Walau sesibuk mana sekalipun urusan kerja dan aktiviti yang dilakukan dalam sehari, kita tetap diperingatkan supaya tidak meninggalkan amalan membaca al-Quran. Membaca al-Quran bermakna seseorang itu sentiasa mengingati Allah SWT.
Satu perkara yang perlu sentiasa terpahat dalam hati dan fikiran kita setiap Muslim adalah membaca al-Quran itu bukan hanya mampu memperoleh pahala bacaannya sahaja, malah ia bakal menjadi penyelamat, pelindung serta syafaat kepada pembacanya pada hari akhirat kelak.
Umamah al-Bahili meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Bacalah al-Quran. Pada hari kiamat, ia akan memberi syafaat kepada orang-orang yang membacanya.” (Sahih Muslim)
Bukan saja mereka yang membaca al-Quran, malah golongan yang mendengar bacaan al-Quran juga dikira sebagai melakukan amal kebaikan.
Ustaz, saya baca Al-Mulk tiap hari Ustaz. Boleh?
Saya kata Alhamdulillah.
Ustaz, saya baca sehari 1 muka boleh ke?
Boleh.
Ustaz, saya busy. Separuh muka boleh kan?
Boleh juga..
Ustaz, separuh muka pun susah Ustaz. Tak dan.
Suku pun boleh.
Ustaz, baca 2-3 ayat sehari ok jugak kan?
Pun boleh..
Rasulullah SAW ada kata : “Sesiapa membaca satu huruf daripada al-Quran maka dia melakukan satu kebajikan. Dan satu kebajikan itu dilipatgandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat At-Tirmizi)
Ustaz, saya pasang YouTube ngaji, dengar dan follow baca ok?
Boleh juga..
Rasulullah SAW pun ada sebut : “Sesiapa mendengar (bacaan) satu ayat daripada al-Quran, dia dicatat melakukan kebajikan yang dilipatgandakan. Sesiapa membacanya, maka dia akan mendapat cahaya pada hari kiamat.” (Musnad Imam Ahmad)
Ustaz, baca mana yang hafal je ok ke? Surah lazim
Boleh…
Ustaz, saya mengaji lintang pukang boleh kan?
Boleh.. Nanti cari guru..
Saya ngaji perlahan, sangkut-sangkut.
Takpa, comey gak tu
Aisyah ada sebut, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang membaca al-Quran dan menjaganya (membacanya dengan betul dan mengamalkannya) akan bersama para malaikat yang mulia. Adapun orang yang membaca al-Quran dengan sungguh-sungguh dan mengalami kesulitan, dia akan mendapat dua pahala.” (Sahih Bukhari dan Muslim)
Ustaz, saya baca tapi tak tau maksud takpa ka
Yang penting baca, ada masa baca tafsir
Saya baca surah al-Waqiah tiap hari boleh?
Boleh, cuma kesian dengan surah lain sama
Saya baca surah lazim je boleh Ustaz?
Boleh, tapi sampai bila..?
Abang kakak, baca Al-Quran ni adalah tentang diri kita. Sebab kita yang perlukan Quran, Quran tak perlukan kita. Nabi kata apa? “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)] Nampak? Kita yang perlu syafaat untuk nak masuk syurga.
Saya nak kata apa abang kakak. Sibuk mana pun kita, Quran jangan tinggai. Bagi ada dalam rutin kita sama ada baca, dengaq, ngaji walau satu ayat. Sebab hidup kita tak lama, kita tau ka bekai kita banyak mana? Konfiden sangat ka kita boleh masuk syurga? Tak konfiden kan? So, mengajilah.
Jangan malu tak reti mengaji.
Tapi malulah sebab tak mau mula mengaji
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial berhubung satu pakej umrah yang ditawarkan oleh sebuah agensi swasta hingga menjadi sorotan dan perdebatan dikalangan wargamaya.
Ini demikian kerana, agensi berkenaan didakwa mengenakan caj harga perkhidmatan yang terlampau tinggi bagi perlaksanaan ibadah umrah dengan menampilkan selebriti terkemuka di Malaysia.
Sehubungan itu, bagi merungkai isu ‘panas’ ini, Hijabista mendapatkan maklum balas daripada Ustazah, Dr. Robiah K Hamzah yang sering mendapat undangan bersama jemaah ‘kayangan’ melaksanakan ibadah umrah.
Layanan ‘Double Standard’ Juga Satu Bentuk Rezeki
Menurut Ustazah Robiah yang mesra disapa dengan panggilan ummi, jelasnya perkara ini tidak seharusnya diperbesarkan sehingga menjadi perbalahan sesama muslim. Malah, jika seseorang individu itu mampu, menyertai pakej umrah ‘kayangan’ ini seharusnya dilihat dari sudut positif menerusi konteks ‘rezeki’.
Sudah ditetapkan oleh Allah, bahawa individu itu mempunyai rezeki yang lebih, menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri untuk mendapatkan ibadah yang selesa dan sesuai dengan kos yang dikeluarkan.
Seperti yang kita sedia maklum, pakej umrah kayangan ini semestinya menawarkan keselesaan yang jauh lebih baik berbanding pakej-pakej umrah sedia ada. Malah, urusan mereka juga lebih mudah dan berjalan lancar kerana ditawarkan perkhidmatan ‘kelas pertama’.
“Contohnya, di Thaif mereka singgah di restoran paling mahal, jadi layanan, makanan, dan cara mereka di sambut ketika tiba di tanah suci sudah pasti berbeza, mereka juga dimudahkan segala urusan ketika melaksanakan umrah.
“Mereka tidak diuji Allah dengan ujian-ujian kecil ketika dalam perjalanan, tak ditimpa musibah seperti sakit. Kerana mereka dijaga dalam bentuk yang highclass.
“Dari segi layanan pengurusan, hinggalah kepada kepakaran mutawwif semuanya ‘tiptop’ sebagai pemandu arah (tour-guide) kepada jemaah-jemaah yang terlibat dalam pakej umrah kayangan ini.
“Ini juga merupakan satu bentuk rezeki dan nikmat yang mereka (golongan berada) mampu untuk bayar,” ujarnya.
Tambahnya lagi, bercakap melalui pengalaman membawa golongan kenamaan menunaikan ibadah umrah, Ummi berkata, setiap kos yang dibayar dan dikeluarkan oleh golongan ini sememangnya berbaloi dengan keselesaan melakukan ibadah yang mereka terima.
“Sebab orang-orang yang menguruskan jemaah kayangan ini pun bukan orang Malaysia, kita hanya menjadi orang tengah sahaja. Disana banyak menggunakkan tekong-tekong atau pakar-pakar seperti pakar perjalanan, pakar tempat makan, pakar travel, pakar tempat bersejarah.
“Hampir semua perkhidmatan umrah kayangan ini menggunakan pakar. Jadi ummi merasakan beruntungnya dapat masuk ke pakej ini, kerana kita mendapat satu layanan yang sangat istimewa di tanah suci,” jelasnya.
Hukum Menunaikan Umrah Dengan Kos ‘Kayangan’
Mengulas berkenaan hukum, Ummi berkata ia berbalik kepada hukum asal menunaikan rukun Islam kelima itu, iaitu ‘Menunaikan Haji dan Umrah bagi yang mampu’. Hukumnya wajib bagi yang menunaikannya pertama kali, dan sunat bagi mereka yang menunaikannya kali kedua dan seterusnya.
Tetapi Ummi menegaskan, meskipun hanyalah melakukan ibadah sunat, pastinya kita mahu mengerjakan dan melaksanakannya dengan cara yang paling baik, agar ibadah kita itu sempurna dan diterima disisi Allah swt.
“Maksud paling baik ini, pertama kita mesti berada dalam keadaan sentiasa dilindungi Allah dan dikurniakan nikmat kesihatan yang baik.
“Kedua, sewaktu pergi melaksanakan ibadah, kita juga dapat menghulurkan sedekah. Kemudian kita juga diberikan kemudahan-kemudahan seiring peredaran zaman.
“Contoh kalau dulu kita kata duduk masjid, tak payah la air-cond kipas pun dah cukup, dah boleh laksanakan ibadah. Solat je pun. Tapi akhirnya kita akur perlunya ada penambahbaikkan juga, supaya ibadah kita lebih mudah dan khusyuk.
Justeru, Ummi berkata tidak timbul isu sekiranya travel agensi menggunakan para selebriti sebagai ‘umpan’ untuk menarik pelanggan ataupun mengumpul jemaah agar perlaksanaan ibadah umrah itu dapat disegerakkan.
“Kalau nama dia (para selebriti) mampu untuk menarik pelanggan dan menarik orang-orang untuk pergi umrah apa salahnya? Itu merupakan satu cara travel agensi dapat mengumpul jemaah pergi menunaikan umrah dengan lebih cepat. Mungkin itu juga satu nikmat dari selebriti tadi.
“Kedua, artis yang membantu travel agent untuk mendapatkan pelanggan, itu juga kita anggap sebagai sebahagian dari ibadah.
Namun, katanya bagi rakyat marhaen yang tidak mampu untuk membayar kos pakej kayangan, mereka juga layak menunaikan umrah tetapi perlu berpada-pada dan tahu ‘mengukur baju, di badan sendiri’.
Rakyat marhaen tidak perlu ‘mengikat perut’ serta merasa runsing memikirkan bagaimana cara untuk mengumpul wang, hanya kerana ingin menikmati pakej umrah kayangan ini.
Taja Fakir Miskin Tunai Umrah, Jauh Lebih Baik Dari Keluar Kos Pergi ‘Umrah Kayangan’
Bagaimanapun, Ummi turut menasihati golongan yang berduit ini agar menaja fakir-fakir miskin menunaikan umrah bersama mereka, daripada pergi menunaikan umrah secara bersendirian dengan mengambil pakej ‘kayangan’.
“Kepada orang ‘kayangan’ kalau ada duit yang banyak, lebih baik membawa lebih ramai jemaah menunaikan umrah. Tajalah orang untuk pergi umrah. Kerana itu diantara ibadah yang paling besar, jika dibandingkan dengan ibadah kita bersendirian dengan belanja mewah.
“Kalau Allah kata satu umrah satu pahala. Kalau taja 10 orang, dapat 10 pahala umrah contohnya.
“Ummi nasihatkan kepada yang banyak duit, daripada membayar harga-harga kayangan ini, lebih baik gunakan duit itu, kita pegi sama-sama ambil pakej sederhana yang dekat dengan masjid,” katanya.
Mengulas isu sama, Ustazah Robiah turut mengingatkan agar mereka yang pergi menunaikan umrah bersama golongan artis agar menjaga niat dan ikhtilat supaya tidak terpesong.
“Jagalah niat, walaupun membayar dengan harga mahal tapi jangan sampai jatuh riak, kita takut dengan adanya selebriti ini dia akan jatuh riak. Contohnya saya pergi umrah dengan artis ini, artis itu. Jadi jangan sampai niat-niat ini terkucil hingga menjejaskan ibadah,” tegasnya.
Sekadar info, media tempatan melaporkan bahawa ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah mengakibatkan para jemaah terpaksa menanggung kenaikan harga pakej umrah yang naik mendadak hingga melebihi 50 peratus, berbanding pakej asal yang ditempah.
Perkara berkenaan mendapat pengesahan Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, pihaknya mengesan kenaikkan berkenaan mula berlaku sejak November lalu, susulan kenaikan jemaah Umrah yang mendadak sebaik Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan Umrah
Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan di dalam agama ini. Ini kerana, di sana terdapat banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:
Melalui perkongsian Datuk Siti Nurhaliza di laman Instagramnya, beliau mengajak untuk berselawat dan memperbanyakkan amalan berselawat.
“Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, maka Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.” Hadis riwayat Muslim (1530), an-Nasa’i (1295) dan at-Tirmizi (485)
KELEBIHAN BERSELAWAT:
Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak.
TERDAPAT BEBERAPA KELEBIHAN BERSELAWAT ANTARANYA:
1)Selawat merupakan salah satu amalan paling utama.
2)Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.
3)Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW.
4)Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.
5)Selamat daripada huru-hara hari Kiamat.
6)Menjadi penyebab hajat, doa dan amalan baik diterima Allah.
7)Tiket untuk mudah memasuki Syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.
8)Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah.
9)Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di Syurga kelak.
10)Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di Akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.
Kesimpulannya marilah kita memperbanyakkan amalan berselawat. Kita jadikan satu rutin harian yang ‘wajib’ dilakukan setiap hari.
Selebriti terkenal, Neelofa dilihat telah memadam kebanyakan foto-fotonya yang terdahulu di laman Instagram sejak mengumumkan dirinya kini berniqab pada 15 Oktober yang lalu.
Ini termasuklah gambar-gambar ketika hos Next to Neelofa itu berada di luar negara bagi menghadiri pertunjukan fesyen antarabangsa termasuklah sesi penggambaran bersama beberapa penerbitan majalah sebelum ini.
Tindakan Neelofa itu juga turut disedari oleh peminat-peminatnya yang setia mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka itu. Mereka juga sangat terharu dengan apa yang dilakukan oleh Neelofa itu dan mendoakan agar beliau sentiasa diberkati Tuhan.
Dari 7568 keping gambar, kini yang tinggal hanyalah 2648 keping gambar sahaja di laman Instagramnya sejak dilihat pagi tadi.
Terdahulu, Neelofa mengakui kehidupannya lebih tenang sejak mengenakan niqab. Beliau juga turut tumpang gembira dengan tindakan model hijabi antarabangsa, Halima Aden, yang nekad meninggalkan pentas peragaan kerana cintanya pada agama.
Memang nampak sedap sangat acar buah Tengku Ampuan Pahang ni. Kombinasi bahan-bahan dan warna semula jadi acar menjadi pembangkit selera!Memang selayaknya Paduka Baginda memenangi...