Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 2.1 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen.

Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah. Dalam satu posting, Heliza memberitahu bahawa dirinya bukan mahu menjadi sehebat Siti Khadijah atau setaqwa Aisyah juga setabah Fatimah. Tetapi dia hanya wanita yang memiliki cita-cita menjadi wanita SOLEHAH.

Memang tinggi keinginan Heliza yang mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni. Selain memberi ingatan berbentu doa, Heliza juga turut mengingatkan followernya agar tidak lupa membaca surah AL-MULK sebelum tidur.

Baca Al Mulk sebelum tido okay?

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

Apa agaknya kelebihan surah ini yang sering diingatkan oleh Heliza dan ingatannya ini mendapat reaksi cukup positif dari netizen. Malah ada yang mengucapkan terima kasih kepada Heliza yang sering mengingatkan mereka untuk membacanya dan hanya Allah yang dapat membalas setiap jasannya.

@iamyanayunos Alhamdulillah, Setiap Hari sebelum tdo sy sllu dgr.. n Amalkan

IKLAN

@zalina_abd_rahman Alhmdulillah dah baca k.ija @nurhelizahelmi trima kasih sntiasa mengingati kami..

@nashriq_nasir Terima kasih @nurhelizahelmi selalu ingatkan Sy yang lemah ini..

Surah AL-MULK merupakan surah yang ke 67 dalam Al-Quran dan mengandungi 30 ayat ini sebenarnya memiliki kelebihan tertentu.

Al Mulk jom ?

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on

IKLAN

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda,

“Sebahagian daripada al-Qur’an ada satu surah yang jumlah ayatnya tiga puluh ayat semuanya, surah ini dapat memberikan pertolongan kepada orang yang membacanya sehingga diampunkan segala dosa-dosanya, surah itu ialah “al-Mulk”.

(Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi katanya bahawa hadith hasan)

IKLAN

Huraian Hadith: 

  1. Hadith ini menunjukkan kelebihan surah “Tabaraka”. Orang yang sentiasa mengamalkan membaca surah “al-Mulk” sehingga akhir surah akan diampunkan oleh Allah SWT segala dosanya. Kerana itu surah ini sangat wajar dihafaz dan dibaca setiap hari.

2. Al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah SWT mempunyai berbagai-bagai faedah dan rahmat kepada orang yang membacanya dan mengamalkannya seperti penawar kepada penyakit tertentu dan lain-lain.

Artikel Berkaitan: Ini Kelebihan Baca Surah Al-Baqarah Ayat 1 Hingga 5

Wallahualam

SUMBER: VIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HELIZA HELMI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI