Peguam muda yang juga TikToker berusia 26 tahun, Tun Laila Tun Rafaee kini menjadi perhatian ramai di platform media sosial.

Baru-baru ini, videonya tular di TikTok kerana memberi ulasan berkenaan kes mahkamah yang sedang hangat diperkatakan iaitu melibatkan seorang wanita dan anak perempuannya yang mencabar 18 peruntukan di bawah Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

@yarafaee undang-undang syariah terbatal? law student, comment tanda hadir ✋ #lawknowledge #kelantan #lawyer ♬ original sound – tun.

Dalam ulasan tersebut, Tun Laila menerangkan secara terperinci tentang kes itu termasuk menjelaskan mengapa panel yang terdiri daripada sembilan hakim memutuskan 16 peruntukan di bawah undang-undang syariah Kelantan sebagai tidak sah.

Penjelasannya tersebut berjaya menarik perhatian warganet dan mencecah lebih 5 juta tontonan di akaun TikToknya.

@yarafaee tak marah. ini bukan nasihat undang-undang. ini nasihat daripada perempuan kepada perempuan yang lain #criminal #lawknowledge #sharing ♬ original sound – tun.

JIWA SEORANG PEGUAM
Tun Laila didaftarkan sebagai peguam oleh Mahkamah Tinggi Malaya pada Oktober 2023 setelah menamatkan chambering selama sembilan bulan. Tun Laila kini menetap di Selangor.

IKLAN
@yarafaee 27/10/2023 ; the chambering student is now a lawyer, congratulations Tun Laila. #longcall #calledtothebar #behindthescenes ♬ original sound – tun.

Menyingkap latar belakang pendidikannya, Tun Laila merupakan graduan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Minat dan kecintaannya terhadap bidang perundangan menjadi pencetus kepada Tun Laila memilih peguam sebagai kariernya.

Memetik laporan mStar, Tun Laila mendedahkan bahawa dengan menjadi seorang peguam dia berpeluang belajar banyak perkara. Katanya lagi, kita hidup pun berlandaskan undang-undang.

IKLAN

“Undang-undang (peraturan) sudah ada dalam hidup kita. Saya memilih kerjaya sebagai peguam berdasarkan minat. Saya ingin tahu apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sebagai seorang peguam, saya belajar banyak perkara. Dari hak seseorang kepada orang lain.”

TURUT BERGELAR INFLUENCER
Selain melaksanakan tugas hakikinya sebagai peguam, Tun Laila juga kini terkenal sebagai pempengaruh (influencer). Tun Laila memulakan perjalanannya sebagai pempengaruh sejak tahun 2022.

@yarafaee mangsa scam “pinjaman wang berlesen”. BE EXTRA CAREFUL PLEASE!!!!! avoid buat pinjaman peribadi. #lawyer #lawknowledge ♬ original sound – tun.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun TikTok Tun Laila iaitu @yarafaee sudah pun mencecah lebih 700 ribu pengikut.

IKLAN

Selain berkongsi maklumat tentang undang-undang di Malaysia, Tun Laila turut menerima reviu berbayar daripada beberapa jenama terkenal di Malaysia seperti Coffee Bean, Sports Direct, dan Secret Recipe.

“Walaupun menjadi peguam dan influencer, saya bersyukur kerana majikan memahami double life saya. Malah, beliau banyak menyokong apa yang saya lakukan,” ujar anak ketujuh daripada lapan adik beradik ini.

Hijabista mendoakan semoga karier Tun Laila semakin berkembang. Teruskan berkongsi ilmu-ilmu perundangan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Kredit: Tiktok Tun Laila Tun Rafaee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI