Selebriti terkenal, Neelofa menjadi inspirasi kepada para wanita di luar sana untuk menutup aurat dengan lebih sempurna lagi apabila dia memuat naik gambar berstokin kaki di laman instagramnya.
Biarpun berstokin, Neelofa tetap kelihatan sangat bergaya ditambah pula dengan gaya hijabnya yang labuh menutupi bahagian dada.
Ramai pengikutnya yang berasa terinspirasi dengan tindakannya sekaligus berazam untuk menjadi Muslimah yang lebih baik juga.
Penampilan Neelofa ini sememangnya telah membuka ramai mata hijabi di luar sana yang sesiapa jua boleh kelihatan ‘wow’ dalam waktu yang sama tetap menjaga auratnya.
Memang bertambah manislah Neelofa apabila berpakaian sebegini. Pastinya ramai yang tergerak hati untuk turut berubah sama menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Jika sebelum ini kita kurang peka mengenai aurat kaki maka inilah masanya untuk kita lebih menjaganya. Mula-mula memang kita rasa susah namun percayalah segalanya akan rasa senang apabila sudah terbiasa nanti! Teruskanlah istiqomah anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Imej dan pantulan imej seseorang akan dilihat berdasarkan penampilan. Penampilan yang baik dan kemas secara automatik dinilai sebagai individu yang berkarismatik.
Tidak dapat dinafikan, apabila berbicara soal penampilan, ia sangat sinonim dengan pakaian atau fesyen. Pakaian boleh mengubah status sosial seseorang dan identiti.
Kini semakin ramai individu sedar mengenai kepentingan keterampilan dan imej. Penampilan seseorang individu mampu memberi impak kepada karier dan kehidupan peribadi.
Bagi wanita yang berkerjaya terutama di pejabat, pemilihan pakaian yang tepat mampu menyerlahkan imej yang positif. Berikut perkongsian Puan Mary berkaitan dengan pemilihan pakaian ke pejabat. Moga ia bermanfaat.
Paras seluar panjang yang boleh dipakai ke tempat kerja atau sesuai untuk suasana profesional perlu mematuhi syarat seperti berikut:
1. Hanya sebahagian daripada bahagian depan kasut yang dipakai dengan seluar tersebut kelihatan. Sebaiknya bahagian depan seluar menutupi kaki apabila berada dalam keadaan berdiri (tidak bergerak).
2. Bahagian hujung sebelah belakang seluar sebaiknya menutupi separuh tumit kasut.
Selain itu, juga perlu perhatikan dan pastikan…
SELUAR TIDAK KETAT
Seluar untuk tujuan profesional tidak boleh ketat sehingga menampakkan bentuk kaki, betuk betis, bentuk paha dan seumpamanya.
Perlu ada ruang yang selesa di antara fabrik seluar dan kulit kaki.
WARNA YANG BETUL
Seluar panjang formal digalakkan berwarna gelap seperti hitam, perang gelap atau kelabu gelap terutama untuk wanita yang berbadan gempal.
Warna neutral seperti perang muda (seperti gambar) digalakkan untuk wanita berangka kecil.
Biarpun masih dalam demam pilihanraya, namun tidak membataskan buat pelakon dan penerbit, Datuk Ziela Jalil mengadakan majlis pertunangan anak sulungnya Doktor Puteri Julia Nabilah. Majlis pertunangan ini dilangsungkan di kediaman Ziela Jalil sendiri dengan berkonsepkan floral.
Dalam majlis yang dilakukan secara sederhana ini, Doktor Puteri Nabila mengenakan persalinan kurung moden rona merah jambu lembut sedonon dengan hijab.
Solekan dan dandanan ringkas juga turut yang menyerlahkan kecantikan wajah Julia yang persis wanita Korea.
Penampilannya yang santun ini juga turut mendapat perhatian dan pujian dari netizen. Jelas terserlah kegembiraan di wajah anak sulung pemilik syarikat Pena Creatives sdn Bhd.
Pelamin untuk majlis ini juga cukup indah dengan mengetegahkan rimbunan floral dalam menyemarakkan lagi suasana di majlis berkenaan.
Menurut ibunya, dekorasi cukup indah untuk majlis pertunangan anaknya itu adalah hasil idea kreatif, Razak Flora.
Difahamkan pasangannya juga adalah seorang doktor, Dr Dziya Faqhran Dato’ Mahmod Fauzi.
Julia juga dalam status dimuat turut di laman sosialnya memberitahu sambutan hari ibu kali ini cukup bermakna dan bahagia dikurniakan dua wanita yag cukup hebat, ibunya Datuk Ziela Jalil dan juga bakal ibu mertuanya.
Sebelum itu Puteri Julia memulakan pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajiannya tahun lalu dan selamat bergelar doktor.
Hijabista ucapkan tahniah dan semoga ikatan ini akan berakhir di jenjang pelamin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Baru minggu lepas kita dikejutkan dengan pengumuman pasangan ini yang dikatakan sudah bertunang. Malam tadi pula sekali lagi mereka mengejutkan peminatnya apabila dikatakan sudah bernikah. Teka teki apa yang mereka lakukan hinggakan soal ijab kabul dibuat main-main. Tetapi rasanya bagi Fazura dan Fattah Amin pasti punya alasan tersendiri mengapa merahsiakan perkahwinan ini. Apa yang penting kedua-duanya sudah sah bergelar pasangan suami isteri. Manis dan cantik sekali Fazura menggayakan persalinan serba putih dan paling mengejutkan dia memilih untuk berhijab di majlis perkahwinannya itu.
Majlis pernikahan pasangan dalam drama popular Hero Seorang Cinderella ini dilakukan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu kota dengan hanya dihadiri sanak saudara serta rakan terdekat sahaja. Setelah melalui pelbagai episod cerita, akhirnya Fazura sah menjadi milik Fattah Amin yang juga merupakan Hero Remaja 2011/2012.
Memang sejuk hati dan sedap mata memandang melihat Fazura memilih untuk berhijab sempurna di majlis perkahwinannya. Walaupun dia seorang yang belum berhijab sepenuhnya tetapi sempena hari bahaginya wanita jelita ini memilih untuk mengenakan tudung.
Memilih hijab rona berpadanan dengan busana kurung moden yang digayakan di majlis berkenaan. Tampil sedondon juga dengan sang suami, yang kacak menggayakan baju Melayu Cekak Musang lengkap bersamping dan songkok.
Dalam majlis itu, wajah Fazura ditata rias dengan solekan cukup simplesentuhan makeup artist terkenal Sheila Mohamad dan pakaian pula dari rekaan pereka kesukaaan Fazura, Rizman Ruzaini.
A post shared by Sheila Mohamad (@sheila_mohamad) on
Netizen menerusi laman instagram Sheila Mohamad memuji kecantikan wajah Fazura yang dilihat ‘natural look’ dan begitu terserlah kejelitaaannya. Begitu juga mereka turut memuji penampilan ‘minimise’ Fazura yang kelihatan cukup sopan dan tidak perlu terdedah sana-sini.
@nurulasyiqinjabay Congrats kedua mempelai n congrats sis @sheila_mohamadatas sentuhan jari yg menampakkan kejelitaan fazura yg sederhana tp sgt cantek
@ratuezza91 Lawa..natural look..sopan ke kak faz pkai mcm nie..sejuk je tgk..dia dah cntik…so minimise makeup pun dah nmpk segak
Memang terserlah seri pengantin baru kedua-duanya pelakon yang cukup popular di alam maya. Seperti yang kita tahu masing-masing mempunyai follower hingga angka juta dan kedua-duanya cukup disayangi peminat-peminatnya.
Sebenarnya Fazura sudah kita lihat seperti sudah berjinak-jinak mengenakan hijab sejak berlakon drama Hero Seorang Cinderella. Penampilannya cukup manis sekali berhijab dalam cerita yang pertama kali menggandingkan mereka berdua.
Diikuti pula ketika masing-masing mengerjakan umrah bersama-sama, kelihatannya Fazura cukup selesa mengenakan hijab atau niqab sepanjang mengerjakan ibadah umrah. Wajahnya memang sempurna sekali menggayakan hijab yang simple tetapi terserlah keayuannya, lebih-lebih ketika pengumuman majlis pertunangan minggu lepas. Malah ramai peminat mendoakan agar dia kekal istiqomah begitu.
Dan ketika di majlis pernikahan, sekali lagi Pelakon Wanita Terbaik ini memilih untuk berhijab. Jika ditinjau di laman IG, ucapan tahniah membanjiri laman sosial masing-masing. Walaupun tiada kenyataan rasmi mengenai majlis itu, tetapi netizen berdoa agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.
@kamaruddin.salina Slmt pengantin baru moga bahgia hingga ke jannah dan semoga Allah memberkati kalian berdua…
@yatiesaidi Padan sangat..alhamdulillah..smoga psgn ni kekal hingga jannah..aamiin
@hilmon5 Alhamdulilah Syukur Walau sekuat mana badai melanda Namun Cinta yg Luhur Cinta Yang Kuat btw them berkat doa both parents restu family A blessing by Allah s.w finally mereka bersatu..Congrats @fattahaminz And @missfazura Moga kekal abadi till Jannah
@zarinss Alhamdullilah dan tahniah Faz dan FA, @missfazura dan @fattahaminz..semoga bahagia hingga ke syurga aamiin..
Admin turut mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia dan cepat dikurniakan cahaya mata. Biarpun keduanya berbeza usia tetapi tiada ada alasan untuk mencipta momen indah bersama sebagai pasangan suami isteri.
Benarkah gelas tembaga mampu mencantikkan kulit dan meningkatkan kesihatan? Ketahui fakta saintifik, manfaat sebenar, risiko serta cara penggunaan yang betul.