Pastinya ramai gadis di luar sana yang jadi tidak keruan apabila melihat lipas berkeliaran. Apatah lagi disaat ia mulai terbang. Oh tidak!
Namun, apa yang lebih mengerikan apabila mendengar kisah yang dikongsikan oleh pegawai perubatan @nazahamat di twitter ini apabila dia berhadapan dengan pesakit yang dimasuki lipas ke dalam telinganya. Alamak, ngerinya!
Hingga berdarah telinga jadinya…
Ads
Seorang pelayar twitter mencadangkan alat semburan ini bagi menghapuskan segala serangga perosak.
Ads
Ya Allah takutnya kalau terjadi sampai macam ni!
Ads
Patutlah ada sebahagian daripada kita yang suka menggunakan earphone waktu tidur. Tapi jangan pasang lagu pulak tau takut menjejaskan pendengaran nanti.
Pelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Video muzik Siapa Tak Mahu merekodkan lebih lebih 1.8 juta tontonan selepas setakat hari ini selepas beberapa hari dilancarkan di YouTube, ramai yang memuji video muzik ini bertaraf antarabangsa.
Video arahan Ghazi Maslan yang menampilkan Bintang Paling Popular, (ABPBH) Ke-32 Mira Filzah dan bakat baharu, Hun Haqeem menjadi tarikan hingga jumlah tontonan tinggi direkodkan.
Ibu kepada Siti Aafiyah Khalid ini juga mengaku teruja menunggu pelancaran video muzik berkenaan di saluran YouTube rasminya. Rata-rata berpuas-hati dengan penampilan kedua-dua selebriti dan jalan cerita video muzik ini menjadi tarikan ramai.
Berbicara mengenai penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza di dalam video muzik lagu ciptaan John Jeevasingham, Ikhwan Fatanna dan Omar K itu menjadi video muzik pertama menggunakan banyak persalinan.
Apa yang menarik pemerhatian ramai persalinan berwarna putih yang direka khas pereka muda Kel Wen yang kini kian melonjak naik. Umum ketahui Kel Wen adalah pereka dan pengarah kreatif di bawah label Behati antara insan kreatif di sebalik pembikinan video muzik penyanyi cilik Erni Zakeri.
Berpeluang mereka baju untuk ikon Malaysia adalah senarai impian dalam karier seninya. Gaun putih yang diilhamkan ‘Leg of Mutton’ klasik dari era Victoria, lengan baju yang besar, membuatnya lebih dramatik dengan lipit. “Saya tidak mahu ia kelihatan seperti kostum Victoria atau pakaian pengantin jadi saya menambah kolar dan butang yang terbuka di depan supaya kelihatan lebih moden” , ujar Kel.
“Yang sukar dipercayai ialah kami membuat pakaian ini dalam 41 jam” menurut Kel dalam temubual bersama hijabista. Reka bentuk persalinan dipersetujui pada hari Ahad 12 pagi, Isnin 5 petang, Kel bersama team berkerja keras untuk menyiapkan persalalinan berwarna putih khas untuk dipakai oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Persetujuan saat akhir dari kedua-dua pihak tidak mematahkan semangat Kel, malah pelbagai cabaran disambut dengan tenang. Walaupun kesuntukan masa, hasilnya memang wow. Kel tidak berpeluang fitting baju sebelum peringkat terakhir rekaan, kebimbangannya ialah takut persalinan tidak padan dengan penyanyi tersohor Malaysia.
Di dalam Video muzik ini Dato Siti kelihatan langsing. “Ya kerana pemotongan dan bahagian lengan dan skirt yang besar, ini membuktikan bahawa memakai sesuatu yang terlalu besar tidak semestinya membuat anda kelihatan besar, tetapi memberikan ilusi untuk menjadikan badan anda lebih kecil” ujar Kel dalam sesi perbualan bersama hijabista.
“Cabaran terbesar adalah warna putih, kerana biasanya putih kan nampak besar, Tokti pun sangat risau, selalu orang menganggap hitam je yang selamat, tetapi bergantung pada reka bentuk dan fabriknya. Saya menggunakan taffeta sutera berkilat putih untuk gaun baju ini.”
Sekiranya anda perhatikan bagaimana saya merancang skirt itu, tidak ada garis pinggang mendatar, lipatan yang anda nampak itu sebenarnya adalah poket, dan ia dibina dalam bentuk bergelombang menegak untuk menjadikan pinggul kelihatan lebih kecil. Memang rekaan ini Nampak lain dari lain dengan keunikan perjalanan video muzik ini.
Diterbitkan oleh Zeel Production dan mendapat sentuhan pengarah Ghazi Maslan, video muzik Siapa Tak Mahu adalah lagu moden yang rancak, namun diulit dengan elemen tradisional di bahagian tengahnya. Sudah pasti lagu-lagu penyanyi tersohor ini turut menyelitkan unsur-unsur nasihat yang disampaikan dalam bentuk peribahasa.
Ditanya mengenai harapannya untuk video muzik Siapa Tak Mahu, Siti mengharapkan ia mendapat sambutan baik daripada peminat. Debaran menanti pelbagai reaksi peminat, ini perasaan beliau dalam temubual bersama metro,
“Saya berdebar kerana tidak tahu bagaimana reaksi peminat. Saya pasti dalam keberanian membuat sesuatu yang baharu, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Hidup ini bukan senang hendak memuaskan hati semua orang.
“Namun, sebaik melihat komen positif peminat dan penggemar muzik, ia memberi kelegaan,” katanya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum, baru-baru ini dunia digemparkan dengan musibah gempa bumi dahsyat yang melanda saudara dan umat Islam di Turkiye dan Syria hingga mengorbankan puluhan ribu nyawa yang tidak berdosa.
Ada diantara mangsa yang kehilangan tempat tinggal, harta benda, keluarga dengan sekelip mata. Malah, cuaca yang amat dingin sana juga menambah buruk keadaan di negara yang baru sahaja dilanda badai itu.
Sehubungan itu, demi meringankan beban yang di tanggung mangsa yang terdiri daripada saudara se-Islam. Pengarah dan pelawak terkemuka, Afdlin Shauki telah turun padang untuk menyalurkan amanah rakyat Malaysia menyalurkan sumbangan bernilai RM60,000.
Sumbangan berkenaan telah disalurkan bersama pasukan Yayasan Afdlin Shauki (YAS). Hijabista difahamkan bahawa pasukan misi menghantar bantuan berkenaan telah tiba di negara terkesan gempa itu pada malam semalam serta dijangka akan berada di sana selama 10 hari.
“Tujuan kami ke sana adalah untuk menyantuni mangsa-mangsa gempa bumi serta membawa sedikit bantuan buat mereka yang terkesan agar dapat mengharungi musim sejuk ketika ini di Turkiye dan Syria.
Menurut Afdlin, ini bukanlah kali pertama dia dan pasukanya turun padang bagi melakukan misi seumpanya, membantu saudara Islam yang diuji dengan bencana alam.
“Ini bukan kali pertama saya ke Turkiye malah ini adalah misi kali kedua bagi membantu mangsa.
“Pasukan pertama kami sudah pun bergerak minggu lalu iaitu skuad pengurusan jenazah. Sekarang giliran kami datang membawa sedikit bantuan,” jelasnya.
Mengulas isu sama, Afdlin turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan khususnya buat rakyat Malaysia yang sentiasa cakna dan prihatin serta tidak pernah culas memberikan bantuan dan sumbangan dalam menjayakan misi bantuan di kedua-dua negara itu.
Jelas Afdlin, pihaknya berjaya mengumpul dana sebanyak RM60,000 yang akan diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sana.
Tambahnya, antara barang keperluan yang disediakan sepanjang misi ini, adalah beberapa barang keperluan seperti khemah dan bahan makanan asas, kerana ini merupakan bahan yang sangat penting dan diperlukan oleh mangsa ketika ini.
“Kami ke sana untuk menyampaikan dana yang berjaya dikumpul sebanyak RM60,000 hasil sumbangan rakyat Malaysia dan Alhamdulillah usaha mengumpul dana bersama yayasan lain sedang dalam proses dan akhir diserahkan nanti.
Afdlin berkata, meskipun pemergian kali ini dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa akibat kejadian gempa melanda secara mendadak, bagaimanapun Afdlin berharap agar semua perancangan dan urusan menyampaikan bantuan dapat berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.
Hijabista turut mempunyai harapan yang sama, mari kita doakan segala urusan membantu saudara se-Islam kita berjalan dengan lancar serta mudah!