Usai menjalani kuarantin selama 14 hari, Dayah Bakar akhirnya bertemu suaminya, Muhammad Hanif bersama anak mereka iaitu Achbar Muhammad Fahri di Australia.
Sebelum ini, Dayah terpaksa berjauhan dengan suaminya disebabkan bertugas di perantauan. Pandemik Covid-19 juga menyukarkan lagi peluang mereka sebelum ini untuk bertemu.
Menerusi laman instagram peminat @dayahlova, foto-foto momen keluarga kecil ini bersatu telah dimuat naik di situ.
Menghargai momen yang ada, Dayah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia pengacaraan kerana dia dan Fahri akan menetap di Australia selama setahun bersama Hanif.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Atlet bola tampar dari Indonesia, Megawati Hangestri Pertiwi menjadi atlet Muslim pertama dalam Liga Bola Tampar Korea selepas menyertai KGC Volley.
Ternyata menjadi minoriti bukan halangan untuk pemain bola tampar kebangsaan Indonesia ini untuk menyesuaikan diri.
Memetik perkongsian daripada laman sesawang Joong Ang, Megawati sedang menikmati pra musimnya bersama kelab Korea Selatan itu.
Bagi Megawati, tiada sebarang masalah yang timbul biarpun dirinya berhijab termasuk untuk solat dan mencari makanan halal di negara tersebut.
Kenali Megawati Hangestri Pertiwi: –
Bawa Tudung Khas Untuk Perlawanan
Megawati bukan sahaja atlet Muslim pertama bahkan juga atlet berhijab pertama dalam liga bola tampar Korea Selatan.
Sehingga kini, tidak pernah terlintas di fikiran Megawati untuk menanggalkan tudungnya. Dia turut membawa beberapa jenis tudung termasuk untuk dipakai ketika perlawanan.
“Tudung untuk perlawanan saya sediakan yang berwarna hitam. Untuk traveling saya pilih warna yang lebih menyerlah. Saya turut membawa tudung khas untuk dipakai di rumah. Total semua 16 tudung.
“Hingga ke saat ini tak pernah terlintas di fikiran saya untuk menanggalkan tudung,” kata Megawati.
Megawati mengakui bertuah kerana kelab tersebut mengambil pelajar Jabatan Bahasa Indonesia dari Universiti Hankuk, Kim Yoon-sol untuk membantu Megawati berkomunikasi.
Tiada Masalah Mencari Makanan Halal
Sebagai seorang Muslim, Megawati cukup teliti dalam soal makanan terutama ketika berada di negara asing.
Dia mengakui tidak sukar untuk mencari restoran halal di Korea Selatan. Bersama rakan sepasukannya, Yeon Hye-son, mereka bersama-sama pergi ke kafe dan restoran.
“Disebabkan terdapat banyak makanan Korea di Indonesia, saya tidak menghadapi masalah dengan makanan di sini. Saya juga tidak mempunyai masalah dengan makanan pedas,” kata Megawati.
Sering Berdoa Untuk Menang
Megawati turut mengimbau bagaimana ketika pasukan negaranya beraksi di Sukan Asia 2018, dia masih meluangkan masa untuk berdoa di tengah-tengah perlawanan.
“Semasa Sukan Asia di Indonesia, saya sempat berdoa antara perlawanan. Saya boleh melakukannya sebelum dan selepas,” kata Megawati.
Dengan kecemerlangan pencapaiannya, Megawati menggalas tanggungjawab dan harapan yang tinggi.
“Saya mahu membuktikan bahawa saya mempunyai kualiti. Saya juga mahu maju bersama rakan sepasukan dan menggenggam kejuaraan,” kata Megawati.
Kredit Foto: Instagram Megawati Hangestri Pertiwi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berusia 29 tahun, adik kepada akres Fathia Latiff ini bukan hanya cantik bahkan bijak orangnya.
Dr Nur Fasiha Abdul Latiff atau mesra disapa Dr Fasiha merupakan graduan perubatan Trinity College Dublin serta bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah Seremban.
Dalam kesibukannya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Fasiha turut mengusahakan bisnes sampingannya iaitu Mulan Scarf dan pakaian perubatan scrubs ‘Three 0’.
PENGORBANAN IBU
“Ibu, Badriyah Hassan, yang saya panggil Umi memang seorang superwoman. Satu ketika dulu, ibu pernah bekerja dan pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang ketika itu masih bersekolah.
“Setiap pagi, selalunya ibu akan hantar kami ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari datang semula jemput anak-anak balik. Di rumah telah tersedia makanan untuk kami.
“Bila balik kerja, ibu akan kemas rumah dan buat tugas-tugas rumahtangga yang lain. Itulah yang membuatkan saya bangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat. Ibulah sumber inspirasi saya.
“SATU LAGI PERKARA YANG BUAT SAYA BANGGA DENGAN IBU IALAH KETIKA USIANYA 45 TAHUN, IBU TERBUKA HATI UNTUK SAMBUNG BELAJAR AMBIL MASTER SELAMA DUA TAHUN. WALAUPUN BANYAK TANGGUNGJAWAB TETAPI IBU MAMPU MENGURUSKAN MASANYA DENGAN BAIK.
“Ibu berjaya membuktikan it’s never too late to gain knowledge. It is powerful!”
CITA-CITA SEJAK KECIL
“Sejak kecil saya memang mahu bergelar doktor kerana terinspirasi dengan kisah seorang sepupu. Semasa saya berusia 13 tahun, sepupu ini sudah pun bergelar Pakar Perunding Rheumotologi di Ireland.
“Bila berpeluang berjumpa dan berborak dengannya, dapatlah saya dengar serba sedikit mengenai bidang perubatan. Dialah idola dan pencetus semangat untuk saya teruskan impian bergelar doktor,” ujar anak ketiga dari empat beradik ini.
DETIK MENCABAR SEBAGAI DOKTOR
Sepanjang bergelar doktor, detik paling mencabar ialah ketika pandemik COVID-19 yang berlaku beberapa tahun lalu. Ia juga detik paling sedih dalam hidup Dr Fasiha.
“Ketika itu saya diarahkan untuk menjaga pesakit berusia lebih 60 tahun. Mereka ditempatkan di beberapa wad. Bila terlalu ramai pesakit, alat ventilator (alat pernafasan) menjadi terhad.
“Sebagai doktor yang bertanggungjawab, saya merasa amat sedih kerana tidak dapat memberi peluang kepada pesakit untuk mendapatkan alat tersebut. Sehingga berlakunya kematian dan saya sendiri menjadi saksi. Memang sedih walaupun saya sudah buat yang terbaik.”
Menurutnya lagi, beliau amat tertekan kerana terlalu penat dan terpaksa menjarakkan diri dari ahli keluarga. Masa bersama keluarga juga kurang. Begitulah rutinnya setiap hari ketika di awal pandemik COVID-19 berlaku.
“Ketika itu saya masih bujang dan tinggal bersama kedua ibu bapa. Sebolehnya saya tidak mahu merisikokan mereka. Bila keadaan makin teruk, saya terpaksa tinggal di rumah lain buat sementara. Setiap hari saya akan video call mereka untuk tanya khabar dan melepaskan rindu.”
KAHWIN SESAMA DOKTOR
“Suami, Dr Hazheem Syazwan merupakan doktor tulang (orthopaedic) dan bertugas di hospital yang sama dengan saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat supportive dan memahami. Contohnya kalau saya balik kerja lewat atau belum makan lagi, suami sudah siapkan makanan di rumah.
“Begitu jugalah saya. Bagi saya, hikmah dari perkahwinan ini ialah kami sama-sama memberi semangat antara satu sama lain. Ibu sering berpesan, dalam perkahwinan perlu sentiasa memberi dan menerima, serta saling berkompromi.”
IMPIAN
“Saya berhasrat untuk mengembangkan lagi karier untuk menjadi seorang pakar kardiologi di hospital. Jika tidak meniad seorang doktor, mungkin sekarang saya bergelar usahawan.”
Semoga segala impian serta perjalanan Dr Fasiha untuk berjaya dalam bidang perubatan dan perniagaan dipermudahkan.
Kredit Foto: Instagram Dr Fasiha Latiff
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru-baru ini, telah tular di TikTok mengenai video seorang gadis yang berkecil hati apabila orang menyamakan dirinya seperti selebriti, Hanis Zalikha namun dikatakan versi gelap.
Tersinggung dengan kata-kata itu, Nur Fatihah Kamal atau lebih dikenali sebagai Tiya Kamal menjelaskan dia tidak kisah apabila disamakan dengan Hanis Zalikha namun sedih apabila rupa parasnya dikritik kerana warna kulitnya dan mengatakan dirinya pasti lawa jika dia berkulit cerah.
“Muka hang sebijik Hanis Zalikha tapi if hang putih mesti lagi lawa. Adakah saya tidak lawa?”
Tiya juga sedih apabila fizikalnya juga turut dikritik oleh sesetengah individu.
“Ramai orang kata kalau kurus mesti lagi lawa. Saya dah turun 20kg pun orang still panggil gemuk.”
Tanpa diduga, perkara ini telah mendapat perhatian Hanis Zalikha sendiri sehinggakan dia memuat naik foto Tiya di laman instastory sambil memberikan pujian buat gadis berkenaan.
Teruja dengan perkara itu, Tiya meluahkan rasa terharu dan gembiranya dengan situasi itu melalui sebuah video yang dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Ujarnya, dia sememangnya mengagumi Hanis sebagai seorang ibu, ahli perniagaan, selebriti dan wanita yang sangat hebat dalam hidupnya.
HIJABISTA: Dah 2021 pun masih ada yang mentaliti ke belakang lagi. Haih, tak kisahlah apa jua warna kulit kita sebab masing-masing ada kecantikan yang tersendiri. Apa guna kalau luaran saja cantik tapi perangai menyakitkan hati ye tak?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.