Adakalanya kita berada dalam situasi yang tertekan. Tidak dapart dinafikan setiap orang punya masalah. Namun kita perlulah bijak mengawal emosi agar tidak memakan diri. Salah satu cara untuk menenangkan hati yang gundah gulana ialah dengan cara mendekatkan diri pada Allah.
Berbaliklah semula dengan cara mendekatkan diri pada Allah. Ambil wuduk, solat dan bacalah Al-Quran. Ini sahaja caranya untuk kita jadi lebih tenang. Berikut dikongsikan surah-surah yang boleh dibaca ketika berada dalam situasi yang mengganggu jiwa.
Photo by Abdulmeilk Aldawsari from Pexels
SURAH KELAPANGAN HATI
Apabila hati tengah berserabut, istighfar banyak-banyak. Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan perlahan-lahan. Ajar hati untuk sentiasa bersikap tenang walau hakikatnya berdepan masalah yang menyerabutkan fikiran.
Photo by Engin Akyurt from Pexels
Kita yang kawal hati kita. Jangan biarkan persekitaran mengawalnya. Tenangkan hati.
Bacalah surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah).
Maksudnya: “Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku”. (Qs Thaha: 25-28)
Ads
Insha Allah, sesulit apa pun kita mampu hadapi dengan tenang. Apabila hati kian lapang,
hidup sempit terasa senang. Walau kesulitan datang, hadapilah dengan tenang.
Ads
1 – Tekanan – Surah Ar Raad: 28
2 – Kecewa – Surah Al Imran: 60
3 – Rasa berdosa – Surah Az Zumar: 53
4 – Putus asa – Surah Yusuf: 87
5 – Kesukaran – Surah Al Insyirah: 5
6 – Sedih – Surah Al Israa: 82
Surah-surah ini boleh tenangkan diri kita, bacalah berulang-ulang. Semoga diberi kekuatan.
HIJABISTA: Walau apa jua masalah yang dihadapi, pasti ada jalan penyelesaiannya. Mengadulah pada Allah. Hanya kepada Allah sahaja tempat kita mengadu.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim Top image: Photo by Aliko Sunawang from Unsplash
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solat merupakan di antara ibadah yang paling agung dan ia merupakan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah SWT . Selain itu juga, solat juga bermaksud doa dari sudut bahasa. Ini kerana, di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa padanya.
Rugilah jika kita rajin solat tapi tidak mengamalkannya. Ini 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir Dan Sebelum Memberi Salam. Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ada beberapa doa yang boleh dibaca selepas tahiyyat akhir sebelum memberi salam dalam solat. Ini berdasarkan beberapa hadis sahih yang diriwayatkan oleh perawi hadis yang juga merupakan sahabat Nabi Muhammad SAW. Antaranya, satu amalan tambahan dalam solat, amalan ini dibaca selepas “fil ‘aalamiina innaka hamiidum-majiid..”
Elok tambah ni.
Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” [Riwayat Muslim (588)]
Allahumma,
Wahai Allah
Inni a’uuzubika,
Sesungguhnya aku berlindung dengan Mu
Min ‘azaabi jahannam,
Dari azab Neraka Jahannam
Wa min ‘azaabil qabr,
Dan dari azab siksa kubur
Wa min fitnatil mahyaa wal mamaat,
Dan dari fitnah ketika hidup dan sesudah mati
Wa min fitnatil masiihid-dajjaal,
Dan dari fitnah Dajjal
Allahumma,
Wahai Allah
Ya muqallibal quluub,
Wahai yang membolak-balik hati
Thabbit qalbi ‘ala diinik,
Tetapkan hatiku atas agamaMu
Wa ‘ala taa’atik,
Dan sentiasa taat kepadaMu
Kemudian bagi salam seperti biasa. Ini adalah pesanan Rasulullah SAW, Riwayat Bukhari. Jangan tinggal. Ini penyelamat kita dari 4 perkara yang Rasulullah SAW pesan pada kita untuk beringat
Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (834)]
Neraka, siksa kubur, fitnah ketika tengah hidup dan amalan kita selepas anda tiada, dan fitnah Dajjal sekiranya anda ditakdirkan sempat bersemuka denganNya. Hakikatnya anda memang tidak akan tahu anda akan digolongkan di golongan mana. Amalkan doa ini, semoga kita semua terselamat daripada azab dan fitnah 4 perkara tersebut. Aamiin…
SUMBER: PEJABAT MUFTI WILAYAH
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hebat dan besar, nikmat keistimewaan bulan Zulhijjah menjanjikan pahala berlipat ganda khususnya pada 10 hari pertama.
Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya. Melalui perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi beliau berkongsi tentang mengapa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah cukup istimewa.
HARI YANG LEBIH BAIK DARI JIHAD
1. Esok merupakan hari pertama bulan Zulhijjah. Tahukah anda bahawa 10 hari pertama dari bulan Zulhijjah ini dapat memberikan pahala yang lebih besar dari Jihad?
“Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.”(HR al-Bukhari)
2. Mengapa 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih baik dari Jihad?
Menurut al-Imam Ibn Hajar:
والذي يظهر أن السبب في امتياز عشر ذي الحجة لمكان اجتماع أمهات العبادة فيه ، وهي الصلاة والصيام والصدقة والحج ، ولا يتأتى ذلك في غيره
“Secara zahirnya, sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijjah ini lebih utama dari yang lain kerana 10 hari ini menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedeqah dan haji. Himpunan amalan-amalan ini tidak berlaku dalam hari-hari yang lain.” (Fath al-Bari)
3. Dengan sebab itu Rasulullah mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun.
Sabda Rasulullah:
أَفْضَلُ أَيَّامِ الدُّنْيَا أَيَّامُ الْعَشْرِ
“Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.”
4. Sehingga atas dasar itu al-Imam Ibn Taimiyyah menganggap 10 hari pertama ini lebih utama dari 10 hari terakhir dari bulan Ramadan.
Kata beliau:
أيام عشر ذي الحجة أفضل من أيام العشر من رمضان والليالي العشر الأواخر من رمضان أفضل من ليالي عشر ذي الحجة
Sepuluh hari awal Zulhijjah lebih afdal daripada sepuluh hari akhir Ramadhan, dan malam sepuluh akhir Ramadhan, lebih afdal daripada malam sepuluh awal Zulhijjah. [Majmu’ al-Fatawa, jilid 25, m/s 287]
5. Atas dasar itu Rasulullah meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
Sabda Rasulullah:
ما من أيام أعظم عند الله سبحانه ولا أحب إليه العمل فيهن من هذه الأيام العشر. فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد
“Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya kita beramal di dalamnya melainkan pada 10 hari ini. Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid” (HR al-Tabrani)
Bertemu dengan usahawan dan selebriti popular Neelofa dalam rancangan Next To Neelofa musim kedua yang menyaksikan figura ini sebagai tetamu undangan bagi episod yang pertama. Ternyata kedua-duanya kelihatan manis dan anggun.
Ramai yang teruja dan memuji kecantikan dan keindahan yang dikurniakan Allah. Rancangan yang bersiaran selama 1 jam ini menyingkap pelbagai sisi yang peminat Lisa Surihani tidak tahu, malah rancangan ini akan membuat anda akan melekat di TV.
Selebriti cantik ini buat pertama kali menjejak kaki di Tanah Suci selepas hari raya pertama bersama keluarga tercinta. Dan siapa sangka, sebaik pulang dari mengerjakan ibadah umrah, kelibat Lisa kelihatan sudah memakai hijab. Ini dapat dilihat dari Instagram pelakon ini ketika menghadiri satu majlis.
Lisa mendedahkan keterujaan pertama kali dapat mengerjakan umrah, yang paling menariknya di sana pertama kali sembahyang sunat tahajud, ujar isteri kepada Yusry penyanyi dan pengarah terkenal. Lisa hampir tak percaya dia dapat mengerjakannya dan perassan takut itu ada.
“Rasa untuk buat tahajud tapi saya takut tak dapat bangun…” katanya lagi perasaan teruja dan kagum dapat bangun tengah malam, mandi dan lakukanya… masyallah, segalanya dipermudahkan olehNya, rasa keterujaan itu membuatkan satu rasa yang lain,kongsi Lisa perasaan yang memang sukar digambarkan.”
Apabila diaju soalan, sama ada dia menyesal dengan perjalannya sebelum hijrah, jawapan yang cukup mendalam dan terkesan. “Tiada istilah rasa menyesal”, Lisa bersyukur atas pengalaman yang dilalui selama ini. Pengalaman yang dilalui selama ini menjadikan dia insan yang lebih menghargai setiap pemberianNya.
Doa dan kekuatan antara perkara yang membantu Lisa kekal istiqomah, sentiasa mencari ilmu, apabila diuji carilah sunah dan zikir-zikir yang boleh diamalkan bagi membantu berpegang kuat pada penghijrahan yang dillalui. Antara doa yang Lisa amalkan:
Allahummaj’al fi qalbi nuran wa fi lisani nuran waj’al fi sam’i nuran, waj’al I bashari nuran, waj’al min khalfi nuran, wamin amami nuran, waj’al min fauqi nuran, wa min tahti nuran, allahuumma a’thini nuran
“Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya dan di dalam lisanku (juga) cahaya. Jadikanlah di dalam pendengaranku cahaya dan di dalam penglihatanku (juga) cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku (juga) cahaya. Jadikanlan dari atasku cahaya dan dari bawahku (juga) cahaya. Ya Allah, berilah aku cahaya.” (HR Bukhari Muslim).
Dalam doa tersebut jelas sekali bahwa yang pertama disebut adalah hati. Hati yang bercahaya yang letaknya berada di bahagian pusat tubuh manusia adalah hati yang bersinar dan memberi efek terang pada seluruh tubuh.
Sementara itu, Neelofa menerusi Meletop minggu lalu ada berkongsikan pengalamannya di dalam mengendalikan program bual bicara berkenaan.
Next To Neelofa musim kedua bersiaran mulai 22 Oktober 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Ria dan Astro Prima. Selain Lisa, Next To Neelofa musim kedua turut mengundang antaranya Diana Amir, Puteri Sarah Liyana dan Ziana Zain bagi berkongsi mengenai perjalanan hidup serta kerjaya masing-masing.
“Kalau musim pengenalan kita tampilkan bintang legenda seperti Datuk Siti Nurhaliza, Nor Kumalasari, Puan Sri Normala Samsudin dan ramai lagi. Tetapi kali ini walau kebanyakan (tetamu) masih muda, tetapi mereka ialah ibu yang boleh relate on certain level,” katanya. Neelofa pada masa sama turut berkongsi pendekatan yang digunakan setiap kali menemubual tetamu yang diundang.
“Orang tanya macam mana saya ‘buat’ mereka menangis. Sebenarnya saya pun berdebar juga. Berdoa. Ya Allah lembutkanlah hati dia, selesakanlah kita dan sebagainya. Selain itu, kita kenalah juga bina proses komunikasi itu,” katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada peminat selain dedikasinya kerana masih diberi peluang untuk muncul di kaca TV meski berpurdah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.