Bercuti ke luar negara seakan sudah menjadi trend bagi rakyat Malaysia. Walau sesibuk mana pun, anda perlu melupakan seketika masalah yang ada dan mencuri sedikit masa untuk menenangkan minda.
Jika sebelum ini anda tidak pernah terfikir untuk menjejakkan kaki ke India, pasti fikiran anda berubah dan teringin mahu ke sana selepas melihat gambar-gambar percutian Suhaida Jamaludin yang dikongsi menerusi Facebook.
Tidak dapat dinafikan, India juga mempunyai tempat yang cantik dan menarik untuk dikunjungi. Menurut Suhaida, anda perlu banyak membaca tip-tip penting sebelum terbang ke India. Suhaida turut berkongsi bajet serta itinerary selama 7 hari berada di sana.
Hi korang, dah lama travel baru kali ini ada masa nak update itinerary & semua kos perbelanjaan. Haha. Sorry lah sebelum nie balik travel jer terus masuk kelas, sama juga this time, sampai Malaysia terus masuk kelas Research Methodology, jet lag dalam kelas hoi!
Okay sebenarnya nak bagitau korang nak travel tak perlu duit banyak banyak, cukup ada geng travel ramai yg masuk kepala, dah dapat jimatkan kos! Tak payah ambik tour packages. Lantik sorang leader utk itenary & setelkan ticket flight, sorang bendahari utk collect duit. Lagi-lagi travel backpacking, dapat jimat 2-3k, yg penting dapat tgk pemandangan cantik luas terbentang real depan mata!
Nahhhhh itinerary I kasi untuk korang. Kalau follow sebiji ni InshaAllah macam tu lah kos yang kami spend selama 7 hari dekat India!. Boleh tengok cost yang kami spend dekat bawah, kalau pergi dengan agent travel confirm confirm package RM3000-RM5000 (sebab tu yg I tanya sbb jumpa 3 4 orang Malaysia dekat airport).
Kami hanya spend RM1,900 utk semua!
12 Orang Backpacker Buddies (terdiri dari adik beradik, suami isteri, kawan tempat kerja, kawan sekolah tadika, manager semua join)
(21 March – 28 March)
Cost personal:
1. Flight KL – Delhi (Return) by Air Asia: RM490
2. Flight Delhi – Kashmir (Return) by Air India : RM300
3. Visa India : RM220
4. Collection Duit Makanan & tshirt : RM80
5. AXA Travel Insurance : RM49
6. Extra Luggage shopping ~~ RM100
Total Ringgit Malaysia : RM 1, 239.
Cost group 12 persons Backpacker Buddies:
7. Hotel 4 Night at Boat House for 6 rooms: 18, 600 rupee (RM1,100)
8. Hotel Paharghan 2 Night at Delhi for 6 rooms: 15,980 rupee (RM953)
9. Driver & Van Tour utk 4 hari dkt Kashmir & Airport : 13,200 rupee (RM787)
10. Total Aktiviti (Group Meals + Pengangkutan + Semua Entrance Fee + Semua Aktiviti) :
Day 1 + Day 2 + Day 3 + Day 4 + Day 5 + Day 6 + Day 7 : 85,800 rupee (RM5,115)
Total 12 persons : 148,580 rupee (RM8, 858)
Per person : 12,381 (Ringgit Malaysia : RM740)
Total Per person = RM1,979.
(Flight + Penginapan + Makan Minum + Aktiviti + Pengangkutan)
Kashmir (Srinagar – Gulmarg – Pahalgam – Sonamarg) – Delhi (Agra -Taj Mahal)
Boleh cari penginapan yang selesa, bersih dan berpatutan di OYO Rooms. Muat turun app OYO di smartphone anda di sini.
Okay boleh SHARE untuk korang yang memang dah lama PLAN nak pergi dengan BACKPACKERS kan!
JANGAN LUPA BANYAKKAN BACA TIPS-TIPS dahulu before ke sana!
Sumber: Facebook Suhaida Jamaludin
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di