Puasa ‘Asyura’ termasuk dalam puasa-puasa sunat yang digalakkan dan mengandungi ganjaran pahala yang sangat besar. Selain itu, kita juga turut disunatkan untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharram iaitu sehari sebelumnya berdasarkan kepada isyarat yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam hadith sekalipun Baginda tidak sempat melakukannya kerana telah kembali kepada Allah SWT.

Selain berpuasa sunat pada hari Asyura (10 Muharram) amalan yang digalakkan ialah meluaskan belanja kaum keluarga pada hari berkenaan. Ini berdasarkan hadis: “Barangsiapa yang meluaskan (belanja) kepada kaum keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan melapangkannya pada tahun tersebut keseluruhannya.” 

BELANJA KELUARGA PADA HARI ASYURA 

1. Majlis Fatwa Mesir (Dar al-Ifta) mengeluarkan kenyataan bahawa harus bagi seseorang itu untuk berbelanja atau melapangkan (menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura.

Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bayhaqi yang menyebutkan:

مَنْ وَسَّعَ عَلَى أَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللهُ عَلَى أَهْلِهِ طُولَ سَنَتِهِ

“Barangsiapa yang meluaskan (melapangkan – menggembirakan) ahli keluarganya pada Hari Asyura, maka Allah akan melapangkan bagi ahli keluarganya sepanjang tahun. (HR al-Bayhaqi, Ibn Abi Dunya dan al-Tabrani.

Hadis ini dinilai sebagai daif (lemah) di sisi sarjana hadis)

Belanjalah Keluarga Pada Hari Asyura, HARUS Kita Menggembirakan Mereka Pada Hari ‘Istimewa’ Ini

IKLAN

2. Sekalipun hadis ini adalah daif, para ulama empat mazhab mengharuskan kita berlapang dan menggembirakan ahli keluarga pada hari Asyura. Al-Imam Ibn Abidin daripada Mazhab Hanafi membincangkan perkara ini lalu menukilkan kata-kata Jabir:

قَالَ جَابِرٌ: جَرَّبْته أَرْبَعِينَ عَامًا فَلَمْ يَتَخَلَّفْ

“Dan berkata Jabir: Aku telah melakukan perkara ini selama 40 tahun dan tidak pernah meninggalkannya (Radd al-Mhtar)

3. Manakala al-Imam al-Hattab al-Maliki dari Mazhab Maliki pula menyatakan:

يَنْبَغِي أَنْ يُوَسِّعَ عَلَى الْأَهْلِ فِيهِمَا -أي ليلة عاشوراء ويومها

IKLAN

“Seharusnya bagi seseorang itu melapangkan (memudahkan urusan atau menggembirakan) ahli keluarganya pada malam atau siang Hari Asyura. (Mawahib al-Jalil)

Belanjalah Keluarga Pada Hari Asyura, HARUS Kita Menggembirakan Mereka Pada Hari ‘Istimewa’ Ini
Photo by pavel-danilyuk from Pexels.

4. Manakala Sheikh Abd al-Hamid al-Shrwni dari Mazhab Syafi’i pula menjelaskan:

وَيُسَنُّ التَّوْسِعَةُ عَلَى الْعِيَالِ فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ؛ لِيُوَسِّعَ اللهُ عَلَيْهِ السَّنَةَ كُلَّهَا كَمَا فِي الْحَدِيثِ الْحَسَنِ

“Dan disunatkan untuk melapangkan ahli keluarga pada Hari Asyura mudah-mudahan Allah melapangkan ahli keluarganya sepanjang tahun seperti yang disebutkan dalam hadis. (Hasyiah ‘Ala Tuhfah al-Muhtaj)

5. Manakala al-Imam al-Bhuti dari Mazhab Hanbali pula menukilkan pandangan al-Imam Ahmad dan Sufyan Ibn ‘Uyainah yang menyebutkan:

IKLAN

قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ: قَدْ جَرَّبْنَاهُ مُنْذُ خَمْسِينَ سَنَةً أَوْ سِتِّينَ فَمَا رَأَيْنَا إلَّا خَيْرًا

“Kata Ibn ‘Uyainah: Kami telah melakukannya selama 50 tahun atau 60 tahun, kami tidak melihatnya melainkan kebaikan. (Kasyyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’)

Belanjalah Keluarga Pada Hari Asyura, HARUS Kita Menggembirakan Mereka Pada Hari ‘Istimewa’ Ini
Photo by cottonbro from Pexels.

6. Begitu juga Sheikh Atiyyah Saqr yang menggalakkan agar kita melakukan sesuatu yang mengeratkan hubungan dalam kita meraikan hari yang diraikan oleh Rasulullah ini.

7. Oleh yang demikian, belanjalah ahli keluarga kita pada Hari Asyura ini. Gembirakan dan lapangkan urusan mereka. Semoga Allah membimbing kita.

Sumber kredit: Dr. Ahmad Sanusi Azmi dan maktabahalbakri.com Top image: Photo by cottonbro from Pexels.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/56nQrka4s8k

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI