Sarat dengan aksi yang mendebarkan serta mencemaskan, filem The Invisible Man pastinya akan buatkan anda semua rasa tak senang duduk tatkala menonton.
Filem ini mengisahkan Cecilia Kass (Elisabeth Moss) yang melarikan diri selepas terperangkap dalam sebuah hubungan percintaan yang penuh keganasan dengan seorang saintis yang hebat dan kaya. Dia kemudiannya berusaha menyembunyikan diri daripada bekas teman lelakinya itu dengan bantuan kakaknya (Harriet Dyer), teman baik ( Aldis Hodge) dan anak perempuannya (Storm Reid).
Namun, apabila dia mendapat tahu bekas teman lelakinya itu bunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar harta buat dirinya, Cecilia mengesyaki kematiannya itu adalah satu penipuan.
Ads
Sebuah siri tragedi kemudian menghantui hidupnya dan mula mengancam nyawa orang-orang yang disayangi dalam hidupnya. Kewarasan Cecilia juga mula dipersoalkan apabila dia berusaha untuk membuktikan bahawa dia sedang diburu oleh seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Ads
Pada awalnya, filem ini bergerak agak perlahan namun ia menjadi semakin menarik apabila semakin sampai kepada bahagian kemuncaknya. Walaupun tidak banyak dialog yang diungkapkan, tetapi penonton dapat merasakan debaran itu melalui ekspresi di wajah para pelakon.
Sesuai untuk mereka yang gemarkan filem bergenre thriller, filem The Invisible Man ini pastinya menjadi filem wajib tonton buat anda. Nantikan tayangannya di seluruh pawagam di Malaysia bermula 5 Mac ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia menjadi pilihan nama buat pasangan kembar yang merupakan anak kelima dan keenam angkasawan negara, Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan isteri, Datin Dr. Halina.
Dilahirkan pada 20 November yang lalu, Dr. Sheikh Muszaphar berharap cahaya mata kembarnya ini dapat membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi ilham kepada pemberian nama tersebut.
Eusoff & Emelia the name given for our Twins
We decided to go for E & E Enchanting Excitement Empathetic Ebullient Effervescent Efficacious Embellish Emancipate Endearing Enrapture
It will be Sheikh Eusoff & Sophea Emelia just like our other kids Sheikh Adam Sheikh Noah Sheikh Eusoff Sophea Isabella Sophea Natasha Sophea Emelia
Semoga menjadi anak anak yang Soleh & Soleha Berkehendak & Bertuhan kepada Allah Berbakti kepada Ibu Bapa Berilmu & Beriman Berpaksi kepada Kebenaran Berbakti kepada Ummah Berjaya Dunia Akhirah
Amiinn Amiinn Amiinn Ya Rabb Sebagai AYAH kupohon Doa Makbulkan Doaku Di Hari Baraqah ini Salam Jumaat Everyone Love As Always PS – TQ Everyone for guiding us with beautiful names
Sedapnya nama-nama anak angkawasan negara kita ini! InsyaAllah, mereka semua akan membesar dengan baik dan sentiasa menjadi penyejuk hati ibu dan bapa. Amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mendengar bacaan selawat ke atas Nabi yang dialunkan dalam rentak perlahan sememangnya boleh membuatkan hati kita tersentuh. Malah hingga boleh menitiskan air mata mengenang perjuangan Rasulullah menegakkan syiar Islam. Kalau kita sebagai Muslim juga boleh tersentuh begitu juga jika bukan Muslim. Seperti yang terjadi pada Agnes Monica yang begitu tersentuh hatinya setelah mendengar seorang gadis mengalunkan nyanyian merdu mengagungkan Allah SWT dan Rasulullah SAW ini.
Kejadian ini berlaku ketika gadis ini dikenali nama Sharla menjalani audition dalam pertandingan The Voice Kids Indonesia musim kedua. Pertandingan ini mencari bakat baru di kalangan kanak-kanak dan remaja. Setelah dia menyanyikan sebuah lagu, Agnes Monica bertanya apa lagi lagu yang dia suka.
Sharla ini kemudiannya menjawab ‘Qasidah’ dan Agnes kemudiannya menyuruh dia terus menyanyi di depannya dan juga dua juri lain.
Sharla pun mengalunkannya.
“Raqqat ‘ainaya shawqan, wa li Taibata tharafat ‘ishqan Fa’ataytu ila habibi, fahda’ ya qalbu wa rifqan Salli ‘ala Muhammad.
Assalamu alayka ya Ya Rasool Allah Assalamu alayka ya habibi Ya Nabiyya Allah.”
Sebaik selesai, Agnes Monica begitu terpukau dan berkali-kali memuji mengatakan nyanyiannya bagus sambil melihat ke arah juri lain.
“Uuuuuh bagus sekali, stabil” lontar Agnes.
Ternyata kelunakan suara lunak telah menyentuh hati Agnes Monica hingga membuatkan dia hampir memangis mendengar suara Sharla mengalunkan bacaan selawat itu. Video ini telah mendapat tontonan di youtube hampir 3 juta dan komen positif dari netizen.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sekarang ini, keberanian wanita menceburi bidang kerjaya yang dimonopoli kaum lelaki adalah sesuatu yang membanggakan.
Seperti Dr Juita ini yang menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia.
Dr Juita atau nama sebenarnya, Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Bapanya seorang Pengurus Ladang (sudah bersara) manakala ibunya suri rumah sepenuh masa.
“Walaupun ibu seorang suri rumah tapi beliau sangat mementingkan akademik. Dulu ibu selalu teman saya belajar dan duduk di sebelah sambil baca suratkhabar.
“Kalau saya belajar sampai pagi, ibu akan temankan saya sampai ke pagi juga,” kongsi wanita berusia 29 tahun ini yang sudah pun berkahwin.
PENSYARAH & PENYELIDIK
Dr Juita merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Dalam industri yang dimonopoli kaum lelaki, beliau pakar dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures.
Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom ini bukan saja aktif dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi dron yang kini ditawarkan di UTHM.
Terdahulu, Dr Juita pernah terlibat dengan pembangunan Dron Penghantaran bagi mengikuti pertandingan Parcel Dron Malaysia anjuran Pos Malaysia 2019.
Kini beliau bersama-sama penyelidik lain telah menghasilkan satu produk komersial dron pertanian PINEXRI-20 menerusi projek kolaborasi UTHM dan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB).
TERUS KOMITED
Berada di salah satu institusi pengajian tinggi yang terkenal dengan aktiviti melibatkan bidang pengangkutan aeroangkasa, keretapi dan automotif, Dr Juita komited untuk meneruskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan produk aeroangkasa selari dengan hasrat negara memperkasa industri aeroangkasa menjelang 2030.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang berbakti kepada universiti yang menggalakkan staf terlibat dalam aktiviti komuniti.
“Menerusi pelbagai program yang diatur UTHM, saya dapat menyumbang khidmat bakti dan ilmu berkaitan dron kepada komuniti setempat serta masyarakat orang asli,” ujar anak jati Kedah ini yang gemar mengembara dan meminati sukan lasak seperti motorsport.
Berbekalkan semangat dan sokongan rakan-rakan berpengalaman dalam pembangunan Sekolah Penerbangan Profesional milik UTHM yang dikenali sebagai Asia Aeronautical Training Academy (AATA), Dr Juita diberi kepercayaan untuk membangunkan akademi dron milik UTHM.
Dr Juita juga merupakan salah seorang lembaga pengarah di syarikat terbitan UTHM, Avitex Solution yang menjalankan aktiviti komersial produk berasaskan dron serta kursus asas pengendalian dron.
Kredit: Suriayati Baharom, Unit Perhubungan Awam & Media, Pejabat Pemasaran Pemasaran & Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.