Suka tengok Memey Suhaiza sekarang yang dilihat semakin rancak menguruskan bisnes tudung miliknya, Normey.

Selain itu, Memey juga rajin berkongsi video-video tutorial tudung yang dilakukan sendiri buat para pengikutnya di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Dalam kesibukan itu, Memey turut mempunyai kesempatan untuk menyediakan makanan buat suami dan anak-anak di rumah. Memang a multitasking woman lah!

Bertuah sungguh Norman Hakim dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja cantik malah rajin turun ke dapur menyediakan hidangan buat mereka sekeluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Setiap hari pasti akan ada video memasak yang dimuat naik oleh Memey di Instagram peribadinya.

Paling menarik perhatian dan sering meraih pujian ramai ialah penyediaan menu-menu istimewa buat suami.

Walaupun ringkas menunya tetapi tetap nampak menyelarakan! Yang penting menyihatkan memandangkan Norman rajin ke gim setiap hari.

Menariknya lagi, siap dengan food presentation ala-ala hotel! Nampak, betapa istimewanya layanan Memey kepada Norman.

IKLAN

Selalunya Memey akan menyediakan menu-menu tersebut sebelum dia keluar bekerja. Orang tua-tua kata, kalau nak kekal bahagia dan disayangi suami kenalah jaga perutnya, kan?

Air tangan isteri memang mahal. Patutlah ramai yang puji Memey dan digelar isteri solehah.

MAKIN BAHAGIA, MAKIN SWEET!

12 tahun usia perkahwinan bukanlah tempoh masa yang singkat. Lebih sedekad! Memang terserlah kebahagiaan Memey dan Norman sekarang.

Makin sweet pula tu.

IKLAN

 

Yang penting mereka bahagia dengan cara sendiri di samping tiga cahaya mata yang comel serta bijak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Dengan jarak usia Memey dan Norman yang sangat jauh iaitu 12 tahun bukan halangan untuk mereka mengecap kebahagiaan bersama.

Ketika bergelar suami isteri, Norman berusia 35 tahun manakala Memey baru berusia 23 tahun.

IKLAN

Untuk info, Memey dan Norman bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.

Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey, manakala yang kedua bagi Norman.

Menerusi perkahwinan terdahulu Norman dengan pelakon dan penyanyi Abby Abadi mereka dikurniakan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

Kredit Foto: Instagram Memey Suhaiza & Norman Hakim

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI