Ibu kepada Evie Khadeeja yang juga pelakon, Intan Ladyana kini jarang dilihat menghiasi kaca televisyen sejak bergelar isteri kepada pelakon muda, Harris Alif.
Namun, menerusi hantaran Instagram yang dimuat naik oleh Harris baru-baru ini, berkisarkan percutian mereka diatas sebuah cruise mewah telah mengundang rasa teruja khususnya buat peminat Intan Ladyana, apabila dia terlihat manis mengenakan hijab di sisi suami, sambil mendukung anaknya.
Penampilan Intan yang minimalis dan bersahaja menggayakan tudung bawal berwarna light gray itu menjadi perhatian dan sorotan netizen, yang rata-ratanya gembira dengan perkembangan positif ini.
Selain itu, ramai yang mendoakan Intan agar kekal istiqomah untuk menutup aurat, sekaligus berharap agar Intan terus mengekalkan penampilannya untuk bertudung, di masa hadapan.
Ads
Namun, setakat ini tiada sebarang pengesahan yang dilakukan oleh Intan mahupun Harris mengenai penampilan terbaharu yang dipaparkan itu, bagaimanapun Hijabista mendoakan agar perkara baik sebegini, dapat dikekalkan oleh Intan.
Untuk rekod, Intan Ladyana dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu, perkahwinan mereka telah diserikan lagi dengan kelahiran cahaya mata perempuan pertama yang diberi nama Evie Khadeeja, yang kini sudah pun menjangkau usia sembilan bulan.
Ha.. pasti ramai yang sedang membaca artikel ini merupakan peminat Aniq Suhair bukan? Jangan lupa sediakan nota siap-siap sis sebab Aniq Suhair akan berkongsi mengenai ciri-ciri wanita idamannya.
Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon yang sedang meningkat naik ini. Nama Aniq Suhair mula melonjak naik melalui drama lakonannya yang terbaru iaitu ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’. Drama ini menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah Halim sebagai pelakon utama. Keserasian mereka berdua telah mendapat sambutan daripada para penonton dan sering ‘trending’ di TikTok.
Setiap orang mempunyai ‘standard’ dan kriteria berbeza dalam mencari pasangan hidup. Begitu juga dengan pelakon si pencuri hati wanita ini. Baru-baru ini, Aniq Suhair telah ditemu bual oleh team Hijabista dan dia telah mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya.
Aniq atau nama sebenarnya iaitu Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh,22, berkata bahawa dia tidak banyak ‘songeh’, dan menyukai wanita yang ‘simple’ serta ‘smart’. Tambahan itu, dia juga mengatakan bahawa dia tidak mementingkan paras rupa, namun ada beberapa ciri yang menjadi pilihan hatinya, seperti:
Keperibadian yang baik merujuk kepada sikap baik yang anda miliki. Iyalah, siapa sahaja nak berpasangan dengan orang yang berperangai buruk kan. Sikap inilah yang membuatkan anda disukai ramai, mempunyai ramai kawan dan orang lain juga akan berasa selesa dengan anda dalam apa jua persekitaran. Bukan sahaja Aniq Suhair, malahan sis sekalian akan turut disukai ramai.
Aniq Suhair mendedahkan bahawa dia seorang yang ‘kurang makan’ dan memerlukan pasangan yang boleh memasak.
“..Untuk Aniq yang ‘hard-gainer’ ni, orang kata kurang makan ni kan.. Aniq memerlukan isteri ataupun pasangan yang boleh masak”
Air tangan isteri kan mampu membahagiakan sang suami dan mengukuhkan lagi mahligai yang dibina. Ha gitu… Bagi yang tak pandai memasak itu jangan risau..anda boleh mula cuba praktis daripada sekarang.
Ciri ini memang ciri utama dalam mencari pasangan. Sebagai wanita, kita perlu bijak mengambil hati keluarga ‘calon mertua’. Setiap perbuatan yang dilakukan harus ada batasan yang perlu dijaga. Jangan terlalu ‘open’ sampai tidak menjaga batasan dan tidak menjaga tutur kata.
4. Beribadah
Beribadah merupakan salah satu daripada tiga asas utama dalam Islam selain aqidah dan akhlak. Semestinya, setiap lelaki mendambakan pasangan hidup yang baik. Satu ukuran yang baik boleh dinilai melalui ilmu agama dan dengan mengamalkan ajaran agama. InsyaAllah, wanita yang rajin beribadah akan dapat mendidik anak dengan baik di masa hadapan.
Setinggi mana pun pangkat dan darjat, hormat dan taat pada suami adalah sangat penting. Lelaki tidaklah mengharapkan penghormatan yang tinggi seperti tunduk kepadanya, cukuplah sekadar menghormatinya sebagai seorang suami dan ketua keluarga.
Budi pekerti yang baik pasti menjadi idaman setiap lelaki. Orang yang baik budi pekertinya pasti disenangi oleh orang sekeliling. Budi pekerti yang baik boleh ditunjukkan melalui tabiat yang mudah, contohnya seperti bersopan santun, membiasakan diri tersenyum, memberi salam dan tidak lokek untuk menggunakan perkataan ‘tolong’, ‘maaf’ dan ‘terima kasih’. Tingkah laku, adab dan kesopanan menjadi elemen terpenting dalam menilai seseorang tau.
Jadi, berapa banyak ciri-ciri di atas yang sis semua miliki untuk menjadi wanita idaman Aniq Suhair? Apa pun, semoga Aniq bertemu dengan wanita idamannya di masa hadapan.
Jom saksikan perkongsian penuh Aniq Suhair mengenai wanita idaman dan juga pendapat Aniq mengenai isu suami pukul isteri yang tular baru-baru ini dalam video Apa Kata Hijabista di bawah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi anda yang sering mengamalkan diet yang seimbang, anda pasti biasa mendengar mengenai roti wholemeal. Roti wholemeal sebenarnya mempunyai banyak khasiat dan kebaikan tau. Kenyang pun kenyang.. Khasiatnya juga banyak.
Roti wholemeal memang menjadi pilihan kebanyakan orang untuk diet. Iya lah, mestilah kita mahu makanan yang lebih sihat kan.. Untuk anda yang tidak biasa dengan roti jenis ini, roti ini berlainan ya daripada roti putih biasa yang anda selalu jumpa di kedai. Bahkan sebenarnya, roti wholemeal ini mempunyai lebih banyak khasiat dan lebih bagus daripada roti putih biasa.
Meninjau perkongsian daripada Jiwa Sihat, makan makanan yang mengandungi bijian penuh seperti roti wholemeal ini boleh mengurangkan risiko kepada pelbagai penyakit seperti penyakit jantung,strok,kanser, penyakit kencing manis (diabetes) dan asma.
Roti gandum atau wholemeal adalah roti yang diperbuat daripada bijirin yang dikisar halus, iaitu bahagian yang dipanggil bran, endosperma, dan benih(germa). Bahagian ini yang membolehkan roti ini mengekalkan kebanyakan serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya.
Manakala roti putih pula ialah roti yang diperbuat daripada tepung yang telah diayak. Ini bermakna tepung telah melalui proses pengilangan untuk mengeluarkan bran dan
germa. Proses ini menyebabkan roti kehilangan sebahagian besar serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya.
Umumnya, roti wholemeal adalah pilihan yang lebih sihat berbanding roti putih. Hal ini kerana, roti wholemeal mengandungi lebih banyak nutrien berbanding roti putih. Roti wholemeal boleh dikategorikan sebagai sumber kepada karbohidrat penuh.
Untuk anda yang baru ingin mencuba diet roti wholemeal, berikut merupakan beberapa khasiatnya:
Kandungan bijirin yang terdapat dalam roti wholemeal ini mampu membuatkan anda berasa kenyang lebih lama. Ini kerana, roti gandum mempunyai kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang memberikan anda rasa kenyang yang lama.
Untuk pengetahuan anda, roti gandum tidak menyebabkan penambahan berat badan. Kandungan yang terdapat di dalam roti ini membantu usus untuk memproses makanan dengan perlahan. Sebab itulah, kebanyakan orang yang sedang diet akan mengambil roti sebagai pengganti bagi nasi. Ada juga yang gemar menjadikan roti wholemeal sebagai sarapan sebelum melakukan seberang senaman.
Apabila menyentuh tentang diet, ramai orang berfikir tentang sukan dan berlari untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Untuk menjalani aktiviti sukan seperti berlari dan berjoging, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah keperluan tenaga yang mencukupi. Jikaandamakanrotiwholemeal ini,seratdanvitamindalamrotitersebutakanmembantumemberikanandatenagatanpamenambahberatbadan.
Kebaikan roti bijirin penuh untuk diet ialah ia boleh membuatkan anda berasa lebih kenyang. Menurut pakar kesihatan, pengambilan serat atau fiber yang mencukupi boleh meningkatkan kawalan usus dengan berkesan.
Makan makanan yang tinggi serat boleh membantu menghalang anda daripada mengambil lebih banyak makanan semasa berdiet. Roti wholemeal ini adalah makanan yang tinggi dengan serat. Kandungan serat ini boleh memanjangkan makanan yang anda makan ke dalam perut anda supaya anda berasa kenyang. Jika anda makan kenyang, anda pasti dapat mengurangkan pengambilan kalori anda. Serat juga boleh mengenyangkan anda dan seterusnya mengurangkan pengambilan makanan. Ia pasti boleh membantu anda mengawal berat badan anda.
Karbohidrat yang terdapat dalam roti ini akan mempercepatkan penghadaman makanan dan menyebabkan gula turun lebih cepat. Ini kerana penghadaman lebih perlahan, jadi tenaga boleh digunakan lebih lama dan tidak menyebabkan lonjakan gula.
Pilihan roti rendah kalori yang paling sihat ialah roti yang rendah gula dan garam serta mempunyai jumlah serat yang baik bagi setiap keping. Sebagai contoh, roti wholemeal ini mengandungi kalori yang lebih rendah daripada roti putih, iaitu 127 kalori untuk 2 keping roti gandum berbanding 157 kalori untuk 2 keping roti putih.
Roti ini mengandungi banyak vitamin dan mineral untuk tubuh seseorang. Ia meupakan diantara sumber vitamin yang kuat. Kandungan vitamin dalam roti wholemeal ini termasuklah vitamin B, vitamin E dan vitamin K. Vitamin ini boleh membuatkan anda sentiasa bertenaga sepanjang hari. Vitamin K yang terdapat dalam roti juga boleh melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga membantu menjaga tubuh daripada dijangkiti penyakit seperti penyakit jantung, strok dan sebagainya. Vitamin ini juga boleh menguatkan tulang anda. Bahan-bahan roti yang kaya dengan vitamin pasti memberi anda kelebihan apabila anda sedang berdiet.
Kandungan zink dalam roti pastinya dapat membantu meningkatkan imunisasi badan anda. Sememangnya zink mempunyai kebaikan untuk memastikan anda tidak mengalami masalah usus, rambut gugur, gula dalam darah rendah, masalah tiroid dan banyak lagi.
Secara ringkasnya, roti wholemeal adalah pilihan yang lebih sihat jika dibandingkan dengan roti putih atas faktor kandungan nutrien-nutriennya. Selain itu, roti jenis ini juga mempunyai khasiat seperti bantu kurangkan berat badan,memberikan tenaga kenyang, rendah kalori, kaya dengan vitamin dan juga zat besi.
Malaysia merupakan negara yang bukan sahaja kaya dengan pelbagai kaum dan budaya, malah kepelbagaian makanan di Malaysia menjadikkanya antara negara terunik di dunia.
Menariknya, makanan di Malaysia merupakan medium yang menyatukan masyarakat di sini. Antara yang popular sudah pastilah Nasi Lemak dan Roti Canai yang sering menjadi pilihan utama sarapan pagi.
Tahukah anda? Mulai September 2022 roti canai telah dinobatkan sebagai ‘Makanan Jalanan Terbaik Dunia’, manakala snek jalanan popular di Korea, Tteokbokki disenaraikan ditangga ke 50 oleh Taste Atlas.
Doh roti canai dibuat menggunakan beberapa bahan mudah seperti tepung, telur dan minyak sapi. Sebelum ianya diuli dan ditebar membentuk roti canai, kemudian digoreng diatas kuali leper berminyak.
Roti Canai selalunya dinikmati bersama kuah dhal sebagai pencicah yang melengkapkan hidangannya.
Siapa sangka, Roti Canai yang dibuat menggunakan bahan mesra dapur ini, akhirnya dinobatkan sebagai juara ‘street food’ sehingga mengundang rasa teruja masyarakat Malaysia.
Untuk rekod, resipi roti canai berasal dari India dan dibawa masuk ke Malaysia oleh buruh yang bekerja dan bermastautin di negara ini.
Berita baik ini mendapat pelbagai respon dari masyarakat di Malaysia, ini antara komen yang ditinggalkan sebaik sahaja rakyat Malaysia mendengar perkhabaran tersebut.
Bagaimanapun kebimbangan yang ditimbulkan berkenaan “tuntutan hak cipta” itu hanyalah sekadar jenaka semata-mata.
Hijabista turut berbangga dengan pencapaian ini, kerana keenakan roti canai yang menjadi kegemaran ramai memang layak dinobatkan sebagai juara.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!