Selebriti dan ahli perniagaan berjaya, Neelofa teruja berkongsi detik dan momen sewaktu baru mendapat tahu dirinya sedang hamil anak pertama, Muhammad Bilal.

Berkongsi video pendek di laman TikTok, Neelofa begitu seronok dan seakan tidak percaya saat dirinya disahkan hamil selepas melakukan kit ujian kehamilan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Jelas bekas pengacara MeleTOP ini, dia tidak pernah merancang kehamilan ini dan melakukan pemeriksaan tersebut selepas lewat jangkaan haid.

“Masa ni terkejut bila tahu pregnant, sebab tak plan pun”

”Lepas tu macam blur kejap sebab dah 3 weeks +, check sebab period dah lewat”

IKLAN

“Syukur wahai Allah”

“Masih tak percaya…”

 

@neelofa Bila pertama kali tengok the word pregnant di test kit #littlenunha #fyp ♬ That’s When I Knew – Alicia Keys

Sehingga saat ini, video tersebut telah mendapat lebih satu juta tontonan dan menerima ribuan komen daripada warganet. Rata-ratanya begitu teruja dan turut ikut merasa sebak selepas menonton klip pendek yang dikongsikan Neelofa itu.

IKLAN

Bukan itu saja, ramai yang teringin melihat reaksi ‘pak ustaz’ iaitu Haris Ismail saat mengetahui isterinya yang tercinta itu hamil anak pertama.

“Next reaction pak ustaz pulak”

Di samping itu, ramai yang turut memuji tindakan Neelofa yang hanya berkongsi segalanya tentang kehamilan ini selepas selamat melahirkan anak tercinta.

IKLAN

Mereka juga teruja untuk melihat wajah Bilal kerana pasangan selebriti ini belum pernah mendedahkan wajah anak mereka itu. Mungkinkah selepas ini kita dapat lihat wajah Bilal yang comel pula?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by نور نيلوفا (@lofa.page)

Sekadar info,Neelofa dan Haris Ismail (PU Riz) telah selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal yang baru saja dilahirkan pada 29 Januari lepas.

sumber: Tiktok Neelofa, instagram @lofa.page

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI