Buat pertama kalinya NASA telah mencipta tudung khas untuk angkasawan Nora Al Matrooshi setelah beliau lulus program latihan NASA baru-baru ini.
Nora Al Matrooshi mencuri perhatian orang ramai kerana menjadi wanita Arab pertama yang lulus program Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat atau NASA.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, NASA membangunkan strategi untuk menutup rambutnya sambil memakai sut angkasa dan topi keledar ikonik dikenali sebagai Unit Mobiliti Ekstravehikular atau EMU.
“Sebaik sahaja memasuki EMU, anda akan memakai topi (dilengkapi mikrofon dan pembesar suara) yang menutupi rambut,” kata Nora Al Matrooshi kepada AFP seperti yang dilaporkan oleh France24.
Cabaran datang apabila Nora Al Matrooshi menanggalkan tudung yang biasa dipakainya, sebelum memakai topi keledar khas. Ini lebih rumit kerana hanya bahan khas boleh digunakan dalam EMU.
“Jurutera pakaian menjahit tudung sementara supaya saya boleh memakainya, masuk ke dalam pakaian angkasa dan kemudian memakai topi komunikasi. Kemudian menanggalkannya dan rambut saya akan ditutup. Saya benar-benar hargai,” kata Nora.
Untuk info, Nora Al Matrooshi merupakan seorang jurutera mekanikal yang pernah bekerja dalam industri minyak. Beliau menjadi inspirasi kepada para wanita khususnya yang berhijab untuk terus mencapai impian mereka.
Ads
“Bergelar seorang Muslim menyedarkan saya tentang sumbangan nenek moyang saya, para ulama dan saintis Islam sebelum saya yang mengkaji bintang. Saya menjadi seorang angkasawan hanya untuk membina legasi yang mereka mulakan beribu-ribu tahun dulu,” kata Nora.
Selepas dua tahun bekerja keras termasuk berlatih berjalan di angkasa lepas, Nora Al Matrooshi bersama rakan sekerjanya dari Emirat, Mohammad AlMulla dan 10 orang yang lain dalam kelas latihan, telah melayakkan diri sebagai angkasawan.
Ads
Kumpulan itu yang dikenali sebagai “The Flies” kini layak untuk misi NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), pelancaran Artemis ke bulan. Jika semuanya berjalan lancar, mereka juga boleh terbang ke Marikh.
“Saya mahu manusia kembali ke bulan dan pergi lebih jauh. Saya mahu menjadi sebahagian daripada perjalanan itu,” kata Nora.
Nora Al Matrooshi memuat naik pelbagai aktivitinya sebagai angkasawan menerusi Instagram peribadinya. Beliau juga aktif dalam misi kemanusiaan terutamanya bersuara dalam mempertahankan Palestin.
Buah manggis merupakan salah satu buah tempatan yang memang sedap dimakan. Isinya pula memang manis. Tetapi, tahukah anda sebenarnya kulit buah manggis ini juga punya banyak manfaat untuk kesihatan.
Ini antara 5 manfaat kulit manggis untuk kesihatan:
1. Melancarkan Metabolisme Tubuh
Salah satu manfaat kulit manggis adalah melancarkan metabolisme tubuh. Caranya mudah sahaja.
Korek bahagian dalam buah manggis yang lebih lembut dalam 2 hingga 3 biji. Pisahkan daripada kulit yang keras. Kemudian, kisar kulit sampai halus seperti krim. Anda boleh menambah perasa lain seperti gula, coklat atau avokado agar rasa tidak terasa pahit.
Hasilnya, anda akan buang air kecil dengan lebih lancar dan terhindar daripada senggugut. Minuman ini elok diminum secara rutin, sekurang-kurangnya seminggu sekali.
2. Baik Untuk Kesihatan Mata
Kulit manggis merupakan ubat herba yang baik untuk memperbaiki penglihatan mata terutamanya mereka yang menghidapi penyakit mata minus (miopia).
Ia mampu mengaktifkan semula sel-sel mata yang sudah mati dan penglihatan akan menjadi semakin tajam.
Jadi, mulakan pengambilan air rebusan kulit manggis atau dalam bentuk suplemen secara rutin. Selain itu, anda perlu mengubah gaya hidup dengan tidak melakukan sebarang aktiviti yang boleh merosakkan mata.
3. Menyembuhkan Sakit Jantung
Kulit manggis juga sangat baik untuk jantung. Kandungan kulit manggis akan memperkuat pembuluh darah dan mengaktifkan sel-sel jantung dengan cepat.
Insya-Allah, penyakit jantung tersebut akan sembuh. Sebaiknya, ambil kulit manggis ini bersama olahraga kardio secara teratur untuk hasil terbaik.
4. Memperbaiki Masalah Pencernaan
Kulit manggis tenyata mampu memperbaiki masalah pencernaan dengan cukup baik seperti cirit birit. Kulit manggis memiliki sifat antibakteria yang mengeluarkan racun serta kotoran yang ada dalam tubuh.
Kisar kulit manggis bersama campuran air lalu minum dengan segera agar masalah cirit birit cepat sembuh. Jus kulit manggis juga boleh diminum dengan kerap untuk menyihatkan usus atau sebagai zat probiotik yang baik.
5. Baik Untuk Penderita Diabetes
Penghidap diabetes kini tidak perlu risau lagi untuk mengawal gula dalam darah kerana kulit manggis memiliki bahan yang dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan membuang gula tersebut daripada tubuh melalui air kencing.
Minum jus kulit manggis setiap dua hari sekali untuk hasil yang terbaik. Selain itu, atur pola pemakanan anda agar karbohidrat yang masuk ke dalam tubuh tidak terlalu banyak.
Semua wanita pasti mahu kelihatan jelita setiap masa kan. Tidak kiralah pagi, petang atau malam. Tapi boleh ke kita maintain setiap masa terutama sekali waktu lepas bangun tidur?
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Faezah Elai telah memuat naik dua versi wajahnya di instagram yang dikatakan expectation vs reality kebanyakan wanita. Mesti kebanyakan wanita faham situasi ini kan?
How i look every morning when i send my kids to school.. The second photo,how i think i look like every morning.. konon mcm i woke up like this.. kahkahkahkah padahal mcm makcik jual apam balik ???? .
Kemunculan penularan virus Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia menekankan perlaksanaan menjaga kebersihan bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Salah satu cara pencegahan yang berkesan adalah dengan kerap mencuci tangan sama ada dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
Tapi mungkin ada antara kita yang tertanya-tanya sama penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya. Berikut adalah penerangan yang jelas dan padat oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri merangkap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
Soalan: Assalamualaikum Dato. Terdapat masjid yang meletakkan pencuci tangan pada pintu masjid. Jadi, bolehkah menggunakan hand sanitizer ketika melakukan solat adalakah ia dikira najis disebabkan ada alkohol di dalamnya. Mohon pencerahan Dato.
Terima kasih
Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Dalam melakukan ibadah solat, di antara syarat sah solat yang wajib dipatuhi adalah menghilangkan najis yang terdapat pada badan dan pakaian. Persoalan pada kali ini adalah untuk menjelaskan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) ketika hendak melakukan solat.
Justeru sebaiknya kita membahaskan tentang apa yang terdapat pada kandungan dan bahan yang digunakan di dalam hand sanitizer (Pencuci tangan) itu sendiri.
Penggunaan sanitizer adalah bertujuan untuk membunuh bakteria yang terdapat pada permukaan kulit. Ia juga merupakan bahan yang efektif dalam membunuh kuman dan bakteria berbanding mencuci tangan menggunakan air dan sabun.
Menurut garis panduan daripada Food and Drug Administration (FDA) setiap kandungan produk hand sanitizer yang dipasarkan mestilah mengandungi ethyl alcohol (ethanol), isopropyl alcohol (isopropanol) atau benzalkonium klorida sebagai bahan utama.
Selain itu, terdapat juga hand sanitizer yang menggunakan bahan selain daripada alkohol untuk membunuh mikroorganisma dan bakteria seperti povidone-iodine atau triclosan.
Sukatan yang digunakan mengikut jenis bahan yang diletakkan di dalam hand sanitizer (Pencuci Tangan). Mengikut World Health Organization (WHO) menetapkan garis panduan dengan menyatakan bahan kimia yang digunakan di dalam 10 liter hand sanitizer mestilah mengandungi 8333ml daripada 96% ethanol, 417 daripada 3% hydrogen peroxide dan145 daripada 98% glycerol atau 7515ml daripada 99.8% isopropyl alcohol, 417ml daripada 3% hydrogen peroxide dan 145% daripada 98% glycerol. [2]
Maksudnya:“Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”
Riwayat Muslim (2003)
Selain itu, Prof. Dr Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari menyebut di dalam kitabnya menyatakan para ulama berselisih pandangan tentang sama ada arak najis atau tidak. Pada dasarnya, ulama bersepakat tentang arak adalah najis, tetapi mereka berselisih tentang sifat kenajisannya. Segolongan ulama berpendapat arak merupakan najis dari segi ainnya.
Manakala menurut pendapat yang lain arak tidak najis dari segi ainnya. Sebaliknya najis dari segi maknawi iaitu tidak boleh diminum kerana ia merupakan sesuatu yang kotor sperti dadah dan seumpanya. (Lihat Isu-isu Fiqh Halal & Haram Semasa, hlm. 598)
Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”
Selain itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam.
Kemunculan penularan virus Covid-19 telah melanda negara kita, oleh itu perlaksanaan menjaga kebersihan merupakan faktor utama bagi mengurangkan risiko dalam jangkitan virus ini. Justeru, timbul persoalan berkenaan dengan penggunaan hand sanitizer (Pencuci Tangan) semasa melakukan solat adakah ia dikira sebagai najis kerana kandungan alkohol di dalamnya.
Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan pendapat ulama yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis.
Ini jelas seperti yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa fatwa Majlis Kebangsaan iaitu Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agamaNya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’atNya dengan sebaiknya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.