Jika kita lihat, golongan selebriti, pempengaruh mahupun public figure. Mereka sentiasa menatarias wajah untuk tampil elegan dan menawan dikhalayak ramai. Namun, pernahkah hijabi terfikir adakah mereka ini tidak pernah mempunyai masalah kulit? Bagaimana golongan ini mengekalkan kulit wajah yang sihat dan sentiasa cantik?
Hijabista sempat menemubual penyanyi yang mempunyai vokal serta kelunakkan suara yang tidak perlu dipertikaikan lagi iaitu Ernie Zakri dan bertanyakan tentang beberapa perkara berhubung kecantikan kulit wajah dan ini respon yang dikongsikan Ernie khas buat pembaca dan peminatnya di Hijabista!
Cara Atasi Masalah Kulit Ala Ernie Zakri?
Secara semulajadinya, saya tidak pernah menghadapi masalah kulit yang serius, kulit saya adalah jenis normal. Tetapi kadangkala ada juga naik jerawat satu dua dan itu adalah perkara biasa bagi kulit normal.
Ernie Pernah Hadapi Masalah Kulit Kusam Dan Teruk, Ketika Mengandung Akibat Perubahan Hormon
Tapi semasa saya mengandungkan anak saya yang pertama, Nur Khawla Soleha dahulu saya mempunyai masalah kulit ketika saya mengandung.
Ads
Perasaan pertama kali berdepan dengan masalah kulit yang agak kronik ketika itu, sudah tentu membuatkan saya terus down. Tetapi saya bersyukur kerana ada support system yang baik iaitu suami saya ketika itu.
“Sebab ketika hamil, kita tidak boleh mengambil ubat-ubatan untuk merawat kukit wajah, kita juga tak boleh apply krim sebarangan pada wajah kita.
“Jadi nak tak nak saya tetap kena jalani fasa itu dan saya faham perasaan mereka yang mempunyai masalah kulit dan mempunyai keinginan untuk memulihkan kulit wajah mereka.
“Perkara yang paling penting adalah, jangan dengar cakap orang. Kerana mereka tidak tahu apa sebenarnya masalah kukit yang kita hadapi dan berpunca daripada apa.
“Jadi, bila kita dah berjumpa especially keluarga atau kawan-kawan kita selalunya mereka suggest, kau pakai itu elok, kau pakai ini elok untuk selesaikan masalah kulit yang kita hadapi. Jangan dengar atau terpengaruh ya!
Ads
“Kita kena pergi kepada yang pakar, minta nasihat mereka dan mungkin pakar lebih sesuai untuk membantu kita. Itu lebih baik, kerana kadang-kadang bila kita cuba pakai produk yang dicadangkan dengan sembrono sahaja, kita akan merisikokan keadaan kulit muka kita dan keadaan akan menjadi lebih teruk,” jelas Ernie.
Bulan ini pastinya kita tidak putus-putus menerima undangan rumah terbuka. Dan kita juga tidak terkecuali untuk mencuba setiap hidangan yang disediakan. Maklumlah nafsu makan susah untuk dikawal apatah lagi setelah hampir sebulan berpuasa.
Dan agak mustahil kita menolak semua makanan ini dan pastinya akan mengalami pertambahan berat badan kerana tidak tahu kalori dalam setiap hidangan.
Jadi bagaimana caranya untuk kita mengawal berat badan agar ia tidak jadi berlebihan hingga boleh membawa penyakit. Jika diet pemakanan seimbang dan sentiasa kekal terjaga, proses penurunan berat badan anda pasti berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang lama.
Dan anda juga perlu sanggup berkorban meninggalkan segala jenis makanan enak yang tidak berkhasiat. Jadi apakah diet berkesan yang boleh kita amalkan dengan hasilnya sepantas 7 hari sahaja.
Melalui perkongsian di laman sosial Facebook dari page Rahsia Teh Herba Cantik Sihat Dan Slim barkongsi 21 tip diet paling berkesan.Jika diamalkan secara konsisten, berat badan anda akan kekal terjaga walaupun mengambil makanan digemari.
21 Tips Diet Yang Berkesan
Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.
Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.
Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.
Alasanya? – Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.
Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.
Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.
Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.
Alasannya? – Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.
Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.
Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.
Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.
Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.
Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut. Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.
Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti: Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.
Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.
Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.
Alasannya? – Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.
Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.
Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.
Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.
Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.
Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.
Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.
Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan.
Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.
Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian.
Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari.
Alasannya? – Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.
Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.
Alasannya? – Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.
Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Saya percaya dengan teknik diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun anda telah memakai penutup muka dengan kerap selama berbulan-bulan, namun anda masih sentiasa mencari cara untuk menjadikan pelitup muka yang dipakai lebih selesa, terutamanya jika anda akan memakainya untuk jangka masa yang panjang.
Nasib baik, kini terdapat beberapa produk yang direka khusus untuk menjadikan pelitup muka anda lebih mudah dan selesa dipakai. Apatah lagi wanita yang berhijab, aksesori ini sudah dijadikan sebahagian dari pelengkap gaya yang wajib ada.
Daripada rantai dan lanyard begitu juga pelitup muka anda, memastikan anda tidak akan kehilangannya, dari tali boleh laras yang membantu mengelakkan sakit telinga dan merosakkan pengayaan tudung anda, beberapa gaya dan produk cadangan ini akan buat anda lebih bergaya mengayakan hijab bersama ‘mask chain’.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Rantai ini melekat pada gelung telinga pelitup muka anda, membolehkan anda memakainya di leher apabila ia tidak digunakan, memastikan anda tidak akan tersalah letak pelitup muka anda lagi. Temukan ‘mask chain yang lebih menarik agar gaya hijab anda tidak tenggelam.
Untuk gaya yang ringkas dan berfungsi, pilih lanyard pelitup muka ini. Hanya pasangkannya pada gelung telinga topeng anda, laraskan panjang mengikut keinginan dan simpan topeng anda di leher anda, sedia sepanjang masa.
Jika gelung telinga pelitup muka anda menyebabkan anda tidak selesa dan sakit, terdapat beberapa penyelesaian untuk dipilih. Salah satunya ialah aksesori rambut kecil ini yang boleh anda pakai di belakang kepala anda, di atas sanggul, yang mempunyai penyambung yang boleh anda pasangkan di pelitup muka anda. Dengan cara ini, gelung tidak akan memberi tekanan pada telinga anda, menjadikan pemakaian lebih selesa.
Kurungan topeng muka ini menjadikan pemakaian topeng untuk jangka masa yang lama lebih selesa. Pendakap terletak pada muka anda, di bawah pelitup anda dan akan membantu mengekalkan topeng di tempatnya tanpa pelarasan yang kerap. Aksesori ini membantu anda bercakap dengan jelas sambil masih memakai pelitup yang dipasang dengan kemas ke muka anda.
Walaupun sesetengah topeng sudah mempunyai jalur jambatan hidung terbina di dalam, jika anda ingin menambahkan lebih banyak kebolehlarasan pada pelitup sedia ada, gunakan salah satu jalur aluminium ringkas ini. Pembeli mengatakan ini bagus untuk menambah topeng buatan sendiri untuk menjadikannya sesuai dengan wajah mereka dengan lebih selesa.
Tali ini akan membantu topeng anda dipasang dengan lebih selamat sambil mengelakkan kerengsaan telinga, kerana ia terletak di belakang kepala anda dan melekat pada gelung telinga pelitup anda. Berbilang tab juga membolehkan padanan tersuai yang selesa.
Jika anda memakai cermin mata, anda mungkin telah bergelut dengan topeng dan kabus kanta selama berbulan-bulan. Pekerja penjagaan kesihatan dan pemakai cermin mata lain telah menekankan betapa berguna semburan ini untuk membantu memastikan kanta jelas semasa memakai pelitup muka.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penyanyi terkenal Adira Suhami selamat melahirkan cahaya mata ke empatnya di sebuah pusat perubatan di Sungai Buloh semalam. Khabar berita ini telah dikongsikan dengan orang ramai melalui akaun Instagram miliknya.
“Assalamualaikum .. alhamdulillah syukur 🙏🏻 ami dengan bby selamat 29/09/22”
Penyanyi terkenal itu kini berumur 31 tahun dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015. Menurusi perkongsian dari mstar, Adira telah melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram secara pembedahan.
“Alhamdulillah.. pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengahari tadi.”
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak.”
“Terima kasih di atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” ujarnya lagi.
“Alhamdulillah tahniah, semoga baby sentiasa sihat. Selamat berpantang ibu 💕”
“Congrats dear Dira 🤗 semoga mummy baby sihat2 and selamat berpantang 😘♥️”
Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mula meninggalkan komen mengucapkan tahniah kepada Adira. Semoga Adira terus sihat dan menjalani hari berpantang dengan sebaiknya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.