bersama.
Sudah pasti tumpuan utama hijabi adalah koleksi hijab terbaru ini. 6 rekaan hijab yang mempunyai kombinasi warna yang menarik. Shawl groundbreaker, creator dan dreamer sesuai untuk hijabi yang gemarkan kelembutan, manakala 3 lagi rekaan seperti trensetter, believer dan explorer padan sekali untuk hijabi yang gemarkan sesuai yang menarik perhatian. Hijab hasil dari kolabrasi ini boleh di dapati di semua store dUCk dan online fashionvallet.
Impian Direalisasi
Kini jalinan kerjasama antara Martell dan dUCK memberi ruang dan bagaikan satu impian Datin Vivy Yusof berjaya dilaksakan.
“As a little girl, I had my own collection of Barbie and enjoyed playing with them. In hindsight, I do think that my creativity and imagination had a lot to do with me dreaming and fantasizing with my Barbie dolls. I could be anything I wanted to be! 20 something years later, I cannot believe I’m collaborating with them. “
Ternnyata koleksi penutup 2019 kolabrasi ke-2 The dUCk Group dengan syarikat gergasi Martel bukti jenama ini tetap unggul di pasaran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebagai wanita, kita memang perlu menjaga kecantikan wajah. Selain bedak asas, pemakaian sunblock itu juga penting terutama bagi hijabi untuk mengelakkan masalah seperti anti-aging. Penggunaannya perlu setiap hari untuk menjaga kulit wajah agar tidak terlihat kusam. Pelbagai lambakan produk sunblock yang dijual di pasaran dan setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri.
Perkongsian dari seorang pengguna di twitter melalui akaun @twtkecantikan setelah setahun ‘try and error’ penggunaan 16 sunblock yang sangat sesuai mengikut jenis kulit wajah seseorang.
1. Produk ini tidak berminyak dan cepat serap peluh.
2. Mempunyai tekstur seperti losyen putih. Langsung tidak menyebabkan wajah jadi ‘burn’ walaupun di bawah panas terik.
3. Sangat meyakinkan untuk pembelian seterusnya.
4. Sesuai digunakan untuk kulit normal dan kering.
5. Bersifat matte, cepat serap dan tidak melekit.
6. Boleh dipakai dari pagi hingga petang tanpa meninggalkan kesan berminyak.
7. Apabila dipakai, muka jadi lebih ‘smooth’ seperti memakai bedak debu.
8. Berwarna seperti merah jambu dan membuatkan liang pori menjadi kurang jelas kelihatan selepas memakainya.
9. Tekstur seperti gel losyen, cepat serap dan tidak melekit.
10. Turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah. Juga untuk memudarkan parut jerawat dan jeragat.
12. Teksturnya seperti ‘milky gel’ dan turut berfungsi untuk memutihkan kulit wajah.
13. Berfungsi sebagai 2 in1 iaitu untuk pelembap dan pelindung cahaya matahari.
14. Juga berfungsi untuk mencerahkan kulit wajah.
15. Harga berpatutan dengan tekstur krim putih. Ssuai untuk kulit wajah normal dan kering
16. Cepat serap dan tidak melekit. Boleh juga digunakan untuk aktiviti ‘indoor’.
Tetapi peringatan untuk mereka yang pakai. Kalau boleh tanggalkan kesan mekap terdahulu sebelum sapukan pada wajah.
Feedback dari netzien lain yang telah menggunakan beberapa produk disenaraikan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Foundation ialah asas kosmetik yang anda gunakan untuk menutup cela dan meratakan kulit anda supaya mempunyai permukaan yang seragam untuk menyapu seluruh solekan.
Adalah penting untuk menggunakan warna yang betul, kerana asas yang salah boleh kelihatan jelas dan tidak semula jadi dan ia tidak akan menghasilkan kanvas yang sesuai untuk seluruh kosmetik anda. Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih warna asas, termasuk jenis kulit , warna kulit dan kulit wajah.
Asas kusyen masih tidak begitu terkenal di luar Asia, tetapi pasti ia patut diberi perhatian lebih! Jadi hari ini, mari kita lihat lebih dekat apa sebenarnya asas kusyen, mengapa yang terbaik ini menjadi kegilaan wanita Korea.
Asas kusyen ialah produk hibrid 3 dalam 1 iaitu perlindungan matahari, asas dan produk penjagaan kulit dalam formula yang sama. Semua itu dalam pembungkusan yang padat, praktikal, mudah dibawa. Idea span, yang merupakan “kusyen” yang terkenal, datang daripada keperluan untuk menyimpan formula cair dan ringan, yang mungkin mudah dibawa. Mereka mahu mencipta sesuatu yang berbeza daripada asas krim padat konvensional, yang sudah terkenal dan digunakan, tetapi meninggalkan kemasan yang terlalu tebal dan berat untuk kesan yang diingini.
Asas kusyen adalah kesinambungan logik daripada trend krim BB dan ia pertama kali dipasarkan di Korea sebagai versi ringannya, sesuai digunakan semasa musim panas juga kerana anda boleh menggunakan semula dengan mudah untuk mengekalkan perlindungan matahari yang baik sepanjang hari. Tetapi tidak lama kemudian menjadi jelas kepada pemasar bahawa pengguna Korea lebih suka kusyen padat daripada krim BB kerana kemudahan penggunaannya dan liputannya yang ringan, semula jadi dan bercahaya.
Pemilihan warna yang tepat untuk wajah
Nah, perlu ada ilmu memilih warna yang sesuai agar muka tidak bersepuh persis pelakon opera cina. Bagaimanakah mencari bayangan sempurna agar tampak seperti tidak memakai solekan. Untungnya bagi wanita asia kini beberapa jenama produk solekan yang mensasarkan bahan yang halal dan mesra solat.
Bukan mudah untuk mencari warna asas kusyen, pilihannya luas dan jelas, ia boleh menakutkan pada mulanya! Proses untuk memilih asas kusyen, mungkin langkah berikut boleh membantu anda:
Pilih kemesan akhir
Ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk menemui kemasan berbeza yang ditolak dalam julat yang sama, jadi bergantung pada mood/keperluan semasa anda, pilih kemasan bercahaya, matte atau lebih berliputan tinggi.
Biasanya, nama produk adalah petunjuk yang baik untuk mengetahui kemasan yang anda hadapi (selalunya terdapat nama seperti ‘glow’ untuk kemasan satin, ‘matte’ untuk kemasan matte dan ‘cover’ untuk kesan liputan yang lebih tinggi. Mudah bukan!
Pilih naungan
Julat teduhan kusyen adalah sangat terhad, Jika anda mengharapkan rangkaian 40 warna dalam kusyen, malangnya, ia tidak wujud, mujur ada Wardah color fit Perfect Glow Cushion yang mempunyai 8 pilihan warna.
Secara umum, dalam julat teduhan kusyen, terdapat hanya 3 hingga 5 rona yang tersedia bergantung pada jenama dan semuanya sangat ringan. Asas kusyen Korea terutamanya ditujukan kepada pelanggan Korea tempatan, di mana terdapat keseragaman relatif warna kulit. Dan ia biasanya sangat pucat. Malah ada yang secara sukarela memutihkan, jadi jelas sekali, idea kulit alabaster adalah apa yang pelanggan di sana mahukan. Ini yang sesuai dengan kulit wanita asia!
Inilah masa anda untuk bersinar dan bersinar! Penutup 2022, Wardah Beauty memperkenalkan tambahan terbarunya kepada rangkaian terlaris, ColorFit, dengan koleksi asas kusyen berliputan tinggi yang menakjubkan, Perfect Glow Cushion. Terkenal sebagai satu-satunya kusyen halal dengan pemakaian 12 jam yang mengagumkan. Sapuan lancar ke dalam kulit tanpa berminyak atau bercapuk, inovasi ini turut meletakkan keselesaan sebagai keutamaan. Dengan hanya beberapa ketukan ringan produk terus ke kulit, bersiaplah untuk terpegun dengan kilauan yang sempurna.
Ditambahkan lagi dengan Teknologi SkinMatch Wardah membolehkan kualiti penyesuaian tona yang paling tepat untuk disesuaikan dengan tona kulit semulajadi setiap pengguna tanpa kelihatan pucat dan kelabu. Formulasinya ditambah dengan pigmen penyempurna cahaya yang melembapkan kulit tanpa menimbulkan rasa tidak selesa atau berminyak.
Lihat sahaja pada kod yang tentera di setiap pembukusan, bagi hijabi yang baru sahaja bermanja-manja dengan alat solekan, perhatikan kod yang tentera seperti 11C ( C mewakili Cool), 22N (N mewakili natural) dan 23W (W mewakili warm). Petua hebatnya, anda perlu mencuba aplikasi di kulit wajah sendiri kerana membeli asas dalam talian tidak pernah mudah untuk pemula dan ia adalah sama untuk kusyen!
Cara membuat kusyen anda tahan lebih lama
Jika anda rasa span kusyen tidak basah seperti semasa mula-mula mendapatkannya, terbalikkannya untuk menggunakan asas yang tertinggal di bahagian bawah kompak anda! Hanya keluarkan span dari kompak dengan perlahan-lahan dengan pinset yang telah dibersihkan dan balikkan span sebelum meletakkannya semula dalam kompak! Anda membersihkan sedikit bahagian tepi sebelum menutup sarung. Nah, anda mempunyai beberapa minggu lagi penggunaan kusyen!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang ringkas dan tidak terlalu berlebihan serta banyak perhiasan.Paling penting mengikut syariat. Berikut tujuh gaya sempurna hijabi yang sederhana...