Setiap kali ingin memilih pakaian sama ada untuk ke pejabat mahu pun bersiar-siar, boleh dikatakan ramai yang akan termenung di depan almari sambil cakap, ‘tak ada bajulah nak pakai hari ni,” sedangkan banyak sahaja baju tersusun dalam almari, menunggu giliran untuk dipakai.
Ibarat tidak pernah cukup, setiap kali nampak baju yang cantik dan memikat hati, pasti hendak dibeli.
PAKAIAN YANG TIDAK DIPAKAI AKAN DIHISAB
Beberapa tahun dulu, bila terdengar seorang ustaz pesan yang pakaian tidak dipakai akan dihisab, termenung depan almari.
Tahun-tahun berikutnya, berulang lagi kata-kata itu.
Photo by zhanzat-mamytova from Pexels.
Allah yang sebenarnya nak ingatkan. Hingga Allah campakkan rasa takut… Tarik semua yang tidak dipakai. Beli baju ini untuk majlis ini, beli baju itu untuk upacara itu. Allah..
BELI MEMANG SERONOK
Maka kita ini sebenarnya nak bercantik-cantik? Untuk siapa? Untuk apa?
Ads
Banjir hari itu (bulan Disember tahun 2021), memang Allah bagi tersedar betul. Beli memang seronok, belanja memang nampak macam bahagia.
Photo by los-muertos-crew from Pexels.
Waktu itu sebenarnya akan nampak betapa banyaknya barang kita. Padahal bukan pakai sangat. Nak mengemas, Subhanallah..
TAK MAMPU NAK PAKAI SEMUA
Maulana Helmi dalam kata-katanya, “kita ada banyak kereta, tapi kita tak mampu nak pakai semua sekali dalam satu masa. Kita ada banyak bilik dalam rumah, kita tak bahagi badan untuk tidur disemua bilik dalam satu masa.”
Macam itu jugalah perumpamaan pakaian. Kita beli banyak baju, tak mampu kita sebagai manusia nak pakai semua sekali dalam satu masa.
Ads
“Nak pakai nanti… ” Nanti yang belum pasti. Hanya kematian saja yang pasti.
Selalu sahaja kita rasa pakaian tidak ada sedangkan banyak bersusun dalam almari. Bila ke pusat membeli-belah, masih juga membeli pakaian. Selepas ini kita sudah boleh kurangkan beli pakaian baru. Beli ikut keperluan dan semestinya untuk dipakai.
Sumber kredit: Awatif Osman Top image: Photo by pnw-production from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Minyak pati popular dalam industri kesihatan kerana banyak sebab. Minyak kuat yang diekstrak dari tumbuhan dapat digunakan sebagai ubat alternatif, untuk tujuan aromaterapi dan juga untuk memperbaiki kulit dan rambut anda. Sebenarnya, banyak minyak pati adalah bahan aktif dalam produk penjagaan kulit kegemaran anda, kerana masing-masing mempunyai tujuan berbeza.
Secara umum, penderita kulit yang bermasalah atau mereka yang sering mengalami jerawat, rosacea, eksim, berpegang pada minyak yang menawarkan faedah termasuk anti-bakteria, anti-radang dan khasiat lain. Tetapi perlu diingat bahawa walaupun banyak minyak pati berbau enak, hanya ada sedikit yang benar-benar berfungsi untuk menyempurnakan kulit. Minyak pati terlalu aktif untuk penggunaan yang konsisten atau tidak berguna untuk kepentingan kulit.
Walaupun minyak pati dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit, jika anda mengalami komplikasi kulit dengan jerawat sista atau rosacea, anda mesti berjumpa dengan pakar dermatologi sebelum memasukkan produk atau ramuan penjagaan kulit yang baru. Semak senarai minyak terapi ini sesuai dengan masalah kulit anda:
Minyak biji delima adalah grail suci dari semua minyak, kerana ia mengandungi omega 5 langka yang dikenal sebagai asid punik dan mempunyai antioksidan tiga kali lebih banyak daripada teh hijau. Minyak ini mendorong sintesis kolagen pro dan kajian menunjukkan ia membantu pertumbuhan semula kulit, yang dapat membalikkan kerosakan masa lalu untuk meremajakan kulit. Kandungan minyak pati delima yang mengandungi asid pucat menawarkan kekuatan anti-radang yang kuat yang sangat baik untuk mengurangkan kemerahan dan menyembuhkan kulit yang berjerawat.
Banyak produk menyenaraikan minyak Neroli sebagai ramuan utama. Neroli adalah minyak pertumbuhan semula kulit yang hebat dan akan membantu memudarkan parut dan kesan regangan.
Sekiranya anda prihatin untuk menyembuhkan luka pada kulit anda, cari produk dengan minyak biji laut buckthorn. Ini adalah minyak yang sangat baik untuk penyembuhan luka dan mengandungi asid lemak untuk menggebukan dan meremajakan kulit.
Minyak softalia diekstrak dari kacang Santalum spicatum, yang ditanam di ladang lestari di Australia. Minyak kacang unggul ini diperoleh dengan pengekstrakan CO2 dan merupakan sumber semula jadi asid lemak triple bond yang tidak biasa dengan aktiviti unik pada kulit.
Minyak lavender pada dasarnya adalah pelbagai keperluan dari semua keperluan. Ia mempunyai banyak manfaat mencintai kulit termasuk anti-radang dan anti bakteria yang membantu mengurangkan jerawat dan kemerahan. Ia juga meningkatkan aliran darah yang membawa lebih banyak nutrien dan oksigen ke sel-sel yang membantu dalam pergantian sel menghasilkan kulit tanpa cela.
Pakar mengesyorkan minyak pati geranium untuk tanda gelap, atau sebarang jerawat sista di pipi, dagu atau rahang.
Sekiranya anda mencari pertolongan dengan kulit kering yang kronik, garis halus, dan keletihan, minyak pati Clary Sage organic pilihan tepat.
Ekzema boleh menjadikan kulit gatal dan tidak tertahankan sehingga anda akan mula menggaru secara berlebihan, menyebabkan kulit meradang dan bahkan berdarah. Minyak mawar membantu kulit mengekalkan kelembapan dan mendorong penyembuhan sambil menenangkan tekstur kulit kering dan kasar yang lembap.
Minyak Juniper mempunyai sifat antiseptik, detoksifikasi dan astringen, menjadikannya sangat bermanfaat bagi mereka yang menderita jerawat, psoriasis dan dermatitis. Apabila disapukan pada kulit, ia membantu menghilangkan liang pori dan menyeimbangkan kulit yang sangat berminyak. Minyak ini juga dapat digunakan untuk merawat selulit kerana mengurangi penahan air dan mendorong kulit yang kencang.
Rosacea adalah keadaan perubatan yang menjadikan kulit menjadi sangat merah, kemerahan dan semi bengkak. Chamomile mengurangkan kemerahan dan membantu kulit yang meradang menenangkan.
Minyak Frankincense mendorong pertumbuhan dan pembelahan sel, pada dasarnya mendorong penyembuhan lebih cepat. Minyak ini membantu meringankan bintik-bintik usia kerana ini membantu dalam pengembangan sel-sel baru.
Salah satu minyak pati yang paling popular untuk merawat jerawat, minyak pokok teh sebagai antijamur, antiseptik, dan antimikroba yang bermaksud ia akan membantu merawat dan mencegah jerawat.
Minyak helichrysum membantu meningkatkan peredaran darah dan kulit yang rosak dengan mendorong pertumbuhan semula sel dan parut kilat. Ini adalah minyak untuk selulit.
Minyak biji rami mempunyai banyak asid lemak, yang sangat baik untuk penyejukan kulit tanpa menyumbat liang. Oleh kerana kulit ketiak sangat tipis dan lebih lembut, ia memberi kawasan lembut dan penjagaan yang sangat diperlukan.
SUMBER: MYDOMINE
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Tidak dapat dinafikan setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri. Hal ini kerana pabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Terdapat pelbagai bahan yang dimajukan untuk memperbaiki masalah kulit. Rata-ratanya mempunyai kandungan vitamin yang mempunyai nama yang tertentu yang menyukarkan anda untuk memahaminya.
Namun, amat penting untuk anda meneliti bahan yang terkandung di dalam produk penjagaan kulit agar tiada kesan sampingan. Pelbagai bahan yang sinonim dengan dunia kecantikan namun masih keliru, salah satu bahan unggul yang dapat membantu masalah kulit anda ialah niacinamide.
Niacinamide, juga disebut nicotinamide, adalah bentuk vitamin B-3, nutrien penting. Kekurangan B-3 boleh menyebabkan gangguan pada kulit, ginjal, dan otak. Mengambil niacinamide dapat membantu mencegah kekurangan B-3.
Dan terdapat banyak lagi manfaat nutrien ini, terutama sekali mengenai kesihatan kulit secara umumnya. Walaupun diperlukan lebih banyak penyelidikan, niacinamide topikal dapat membantu merawat keadaan kulit tertentu, termasuk jerawat dan eksim.
Secara keseluruhan, niacinamide dapat membantu membina protein di kulit dan mengunci kelembapan untuk mencegah kerosakan persekitaran.
Kekebalan – Niacinamide membantu membina keratin, sejenis protein yang menjadikan kulit anda anjal dan sihat.
Penghalang lipid – Niacinamide dapat membantu penghalang kulit ceramide (lipid) anda tumbuh dan dapat mengekalkan kelembapan. Ia bermanfaat untuk semua jenis kulit, terutamanya jika anda mempunyai ekzema atau kulit yang matang.
Mengurangkan kemerahan dan kegatalan – Niacinamide mengurangkan keradangan yang dapat membantu meredakan kemerahan akibat ekzema, jerawat dan keadaan keradangan kulit yang lain.
Mengecilkan penampilan liang pori – Menjaga kulit licin dan lembap yang mungkin mempunyai faedah sekunder di mana dapat mengurangkan ukuran liang dari masa ke masa secara semula jadi.
Mengawal minyak – Manfaat pengekalan kelembapan bukan hanya untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Niacinimide juga dapat membantu mengatur jumlah minyak yang dihasilkan oleh kelenjar sebum dan mencegah kelenjar anda daripada berlebihan.
Melindungi daripada kerosakan akibat cahaya matahari – Niacinamide dapat membina semula sel-sel kulit yang sihat di samping melindungi kulit dari kerosakan yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
Rawatan hiperpigmentasi – Beberapa penyelidikan mendapati kepekatan niacinamide 5 peratus dapat membantu dalam meringankan bintik-bintik gelap. Manfaat dilihat selepas empat minggu, tetapi tidak melebihi dua bulan. Manfaat ini mungkin disebabkan oleh peningkatan pengeluaran kolagen.
Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan – Penyelidikan juga mendapati bahawa kepekatan yang sama sangat membantu dalam mengurangkan beberapa tanda kerosakan akibat sinar matahari yang disebabkan oleh penuaan. Ini merangkumi garis halus dan kedutan.
Melindungi daripada tekanan oksidatif – Niacinamide membantu membina sel di kulit sambil melindungi kulit dari tekanan persekitaran, seperti cahaya matahari, pencemaran dan toksin.
Merawat jerawat – Niacinamide mungkin bermanfaat untuk jerawat yang teruk, terutamanya bentuk keradangan seperti papula dan pustula. Lama kelamaan, luka anda mungkin kelihatan berkurangan dan tekstur kulit lebih baik.
Banyak produk niacinamide topikal terdapat dalam bentuk serum. Jadikan serum sebagai rawatan peringkat seterusnya dalam menangani masalah kulit anda dengan disertakan pembersihan, penyegar dan pelembab secara berkala.
Serum niacinamide anda harus digunakan selepas menyegarkan (toner) dan sebelum melembapkan (pelembap).
Beberapa pembersih dan krim juga mengandungi niacinamide. Bahan ini juga terdapat di beberapa topeng muka, yang dibilas selepas setiap penggunaan. Baca setiap label produk dengan teliti dan ikuti semua arahan penggunaan.
Kepekatan niacinamide boleh jadi berbeza-beza di antara produk, walaupun kebanyakan formulasi adalah 5 peratus atau kurang. Beberapa laporan menunjukkan formula 5 peratus berkesan dalam merawat hiperpigmentasi dan kerosakan yang berkaitan dengan pendedahan cahaya matahari.
Sekiranya anda mempunyai kulit sensitif, mungkin anda perlu memulakannya dengan kepekatan yang lebih rendah. Formula dengan 2% niacinamide dapat membantu meringankan gejala eksim dan keadaan yang serupa. Niacinamide boleh disenaraikan sebagai “niacin” dan “nicotinamide” pada label produk. Jadi jangan keliru!
Niacinamide boleh digunakan bersama bahan aktif lain untuk hasil yang optimum. Sebagai contoh, niacinamide tambahan dapat berfungsi dengan baik bersama tembaga, asid folik dan zink untuk merawat jerawat.
Manfaatkan serum niacinamide anda dengan menggunakannya bersama dengan asid hyaluronik. Asid hyaluronik dikatakan dapat meningkatkan penyerapan produk.
Niacinamide topikal umumnya dianggap selamat untuk digunakan. Individu yang mempunyai alahan mungkin lebih cenderung mengalami reaksi alergi. Anda boleh mengelakkan reaksi alergi dan sensitiviti produk yang meluas dengan melakukan ujian tampalan:
Seperti produk penjagaan kulit baru, anda mungkin tidak akan melihat hasil yang signifikan selama beberapa minggu. Walaupun sebahagian besar penyelidikan yang ada menggambarkan peningkatan yang ketara setelah penggunaan selama empat minggu. Keberkesanan bahan ini bergantung pada masalah kulit individu.
Anda mungkin melihat lebih banyak perubahan pada kulit selepas lapan minggu, seperti kulit yang lebih halus, anjal dan terhidrat. Perlu beberapa minggu untuk melihat peningkatan yang ketara, jadi penting untuk bersabar dan mengikuti rutin anda.
Sekiranya anda tidak melihat perubahan dalam beberapa bulan, mungkin sudah waktunya untuk berunding dengan pakar dermatologi. Mereka dapat menilai rutin penjagaan kulit anda dan menasihati produk mana yang harus digunakan, atau perubahan diet yang dapat meningkatkan kesihatan kulit anda dan banyak lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.