Anda baru putus cinta dan merasakan dunia ini kosong serta tidak adil kepada diri anda?
Realitinya putus cinta sesuatu yang menyakitkan. Selain dirundung kesedihan, seseorang yang putus cinta juga pasti kecewa dan amarah hingga mengalami tekanan perasaan.
Ketika mana cinta di tolak dan juga putus cinta, adakalanya, kita merasakan terlalu sakit, down, sedih dan banyak lagi perasaan yang negatif. Walaupun perasaan putus cinta ini diibaratkan sebagai luka yang dalam, namun ia dapat diiubati dengan masa, penjagaan diri sendiri dan melihatnya dari sudut positif.
Namun, adalah penting bagi seseorang itu untuk menerima kenyataan dan pelajari apa yang silap seterusnya perbaikinya dalam hubungan yang akan datang.
Ads
Berikut amalan doa yang dikongsikan oleh Prof Madya Dato’ Dr Mohd Izhar Ariff buat mereka yang sedang putus cinta.
1.Letakkan tapak tangan pada dahi atau dada.
2.Bacalah ayat (seperti yang di atas).
Ads
3.Setelah selesai membaca ayat ini, genggam tapak tangan kemudian buat isyarat seperti membuang.
Perkongsian pelakon Zara Zya dengan gambar dirinya bertudung mengundang persoalan ramai. Ramai yang tertanya-tanya mungkinkah pelakon cantik manis berusia 35 tahun ini sudah berhijab.
Spekulasi bertambah kuat apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah.
Manakala di ruangan komen pula, kebanyakan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah di atas perubahan yang menggembirakan itu. Dalam masa yang sama juga, ramai yang mendoakan agar Zara terus istiqomah.
Bila menyebut hidangan paling sedap pernah dinikmati seumur hidup, pasti ramai yang memberikan jawapan masakan air tangan ibu. Ya, tidak dinafikan, masakan air tangan ibu adalah paling istimewa di hati setiap individu bergelar anak!
Walau ke mana juga kaki melangkah, masakan air tangan ibu sendiri sememangnya tiada tandingan. Walaupun hanya hidangan ringkas seperti telur goreng, namun masakan ibu tetap paling sedap di dunia.
Setiap kali tibanya Ramadan pasti terkenangkan masakan arwah ibunya. Siti Elizad memuji masakan arwah ibu memang super sedap, terutamanya bila masak lemak cili padi dan rendang.
“Ada sesuatu yang istimewa dalam masakan mama, sebab setiap masakan lauk pauknya, mama mesti tambah ulam-ulaman, tak kisahlah ulam apa, kebiasaanya pucuk ubi. Malah, di sekeliling rumah di kampung dulu, mama tanam macam-macam jenis ulam-ulaman,” katanya.
Luah Elizad, selepas pemergian ibu, Allahyarhamah Nazariah Mohd Salleh ke pangkuan Ilahi akibat penyakit Parkinson, rasa rindu yang teramat terhadap ratu hidupnya itu sukar dibendung.
“Saya bersyukur sempat mewarisi ilmu memasak daripada ibu. Cuma saya tak sempat belajar menjahit dengan arwah,”ujar Elizad mengenang ibunda tersayang.
Sebagai anak tunggal perempuan daripada lima beradik, Elizad atau nama penuhnya, Siti Elizad Mohd Sharifuddin mengambil alih tugas arwah dalam membuat persiapan raya.
“Dulu ibulah yang menjahit baju raya kami sekeluarga selain mencari langsir untuk disuai padan. Menu istimewa lebaran pastinya rendang campur air tangan ibu yang selalu dirindui,” katanya mengakhiri perbualan.
GULAI LEMAK DAGING SALAI BERSAMA PUCUK UBI
(Resipi: Datuk Chef Wan)
BAHAN-BAHAN:
Pucuk ubi (daun lembut sahaja)
1kg daging salai | hiris nipis
3 batang serai | titik
1 helai daun kunyit | siat-siatkannya
1kg santan pekat
Garam dan gula
4-5 biji belimbing buluh
1 keping asam gelugor
BAHAN KISAR:
30 biji cili padi
1cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Masukkan hirisan daging salai dalam periuk bersama bahan kisar, serai dan separuh dari santan.
2. Masak sekejap sehingga daging empuk.
3. Setelah kuah agak kering, masukkan kesemua lebihan santan dan kacau rata. Guna api dapur yang agak sederhana agar santan tak pecah.
4. Masak hingga kuah benar-benar masak dan perasakan garam dengan secukupnya. Masukkan belimbing buluh dan daun pucuk ubi yang telah dibersihkan.
5. Setelah daun agak layu sedikit, dalam 10 minit bolehlah tutup api. Sedia untuk dinikmati.
Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof apabila rumah tangga yang dibina dilanda badai dan diuji dengan kehadiran orang ketiga iaitu penyondol Ira Kazar yang kini merupakan isteri kedua dan juga madu kepada Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin.
Sejak kes ini tular di media sosial, ramai yang mula membuka mata melihat ketabahan seorang Puteri Sarah demi membesarkan kedua cahaya mata yang masih kecil tanpa kehadiran sosok yang dipanggil sebagai suami, ekoran suami yang sedang asyik dibuat cinta bersama wanita lain.
Justeru, enggan terus dibelenggu dan dihimpit duka, Sarah bangkit dan menuntut hak yang selayaknya. Malah, perjalanan hidup serta kisah peribadi sebenar Puteri Sarah dan keluarga yang tidak pernah diceritakan kepada umum sebelum ini telah diterbitkan menerusi satu naskah buku hasil tulisan Emi Anvepa.
Buku pertama berkisarkan tentang kehidupan seorang ‘Supermom’ Puteri Sarah Liyana ini amat unik dan istimewa kerana penuh dengan singkapan peristiwa, tragedi, momen-momen dan saat jatuh bangun Sarah dari dulu hingga sekarang.
Malah, Hijabista difahamkan bahawa, buat julung kalinya menerusi naskah ini, keluarga Sarah telah ‘membuka mulut’ dan mendedahkan sisi sebenar Sarah, termasuk kehidupan dan perjalanan inspiratif figura hebat ini yang tidak diketahui banyak orang.
“Sarah berharap buku ini menjadi naskhah panduan istimewa buat semua wanita di luar sana. Sebagaimana tajuk buku Puteri Sarah: Terus Melangkah, Sarah mahu mereka tidak berdiam diri, tidak mengalah, tetapi terus berjuang dan melangkah meneruskan kehidupan seperti Sarah,” ujar Sarah.
Sarah berkata demikian pada perlancaran bukunya itu, yang berlangsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Turut bersama pada pelancaran ini adalah Reina Lum selaku editor dari sudut pandangan undang-undang dan juga penulis utama buku merangkap pengurus serta kawan rapat Sarah, Emi Anvepa.
Ketika diminta mengulas berkenaan naskah istimewa ini, Emi berkata menulis buku ini bagaikan meluahkan isi hati dan melepaskan apa yang terbuku dalam diri sejak mengenali Sarah dan menyaksikan sendiri penat jerih yang di lalui, sepanjang 5 tahun mengenalinya.
“Saya mengenali Puteri Sarah bukan sahaja sebagai pengurusnya, tetapi juga sebagai kawan rapat yang melihat sendiri pengorbanan Puteri Sarah sebagai anak seni. Jadi saya sangat memahami apa yang telah dilalui Puteri Sarah.
“Bila terpaksa imbau kembali saat-saat memori lama ketika menulis buku ni, saya menangis berkali-kali,” kata Emi yang menganggap penulisan buku ini adalah terapi baginya selepas sekian masa menyelami perasaan Puteri Sarah, terutamanya dalam menghadapi masyarakat yang ‘judgemental’.
Justeru, Emi berkata ketika menulis buku ini, dia memberikan jawapan kepada pelbagai soalan dan komen netizen di media sosial yang sebelum ini tidak terjawab. Dalam masa sama, memberi ilmu berhubung ‘Legal Education Advocate’.
Jelasnya lagi, dirinya begitu teruja dapat bekerjasama dalam penghasilan buku ini, kerana yakin buku Puteri Sarah ini dapat membantu memperkasa kaum wanita diluar sana.
“Dalam video di media sosial saya selalu tekankan wanita perlu berani dan bijak dengan melengkapkan diri dengan ilmu, kerana dengan ilmu inilah kita membina keyakinan dan keberanian dan Puteri Sarah adalah antara contoh terbaik.
“Saya yakin buku ini boleh menjadi rujukan kepada wanita untuk terus berjuang dan menyedari bahawa walau apapun keadaan dan cabaran kita, jangan mengalah, Sselagi kita terus melangkah, kita belum kalah,” ujarnya.
Sekadar info, buku keluaran Terbit Sendiri Empire dan Projek Nomad Sdn Bhd ini sudah dibuka untuk jualan ‘pre-order’ di laman web puterisarahliyana.com dengan harga promosi RM39.90 bagi 500 naskhah pertama dan akan promosi akan tamat pada hari ini 31 Mei 2023. Harga asal adalah buku ini bernilai RM49.90.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.