Setiap gadis pastinya akan kelihatan bertambah manis apabila mengenakan hijab. Tidak hanya terhad kepada gadis muslim sahaja, sesiapa sahaja boleh merasai pengalaman menyarungkannya di kepala.
Berkongsi pengalaman kali pertama berhijab, Elisha yang bukan seorang muslim telah mengenakan hijab apabila diminta teman ketika berada di rumahnya pada hari raya pertama.
Mendapat ribuan retweet, ramai pengguna Twitter yang memuji penampilannya dan berpendapat dia kelihat manis sekali berhijab!
Ads
Ads
Bukan itu sahaja, ramai juga gadis yang berkongsi gambar mereka apabila cuba berhijab. Memang cantik!
Pereka tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim yang diberi tanggungjawab untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ untuk menyiapkan busana sempena majlis permasyhuran berkenaan.
Dalam posting di Instagram beliau, Datuk Rizalman turut berkongsi momen di sebalik tabir sesi fotografi bersama keluarga Diraja ini.
Beliau memberitahu tidak pernah termimpi diberi kepercayaan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ pada Tuanku berdua. Apatah lagi menurutnya dapat bergambar bersama Baginda Tuanku.
Datuk Rizalman juga akan menjadikan momen berkenaan sebagai khazanah cukup berharga buat diri beliau selamanya.
Bukan busana Baginda Tuanku sahaja beliau diberi kepercayan untuk menjadi ‘Tukang Jahit’ tetapi juga kesemua busana puteri-puteri Baginda berdua sempena majlis pemasyhuran berkenaan.
Bukan sahaja wanita yang pernah berdepan dengan masalah berat badan berlebihan, tetapi juga kaum lelaki. Walaupun kebimbangan mereka tidak seperti orang perempuan, tetapi jika membabitkan maruah pastinya akan mengundang marah. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter menggunakan akaun @Khairil Azib. Dia yang pernah berbadan besar suatu ketika dulu dan disebabkan perbuatan dan kata-kata orang menyebabkan dia berubah dan berusaha untuk turunkan berat badan. Dia akhirnya berjaya menurunkan berat 30 kg daripada 96 kg dan turut berkongsi tip dia berjaya dalam misinya ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Pun begitu, walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, Sana Khan masih aktif bekerja.
Selain menguruskan dan menemani suaminya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, Sana Khan juga rancak berbisnes.
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya tudung yang salah boleh menyebabkan aurat tidak tertutup sempurna. Ketahui 5 kesilapan hijabi perlu elak agar penampilan kekal sopan dan patuh syariat.