Syada Amzah bukanlah asing dalam industri seni tanahair. Adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah ini pernah menyertai program realiti nyanyian Big Stage musim kedua.
Sebelum ini, Syada atau nama penuhnya Nursyuhada Amir Amzah banyak menghasilkan cover lagu-lagu popular di saluran YouTube miliknya.
Bukan hanya lagu-lagu berbahasa Melayu dan Inggeris, Syada juga boleh menyanyikan lagu dalam bahasa Arab, Thailand dan Tamil.
Wah memang berbakat besar, sama seperti kakaknya Shila Amzah.
Namun, baru-baru ini nama Syada Amzah tiba-tiba trending di media sosial gara-gara isu keluarganya yang menjadi perbualan hangat dan sasaran kecaman netizen.
Enggan melayan segala kecaman yang boleh mematahkan semangat, Syada tetap menghargai dan membalas setiap komen netizen.
Ads
Pada 14 Januari lalu genaplah usia anak bongsu daripada empat adik beradik ini yang ke-26 tahun.
Syada berkongsi momen manis sambutan ulangtahun kelahirannya menerusi hantaran di Insragram peribadinya.
Memetik perkongsian Syada, ibunya Fauziah Sarman telah membuat ‘kejutan’ dengan membawanya ke sebuah majlis usrah.
Tanpa diduga, namanya disebut oleh ustaz dalam doa yang dibacakan ketika itu.
Terserlah keceriaan pada wajah Syada yang kini popular dengan lagu Hasrat tatkala insan-insan tersayang berada di sisi meraikan ulangtahun kelahirannya kali ini.
Syada meluahkan kesyukuran atas peluang yang diberikan Allah SWT untuk terus bernafas dan menambah pahala ibadah serta kebaikan.
Menjaga kebersihan diri bukan sekadar rutin harian, tetapi satu bentuk self-care yang penting untuk kesihatan fizikal dan emosi, terutama buat wanita. Kebersihan diri memberi kesan besar kepada keyakinan, keselesaan dan kesejahteraan, sama ada ketika berada di rumah, di tempat kerja mahupun ketika beribadah.
Berita baiknya, peluasan Sumbangan Asas Rahmah SARA kini bukan hanya tertumpu kepada makanan, malah turut merangkumi produk kebersihan diri. Langkah ini menjadikan bantuan yang disalurkan lebih relevan dengan keperluan sebenar wanita hari ini.
Penambahbaikan ini dilihat sebagai satu usaha memahami realiti kehidupan harian wanita yang memerlukan sokongan menyeluruh, bukan sekadar dari sudut pemakanan semata-mata.
Melalui senarai rasmi yang diumumkan, antara kategori yang diluluskan di bawah Sumbangan Asas Rahmah SARA ialah produk kebersihan diri. Ini merangkumi barangan asas yang digunakan setiap hari bagi menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh.
Dengan peluasan ini, penerima bantuan kini boleh menggunakan peruntukan SARA untuk mendapatkan keperluan penting tanpa perlu berkompromi dengan kualiti atau mengabaikan penjagaan diri.
Bagi wanita, keperluan kebersihan diri bukan satu pilihan, tetapi satu keutamaan. Daripada menjaga kebersihan tubuh, memastikan kesegaran diri sehinggalah memberi keselesaan sepanjang hari, semua ini memainkan peranan penting dalam rutin harian seorang wanita.
Berikut ialah senarai barang MyKasih 2026 yang diluluskan, dibahagikan mengikut 15 kategori utama berserta contoh jenama bagi memudahkan rujukan penerima bantuan:
Dalam Islam, kebersihan adalah sebahagian daripada iman. Menjaga kebersihan diri bukan hanya tentang penampilan luaran, tetapi juga persediaan rohani untuk beribadah dengan lebih khusyuk dan tenang.
Peluasan kategori Sumbangan Asas Rahmah SARA ini secara tidak langsung menyokong gaya hidup Muslimah yang seimbang dan menjaga diri, keluarga dan ibadah dalam satu ekosistem kehidupan yang harmoni.
Apabila kebersihan diri terjaga, wanita dapat menjalani ibadah harian dengan lebih yakin dan selesa, sekali gus memberi kesan positif kepada ketenangan jiwa.
Secara keseluruhan, penambahbaikan SARA ini memperlihatkan pendekatan yang lebih empati terhadap realiti kehidupan wanita masa kini. Keperluan asas bukan sekadar makanan di atas meja, tetapi juga kebersihan diri yang memberi kesan besar kepada emosi, kesihatan dan keyakinan diri.
Bantuan yang realistik dan menyeluruh seperti ini menjadikan Sumbangan Asas Rahmah SARA lebih bermakna dalam kehidupan seharian rakyat.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan momen manis itu dikenang seumur hidup. Maklumlah berkahwin hanya sekali dan rugi jika tidak menikmatinya dengan cara tersendiri.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, pelbagai cara dilakukan dan ada antaranya menjadi viral. Misalnya baru-baru ini pasangan dari Terengganu berkahwin dengan menggayakan baju yang sangat simple hingga mendapat perhatian pengguna laman sosial.
Walau apa jua caranya, nawaitu tetap sama iaitu bagi memastikan majlis perkahwinan dikenang hingga ke akhir hayat.
Bagi selebriti, Anis Al-Idrus dan pasangannya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim, majlis kahwin mereka juga tidak terkecuali mencetus viral. Ini adalah gara-gara mereka tampil hipster di majlis perkahwinan dengan menyarung sneakers hingga mendapat perhatian netizen.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Dalam satu temu bual, Anis memberitahu memilih sneakers kerana mahukan keselesaan untuk bergerak ketika melayan tetamu di majlis dan bimbang tergelincir jika memakai tumit tinggi.
Sneakers yang digayakan Anis telah mencetus viral kerana jarang pengantin memilih kasut kanvas di hari bahagianya. Jika diteliti pembuatan sneakers ini juga cukup menarik dan lain daripada yang lain. Siapa agaknya orang yang mereka dan menghias kasut ini sebegitu cantik dan cukup kemas pembuatannya.
A post shared by Mrs. Aiman Rafzan ???? (@anisalidrus) on
Apa yang bermain di fikiran, berapa lama masa diperuntukkan untuk menyiapkan detailing sneakers berkenaan. Admin berjaya menemui pereka dan penghias sneakers ini yang sebelum itu dia juga tidak tahu siapa empunya kasut berkenaan.
Pemilik nama Kamaliza Kamaruddin ini, berusia 43 tahun dan berasal dari Kg Selekoh Bagan Datuk Perak. Beliau sudah 5 tahun menceburkan diri dalam bidang rekaan kasut terutama untuk majlis perkahwinan ataupun makan malam.
“Sebenarnya sejak kecil lagi saya sudah minat membuat DIY kraf untuk kelengkapan rumah juga hiasan manik pada baju. Oleh kerana minat mendalam saya mula menceburi benda baru dengan menghias kasut pula.
“Selalunya saya mendapat tempahan menghias kasut untuk majlis perkahwinan ataupun majlis makan malam. Bermula sebagai hobi dan kemudian menjadikannya sumber pendapatan,” jelas Kamaliza yang menggunakan nama Leeza Kamaruddin untuk bisnes ini.
Bercerita mengenai hiasan kasut kahwin Anis, Leeza memberitahu menerima tempahan daripada pihak produksi KASUT PENGANTIN (LADIES SHOES) tanpa banyak soal. Selalunya dia menerima tempahan untuk kasut jenis pumps dan wedges.
Tetapi kali ini cabarannya berbeza apabila diberikan sneakers yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Agak lama juga saya memikirkan apa hiasan untuk digarap pada sneakers ini. Hampir seminggu barulah idea itu datang dan saya mula mencari material sesuai. Untuk memberikan kelainan, saya menggandingkan material ‘Prada Lace, Glass Pearl dan juga Rhinestone’.[/su_highlight]
“Dalam masa membuat itu, saya terfikir juga siapalah empunya kaki yang akan menyarung sneakers ini nanti.
“Info yang saya dapat cuma memberitahu, pemiliknya gemarkan kelainan dan seorang yang sempoi. Dalam pada itu saya sebenarnya ‘on and off’ menyiapkan sneakers ini kerana turut memberi tumpuan pada tempahan manik dan lace untuk kasut pengantin lain,” ceritanya lagi yang menerima dugaan terbesar ketika sedang menyiapkan sneakers viral ini.
Sedang sibuk menyiapkan tempahan, Leeza dikejutkan dengan pemergian bonda tersayang, Allahyarhamah Kamsiah Ashaari yang meninggal dunia seminggu selepas Syawal lalu.
[su_highlight background=”#fb99ff”]“Kehilangan bonda memang buat kami cukup terkesan. Saya serta adik beradik lain memang rapat dengan bonda dan pemergiannya amat dirasai hingga kini.[/su_highlight]
“Namun, dalam masa sama saya perlu menyiapkan tempahan yang telah diterima termasuk kasut ini. Saya cuma ada 3 hari untuk menyiapkan ‘detailing’ sneakers berkenaan.
“Seperti karya sentuhan saya sebelum ini, saya memang akan fokus mengikut naluri dan memberikan yang terbaik agar semua pihak berpuas hati. Segala idea dan kreativiti saya curahkan pada penghasilan hiasan kasut ini.
“Saya tidak tahu empunya sebenar sneakers ini adalah seorang selebriti. Saya cuma tahu Anis yang akan memakainya untuk hari perkahwinannya pada pagi Sabtu melalui status dalam laman IGnya.
“Saya cukup berbesar hati jika dapat bersua dengan pemilik kasut yang pada saya cukup istimewa ini. Ada momen terindah di situ kerana ketika menyiapkannya saya masih lagi bersedih dengan kehilangan bonda tersayang,” jelas Leeza yang mengakui hanya bekerja di belakang tabir.
Admin cukup kagum dengan hasil kerja Leeza yang begitu prihatin menyiapkan detailing pada kasut ini. Kemasan pada kasut ini memberi gambaran kerja yang dihasilkan adalah melalui jiwa dan hasil kerja yang ikhlas.
Leeza juga mempunyai FB sendiri iaitu Kasut Pengantin Elza yang memuatkan gambar koleksi kasut yang pernah mendapat sentuhan tangannya. Menurut pereka yang tinggal di Petaling Jaya dia juga turut menerima tempahan hiasan kasut dari dalam dan luar negara.
Shopping dan wanita memang tidak dapat dipisahkan! Apatah lagi bila tiba jualan murah, pasti ramai yang memborong segala barang yang diinginkan. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk berjimat tau waktu membeli-belah. Eh, bagaimana tu?
Di Twitter, akaun @magicbrushes_ telah berkongsikan cara dan tips nak berjimat waktu online shopping. Wow, menarik ni!
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.