Tahun ini juga merupakan pertama kali pelakon popular Laudya Cynthia Bella menyambut Syawal bersama suami, Engku Emran. Dia yang merayakannya terlebih dahulu di sebelah keluarganya di Bandung sebelum menyambut pula di Kuala Lumpur. Ternyata Bella bijak menggayakan busana bersesuaian ketika beraya bersama keluarganya dan juga sebelah suami.
Pasangan yang berkahwin hujung tahun lalu memilih gaya sederhana dan santun untuk gaya Syawal tahun ini. Kelihatan kedua-duanya cukup gembira menyambut hari lebaran ini bersama-sama seisi keluarga.
Bersama keluarga Bella di Bandung.
Ketika beraya di Kuala Lumpur pula Bella dilihat menggayakan persalinan dress labuh yang longgar dengan pilihan rona pastel motif bunga.
Gaya sederhana jadi pilihan Bella.
Follower Bella di laman sosial juga turut memuji kebahagiaan keluarga ini yang begitu sederhana.
Sambutan Syawal di Kuala Lumpur.
Rata-rata menyukai foto yang dimuat turun Bella yang mempunyai follower mencecah 21.8 juta.
@marliahningsih Kel penampilan sederhana tpi menarik aku suka… G glamor… Penampilannya pertahankn slalu…
Siapa yang tak mahu wajah kelihatan muda dari usia sebenar. Lagi-lagi bila usia sudah mencecah 30-an tetapi dikatakan seperti hijabi berusia 19 tahun. Nak kekal awet muda tak susah, hanya ikut sahaja perkongsian dari pengguna laman sosial, Afieyzea Aleeschaylee yang mengamalkan minum susu kunyit badam madu. Diamalkan minum sebelum tidur lebih-lebih agi ketika datang bulan. Hasilnya bila bangun wajah kembali berseri-seri.
Jom ikuti perkongsiannya.
Hai kesayangan semua. Okey afiey dah janjikan ni lah minuman kegemaran Afiey kat umah tau. Bukan je cantik luar tapi dalaman pun cantik, cerah berseri ” pinkish ” dari dalaman.
Petua nenek-nenek dulu naikkan seri wajah. Nah korang cubalah dan rajin-rajin tau, confirm bangun pagi nampak muka wowwww!!
Afiey suka minum sebelum tidur lagi-lagi waktu datang bulan. Selamat mencuba dan SHARE! Biar umur masuk 30 tahun janji tetap 19 tahun kan.
SUSU KUNYIT BADAM MADU
Bahan–bahan:
Susu rendah lemak
1 inci kunyit ditumbuk kasar
2 sudu madu
3 biji badam ditumbuk kasar
Cara buat:
Panaskan susu masukkan kunyit hidup
Kacau perlahan kemudian kemudian masukkan badam.
Tuang susu dalam gelas, masukkan madu.
Kacau dan boleh terus diminum.
NOTA:
Amalkan dengan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan waktu datang bulan. Jika mahu dijadikan minuman harian, jangan letak kunyit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Melakar satu lagi pencapaian dalam misi membantu memartabatkan para wanita untuk Go Far dengan bergaya, Naelofar julung kalinya melancarkan kolaboratif pertama bersama dengan jenama antarabangsa dengan mengetengahkan watak puteri Disney, The Little Mermaid di Pusat Membeli-Belah 1 Utama.
Koleksi The Little Mermaid Disney X Naelofar membawa tema “Perjalanan untuk anda cipta” menjemput para peminat pakaian muslimah melihat keajaiban rekaan variasi produk yang diinspirasikan daripada watak Ariel yang menonjolkan nilai keberanian.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Mula memuat naik promo empat hari lalu, rata-rata ‘naelofar babes’ teruja dengan koleksi yang dilancarkan pada hari ini. Mohd Aqief, selaku CEO Naelofa akui perjalanan untuk berkolabrasi dengan jenama bangsa mempunyai proses yang panjag dan alhamdulilah dipermudahkan. Berikut dengan sambutan baik dari peminat hijab Naelofar, Aqief juga memaklumkan akan ada koblarasi seperti ini akan datang dengan beberapa jenama antarabangsa.
Pengasas Naelofar, Noor Neelofa berkata, “Saya teruja untuk umumkan koleksi bersama Disney ini setelah berbulan lamanya kami rahsiakan persiapannya, kami suka akan watak Disney, Ariel yang tak lapuk dek zaman, kagum akan semangat dan ketabahannya dalam mengharungi perjalanan penemuan dirinya. Ariel adalah seorang wanita muda yang tabah dan penuh sifat ingin tahu, bersedia untuk mempertahankan pendiriannya, dan sikap ini dapat dilihat dalam ramai wanita dari pelbagai generasi.”
“Kami mahukan #NaelofarBabes mempunyai keberanian yang sama seperti Ariel. Kami mahukan setiap wanita memperkasakan perjalanan hijab mereka. Perjalanan untuk berhijab adalah berbeza bagi setiap wanita. Ada yang mula berhijab dengan mudah dan ada juga yang menghadapi cabaran semasa mula berhijab. Melalui Naelofar, kami ingin menyokong perjalanan ini dan membantu memperlihatkan keindahan mereka sebagai wanita muslimah”.
Mendapat inspirasi daripada filem Disney The Little Mermaid, Naelofar memberikan sentuhan unik mereka untuk memperincikan keajaiban dalam corak rekaan hijab The Little Mermaid Shawl dan Square. Digubah daripada kelembutan alunan satin dalam 6 warna menarik, seleksi hijab ini membawa elemen utama seperti ekor duyung, tiara dan terumbu karang yang diinspirasikan daripada watak asli francais, Ariel yang ditonjolkan dalam keindahan pengulangan corak di dalam setiap rekaan koleksi.
Koleksi turut mengetengahkan rekaan kaftan yang dijalin dengan elemen yang serupa dalam tiga warna berbeza. Sebagai pelengkap, hiasan logam tapak sulaiman rekaan eksklusif Disney X Naelofar diletakkan pada hijab dan juga hujung lengan kaftan.
Bagi melengkapkan penggayaan koleksi, The Little Mermaid Clear Tote Bag turut direka untuk memenuhi keperluan penggayaan harian wanita. Diperbuat daripada PVC dan trim kulit vegan, bag membawa konsep terbuka dengan rekaan tembus lihat untuk mewakili air laut dalam kehidupan bawah laut Ariel.
Bagi menghidupkan koleksi ini, Naelofar turut mengadakan sebuah acara pelancaran unik dan eksperimental yang membawa para peminat ke dalam perjalanan Under The Sea dan The Beach, membangkitkan beberapa adegan yang paling diingati dalam pengembaraan Ariel. Ariel terpesona dengan semua benda manusia, dan bersedia untuk keluar dari gelembungnya dan meneroka – di acara Naelofar, pelawat juga boleh meneroka dunia baharu, menyelam ke dalam terowong pengalaman dengan tayangan video yang meniru suasana di bawah laut, para pengunjung dapat mengalaminya sendiri pengembaraan bermula daripada terowong eksperiensial, dilengkapi dengan tayangan video untuk menunjukkan suasana di bawah laut.
Para pengunjung juga dapat menikmati sesenduk aiskrim atau secawan kopi di bahagian The Beach, istimewa daripada Inside Scoop dan ZUS untuk setiap pembelian koleksi. Para peminat duyung dijemput untuk menikmati pengembaraan laut di LG Oval Atrium, One Utama Shopping Centre bermula 24 Februari hingga 27 Februari 2022. Untuk sentuhan unik peribadi, pengunjung boleh mendapatkan khidmat eksklusif Get Personal Naelofar sepanjang acara diadakan.
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Benar, rezeki, jodoh, ajal maut itu semuanya urusan Tuhan. Siapalah kita untuk menolak qadar dan qadar Tuhan. Kadang-kadang kita sebagai hamba-Nya berpeluang haya sementara mengecapi kebahagiaan. Dan semua yang ada dalam dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata. Seperti perkongsian lelaki ini yang memberitahu hanya sempat 3 bulan bergelar bapa mertua sebelum menantu kesayangan, Farah Najwa Zakaria dijemput Illahi.
Menulis perkongsian di laman facebooknya, Shastri Rathi nyata coretan bagaimana menceritakan perkenalan anaknya itu dengan menantu begitu menyentuh hati.
Biarpun kasih dan sayang sekalipun pada menantunya itu, tetapi Tuhan lebih menyayangi dirinya. Dijemput Illahi akibat demam panas setelah hanya sempat mengecap gelaran isteri untuk beberapa bulan sahaja.
Biasanya suami yang akan menulis coretan sedih begini, tetapi lelaki ini yang juga bapa mertuanya meluahkan apa yang dirasakan dalam dirinya.
Jodoh, Rezeki, Ajal….ketetapan yg ditulis Allah swt.Manusia hanya mampu merancang dan menerima seadanya ketentuan yg tersirat
Akad nikah pada Jumaat 26/10/2018 berjalan lancar. Alhamdulillah…Anak ku bergelar ‘Suami’ dan aku dapat pangkat ‘Bapa Mertua’ Persandingan belah Perempuan di Kem Sg Besi keesokan harinya juga berjalan lancar. Meriah majlis anjurannya berteraskan budaya Melayu Dgn berbaju Melayu bersisipkan sebilah Keris, anakku mengiringi Isterinya ke Pelamin. Betapa gembiranya Hati ini bila menyaksikan kebahagiaan pasangan Pengantin. Alhamdulillah, bertambah sorang lagi keluarga aku’ bisik hati kecil ini Sekarang ada kurang 3 bulan sebelum berlangsung persandingan belah lelaki.
Pada Sabtu 05/01/2019, berlangsunglah persandingan pihak lelaki di Taman Melawati. Perancangan rapi telah kami uruskan dgn harapan agar semua Tetamu2 yg dijemput akan bergembira dan menyaksikan bertemunya Jodoh anak Sulung ku Amirul Licap dgn pasangannya Farah Najwa Bte Zakaria. Percintaan yg berputik dizaman persekolahan SEMASHUR 10 tahun akan sempurna dgn langkah Akad & Bersanding.
Alhamdulillah….sebagai seorang Ayah…ini yg diimpikan. Kebahagiaan berkekalan dan penerusan Warisan. Gembira hati ini bila melihat sumbangan Usaha pasangan, saudara mara, kawan2 utk memastikan kesempurnaan Majlis.
Khusus pada Birasku Mus sekeluarga dan Khai sekeluarga…terima kasih banyak atas segala sumbangan, pertolongan, bantuan dan juga masa bersama. Tidak lupa juga pada adik beradik pengantin perempuan dan sahabat2 mereka dari SEMASHUR yg turut menyumbang usaha & tenaga. Pada Event Planner dari Azzuieena Villa Bunglow terima kasih atas kerjasama padu kalian hingga tiada cacat cela perjalanan majlis dari mata kami.Terima Kasih yg x terhingga dari kami pihak keluarga..semoga Allah jua yg membalas budi kalian.
Dimalam persandingan ini, berjumpa semula saudara mara yg dah lama x bersua, kenalan2 dari tempat aku membesar dahulu di Ulu Tiram, kawan sekolah SJI 85, sahabat2 dari KDU, kenalan dari tempat keja MAS. Alhamdulillah, sebak dan terharu bila berjumpa kembali selepas hampir 40 tahun x berjumpa. Kenalan dari MAS yg ku kenali dari 1994 juga hadir meramaikan majlis. Kami gembira dan bersyukur atas kehadiran mereka
Pengantin berdua kami syorkan duduk serumah dgn kami selepas berkahwin. Syarat kami hanyalah….seminggu dirumah kami dan seminggu dirumah Besan di Ampang. Selamat Datang Wawa Kami teruja dgn kehadiran ‘Anak Perempuan’ di teratak kami Gelak tawanya, masakan yg dihidangkan nya, celotehnya, kemesraan pengantin berdua dan keakrabannya dgn isteriku amat mendamaikan sanubari ini. Ku lihat anakku gembira sekali. Anak lelaki ku yg sorang lagi juga gembira dgn kehadiran ‘Kakak’. Isteriku dah ada ‘Geng’ Pakat ‘membahan’ dan menyakat ‘Ayah’ sorang ni. Aku suka semua tu dan aku redha dgn kebahagiaan dari Illahi.
Sehinggalah…..pada Jumaat 08/02/2019….menantuku masuk Hospital…demam panas..kami di sisinya sehingga Ahad. Keadaan tidak berubah dan kami pindahkan ke Ampang Hospital lepas Asar. Dekat Maghrib, Farah dimasukkan ke Zon Kritikal. Berderau darah bila dengar penerangan Doctor bertugas. Seluruh keluarga dapat melihatnya…dikala Azan berkumandang…kami dapat berjumpa dgn Wawa. Dia masih dapat berkata2 dan luluh hatiku melihatnya berusaha utk bernafas…Salam terakhir dari isteriku dijabat erat seolah tidak mahu dilepaskan…Mata ku mula ‘berkaca’. Yg dapat ku ucapkan hanyalah…’Wawa berehatlah ye, In syaa Allah….kami sentiasa di sisi Wawa’ Teringat kata Doc tadi…”jika sampai esok pagi x perlu Induce Coma n put on Life Support, in syaa Allah, Wawa akan beransur pulih” Malangnya, kira2 pukul 0330h…Wawa terpaksa dibantu pernafasan
Isnin…Wawa di ICU. Sedihnya bila kenalan, saudara mara berpusu melawat. Rutin kami hanyalah rumah di Puchong dan kembali ke Ampang Hospital. Keadaan Wawa masih x berubah. Pressure masih low dan erratic. Kejap naik…kejap turun.
Selasa….Wawa masih x berubah. Ku lihat Anakku Amirul disebelah Wawa….mengaji di telinga Wawa dan diurutnya tangan Wawa. Ku saksikan kasih seorang Suami kepada Isterinya…Aku sebak melihat kesedihan anakku. Besan ku juga sudah dibilik ICU…mengaji bersama dan mengurut kaki Wawa…terdetik dihati ku sewaktu hendak memakai Hair Net, Gown, Gloves & Face Mask bila Doc kata dgn sayu…”x pe, masuk aja lah”
Panggilan telefon dari kawan anakku…Pora…pada 2215h dan dari anakku pada 2230h bagaikan dentuman halilintar. Wawa sudah dijemput Illahi…Inna Lillahi Wainna Illahi Rojiuun. Wawa tiada lagi???……Ya…Wawa tiada lagi. Arwah dikebumikan di Tapak Perkuburan Cheras Baru selepas Zohor pada hari Rabu 13/02/2019….di usia hampir 25 tahun. Selepas hampir 3 bulan bergelar Isteri dan Menantu…kini bergelar Arwah
Ya Allah…Daku redha dgn ketentuan Mu Cucuri lah Rahmat Mu keatas Rohnya, Ampuni lah dosa2 nya, Lapangkanlah Kuburnya, Kasihanilah dia dan tempatkanlah rohnya dikalangan mereka yg Solihin…Aamiin.
Aku masih bersedih….sedih kerana Arwah pergi…
…sehari sebelum hari mengambil Sijil Perkahwinan.
…5 hari sebelum hari kelahirannya yg ke 25.
… 2 minggu sebelum siapnya Video Perkahwinan.
…3 bulan sebelum kami dapat berpuasa bersama.
Kepada anakku Amirul Asyraf…Ayah bersimpati atas kehilangan Mu. Ayah doakan agar Arwah aman bersemadi disana. Ayah doakan agar Allah swt anugerahkan ketabahan kepadamu. Ayah berasa bangga dan terharu bila melihat ketabahan mu memandikan Arwah, solatkan Arwah, mengusung Arwah, menurunkan Arwah ke Liang Lahat dan sama2 bertahlil keatas Rohnya. Syukur Alhamdulillah. Semoga ketabahan mu diberkatiNya…Aamiin.
Kepada saudara mara, sahabat handai yg sesama menziarahi dan solat jenazah…semoga Illahi memberkati penghidupan dan pengorbanan kalian…semoga kalian dibawah Lindungan Nya sentiasa…Aamiin.
Selamat Bersemadi Arwah Farah Najwa…Semoga tenang disana. Ayah, Ibu, Adam & Amirul amat merindui mu Terima Kasih Ya Allah kerana telah meminjamkan Arwah kepada kami dan menganugerahkan kebahagiaan kepada kami sekeluarga biarpun utk sekejap waktu. Al Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.