Masalah keguguran rambut sememangnya sering menjadi kerisauan buat para hijabi. Hati menjadi gusar apabila melihat rambut yang tebal kian menipis. Lebih-lebih lagi apabila melihat rambut jatuh berguguran ketika mandi ataupun ketika menyikatnya.
Sememangnya apabila berhijab kita perlu lebih menitik beratkan soal cara penjagaan rambut. Bagi merawat masalah ini, ada beberapa petua tradisional untuk dicuba bagi melebatkan rambut. Kosnya juga sangat murah!
Ayuh, Mari kita lihat 4 petua yang mujarab untuk menyuburkan rambut.
Ads
Kombinasi limau nipis dan santan yang juga bagus untuk mencegah kelemumur.
Nak gunakan daun bunga raya dan aloevera juga boleh jika anda mudah untuk mendapatkan bahannya.
Ads
Boleh juga kalau nak pakai buah tembikai. Jangan buang kulitnya lagi lepas habis makan !
Lepas guna lendir lidah buaya, rambut pasti tidak akan lebih kuat dan tidak rapuh.
Banyak juga cara yang kita boleh cuba untuk merawat masalah ini. Yang penting kita haruslah konsisten mengamalkannya dan tidak berhenti separuh jalan. Peliharalah mahkota kita dengan sebaiknya. Selamat mencuba !
Kredit: Facebook Treatment Rambut Lebat Tanpa Uban
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ada hari kita terlupa untuk membuang sampah yang sudah beberapa hari di dalam tong sampah rumah. Tiba-tiba, di ruang tamu tampak kelihatan sesuatu yang sedang bergerak di atas lantai–rupanya ULAT SAMPAH!
MasyaAllah! Tak tahu nak bayangkan bertapa gelinya sewaktu itu apabila melihat ulat sampah merayap keluar dari tong sampah. Anda pula dah mula membayangkan bertapa banyaknya ulat sampah yang ada di sekitar tong sampah itu.
Meski pun hanya beberapa hari sahaja kita terlupa untuk membuang sampah. Cepat sahaja makhluk perosak ini membiak dan membuatkan kita rasa geli dengan rumah kesayangan ini.
Jadi adakah sebab tidak membuang sampah yang membuatkan ulat sampah ini terus membiak dan ‘merayap’ keliling rumah kita? Atau adakah mempunyai faktor lain yang mempengaruhi?
Kalau anda nak tahu sebenarnya seekor ulat sampah boleh membesar dan bertukar jadi lalat dewasa hanya mengambil masa 24 jam sahaja! Jadi untuk elakkan ia berlaku dan membuatkan rumah kita kelihatan sangat kotor, ayuh kita pelajari cari untuk mengelakkan dan juga membunuh ulat sampah.
Ada beberapa cara yang telah banyak di kongsikan di mana-mana sosial media dan juga portal yang sedia ada. Jadi kami di Hijabista akan rangkumkan secara ringkas cara yang senang untuk anda pratikkan di rumah.
Penggunaan air panas adalah satu kaedah yang sangat mudah untuk permulaan anda bagi membasmi dan menyelesaikan masalah ini. Caranya mudah sahaja dengan mendidihkan air panas lalu anda hanya jiruskan sahaja ke kawasan yang tercemar dengan ulat sampah. Meski pun niat anda hanya untuk membunuh ulat sampah, anda juga sekali gus dapat membasmi kuman yang ada di kawasan tersebut.
Kawasan yang tercemar dengan ulat sampah sudah tentunya berpotensi memberikan ia satu habitat yang bagus untuk ia membiak. Jadi apa yang anda boleh lakukan adalah dengan mencampurkan kedua bahan ini–garam dan kapur sirih–ia dapat membantu untuk membunuh ulat sampah mati kekeringan. Bunyi agak kejamkan? Tetapi ia terbaik untuk menjaga kebersihan dan kesihatan kita. Caranya mudah sahaja, anda campurkan garam dan kapur sirih dengan nisbah 1:1 di dalam bekas di isi air dan kemudia siramkan ke kawasan ulat sampah terkumpul.
Cuka juga menjadi satu bahan yang sesuai dalam pembasmian ulat sampah. Ia juga sering di gunakan dalam pembasmian kuman dan mengelakkan dari kesan kotoran dan sebagainya. Caranya adalah dengan melarutkan secawan air cuka ke dalam secawan air. Sebatian itu akan di panaskan di atas api selama beberapa minit. Setelah siap air rebusan itu, siramkan pada bahagian luar tong sampah bagi membunuh ulat sampah.
Sekarang ia bukan sekadar peluntur kain malah satu bahan yang bagus untuk membasmi kuman! Oeluntur kain sangat bagus dalam memutihkan pakaian, ia juga di jadikan sebagai satu bahan untuk membasmi kuman yang bagus. Kegunaan untuk membunuh ulat sampah adalah dengan mencampurkan secawan peluntur kain ke dalam bekas yang berisi air. Tuangkan campuran tersebut ke kawasan yang kelihatan banyak pembiakan ulat sampah.
Seperti peluntur kain yang sering di gunakan untuk tujuan membasuh baju, kini bunga cengkih bukan sekadar bahan untuk memasak. Bunga cengkih sangat berkesan dalam membunuh ulat sampah. Cara yang untuk di gunakan membunuh ulat sampah adalah dengan menumbuk kasar bunga cengkih secukupnya. Kemudian, anda boleh taburkan serbuk bunga cengkih itu pada kawasan ulat sampah membiak di tong sampah atau di atas tanah.
Selepas ini, anda perlu pastikan untuk kerap membuang sampah supaya tidak ulat sampah yang dapat membiak. Pastikan juga tiada sebarang sisa makanan yang terdedah supaya dapat di elakkan pembiakan ulat sampah.
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Memiliki wajah yang cerah tidak semestinya memerlukan anda menggunakan rawatan wajah menggunakan bahan alami atau sebarang krim pemutih wajah. Anda boleh melakukannya tanpa sebarang ubat dengan hanya menjalani perintah agama sahaja.
Dalam Islam, mendapatkan wajah yang berseri dan awet muda itu cukup mudah, asalkan anda rajin melaksanakan ibadah seperti solat dan lain-lain lagi. Hijabista kongsikan tip yang berguna untuk anda kekal cantik dan berseri dengan hanya mengikut apa yang digalakkan di dalam Islam.
Berwuduk merupakan perkara yang akan kita lakukan sebelum bersolat. Berwuduk bermakna membasuh anggota badan mulai daripada wajah hingga kaki. Ia tidak hanya buat anda bebas dari kotoran tetapi baik untuk kecantikan kulit terutamanya wajah. Tidak hairanlah orang yang selalu berwuduk nampak lebih berseri, segar dan awet muda.
Senyum bukanlah satu perkara yang sukar, malah sangat mudah. Senyum juga termasuk dalam ibadah dan sebab itu kita sangat digalakkan untuk sentiasa senyum. Selain mendapat pahala, anda juga akan tampak lebih cantik, manis dan berseri apabila senyum hingga membuatkan anda kelihatan muda. Siapa tak nak nampak muda kan?
Perasaan iri hati dan hasad dengki ini tentu sahaja ada dalam diri setiap manusia. Namun, anda perlu bijak mengawalnya agar ia tidak menguasai diri. Jika anda perasan, individu yang suka mendengki ini memiliki wajah yang kusut dan kusam hingga menyebabkan mereka kelihatan lebih tua kerana jarang tersenyum. Jadi, hindari sikap iri hati agar jiwa tetap terjaga dan sentiasa damai. Apabila hati bersih, fikiran pun jadi lebih tenang.
Dalam Islam, menyayangi anak yatim sangat digalakkan kerana ia juga merupakan salah satu cabang untuk anda ke syurga. Sebenarnya, menyayangi anak yatim akan membuatkan hati anda menjadi lebih lembut dan penuh dengan kasih sayang. Kelembutan akan terpancar melalui wajah hingga anda terlihat cantik luar dan dalam.
Solat merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam kerana ia merupakan tiang agama. Ternyata gerakan dalam solat boleh membantu wajah anda kelihatan lebih segar dan berseri, terutamanya gerakan sujud. Ketika sujud, darah akan mengalir ke seluruh wajah dan memasuki otak sehingga tidak hanya menyihatkan, malah bermanfaat juga untuk kecantikan wajah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketenangan dalam Islam mengajar kita kembali kepada Allah melalui zikir, doa dan solat ketika jiwa gelisah, di samping menjaga kesihatan fizikal dan emosi.