Sering kita lihat luahan rakan-rakan mahupun ahli keluarga yang memuat naik status di laman media sosial mereka yang mengatakan seperti ‘karma will come‘ ataupun apa-apa yang berkaitan. Tetapi adakah ia wajar di perkatakan sebegitu?
Ramai yang masih terpinga-pinga apabila soal mengatakan hukum karma ini bakal terjadi meski pun ianya adalah kepercayaan agama hindu. Ada perbezaan antara kepercayaan agama yang perlu kita tahu sebelum kita ujarkannya.
Karma kepercayaan agama Hindu
Sumber gambar dari Canva.
Buat mereka yang tidak tahu, konsep karma itu sendiri merupakan satu kepercayaan dalam agama hindu yakni ia mempunyai konsep yang sangat berbeza dengan kepercayaan agama Islam. Seperti apa yang kita pelajari sebagai umat Islam, setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah kehendak dan kuasa daripada Allah SWT. Kita sama sekali di larang untuk meyakini sebab dan akibat yang bakal berlaku tanpa campur tangan Allah SWT itu boleh jadi suatu bentuk kekufuran.
Meski pun, konsep karma ini telah lama tular di kalangan masyarakat di negara kita terutama sekali yang beragama Islam, kita harus tahu bait-bait perkataan yang di keluarkan itu adalah kena pada syarak. Menurut perkongsian di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, konteks konsep ‘karma’ yang harus umat Islam ketahui dalam agama suci ini adalah “perbuatan setiap manusia sama ad baik atau buruk itu akan di balas oleh Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan”.
Sumber gambar dari Canva.
Sedikit sebanyak mengenai konsep karma, ia berasal daripada bahasa sanskrit dan punyai asas kepercayaan bagi Hinduisme, Buddhisme dan Jainisme. Konsep ini mula di jumpai melalui teks lama Hindu iaitu Rigveda, dan kemudiannya di kembangkan melalui perbincangan Upanishad. Seperti yang sudah di ketahui semua, Karma membawa maksud ‘perbuatan yang memberi kesan kepada hasil atau keputusan’, yakni memberitahu bahawa apa yang kita lakukan sama ada jahat atau baik, kita juga bakal terima yang sama pada masa akan datang.
Tambahan lagi, karma menurut Hindu, mempunyai tiga, peringkat pembalasan yang terdiri dari sachinta karma (masa yang telah berlaku/karma yang pernah berlaku), parabdha karma (karma yang sedang berlaku/kesan daripada karma yang dahulu) dan agami karma (karma pada masa hadapan yang di tentukan melakui karma yang sedang berlaku). Jadi karma ini juga di nilai sebagai undang-undang pembalasan moral atau juga undang-undang kosmos yang akan membalas setiap perbuatan baik mahupun buruk. Kepercayaan karma ini juga menjafa tindak kawalan serta tingkah laku manusia supaya mereka dapat menambah baik dan berharap agar manusia lebih berbakti kearah kebaikan.
Kita perlu tahu bahawa setiap perkara yang kita percaya bakal berlaku dengan sendirinya dan menghiraukan kekuasaan selain dari Allah SWT boleh membawa kepada kekufuran. Melalui akidah Islam, semua perkara yang berlaku adalah dengan kekuasaan dan kehendak dari Allah SWT. Apa yang terjadi pada alam ini adalah dari kehendak Allah SWT dan semuanya bergantung kepada kekuasaanNya. Begitu juga seperti yang paling senang untuk kita lihat adalah peredaran bulan dan bintang pada paksinya, itu adalah contoh terbesar kekuasaan Allah SWT.
Jika ingin di bincangkan tentang karma ini, ada terdapat konsep yang bercanggah dengan akidah Islam. Melalui agama Islam, ia di yakini bahawa segala perbuatan jahat oleh manusia itu pasti akan ada balasannya sama ada di dunia ataupun akhirat.
Maksudnya:“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan(Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, seperti mana yang kamu lakukan kamu akan dibalas.”
Meski pun status hadis ini adalah daif, namun, ia boleh di amalkan dan ambil pengajaran dalam bab fadhail amal di samping maknanya adalah benar. Perkataan الجزاء من جنس العمل yang bermaksud:
‘Balasan itu sesuai dengan apa yang di lakukan.’
Ia banyak di perkatakan oleh ramai ulama di mana anataranya Imam Ibn Kathir, Imam Ibn Qayim al-Jauziyah dan juga Ibn Rajab al-Hambali. Juga terdapat banyak hadis dan ayat al-Quran turut menyebut tentang perkara ini, antaranya:
Maksudnya:“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Riwayat al-Bukhari)
Juga melalui Ibn Rajab al-Hanbali ketika menerangkan makna hadis ini berkata:
هذا يرجع إلى أن الجزاء من جنس العمل ، وقد تكاثرت النصوص بهذا المعنى
Maksudnya:“Perkara ini merujuk kepada balasan mengikut kepada jenis amal. Terdapat banyak nas-nas yang menunjukkan kepada makna ini[7].”
Menjadi kesimpulan di sini bahawa hukum karma itu sendiri tidak boleh di pakai dalam agama Islam. Menjadi satu perkara yang wajib bagi setiap umat Islam untuk meyakini bahawa apa yang berlaku sama ada di dunia mahupun akhirat adalah satu kehenda dari kekuasaan Allah SWT. Kepercayaan yang meyakini bahawa sesuatu perkara itu berlaku bukan atas kehendak Allah SWT boleh membuatkan anda kufur.
Tahukah anda, menurut kajian pakar, personaliti seorang anak juga boleh dipengaruhi oleh kedudukannya dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan ke dunia mempunyai personalitinya tersendiri. Contohnya anak sulung, kebanyakan mereka mempunyai personaliti dan ciri yang hampir sama.
Apa yang Istimewa dengan anak sulong? Ada yang kata anak sulong hasil ikatan cinta ibu bapa. Kebayakkan pasangan begitu teruja dengan kelahiran pertama, bahkan ramai yang mencemburui dengan anak sulong. Hari ini kami kongsikan fakta anak sulung yang anda wajib tahu.
1. Garang dan tegas
Kebiasaannya anak sulung mempunyai sifat yang garang dan tegas. Selaku anak pertama yang bertanggung jawab ke atas adik-adik yang membantu ibu dalam menguruskan urusan rumah, Dah nama pun Kak Long dan Abang Long. Sebagai anak yang paling tua, anak sulung terpaksa bersifat garang dan tegas ke atas adik-adik, dan sifat ini akan terus melekat dalam diri dan terbawa-bawa sehingga ke dalam rumah tangga dan ke tempat kerja.
Mereka mungkin nampak garang dan tegas, namun hatinya baik dan lembut. Bak kata orang, dalam hati ada taman. Mereka garang dan tegas kerana sayangkan adik-adik dan mahu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh ibu. Ini adalah sesuatu yang baik, menarik bukan?
2. Karakter yang dominan dalam hubungan dan pergaulan
Apabila dah terbiasa menjadi ketua yang menjaga adik-adik di rumah, secara tak langsung sifat dominan akan muncul dalam diri anak sulung, dan seperti sifat tegas dan garang, sifat dominan juga akan terus melekat di dalam dirinya dan terbawa-bawa ke dalam hubungan, pergaulan, dan di tempat kerja. Sesetengah orang akan menganggap bahawa sifat dominan anak sulung kurang menyenangkan, namun percayalah ianya bukan sesuatu yang dibuat-buat atau disengajakan.
3. Lebih matang daripada usia
Umum mengetahui bahawa anak sulung menggalas tanggung jawab yang besar di rumah. Menjaga adik-adik, membantu ibu membuat kerja rumah, dan banyak mengalah demi adik-adik. Sedikit sebanyak, tanggung jawab tersebut membuatkan anak sulung menjadi seorang yang sangat matang, malah lebih matang daripada rakan sebaya yang lain. Inilah keistimewaan anak sulung.
4. Penyayang dan mudah mesra
Ya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa anak sulung merupakan seorang yang sangat penyayang. Apa tidaknya, sejak kecil lagi anak sulung terpaksa membantu menjaga adik-adik dan sentiasa mengalah demi adik-adik. Sifat penyayang dalam diri anak sulung telah dipupuk sejak mereka kecil lagi. Untung sangat kalau anda berpasangan dengan anak sulung. Selain penyayang, anak sulung juga mudah mesra terutamanya apabila bertemu orang yang baru. Mereka sangat mudah bergaul dan menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.
5. Mudah memaafkan
Fakta anak sulung yang seterusnya ialah mereka sangat mudah memaafkan kerana hati mereka sangat lembut. Anak sulung mungkin kelihatan garang, tegas, dan dominan namun jika anda mengenali mereka dengan lebih dekat, anda akan menyedari bahawa mereka mempunyai hati emas yang mudah memaafkan orang lain.
6. Tidak kedekut dan tidak berkira
Sejak kecil, anak sulung telah biasa mengalah dengan adik-adik yang lain. Anak sulung akan berkongsi segalanya dengan adik-adik, dan mengorbankan perasaan sendiri. Sifat ini membentuk diri mereka. Jarang sekali anda akan berjumpa dengan anak sulung yang kedekut dan berkira.
7. Hatinya lembut
Anak sulung, nampak sahaja garang dan tegas tapi hatinya sangat lembut dan mudah tersentuh. Mereka jenis mudah mengeluarkan air mata. Orang kata, hati tisu.
8. Suka memendam perasaan
Suka memendam perasaan dan sukar untuk berkongsi perasaan dengan orang lain. Sifat ini mungkin timbul akibat anak sulung yang terpaksa berkorban perasaan demi adik-adik sejak mereka kecil. Itulah di antara pengorbanan paling besar seorang anak sulung.
Sifat tersebut akan terus kekal dalam diri mereka sehingga berpasangan dan berumah tangga. Oleh itu, kalau anda berpasangan dengan anak sulung, kalau nampak macam ada yang tak kena dengan mereka, ringan-ringankanlah mulut untuk bertanya jika mereka ada masalah atau perkara yang ingin dikongsikan.
9. Ceria
Fakta anak sulung yang seterusnya ialah anak sulung kebiasaannya seorang yang ceria dan happy go lucky. Kenapa ye? Mungkin kerana sejak kecil mereka dah biasa menghiburkan dan membahagiakan adik-adik, makanya sifat tersebut terus kekal dalam diri mereka.
10. Sensitif
Percayalah, anak sulung nampak saja garang dan tegas namun hatinya agak sensitif. Menurut kajian, sifat sensitif dalam diri anak sulung berkemungkinan berpunca daripada keadaan yang memaksa mereka untuk mengalah sejak kecil. Jika terpaksa mengalah sejak kecil, dan ditambah pula dengan kekurangan perhatian dan kasih sayang kerana ibu bapa terpaksa memberi perhatian kepada adik-adik yang lebih kecil, akan timbul perasaan mudah terusik.
11. Romantik
Anak sulung bukan sahaja seorang yang penyayang malah mereka juga sangat romantik. Untunglah siapa yang dapat anak sulung.
12. Rajin
Mahunya tak rajin? Sejak kecil lagi anak sulung dah biasa tolong ibunya menjaga adik-adik dan membuat kerja rumah.
13. Mudah dikejutkan dari tidur
Fakta yang terakhir ni dengar macam kelakar, tapi ianya merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada anak sulung. Tak payah anda bertempik sampai bergegar satu rumah. Kejut sikit je mereka akan terjaga.
Surah Al-Kautsar merupakan salah satu surah yang pendek di dalam Al-Quran yang hanya mengandungi 3 ayat.Surah yang bermaksud sungai di syurga ini diturunkan di Makkah dan disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. Ia adalah simbolik terhadap kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah di atas pemergian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib, surah ini diturunkan.
Sebagai umat Islam, kita disarankan untuk membaca surah ini kerana ia mempunyai banyak manfaatnya kepada kita. Antara kebaikan-kebaikan yang kita perolehi apabila membaca surah Al-Kautsar ini adalah:
Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insyaallah hilang dahaga.
Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
Sebut sahaja filem Ketika Cinta Bertasbih, pasti kenal dengan pelakon watak utama, Anna Althafunnisa’ yang dibawa oleh pendakwah terkenal Indonesia, Dr Oki Setiana Dewi.
Terdahulu, Neelofa sempat menemubual Oki ketika beliau hadir sebagai tetamu jemputan bagi episod ketujuh program ‘Next To Neelofa 2’ dan Oki telah berkongsikan detik sukar yang pernah dialaminya sewaktu baru bergelar pelakon.
Oki secara eksklusif telah berkongsikan momen di mana dirinya pernah menerima tawaran bayaran yang lumayan sekiranya dia sanggup membuka tudungnya bagi beberapa babak lakonan. Namun, Oki dengan tegas telah menolak tawaran tersebut.
“Saya kata tak boleh sebab saya pakai tudung. Dia kata tak apa lepas sekejap, selepas tu pakai balik.
“Dia tanya yakin ke tak nak terima tawaran ini dalam nada marah. Wang tawaran masa tu sangat banyak. Tapi saya tetap pertahankan hijab saya.
“Dia kata lagi kepada saya, kamu berhijab tak akan pernah jadi siapa-siapa,” ujar Oki.
Oki Menangis Tertekan Di Marahi, Perlu Duit Biayai Perubatan Ibu!
Tambah Oki lagi, dia menangis begitu teruk ketika detik itu, kerana dia amat memerlukan wang untuk membiayai perubatan ibunya, dan mahukan ibunya mendapat rawatan terbaik dengan menggunakan wang itu.
Bagaimanapun, dia yakin dan percaya bahawa jika dia berkeras mahu memakai tudung maka Allah akan membantunya.
“Tapi saya minta kepada Allah dan percaya kepada Allah. Saya tetap nak pertahankan hijab saya.
“Meskipun wang yang ditawarkan sangat lumayan, saya masih berpegang pada pendirian di mana dia harus memakai hijab tanpa membukanya,” jelasnya.
Alhamdulillah, setiap ujian yang Allah beri pada seseorang pasti ada ganjaran yang sedia menanti, Hijabista doakan agar Oki Setiana Dewi kekal istiqamah dalam perjuanganya untuk sentiasa memberi contoh yang baik sebagai seorang muslimah sejati.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...