Berkenalan Masa Musim Bunga, Rihana Petra Imbau Kembali Detik Pertama Bertemu Sultan Kelantan

Share

Oksana Voevodina atau kini dikenali sebagai Rihana Petra yang merupakan isteri kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ini memang jelita orangnya.

Baru sahaja bergelar ibu kepada seorang cahaya mata Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra pada 21 Mei yang lalu lepas bergelar isteri pada tahun 2018, bekas ratu cantik Moscow 2015 ini telah berkongsi kisah perkenalan bagaimana beliau mula-mula bertemu dengan suaminya.

‘Kisah pertemuan kami tetap menjadi misteri buat semua…’

 Bagi ramai orang, kisah pertemuan pertama saya dengan suami saya tetap menjadi misteri. Kami bertemu pada musim bunga 2017 di Eropah. Pada masa itu saya bekerjasama dengan rakan karib kami, Jacob Arabo. Selepas acara itu, kami pergi untuk makan malam, di mana saya berjumpa dengan seorang lelaki, dan beliau memperkenalkna dirinya sebagai Raja Malaysia. Saya menganggap itu sebagai jenaka semata-mata, dan saya pula bergurau bahawa saya juga adalah ratu di Moscow. Kami berbual sepanjang malam dan bertukar nombor telefon. Tidak lama kemudian terdapat berita yang muncul mengenai pelantikan raja, yang merupakan kawan baru saya… untuk diteruskan (bersambung)

Menurut DailyMail.uk, titik pertemuan mereka adalah ketika Rihana mempromosikan jam tangan elit di Eropah.

“Oksana (Rihana) bekerja pada paparan jam tangan dan dia berdiri berhampiran poster dan mengiklankan barang-barang itu,” kata Pengarah Peraduan Kecantikan, Tatiana Andreeva kepada Daily Mail.

Tambahnya lagi,”Oksana adalah model, dia banyak bekerja di luar negara, jadi pertemuan tahap seperti ini sudah diramalkan”.

Seperti yang ditulis di laman instagramnya, nampaknya kisah pertemuan mereka mungkin akan disambung di posting yang akan datang. Pasti ramai yang tidak sabar mendengar kisah mereka yang selanjutnya. Sama-samalah kita nantikan!

IKLAN