Rasa terpukul dengan soalan ini, benarkah kaum hawa yang sudah berkahwin di luar sana. Kalau benar apa penyebabnya? Menurut kajian wanita nampak lebih cantik masa bercinta! Tapi memang tidak dinafikan yang wanita memang akan nampak lebih cantik masa sedang bercinta daripada sebelumnya.
Ada orang kata masa bercinta nampak semuanya indah, mungkin juga boleh digunapakai alasan ini. Lebih-lebih lagi jika dah rasa angau satu badan, dengan mudah wanita akan nampak lebih cantik akibat bahagia.
Apabila tanya pada cik abang di luar sana, wanita lebih cantik masa bercinta atau selepas kahwin? Jawapannya mereka juga sama iaitu wanita lebih cantik waktu bercinta. Kata mereka lagi, wajah wanita semasa bercinta nampak amat berseri-seri. Bawa bertenang kaum hawa jom kita semak sebab- sebab mengapa wajah wanita nampak lebih cantik masa bercinta berdasarkan beberapa sumber bacaan.
5 Sebab Mengapa Wanita Nampak Lebih Cantik Masa Bercinta
#1 – Rasa Lebih Teruja Untuk Menjaga Wajah
Salah satu sebab kenapa wanita lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka mempunyai azam yang tinggi untuk menjaga wajah. Pada waktu bercinta ini, untuk nampak cantik di mata kekasih adalah satu keutamaan. Betul juga!
Tambahan pula wanita semasa bercinta masih lagi belum bergelar isteri maka sudah semestinya punya lebih banyak masa dalam soal penjagaan wajah. Tidur malam sambil bayangkan si kekasih hati juga menjadi salah satu faktor.
#2 – Turut Pentingkan Penampilan Tubuh Yang Ramping Dan Menawan
Ads
Bercinta pasti mengimpikan perkahwinan bukan? Selain itu, antara sebab lain kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta adalah kerana pada waktu ini mereka amat menjaga tubuh badan mereka supaya mereka kekal ramping dan sihat. Takut tak muat baju kahwin!
Malah ada di antara mereka pada waktu bercinta ini gemar mengamalkan jamu supaya sentiasa kelihatan cantik dan langsing. Kaedah sampingan lain dengan mempunyai tidur yang mencukupi. Wanita yang mempunyai tidur yang cukup tanpa gangguan akan mengelakkan mereka dari masalah obesiti.
#3 – Lebih Gemar Amalkan Gaya Hidup Yang Sihat
Wanita semasa bercinta akan lebih tumpukan perhatian pada tubuhnya. Semua aspek akan diambil kira termasuklah soal gaya hidup dan pemakanan. Untuk terus kelihatan cantik di mata kekasih ada di antara wanita ini yang sanggup menghabiskan masa dan duit untuk ke spa dan ke gym.
#4 – Kurang Tekanan Kerana Sentiasa Gembira Dan Angau
Kurang tekanan juga menjadi salah satu faktor wanita nampak lebih cantik masa bercinta. Wanita semasa bercinta ini sama jugalah seperti si lelaki yang asyik happy tersenyum dan angau. Bila hati sudah penuh rasa gembira ditambah dengan keseronokan nikmat bercinta sudah tentu tahap tekanan menjadi kurang.
Ads
Tambahan pula wanita yang sedang bercinta ini punya masa sendiri untuk hilangkan stress dengan keluar berhibur bersama rakan, tonton wayang bersama kekasih hati, keluar makan-makan, shopping dan sebagainya.
#5 – Rasa Bahagia Bila Dirinya Disayangi Dan Dilindungi
Wanita yang sedang hangat bercinta ini juga akan nampak lebih cantik disebabkan oleh fikirannya sendiri yang terasa amat disayangi dan dilindungi. Sifat teman lelaki yang suka mengambil berat juga membuatkan si wanita ini amat bahagia.
Mengapa Wanita Bercinta Agak Berbeza Setelah Berkahwin?
Faktor Pemakanan
Wanita semasa sedang bercinta akan bersusah payah untuk menjaga pemakanan pemakanan dengan tidak makan makanan yang tinggi kolestrol. Berbeza pula dengan selepas kahwin mereka tidak mempunyai masa untuk melakukan semua itu malah dek kerana terlalu sibuk menguruskan anak-anak. Akibatnya wanita setelah berkahwin akan mudah mengalami obesiti.
Ads
Kepenatan Akibat Uruskan Rumahtangga
Bukan itu sahaja, faktor kepenatan menguruskan anak-anak juga menjadi salah satu faktor kenapa wanita nampak lebih cantik masa bercinta berbanding waktu berkahwin. Lagi-lagi jika anak dari jenis yang lasak. Pasti penat dan pening kepala hendak menguruskannya. Bila penat sudah tentulah waktu makan juga akan menjadi tidak berjadual dan soal makan malam juga ikut apa yang ada di atas meja makan mengikut menu yang digemari anak-anak.
Tekanan Perasaan
Bagi wanita yang sudah berkahwin dan berkerjaya, tekanan di tempat kerja turut memainkan peranan dalam kehidupan mereka. Apabila tiba di rumah setelah penat berkerja terpaksa pula berdepan dengan tekanan akibat kerenah anak dan yang lebih teruk lagi jika ada pergolakan dalam rumahtangga yang di bina.
Faktor Gaya Hidup, Tumpuan Hanya Keluarga
Waktu sebelum berkahwin dan masih bercinta, jika ada tekanan dari tempat kerja dan sebagainya, dengan mudah dapat menghilangkan tekanan tersebut dengan keluar bersama kawan-kawan untuk pergi shopping, tengok wayang, bercuti dan sebagainya pada bila-bila masa yang dimahukan. Berbeza pula selepas berkahwin kerana kini waktu mereka untuk pergi bercuti bersama kawan-kawan sudah sukar untuk dilakukan lagi. Saat setelah berkahwin anak-anak dan keluarga adalah tumpuan utama berbanding untuk keluar bersama teman baik.
Jangan Salahkan Wanita Bila Penampilan Mereka Berbeza Ketika Bercinta Dan Setelah Berkahwin
Jelas dan nyata, wanita semasa bercinta dan setelah berkahwin memang agak berbeza. Ini disebabkan oleh keadaan semasa yang sedang dilalui. Bayangkan jika sedang bercinta si wanita ini ada banyak masa untuk dirinya sendiri. Dapat fokus pada diri sendiri untuk menjaga penampilan agar cantik sentiasa, dapat ke gym dan keluar sana sini untuk bersuka ria. Tetapi setelah berkahwin jangankan ingin keluar berseronok dan tonton wayang, ingin dapatkan masa tidur yang cukup juga sudah menjadi susah.
Masa mereka juga menjadi tidak teratur kerana sibuk menguruskan soal anak dan rumah tangga. Kesan dari gejala kurang tidur ini sedikit sebanyak akan menyebabkan peningkatan hormon dalam badan akan menyebabkan rupa mereka nampak lebih berusia dari umur sebenar.
Wanita Berkahwin Masih Boleh Cantik Semula Seperti Masa Bercinta
Walaubagaimanapun, sebagai lelaki anda tidak boleh menyalahkan si wanita yang berubah setelah berkahwin. Selaku seseorang yang telah bercinta hingga tahap berkahwin dengan si wanita ini, anda perlu tahu pengorbanan mereka selama ini. Bantulah kekasih hati yang telah bergelar isteri ini untuk kembalikan kecantikan mereka persis sewaktu sedang bercinta dulu.
Berikanlah sedikit masa dan belanja untuk wanita pujaan hati rehat dan bebas dari segala tekanan. Tidak mustahil dengan cara ini si wanita tersebut akan kembali cantik seperti sedang hangat bercinta dulu. Yakin dengan wanita yang dicintai untuk menjadi isteri dan ibu yang baik buat anak-anak adalah jauh lebih penting dari kecantikan luaran. Cantik dalaman itu lebih penting berbanding cantik luaran masa bercinta.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Di hujung Syawal ini menyaksikan beberapa selebriti selamat menimang cahaya mata masing-masing. Selepas jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri, Adam Corrie dan semalam pula Norman Hakim, selamat menerima kehadiran anak ketiga mereka. Menyedari isterinya sudah mengalami Mild Contstruction, berbekalkan pengalaman lalu dia cepat-cepat membawanya ke hospital dan proses bersalin dipermudahkan. Jika tidak, pasti Norman akan mengulangi kejadian 13 tahun lalu apabila anak keduanya, Marissa Dania Hakim yang telah dilahirkan dalam kereta.
Menurut Norman, sebelum itu mereka berdua memang merancang untuk pergi beraya. Tetapi oleh kerana pagi itu Memey memberitahu dia mengalami Mild Contruction, Norman terus membatalkan hasrat mereka dan membawa isterinya ke hospital.
Dan ramalannya memang benar kerana Memey sudah mengalami bukaan 5 cm sebelum terus ditahan untuk proses kelahiran anak keenamnya itu.
Kali ini mereka berdua cukup teruja kerana mendapat cahaya mata perempuan setelah sebelum itu mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Memey.
Dalam status di muat turut di instagramnya, Norman melahirkan kesyukuran atas kelahiran anak perempuan mereka tengah hari semalam.
Kegembiraan pasangan ini juga menjadi berganda apabila dalam masa sama, Norman juga teruja menyambut kepulangan anak sulungnya, Danish Hakim dari Turki.
Norman turut melahirkan kesyukuran kepada Allah yang menggantikan perasaan resah sebulan sebelum itu dengan rasa syukur dan lega.
Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah atas kelahiran anak perempuannya ini. Mereka turut mendoakan bayi ini menjadi anak yang solehah dan taat kepada kedua ibu bapanya.
@murahnoorhitah Tahniah…Alhamdulilah…ank sulong selamat kembali dan menyusul pula kehadiran baby baru…indahnya suasana….kemeriahan d hujung Aidilfitri menyambut kehadiran org baru…
@sitijamry Tuan @normanhakim_786 tahniah di atas cahayamata baru. Sy dan suami doakan semoga mendapat barakah dalam setiap perihal amanah baru dari Allah swt. Semoga menjadi anak yg soleh/solehah.
Kurap, juga dikenali sebagai Dermatophytosis, adalah sejenis kulat kulit yang cepat menular yang patut menjadi kebimbangan setiap individu yang menghadapinya. Mereka yang dijangkiti tidak mendapatkan rawatan, jadi teruskan membaca untuk memastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan jika anda pernah menghadapi situasi seperti ini pada masa hadapan.
Senarai beberapa remedi yang boleh anda gunakan terus di rumah. Adalah penting untuk diingat bahawa walaupun pada hakikatnya setiap ubat ini telah dikaji dengan baik, anda masih perlu berunding dengan doktor sebelum merawatnya di rumah. Jika anda mempunyai sejarah jangkitan kulit atau kulat, tetapkan temu janji dengan pakar dermatologi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Cuka Epal
Ciri-ciri anti-kulat cuka epal boleh membantu anda merawat kegatalan dan kekeringan kurap anda. Kandungan dalam cuka sari apel yang tidak ditapis mengawal pertumbuhan yis dengan meneutralkan pH.
Cara mengguna:
Sapukan cuka epal pada bahagian yang dijangkiti menggunakan kapas yang direndam di dalamnya.
Ulangi proses sehingga 3 kali sehari.
Bilas selepas 15 minit jika anda keluar atau jika jangkitan berada di kawasan yang berpeluh.
Kunyit
Kunyit terkenal dengan sifat anti-radangnya. Komponen yang terdapat dalam kunyit dipanggil curcumin dipercayai mempunyai sifat anti-mikrob.
Cara mengguna:
Gunakan kunyit dalam teh atau gunakannya dalam penyediaan hidangan anda.
Menggunakan kunyit secara langsung akan lebih berkesan terhadap jangkitan kulat.
Campurkan dengan air atau minyak kelapa dan sapukan pes pada kawasan yang dijangkiti.
Biarkan selama mungkin sebelum membilasnya.
Nota: Penggunaan kunyit boleh menjadikan kulit anda kelihatan kuning, tetapi jangan risau kerana ia akan hilang dalam beberapa hari.
Ekstrak Daun Neem
Azadirachta indica, juga dikenali sebagai “Neem” oleh kaum India, telah dianggap sebagai penyahtoksik antikulat dan semulajadi yang wajib di India selama beratus-ratus tahun. Ekstrak Azadirachta indica mampu menyingkirkan patogen utama dan dermophytes dari kulit anda.
Cara mengguna:
Rebus daun neem dalam air selama beberapa minit.
Basuh kawasan yang dijangkiti menggunakan air.
Jangan rebus terlalu lama atau gunakan daun neem terus pada jangkitan kerana ia boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit.
Minyak Kelapa
Minyak kelapa mengandungi sejumlah asid lemak yang membantu dengan jangkitan dengan merosakkan membran sel kulat. Ubat yang berkesan hanya dalam kes jangkitan kulit ringan dan sederhana.
Cara mengguna:
Sapukan minyak kelapa ke kawasan yang dijangkiti 3 kali sehari.
Gunakannya selama beberapa minggu walaupun selepas jangkitan hilang dan menggunakan minyak kelapa sebagai pelembap mungkin merupakan cara yang berkesan untuk mencegah sebarang jangkitan pada masa hadapan.
Minyak Oregano
Minyak oregano mengandungi timol dan carvacrol yang boleh menghentikan pertumbuhan kulat.
Cara mengguna:
Sentiasa gunakan minyak oregano yang dicairkan pada kawasan yang dijangkiti.
Sapukan sehingga 3 kali sehari.
Nota: Pastikan anda mendapat minyak oregano liar (Origanum Vulgare) kerana kebanyakan minyak oregano di pasaran mempunyai oregano biasa (Origanum marjoram).
Bawang putih
Bawang putih adalah idea yang paling biasa untuk merawat jangkitan di hampir setiap isi rumah. Sangat berkesan terhadap kurap, serta terhadap Trichophyton, Torulopsis, Candida, dan Cryptococcus.
Cara mengguna:
Jangan sapukan pes bawang putih mentah terus pada kulat. Ia boleh menyebabkan kerengsaan selama berjam-jam.
Campurkan pes bawang putih dengan minyak zaitun atau minyak kelapa.
Sapukan salutan nipis pes ke kawasan yang dijangkiti menggunakan bola kapas atau sehelai pakaian yang bersih.
Simpan selama 2 jam sebelum anda membilasnya.
Ulangi dua kali sehari, sehingga anda melihat peningkatan.
Minyak Pokok Teh
Minyak ini mempunyai sifat antibakteria dan anti-kulat minyak pokok teh selama berabad. Pada masa kini, ia adalah produk yang biasa digunakan yang berkesan dalam rawatan jangkitan kulat. Ia menyahtoksik kawasan yang dijangkiti dan mengurangkan keradangan.
Cara mengguna:
Buat pencairan 2% minyak pokok teh dengan minyak kelapa.
Sapukan 3 kali sehari ke kawasan yang dijangkiti.
Nota: Jika anda tidak mempunyai kulit sensitif, anda boleh menggunakannya terus pada kawasan yang dijangkiti.
Perkara yang perlu dielak supaya tak dijangkiti:
Pastikan kulit anda bersih dan kering.
Pakai kasut yang membolehkan udara beredar dengan bebas di sekeliling kaki.
Cuba elakkan tempat seperti pancuran mandian umum dan bilik persalinan. Jika anda tidak mempunyai pilihan, pastikan memakai kasut yang sesuai.
Tukar stokin dan seluar dalam setiap hari.
Jangan keluar dengan pakaian yang ketat pada hari yang panas.
Elakkan berkongsi barangan seperti tuala, stokin, seluar dalam, cadar dan sebagainya.
Pastikan mencuci tangan anda selepas menyentuh haiwan.
Mandi sejurus selepas bersenam.
Pastikan jari dan kuku kaki anda dipotong dan bersih.
Perkara yang perlu dilakukan jika anda sudah dijangkiti:
Cuba pastikan kulit kering dan sebersih mungkin. Gunakan tuala lembut untuk membersihkannya dan pastikan anda tidak menggunakan tuala yang sama lagi pada mana-mana bahagian badan yang lain.
Elakkan memakai seluar jeans, seluar atau seluar dalam yang ketat. Gunakan kain yang tidak merengsakan kulit. Pakaian yang longgar dan fabrik yang lebih berkualiti mengurangkan geseran jika jangkitan di antara peha atau di ketiak.
Sekiranya anda tidak dapat mengelak daripada memakai seluar jeans yang ketat atau fabrik yang sesuai, letakkan pad kapas buatan tangan di antara peha atau di bawah ketiak. Ia mengurangkan geseran dan kerengsaan.
Sangat gatal tetapi cuba elakkan sebarang calar kerana ia memburukkan lagi jangkitan.
Jangan gunakan minyak wangi atau agen pencuci pada pakaian anda apabila anda dijangkiti kerana ia boleh merengsakan kulit anda dengan lebih teruk.
Tukar pakaian anda setiap hari dan bersihkan kawasan yang dijangkiti sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sehari.
Walaupun dalam kes kurap yang paling teruk, ia hilang dalam 2 minggu hingga 20 hari. Tetapi jika ia tidak hilang walaupun selepas tempoh masa yang dicadangkan, berjumpa dengan pakar kulit.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Media sosial hari ini dilihat sebagai sebuah platform yang bebas untuk melontarkan kata-kata, pandangan malah tidak kurang juga, tohmahan negatif. Terutamanya dalam dunia hiburan, barisan selebriti antara golongan yang tidak lari dari kecaman di media sosial.
Terdapat segelintir yang mudah melatah, malah ada juga yang tidak goyah apabila dilontarkan dengan kata-kata negatif. Berbicara mengenai isu ini, penyanyi popular, Shila Amzah berkongsikan cara terbaik untuk menangani kecaman negatif di media sosial.
Tak Perlu Ambil Pusing Semua Perkara, Peka Kepada Yang Memberi Faedah Sahaja
Menurut Shila, dia lebih suka memilih untuk tidak menjawab atau tidak melayan mana-mana komen yang negatif kerana tidak mendatangkan faedah.
Namun, sebagai seorang selebriti, dia harus menjadi lebih peka dan sensitif dalam setiap hantaran yang ingin dimuat naik di akaun media sosial miliknya. Hak privasinya kadang-kala diganggu kerana menjadi fokus utama lensa kamera sehinggalah ia menjadi topik viral.
“Bagi saya, kita tidak perlulah menjawab komen-komen negatif yang datang kepada kita di media sosial. Apa yang penting, kita buat apa yang ingin kita lakukan. Usah ambil peduli tentang orang lain.
“Kalau dahulu saya memilih untuk menjawab setiap komen-komen yang negatif itu. Tetapi hari ini, saya lebih memilih untuk berdiam diri. Jika tidak tahan, saya tidak akan menghiraukannya.
Namun, usahlah membuat hantaran sekiranya sedang marah. Sebaliknya, berhenti dahulu dari bermain media sosial dan tunggu sehingga marah dalam diri jadi reda. Media sosial ini hanyalah duniawi semata-mata,” komennya.
Tambah Shila, ruang media sosial ini digunakan untuk mendidik para peminatnya tentang perkara dan fakta yang benar. Ia merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang selebriti.
Sayangi Diri Sendiri Terlebih Dahulu!
Pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menepis kecaman negatif di laman sosial. Seperti yang dikongsikan oleh penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu ini, dia memilih untuk menghadkan masa menggunakan medial sosial.
“Kalau anda rasa tak boleh nak terima kecaman-kecaman negatif, jadi hadkan penggunaan anda.
“Mengenai mereka yang sentiasa komen itu dan ini, saya percaya dengan konsep Qanaah. Sentiasa besyukur dengan rezeki yang Allah turunkan pada anda. Usah membuat perbandingan dengan orang lain.
“Apa-apapun, sayangi diri anda. Fokuskan pada diri sendiri terlebih dahulu. Itu yang lebih penting,” ujarnya mengakhiri bicara.
Larissa Chou merupakan seorang selebriti, jurusolek, penulis buku serta usahawan kelahiran Jawa Barat, Indonesia. Wanita berketurunan Tionghoa ini pernah membuat keputusan yang sangat besar...