Sebagai manusia biasa setiap hari kita akan mencari ketenangan diri di saat menghadapi masalah. Kadang-kadang ketenangan merupakan perkara yang kita inginkan kerana ingin mencari jalan keluar. Tahukah anda, apabila muncul masalah dan anda kerap merasa kegelisahan, cemas, stres. Ini akan mengakibatkan anda menjadi seorang yang negatif!
Kadang-kadang masalah itu hadir saat tidak diduga dan sentiasa mempunyai jalan penyelesaiannya. Anda sering menjadikan itu alasan kerana hati bukan dalam keadaan tenang dan terlampau memikirkan sehingga jatuh sakit dan negatif.
Di dalam firman Allah SWT dalam QA Al-Insyirah (94:6): “Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” Jadi ini merupakan jalan supaya anda merasa tenang dan tenteram.
Islam sendiri merupakan agama yang harmoni dan sangat tenteram. Islam merupakan agama yang memberikan ketenangan dan juga kedamaian jika anda pandai mencarinya. Jika seseorang individu itu memeluk Islam, pasti dia akan mendapatkan ketenangan di dalam hidup mereka. Sama juga seperti kita semua. Jadi terdapat beberapa faktor yang memberikan ketenangan pada anda:
1. Ingat pada Allah
Selalu lah beringat pada Allah kerana itu merupakan perkara utama buat umat Islam. Lebih-lebih lagi untuk mendapatkan ketenangan dan merasa tenteram. Ia sama seperti Allah berfirman dalam QA Ar-Ra’d ayat 28 bermaksud:
“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tentram.”
IKLAN
Mengingati Allah juga dimaksudkan dengan berzikir. Berzikir memuji Allah. Jika anda belum cuba, anda mungkin tidak akan rasa ketenangan itu. Cuma ambil masa sendiri untuk berzikir mengingati Allah agar lebih tentram. Nikmat yang dirasai sangat membantu diri anda yang sedang buntu.
2. Belajar untuk bersyukur dengan apa yang diberikan Allah.
Kita sebagai manusia, sering lalai dan terlupa kepada nikmat yang telah Allah berikan pada kehidupan kita. Jika kita lihat dan bersyukur dengan segala yang kita ada, pasti akan rasa tenteram dan tenang hati dan fikiran. Allah telah memerintahkan bahawa setiap Muslim di muka bumi ini perlu bersyukur kepada-Nya, sebagaimana firmannya:
“Maka ingatlah kamu kepada-Ku, pasti Aku ingat pula kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari nikmat-Ku.” (QS Al-Baqarah:152)
Juga di dalam surah An-Nisa ayat 147, bermaksud:
IKLAN
“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS An-Nisa:147)
3. Taat kepada perintah Allah
Jika anda merupakan seseorang yang mengingati Allah dan taat pada perintahNya, pasti kehidupan anda akan rasa tenteram dan tenang. Jadi, mulakan dengan meninggalkan larangannya seperti bermaksiat atau berkata-kata buruk. Ini hanya akan membuatkan hati anda sempit, gersang, gelisah tidak tentu masa dan hati gundah. Jadi, hati yang sempit itu sukar untuk merasakan ketenangan dan tenteram. Belajar perlahan-lahan untuk mentaati perintah Allah dan berpaling daripada perkara yang dilarang olehNya.
4. Solat
Solat merupakan perkara yang wajib buat umat Islam, maka laksanakanlah solat 5 waktu. Jika keadaan solat anda dalam keadaan khusyuk, percayalah anda akan merasakan kepuasan di dalam diri dan menerima ketenangan jiwa dan ketenteraman hidup anda. Solat juga merupakan penghias dan penghibur buat diri anda seperti mana Rasulullah Saw rasakan.
5. Yakin dengan pertolongan Allah
Sebagaimana firman Allah pada Surah Ali-‘Imran ayat 126:
IKLAN
“Dan Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagimu dan agar tentram hatimu karenanya. Dan kemenangan itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”
Apabila hati tidak tenteram, ini kerana anda selalu memikirkan tentangnya. Seringkali anda lupa bahawa Allah itu sentiasa di sisi anda. Anda perlu yakin bahawa cepat atau lambat pertolongan daripada Allah itu pasti. Jika anda mengingati Allah pasti akan mendapat ketenangan dan Allah mampu membantu hambaNya yang di dalam kesulitan dan berikan ketenangan abadi.
6. Bersama dengan orang soleh
InsyaAllah jika anda sentiasa mendekatkan diri dengan golongan yang ingin mendekatkan diri pada Allah pasti anda akan menikmati ketenangan itu. Anda juga akan menerima nasihat-nasihat yang berguna daripada mereka kerana mereka juga sentiasa mempercayai bahawa Allah SWT akan membantu memberi ketenangan kepada hambaNya.
Nama Fuad Rahman, mula dikenali dan menjadi sebutan apabila dia kembali beraksi menerusi Program Realiti Gegar Vaganza 9 (GV9) yang lalu.
Meski mempunyai sejarah silam yang tidak berapa enak untuk diungkapkan, di tambah pula dengan ukiran tatu di bahagian leher dan beberapa anggota badan yang lain. Namun, itu bukanlah penghalang untuk Fuad menuju ke arah kebaikan dan kembali ke pangkal jalan.
Alunan Merdu Surah Taha, Bacaan Fuad Rahman Jadi Bualan!
Baru-baru ini, sebuah muatnaik video yang dikongsikan isterinya di aplikasi TikTok menerusi akaun pengguna @Rajakingtom telah berjaya menarik perhatian warganet sekaligus membuatkan rata-ratanya merasa kagum.
Dalam hantaran video berkenaan dapat dilihat penyanyi kelahiran Singapura itu bersama isterinya memenuhi undangan sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Geng Ngaji iaitu sebuah program terbitan Astro.
Pada program itu, dapat dilihat Fuad yang mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Taha dengan penuh penghayatan dengan begitu merdu sekali.
Mengulas isu sama, isteri kepada Fuad iaitu Raja Farah Afzal Raja Ikram atau lebih dikenali sebagai Tom tidak menafikan bahawa dirinya masih belum pandai mengaji lancar dan merdu seperti suaminya.
Kebanyakkan warganet membanjiri hantaran itu dengan komen puji-pujian diatas perkongsian murni yang dilakukan oleh Tom berhubung sisi positif suaminya.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dan tersentuh dengan alunan ayat suci al-Quran yang dibaca Fuad.
Sekadar info, Fuad dan Tom mendirikan rumah tangga pada 26 Februari lalu di Batam, Indonesia dengan kehadiran keluarga dan sahabat terdekat.
Sebelum ini, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2005, bagaimanapun ikatan mereka terputus ditengah jalan selepas Fuad dijatuhkan hukuman penjara ekoran terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
Pelakon, pengacara dan usahawan popular, Neeofa memang seorang yang bijak bergaya. Walaupun dikritik netizen, tetapi wanita ini tetap mempertahankan stail digayakan. Neelofa begitu berani bergaya luar dari kebiasan tapi masih lagi memenuhi ciri-ciri santun. Jadi tidak hairanlah ramai menggelarkannya ikon fesyen atau queen of trend. Dan terbaru ketika membuat lawatan kerja di luar negara, pengacara Meletop ini sangat stailo menggayakan turban dengan pelbagai gaya.
Malah Neelofa juga bijak suai padan turban digayakan dengan busana yang tersarung di tubuhnya serta padanan aksesori menarik. Nampak cantik dan sangat kena dengan personaliti pengacara kesayangan ramai ini.
Ternyata personaliti ini memang menjadi kesayangan ramai walaupun ada kalanya penampilan beliau yang terlalu mengikut fesyen sering dikritik haters.
Buktinya Neelofa turut memenangi dua trofi sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke 31 dalam kategori Pengacara TV Popular dan Artis Sensasi Popular untuk tahun 2018 ini.
Ayuh, kita lihat fesyen turban yang digayakan Neelofa sepanjang urusan kerja di luar negara.
Hari Arafah jatuh pada Rabu ini. Banyak amalan yang boleh dilakukan sempena Hari Arafah. Ia juga merupakan waktu yang terbaik untuk berdoa kepada Tuhan. Di sini, Hijabista kongsikan kepada semua mengenai doa yang boleh dibaca menjelang hari itu nanti.
Buat semua, ambillah peluang ini untuk berdoa apa yang dihajati kepada Tuhan dan berusaha untuk menjadi hambanya yang lebih baik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
CREDIT: TWITTER @zt000tz
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.