BACA JUGA: Asal Indonesia & Dibesarkan Di Jepun AUFA TOKYO Buktikan Tudung Bukan Halangan Untuk Berfesyen, Hana Tajima Jadi Inspirasi
“Saya rasa jauh lebih tenang, saya juga seronok menyuai padan pakaian dan menggayakan tudung,” kata Melody ketika ditemui di studio Trans TV Pagi Pagi Ambyar, Jakarta Selatan.
“Mula-mula keliru, dulu rambut mohawk, warna-warni, pening nak pakai gaya apa,” katanya lagi.
Pemberian cahaya mata adalah sebuah penantian yang didambakan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Anak menjadi bukti cinta serta menambah erat kasih sayang antara pasangan suami isteri.
Pelakon dan juga usahawan jelita Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shahputri Wan Abdul Rashid,28, selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pagi ini.
Berita gembira kelahiran bayi yang digelar ‘RSRS’ tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, Raf Yaakob atau Raden Ahmad Faizal Yaakob,38, menerusi akaun Instagram miliknya.
Beberapa jam kemudian, Mawar telah memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya untuk meluahkan rasa syukur dan berkongsi berita cahaya mata yang diberi nama ‘RSRS’, Raden Seri Riyanna Sayang telah selamat dilahirkan secara normal.
“Syukur Alhamdulillah, semua nya dipermudahkan. Mawar bersalin secara normal, just like my first 2 baby, Rafael & Cinta. Thank you semua atas doa2 nya
“Say hi to, Raden Seri Riyanna Sayang…” tulis Mawar
Terdahulu, peneraju utama Tundukkan Playboy Itu (2016) dilihat memuat sempat memuat naik foto di Instagram miliknya bersama kedua-dua cahaya matanya sebelum melahirkan anak ketiga.
“Soon to be 3 (Tidak lama lagi akan bertiga),” tulisnya
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dimuat naik, rata-rata netizen dan rakan artis telah membanjiri dengan ucapan tahniah serta mendoakan kesihatan Mawar.
“Alhamdulillah…. Tahniah Mawar n Raf…”
“Tahniah mawar dan keluarga. Jaga diri”
“Congratulations.Selamat berpantang Mawar!”
“Yeah it’s girl welcome to the world baby. Selamat berpantang mawar ”
“Alhamdulillah.. tahniah! hiii Raden Seri Riyanna”
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 9 November 2017 dan telah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta. Mawar turut memiliki dua anak tiri, Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela.
Putaran haid yang normal dalam 7 hari sebulan, manakala yang tidak normal pula ada yang lebih dari 10 hari. Kedatangan haid boleh meletihkan dan juga boleh menggangu urusan kerja seseorang.
Mungkin ada yang terfikir untuk ambil ubat penahan haid bagi mendapatkan menghentikan putaran haid yang tidak menentu.
Persoalannya apakah hukumnya mengambil ubat menahan haid. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memakan ubat untuk menahan haid dari keluar sama ada ubat itu berbentuk pil atau cecair.
Di antara Ulama silam yang berpandangan harus mengambil ubat penahan haid adalah Imam Ahmad Bin Hanbal. Imam Ibnu Qudamah meriwayat di dalam almughni:-
“Tidak mengapa seorang wanita minum ubat untuk memberhentikan haidnya sekiranya ubat tersebut dikenali (tidak membawa kesan negatif).”
Antara Ulama semasa yang berfatwa harus mengambil ubat penahan haid adalah imam Yusuf al Qaradhawi dan Syeikh Wahbah az zuhaili.
Imam al Qaradhawi menyebutkan fatwanya berkaitan keharusan mengambil ubat penahan haid di dalam bukunya Feqhu siyam. Imam Qaradhawi juga menyebutkan bahawa ulama semasa yang lain juga membenarkan pengambilan ubat penahan haid.
Kata Dr Syeikh Wahbah az zuhaili:
“Perempuan ini dan seumpamanya boleh melakukan perkara (ambil pil penahan haid) ini pada Ramadan dan pada haji tetapi tidak dipaksa dan tidak mesti”
Ayat dan doa di bawah ini bertujuan untuk menangguh dan menghentikan sementara pusingan haid kaum wanita. Ia boleh digunakan sebagai suatu ikhtiar untuk mengatasi penyakit reproduktif wanita dan bagi kelancaran mengerjakan ibadah Ramadan mahupun ibadah haji dan umrah.
Sekiranya memang waktu sepatutnya ‘keuzuran’ atau didatangi haid dan ingin melakukan sesuatu ibadah atau berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan jadual perjalanan dan flight semasa hendak menunaikan ibadah Haji dan umrah maka bolehlah diikhtiarkan membaca dan mengamalkan doa berikut:
Doa dan ikhtiar bagi menangguh dan menghentikan sementara haid wanita.
Baca ayat-ayat berikut setiap satunya sekali:
1. Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab) :
2. Baca dari ayat 38, Surah Yaasin :
3. Baca sebahagian dari ayat 44, Surah Hud :
4. Baca sekali Surah Al-Ikhlas : Ayat 1 – 4
5) Baca Selawat Nabi :
Doa penahan dan ayat-ayat di atas boleh juga digunakan untuk menahan darah akibat luka/ kemalangan, tumpah darah yang tiada henti, cirit-birit, muntah-muntah dan sebagainya.
Doa dan ayat-ayat di atas boleh dibaca ketika:
1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama 5 saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga selesai ibadah haji / umrah) lalu dihembuskan ke dalam air.
2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati di situ; contohnya, “Ya Allah! Berhentikanlah darah ini.”Lalu ditiupkan ke dalam air.
3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. Insya’Allah mujarab.
4. Boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
5. Bermohonlah dengan sepenuh keikhlasan hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah سبحانه وتعالى. Sekiranya Allah سبحانه وتعالى mengizinkan, maka kitaran haidnya akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.
Apabila telah selesai sesuatu ibadah dan tempohnya. Bagi membuka dan untuk mengembalikannya kepada kitaran haidyang normal semula, maka bacalah doa Rasulullah s.a.w sepertimana terdapat dalam Surah Al-Isra’ berikut:
Allahus Somad! Bermohonlah dengan sepenuh keyakinan dan keikhlasan hati kepada Allah سبحانه وتعالى. Kita hanya berusaha sedaya upaya dan bertawakal, sekiranya diamalkan dengan keyakinan yang tinggi, Insya’Allah, ianya akan mujarab.
Wallahu A’lam Bish Shawab, Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar.
SUMBER: DR ZUBAIDI AHMED/SHAFIQOLBU
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bilqis Abdul-Qaadir adalah pelopor dalam dunia pendidikan Islam dan hak wanita. Namanya disegani dan menjadi sejarah kerana dia merupakan wanita Islam pertama yang bermain bola keranjang NCAA (National Collegiate Athletic Association).
Bilqis Abdul-Qaadir merupakan seorang Hijabi Amerika yang sentiasa mempunyai impian besar untuk bermain bola keranjang profesional. Dia telah menunjukkan beberapa persembahan ‘cemerlang’ sepanjang kerjayanya, serta sering menjadi tajuk utama di seluruh dunia kerana keazamannya dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi terhadap agama Islam.
Menjadi wanita Islam pertama yang berhijab untuk bermain bola keranjang dalam sejarah NCAA adalah peluang yang baik untuk Bilqis mewakili Islam di pentas besar. Namun, Bilqis akui terbeban apabila menjadi ‘spotlight’ dan sorotan ramai. Dia akui bukan mudah untuk memecahkan persepsi masyarakat terhadap wanita berkulit hitam dan beragama Islam.
Dia mendedahkan bahawa menjadi ‘minoriti’ adalah perjalanan yang sangat sukar sukar. Ada ketikanya Bilqis terpaksa meminjam bilik persalinan pasukan lain untuk beribadat. Pun begitu, Bilqis mengakui berbangga dengan keimanan dan pegangannya.
“Menjadi satu-satunya orang Islam adalah sukar. Kami solat lima kali sehari, dan kadang-kadang saya perlu solat semasa latihan atau semasa perlawanan. Ada ketikanya saya terpaksa meminta izin untuk menggunakan bilik persalinan pasukan lain untuk solat. Tetapi saya semakin berbangga dengan iman saya dari semasa ke semasa.” katanya melalui Insider.
Bukan itu sahaja, dia telah diiktiraf sendiri oleh bekas Presiden Barack Obama sebagai ‘inspirasi’ dan dijemput ke Rumah Putih pada 2009. Bahkan, dia merupakan salah seorang daripada 14 orang Muslim Amerika yang dijemput ke ‘percubaan tertutup’ dengan Presiden Obama pada 2015.
Pada 2013, Bilqis menghadapi cabaran terbesar dalam kerjayanya ketika dia bersedia untuk bermain di Eropah. Pemakaian hijabnya dikatakan melanggar peraturan Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa yang melarang penggunaan penutup kepala tertentu. Oleh itu, dia tidak dapat bermain secara profesional. Pada waktu itu, dia hampir menyerah dan berputus asa.
Bilqis mengambil masa empat tahun dan berjuang untuk menentang undang-undang tersebut sebelum Persekutuan Bola Keranjang Antarabangsa( FIBA) akhirnya meluluskan peraturan baharu yang membenarkan pemain memakai penutup kepala pada 2017.
Bilqis Abdul-Qaadir is the reason women can wear hijabs on FIBA basketball courts, but the four-year fight to get there sidelined her own basketball career
Peraturan baru tersebut telah berjaya membuka mata ramai. Bukan itu sahaja, peraturan tersebut turut diguna pakai bukan sahaja kepada wanita Islam, tetapi juga kepada lelaki Sikh yang memakai serban dan lelaki Yahudi yang memakai ‘kippah’.
Tambahan itu, hasil perjuangannya, dia turut memenangi anugerah ‘Freedom from Fear (Bebas dari Ketakutan)’ di Kongres Dunia UNI di Liverpool kerana menjadi wanita pertama memakai tudung dalam sejarah NCAA serta berani menentang peraturan FIBA .
“Mengetepikan impian bermain secara profesional adalah satu pengorbanan. Dalam kes saya, kadangkala anda boleh melepaskan sesuatu yang anda suka sebagai pertukaran untuk sesuatu yang lebih baik. Sekarang saya melihat buah pengorbanan saya.”’
Sepanjang kerjayanya, dia telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Pemain Gatorade Massachusetts 2009, Western Massachusetts Player of the Year, C-USA Academic Medalist 2010 dan pelbagai anugerah lain.
Kisah perjuangan Bilqis turut difilemkan dalam sebuah dokumentari yang bertajuk ‘Life Without Basketball’ yang diiarahkan oleh Tim O’Donnell dan John Mercer pada tahun 2018.
Hijabista sempat menjengah ke Instagram Bilqis dan mendapati dia masih meneruskan perjuangannya dan menggalakkan orang ramai untuk memakai hijab sempena World Hijab Day. Dia tidak lupa untuk memuji kecantikan dan usaha orang ramai dalam pemakaian hijab.
Bilqis kini merupakan pengarah sukan masjid London dan merupakan pengasas bersama Dribling Down Barriers, sebuah program latihan yang menggalakkan kepelbagaian dalam bola keranjang. Bilqis kekal komited terhadap kepelbagaian dan penyertaan dalam sukan dan sedang giat berusaha untuk meningkatkan akses kepada sukan untuk gadis dan wanita Islam.
Dia juga merupakan seorang penceramah motivasi yang menggalakkan gadis dan wanita muda untuk mengejar impian mereka serta menjadi berani mengatasi pelbagai halangan dalam bidang yang diceburi. MasyaAllah, kisah perjuangannya wajar dipuji dan semestinya Bilqis Abdul-Qaadir merupakan pencetus inspirasi buat muslimah!