
Satu berita baik telah dimaklumkan iaitu jenama hijab sukan pertama di dunia, Capsters kini telah diambil alih oleh syarikat Malaysia.
Pada tahun 1999, pereka Belanda iaitu Cindy van de Bremen telah menghasilkan hijab sukan pertama sewaktu masih di kolej. Ia terjadi apabila terdapat suatu kes murid di Belanda yang tidak dibenarkan bersukan menggunakan hijab yang dikatakan tidak selamat.
Timbulnya perasaan kasihan, Cindy telah mereka satu hijab khas dengan menggunakan fabrik yang sesuai dan tidak berpin bagi menghasilkan thesis akademik beliau di Design Academy Eindhoven.

Pencapaian ini telah mendapat perhatian ramai dan pesanan khas mula masuk dari serata dunia hinggalah pengkomersilan dilakukan pada tahun 2001 dan terciptalah jenama Capsters.
Banyak pencapaian yang telah diraih Capsters antaranya ialah memenangi Good Design Award di Jepun pada tahun 2002 dan dipamerkan sebagai koleksi tetap di Museum of Modern Art (MoMA), New York sejak tahun 2005.
Capsters juga telah berkolaborasi bersama Putera Jordan, Ali bin Al Hussein bagi membatalkan larangan hijab oleh FIFA dan ternyata ia merupakan satu kejayaan buat mereka.

Produk Capsters kini dijual di 16 negara di seluruh dunia termasuklah di Eropah, Asia Tenggara, Amerika Utara, Afrika dan Australia.
Baru sahaja diambil alih oleh Innovacia Sdn Bhd pada penghujung tahun 2019 yang lalu, pasaran hijab ini dijangka akan terus berkembang disamping mempromosikan gaya hidup yang sihat pada masyarakat.
Selain itu, Capsters juga berharap melalui pengambilalihan oleh suatu syarikat berasaskan teknologi ini mereka dapat terus menghasilkan produk inovatif dan menjadikan jenama Malaysia berkembang lagi di taraf antarabangsa.
kredit: Jom Kita Lari
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mizz Nina & Noh Salleh Hargai Momen 11 Tahun Yang Indah, Kekalkan Hubungan Yang Baik

Jika sebelum ini pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh menafikan desas-desus mengenai perpisahan mereka namun hari ini semuanya terjawab.
Dalam satu kenyataan menerusi Instagram masing-masing, Mizz Nina dan Noah menjelaskan tentang perpisahan mereka.
Antara lain dalam hantaran tersebut ada menyebut tentang pengumuman penting yang mereka berdua ingin maklumkan.
“Selepas berfikir dan membuat pertimbangan secara teliti, kami sepakat untuk membawa haluan masing-masing.”
“Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan kami menghabiskan 11 tahun yang indah bersama-sama dengan segala suka duka.
“Jangan risau kami masih berkawan lagi dan mendoakan antara satu sama lain. Kita boleh merancang tapi perancangan Allah lebih hebat.
“Kami menghargai semua orang untuk menghormati privasi kami seperti dalam Surah Al Hujurat ayat 12 iaitu tidak membuat spekulasi atau menyebarkan andaian palsu tentang kami untuk mengelakkan fitnah. Kami memerlukan doa anda.
BismillahiRahmaniRahim,
Noh and I have an important announcement to make.
After much thought and careful consideration, we have both mutually agreed on going our separate ways.
Alhamdulillah, we are grateful to Allah for allowing us to spend 11 beautiful years together with all the ups, downs and adventures. We also would like to thank all our supporters for showing us much love all these years. Don’t worry, we are still friends and we wish well for each other.
We can plan but Allah’s plans are far greater.
Please make lots of du’a for us especially during this Iddah period, we would appreciate everyone to respect our privacy, and in keeping with among others Sura’ Al Hujurat verse 12, to not speculate or spread false assumptions about us to avoid fitnah. Your du’as and prayers are what we need.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا
1h
Namun apa yang membuatkan Mizz Nina dan Noh dikagumi ialah mereka menyimpan rapat-rapat rahsia masing-masing. Sama ada Mizz Nina mahupun Noh, mereka langsung tidak bercerita atau membuka aib masing-masing.
Sikap Mizz Nina matang dan kekal tenang harus dicontohi. Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Sumber kredit: Instagram Official mizznina dan mohammadnohbinsalleh
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jemaah Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan Terdiri Dari Lima Wanita Hebat!

Genap seminggu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengumumkan barisan kabinet Kerajaan Perpaduan Nasional dibawah naungan beliau.
Pembentukan kabinet Kerajaan Perpaduan akhirnya menemui kata putus setelah beberapa kali tertangguh, ini sekaligus menamatkan teka-teki mengenai tarikh sebenar pengumuman senarai Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet.
Daripada jumlah keseluruhan Jemaah menteri, lima daripadanya adalah wanita-wanita hebat yang dipertanggungjawabkan menyadang jawatan penting untuk bersama membangun negara.
Lima Daripada Jemaah Menteri Kabinet Adalah Wanita
1. Nancy Shukri
Datuk Seri Nancy Shukri dilahir pada 5 Ogos 1961, beliau merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini sekali dilantik sebagai ahli jemaah menteri bagi Kabinet Kerajaan Perpaduan, menyandang jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Beliau juga turut merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.
2. Azalina Othman Said
Datuk Seri Azalina Othman Said dilahirkan pada 31 Disember 1963. Beliau adalah ahli politik dari parti Barisan Nasional-UMNO.
Sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Kini, beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang)
3. Fadhlina Sidek
Fadhlina Binti Sidek merupakan calon Pakatan Harapan (PH) mewakili PKR bertanding bagi kerusi Parlimen P47-Nibong Tebal pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 16,293 undi.
Terdahulu, Senator Fadhlina Sidek merupakan Ahli Dewan Negara Malaysia yang dilantik pada 1 September 2021 lalu bagi mewakili Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kini beliau memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan.
4. Hannah Yeoh
Hannah Yeoh Tseow Suan dilahirkan pada 9 Januari 1979 merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).
Kini Hannah Yeoh memegang jawatan Menteri Belia Dan Sukan
5. Dr. Zaliha Mustafa
Dr. Zaliha Mustafa adalah calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding kerusi Parlimen P141 Sekijang pada PRU ke-15. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,734 undi.
Dr Zaliha binti Mustafa telah dilahirkan pada 28 Jun 1964 dan merupakan anak sulung daripada lapan adik beradik. Beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Menteri Kesihatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Untuk rekod, pengumuman Jemaah Menteri berkenaan diumumkan secara rasmi oleh Anwar menerusi satu sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen dan di laman sosial.
Senarai kabinet Anwar, merupakan antara maklumat yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia, selepas beliau pada sidang akhbar pertama menyatakan saiz kabinet di bawah pimpinannya adalah kecil.
Artikel berkaitan: Anwar Perdana Menteri Ke-10, Ini Ucapan Tulus Izzah-“I Love You Papa, Always Proud of You!”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 tahun Di sebalik Jeriji Besi, Luahan Rasa YB Nurul Izzah, Rindu Tak Bertepi Buat Seorang Ayah

Isi Kandungan
TogglePembabitannya dalam politik sejak usianya masih muda lagi. Sebaik ayahanda tersayang ditahan di jeriji besi, wanita ini gigih memperjuangkan agenda pembebasan dan kebajikan rakyat hingga digelar Puteri Reformasi.
Setelah hampir sedekad berlalu, nyata wanita ini bukan lagi gadis mentah, tetapi beliau sudah cukup matang mendepani pelbagai masalah yang berlaku di sekelilingnya.
Nyata pengalaman lalu menyuntik inspirasi buat diri YB Nurul Izzah untuk terus kukuh berdiri dalam mempertahankan apa yang diperjuangkan.
Sentiasa bersemangat
Beliau yang juga wakil rakyat di kawasan Lembah Pantai begitu bersemangat setiap kali bercerita soal reformasi pada hari ini yang dikatakan sangat baik untuk masyarakat masa kini terutama dalam usaha membina negara Malaysia yang lebih adil, aman dan harmoni.
Menurutnya kita harus mempunyai keberanian untuk mengubah pentadbiran yang ada sekarang untuk menyelamatkan ekonomi yang dikatakan begitu tidak stabil atau merakyat.
Masih segar di ingatan admin kala mengadakan sesi fotografi dengan beliau untuk muka hadapan sebuah majalah. Tika itu Nurul Izzah yang masih muda menyatakan kerinduan yang tak berbelah bagi pada ayahanda tersayang.
Rindu padanya
Dan kini, tika diberitahu, beliau sudi memenuhi undangan fotografi dengan HIJABISTA, bagai orang mengantuk disorong bantal. Terus sahaja terbayang momen fotografi lalu dan ketika berdepan dengannya, sekali lagi soalan sama menerjah kotak fikiran.
“Tidak rindukah pada Dato’ Seri Anwar Ibrahim”?
Itu antara soalan yang sempat diajukan pada wanita yang kian bijak, cukup pantas dan bersemangat menjawab setiap soalan yang diajukan.
IN PERSON WITH YB NURUL IZZAH ANWAR IBRAHIM by hijabista
“Dato’ Seri sudah lama terpisah daripada keluarga mengikut fasa. Jika diukur dari zaman muda beliau hingga kini sudah terpisah hampir 10 tahun. Saya sering kali merasakan inilah yang dikatakan dugaan Tuhan dan ia sebenarnya lebih mengukuhkan jalinan kekeluargaan, dan juga peluang menjiwai kemelut yang dihadapi rakyat terbanyak.
“Saya amat rindukan beliau dan setiap kali berjumpa dia mengukir senyuman dan sikap optimisnya bagaimana beliau memahami masa bersama keluarga bukan bermaksud harus dihabiskan di hotel mewah.
“Masa bersama keluarga adalah nikmat tersendiri dan kita perlu mensyukuri peluang yang ada dan melakukan sebaik mungkin untuk melahirkan kesan yang positif kerana kita mahu membantu agenda rakyat.
“Beliau sangat prihatin dengan isu terkini walaupun beliau berada di sana. Saya sangat bersyukur dan setiap kali rinduannya saya akan cuba ingat semangat dan optimis beliau yang memberikan kami kekuatan sebagai sebuah keluarga.
“Selalunya cucu yang rindu untuk bertemu Papa Tok. Mereka sangat rapat dan boleh peluk cium jika berjumpa di mahkamah,” ujarnya yang dilabel sebagai wanita cukup aktif dan gigih memperjuangkan apa yang dipegang selama ini.
Buat ini bila sedih
Melihat caranya bekerja bagai merasakan masa 24/7 seminggu ini dihabiskan untuk bekerja. Bagaimana dia menguruskan keluarganya dan tidak adakah rehat dalam kamus hidup wanita ini.
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
“Sebenarnya kekuatan spiritual itu sangat penting. Kita perlu menjaga hubungan dengan Allah SWT. Saya harus ingat dirisaya setiap masa yang mana kita diberi nikmat hidup, bernafas, diberi keupayaan fizikal untuk melakukan sesuatu itu bagi untuk merubah masa depan. Jangan kita ambil mudah dan saya sesekali tidak boleh lepaskan peluang yang ada.
“Dan pastinya sebagai seorang Muslim, jika berkesempatan saya akan melakukan solat tahajjud dan menyempurnakan solat lima waktu. Ini kerana dengan solat itu memberi kita kekuatan dalaman yang sangat penting bagi mendepani segala cabaran.Saya melihat wanita lain juga amat kuat mengharungi hidup. Bayangkan suri rumah yang mampu melakukan apa sahaja demi keluarga mereka,” jelasnya lagi yang bersyukur kerana di belakangnya ada team yang kuat berdiri kukuh bersamanya.
Sebagai insan biasa dan telah mengharungi pelbagai dugaan sejak dulu, pastinya ada terselit rasa sedih dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi perasaan itu.
“Saya bersyukur kerana tidak berdiri sendiri sebaliknya mempunyai pasukan yang prihatin, teman-teman yang punya idea dan wawasan yang sama. Tentu ada masa sedih dan salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan mendengar rakaman ceramah yang disampaikan melalui youtube yang boleh dijadikan panduan dan peringatan daripada pakar yang baik.
“Selain itu saya juga akan bermain dengan anak. Tetapi saya akui saya agak strict dengan anak. Saya tidak ajar beri mereka ipad untuk memastikan mereka diam. Alhamdulillahlah anak-anak boleh ikut cara saya dan buat masa ini mereka sedang belajar bahasa Arab. Kita perlu bermain dengan mereka secara aktif. Sebenarnya rumah kami sudah tidak ada TV sejak rosak ketika ayah ditahan,” jelasnya lagi yang gemar membacakan sirah Nabi pada dua anaknya yang berumur 8 dan 10 tahun sebelum tidur.
Menurutnya dalam menarik minat golongan muda sekarang, pendekatan menggunakan media sosial amat dititik beratkan.
“Sudah tentu ia medium terbaik untuk saya memberitahu masyarakat luar apa aktiviti yang sedang dilakukan. Sementelah maklumat melalui arus perdana dikawal sepenuhnya. Jadi saya guna peluang ini melalui facebook, twetter dan instagrammenjadi medan yang paling utama untuk berkomunisasi dengan rakyat dan juga mendengar keluhan rakyat terutama golongan warga emas, wanita dan anak muda yang bimbang tentang masa depan mereka.
“Golongan muda lebih mudah dan begitu lincah untuk berinteraksi. Mereka tidak ada masa untuk melihat surat khabar, sebaliknya menggunakan medium ini untuk menerangkn segala usaha yang dilakukan misalnya jika saya ada melawat kebakaran dan media sosial menjadi medan untuk menerangkan segala usaha yang dilakukan..
“Facebook live dan juga portal berita online juga sangat penting. Saya juga banyak belajar daripada mereka yang sangat lincah untuk berkomunikasi dan lebih arif soal trend,” tambahnya yang tidak terkecuali menjadi mangsa ‘hater’.
Welcome to visit us anytime, dear @natashahudsonofficial ????#Parliament #SoulSisters
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Minat fesyen ringkas
Namun beliau ada cara tersendiri untuk menangani dan perlu bersikap tenang. Tidak salah menjawab tetapi perlu berdasarkan prinsip yang jelas.
Ayuh, kita selami soalan lain yang tidak terjangkau fikiran di sebalik karakter diri sebenar Nurul Izzah. Rupa-rupanya beliau juga meminati fesyen walaupun hanya setia menggayakan tudung bawal menutup hijabnya.
5 perkara menarik tentang YB
1.Istiqamah dalam perjuangan
2.Peramah dan pemalu
3.Gelak ketawa kuat
4.Sangat vokal apabila memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat
5.Mencari penyelesaian
YB Bersukan?
Bersukan perlu untuk pastikan kolesterol rendah dan tekanan darah tidak begitu tinggi. Kita perlu bersenam
Media Sosial
Pamerkan perkara positif tetapi pada masa sama kena ambil kira kritikan membina. Pernah juga google untuk diri sendiri teta[pi lebih untuk maklum balas dan pandangan orang.
Hubungan dengan Datin Seri Wan Azizah
Cuba maksimumkan masa dengan ibu. Beliau adalah pemimpin dan individu paling bersabar pernah ditemui. Azam saya tahun ini untuk lebih hormatkan dan menyayangi ibu lebih baik dari sebelumnya.
Alhamdulillah, terima kasih buat semua yang mendoakan agar bonda @drwanazizah lekas sembuh. #PPUM
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Muzik
Sukakan muzik. Saya memang minat M.Nasir dan kalau artis muda Wany Hasrita. Lagu paling saya suka adalah Srikandi Cintaku.
A post shared by Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) on
Fesyen
Lebih mudah dan ringkas dan dapat bantu saya menjalani tugasan lebih berat. Saya memang sukakan tudung bawal kerana dapat menyerap peluh jika seharian mengenakannya dari pagi hingga malam.
Fashionvalet
Minat kerana mahu membantu daya keusahawanan orang muda dan wanita. Terkesan dengan kejayaan Vivy Yusof. Jemputan itu satu penghormatan buat saya dan hadir beri sokongan.
A post shared by FashionValet (@fashionvaletcom) on
Petua cantik
Menjaga setiap malam sebelum tidur. Minum air mencukupi. Dulu memang ada masalah jerawat serius ketika belasan tahun tetapi saya kemudiannya terus menitik beratkan penjagaan muka.
Kalau bukan ahli politik sekarang
Saya mahu menjadi Saintis dan pilihan kedua adalah Polis.
NO TURNING BACK WITH YB NURUL IZZAH by hijabista
KREDIT:
FOTO& VIDEOGRAPHER: MOHD IZARI ROSLI
KONSEP: SURIA HASSAN
BUSANA: SETH & LUNA, MOOD BY MIROL JONIT
SOLEKAN: KELRINA
AKSESORI: SCHA FADLY
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI