Anda pasti sering lihat apabila kematian seseorang yang bukan beragama islam, mereka akan mengucapkan takziah buat keluarga mendiang dengan ucapan “rest in peace”. Ada juga dari kalangan kita yang terikut-ikut dengan cara ini oleh kerana ingin menunjukkan rasa hormat kepada keluarga mendiang yang bukan beragama islam.

Berikutan kematian permaisuri Britain baru-baru ini, ramai yang mengujarkan RIP. Ia adalah sama sekali di larang dalam Islam untuk mengucapkan ‘rest in peace’ oleh kerana perlu menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Sumber gambar dari Canva

Umat islam tidak di galakkan untuk mengucapkan ‘rest in peace’ kerana kita perlulah mengucapkan dan memberi penghormatan dengan caranya yang baik. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga berkata, perbuatan itu sama sekali di larang dan ia dapat di lihat dengan jelas seperti mana tertulis di dalam nas.

Pengucapan yang sebaiknya bagi keluarga mendiang yang bukan beragama islam ada caranya yang tersendiri yakni memberikan kata-kata ucapan yang baik. Namun, jika seorang individu yang beragama islam memberikan doak keamanan mahupun ketenangan bagi orang bukan islam yang meninggal dunia adalah di larang sama sekali mengikut nas yang sah. Di petik dari laman sesawang rasmi  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Allah SWT telah berfirman:-

مَا كَانَ لِلنَّبِىِّ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓا۟ أَن يَسْتَغْفِرُوا۟ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوٓا۟ أُو۟لِى قُرْبَىٰ مِنۢ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَٰبُ ٱلْجَحِيمِ

Maksudnya: “Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.”

IKLAN

Surah al-Taubah (113)

Melalui tafsiran dari Syeikh Wahbah Zuhaili, para nabi serta orang-orang beriman tidak sama sekali di benarkan mengikut serta dalam urusan memohon maaf keampunan Allah SWT bagi orang-orang yang syirik. Hal ini ingin memperjelaskan di mana keimanan islam dan kenabian tidak boleh di terima pengampunan orang mati dalam keadaan yang syirik, maka tidak perlu bagi mereka untuk memohon keampunan untuk orang-orang syirik.

Manakala tambahan dari tafsiran oleh Syeikh Ahmad al-Sawi yang menyatakan bahawa umat Islam tidaklah seeloknya berdoa bagi memohon keampunan buat orang yang bukan Islam yang mati dalam keadaan kafir atau syirik. Meski pun begitu, doa kepada orang yang bukan Islam yang masih hidup juga masih perlu di teliti. Tujuan doa yang membawa unsur untuk meminta seseorang yang bukan Islam menerima hidaya Islam atau kebaikan dunia, maka ia di bolehkan.

Takziah buat orang bukan Islam mengikut caranya

Sumber gambar dari Canva

IKLAN

Seperti yang jelas di nyatakan bahawa kita sebagai umat Islam sama sekali tidak boleh mendoakan bagi orang bukan Islam yang mati dalam keadaan syirik untuk di ampunkan. Sewajarnya bagi kita umat Islam juga harus mengelakkan dari melakukan perkara sedemikian kerana ia boleh melawan nas yang jelas menerangkan tidak membenarkan ia berlaku.

Namun begitu, sudah pasti anda tertanya-tanya bagaimana pula kita rakyat Malaysia yang hidup berbilang bangsa dan kaum untuk berikan ucapan yang baik dan hormat jika ada kematian bagi orang yang bukan beragama Islam? Islam sebenarnya membenarkan pengikut agama ini untuk mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang tanpa mengira soal agama mahupun bangsa. Mengucapkan takziah juga adalah satu sunnah.

Syeikh al-Mawardi telah menukilkan kata-kata oleh Imam al-Syafie dalam kitabynya yang menernagkan tentang ucapan takziah bagi orang Islam yang mana ibu bapanya meninggal dalam keadaan bukan Islam, ia di nyatakan seperti berikut:

أعظم الله أجرك وأخلف عليك

IKLAN

Maksudnya: “Semoga Allah menambahkan ganjaran kepada kamu dan menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik”.[5]

Manakala bagi ucapan yang menghormati kematian orang yang bukan Islam pula berbunyi:

أخلف الله عليك ولا نقص عددك

Maksudnya: “Semoga Allah menggantikan yang lebih baik bagi kamu, dan semoga bilangan kamu (semua) tidak berkurang”.[6]

Dengan itu jelas terbukti bahawa ucapan yang lebih sopan dan  menghormati keluarga mendiang lebih elok di gunakan berbanding ‘rest in peace’. Agama Islam juga merupakan agama yang harmoni serta fleksibel yang mebolehkan penganutnya untuk tidak membuat musuh dengan mana-mana agama yang tidak mengikut ajaran Islam.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI