Bekas guru prasekolah ini aktif sebagai pempengaruh sejak di usia remaja. Setelah meninggalkan bidang perguruan, Sonia Asyira kini terkenal sebagai usahawan dan pencipta digital.
Selain jiwa pendidik, Sonia Asyira juga seorang pencinta modest fashion dan hijab sehingga sering mencetuskan inspirasi di kalangan para pengikutnya di Instagram sejak sembilan tahun lalu.
Bertudung sejak usianya lima tahun, Sonia Asyira meneroka pelbagai gaya tudung.
Pada Disember 2023, Sonia Asyira mengorak langkah lebih jauh dengan melancarkan jenama Raiysa, sebuah perniagaan yang mengkhususkan kepada penjualan selendang.
Perjalanan kerjaya terkininya mencerminkan keazaman dan semangat keusahawanannya.
Sebagai seorang yang memberi inspirasi khususnya di Singapura, Sonia Asyira terus memperkasakan pengikutnya dengan pelbagai pilihan fesyen termasuk menggalakkan mereka untuk menerima identiti serta minat dengan sepenuh hati.
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Segalanya mesti berkeju, sos dituang meleleh, air manis campuran aiskrim dan aneka topping pelbagai warna, aduh… krisis kesihatan semakin membelenggu pemakanan masyarakat dewasa ni.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2023 melaporkan bahawa sebanyak 54.4 peratus rakyat Malaysia mengalami berat badan berlebihan atau obes, dengan lebih 2 juta terjejas dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti diabetes dan hipertensi.
Menurut Pendaftaran Dialisis dan Transplan Malaysia 2023, kes dialisis baharu di Malaysia berpunca daripada penyakit:
Prof Dr Wong Hin Seng, Pakar Perunding Nefrologi dan Pakar Perubatan Pemindahan Buah Pinggang di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) memberi amaran bahawa obesiti bukan sahaja boleh mengundang diabetes atau tekanan darah tinggi, malah ia juga berisiko merosakkan buah pinggang seseorang walaupun tanpa kedua-dua penyakit tersebut.
“Buah pinggang umpama penapis semula jadi badan yang dapat membuang sisa dan cecair berlebihan, mengawal tekanan darah, dan mengimbangi elektrolit untuk memastikan semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, organ yang banyak bekerja keras ini boleh terjejas akibat berat badan berlebihan,” jelasnya.
Kemaruk beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.
Risiko obesiti bukan sekadar diabetes dan hipertensi. Ia mampu merosakkan buah pinggang dengan senyap, dan memberi kesan yang teruk. Prof Dr Wong menjelaskan bahawa obesiti boleh membebankan buah pinggang akibat keradangan kronik, tekanan oksidatif, peningkatan tekanan darah, dan penolakan insulin. Kesan ini boleh menyebabkan kebocoran protein dalam air kencing yang menjadi tanda awal kerosakan buah pinggang.
“Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit buah pinggang kronik (CKD) dan mempercepatkanproses kegagalan fungsinya. Apabila buah pinggang menerima tekanan yang berterusan, risiko berlaku kegagalan adalah lebih cepat,” tegas Prof Dr Wong.
Bagi mereka yang bergelut dengan obesiti, penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat dikesan di peringkat awal. “Apabila gejala ini muncul, misalnya bengkak atau keletihan, biasanya sudah terlambat untuk memperbaiki kerosakan,” jelas Prof Dr Wong.
Semakin ramai golongan muda di Malaysia mengalami kerosakan buah pinggang yang berkait dengan obesiti. Kajian NHMS 2023 juga menunjukkan bahawa 84 peratus orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak mengetahui bahawa mereka menghidap diabetes.
“Jika anda gemuk sejak zaman kanak-kanak atau semasa usia remaja, kesan negatif obesiti kepada buah pinggang boleh bermula sejak itu dan anda mungkin akan mengalami penyakit buah pinggang kronik apabila
berumur lingkungan 30-an hingga 40-an,” kata Prof Dr. Wong. Penyakit buah pinggang yang bermula sejak awal ini berisiko menjejaskan tahun-tahun paling produktif dalam kehidupan dan memberi tekanan yang ketara kepada keluarga, sistem penjagaan kesihatan dan negara. Namun, dua daripada lima orang dewasa berumur 18 hingga 24 tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan dalam tempoh 12 bulan terdahulu,
Peningkatan kadar obesiti yang membimbangkan di Malaysia boleh dilihat pada perubahan besar dalam tabiat pemakanan dan pilihan gaya hidup hari ini. Diet tradisional yang kaya dengan serat dan bahan-bahan berkhasiat telah digantikan dengan makanan yang diproses dan minuman manis.
CEGAH OBESITI
“Obesiti bukan hanya mengenai berat badan, malahan ia juga boleh mendatangkan kemudaratan kepada organ anda, terutamanya buah pinggang. Buah pinggang anda berfungsi selama 24 jam setiap hari, dan sudah tiba masanya untuk kita memberi penjagaan dan perhatian yang sewajarnya kepada mereka,” simpulnya.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.
Kagumnya dengan kerajinan usahawan fesyen Muslimah, Nur Liyana Abdul Rahman atau Yaana yang kini gigih mengusahakan bisnes terbaharunya iaitu tiramisu.
Bukan saja pandai mereka fesyen sehingga mendirikan empayar LEEYANARAHMAN serta terbaru, YNALEE, beliau kini mengembangkan bisnes makanan terbaharu di bawah sayap YNALEE Bakehouse.
Dalam perkongsian Yaana, ibu anak tiga itu tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan dan menjual manisan tiramisu yang diberi nama Tyaramisu di butiknya. Tengoklah, nampak sedap dan menyelerakan!
Laku keras dan cepat sold out, ramai yang puji kesedapan tiramisu buatan Yaana. Bukan saja di butik, Tyaramisu ni pun pernah dijual di event Havoc Food Festival serta dapat sambutan menggalakkan.
Kerajinan usahawan bertaraf jutawan ini jelas menjadi inspirasi wanita. Kagum dengan mindset Yaana yang berani meneroka peluang dalam bidang makanan meskipun sudah memiliki empayar fesyen yang terkenal di Malaysia.
Bijak rebut peluang bisnes, Pengasas Leeyanarahman kini gigih jual tiramisu viral dan baju raya haji dalam satu masa.
Anak Terengganu ini juga baru melancarkan koleksi baju kurung Aidiladha YNALEE sempena Hari Raya Haji tak lama lagi. Rambang mata tengok koleksi Yaana yang bakal dipasarkan tak lama lagi, cantik dan terletak elok, pandai sungguh Yaana membaca cita rasa fesyen wanita Malaysia.
Isteri kepada Muhamad Hafiz Abdul Hamid itu juga terkenal sebagai seorang yang dermawan serta kerap menyampaikan sumbangan kebajikan kepada golongan yang memerlukan. Antaranya sejumlah dana sekitar RM128,000 melalui Yayasan Nurjiwa buat saudara seislam di bumi Aqsa.
Inspirasi kerja keras Yaana turut meraih pujian banyak usahawan lain. Seorang individu di Threads turut meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Yaana untuk menjual manisan tersebut meskipun sudah memiliki perniagaan pakaian yang stabil.
Tengok orang kaya, dia tamak. Yaana Lee rasanya sudah ada perniagaan dan untung juta-juta dari hasil jualan tapi dia masih buat perniagaan lain iaitu tiramisu.
Orang akan cakap, orang kata suka ambil kesempatan. Bagi saya inilah pemikiran orang kaya.
Mereka tetap berniaga walaupun sebenarnya boleh je selesa dengan satu jenis perniagaan yang sudah untung.
Sama macam Datuk Aliff Syukri. Saya harap saya pun ada pemikiran yang sentiasa ligat.
Pengguna media sosial lain turut bersetuju dengan perkongsian individu berkenaan. Sifat rajin yang ditonjolkan Yaana boleh dijadikan inspirasi kepada orang lain.
Content dah jadi nafas dalam dunia orang muda kerana itulah sis mesti datang ke event of the year yang menghimpunkan ramai content creator sebenar di MYDCF 2024!
Ya, MYDCF atau Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY ni dianjurkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bermula dari 13 hingga 15 September 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Bukan untuk rakyat Malaysia semata, tapi sebagai tuan rumah, acara sambutan ini turut mengangkat kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan seterusnya.
Malah tahun ini juga, MYDCF memperkenalkan jenama baru iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
AKTIVITI
Apa yang membuatkan ramai berpusu-pusu ke MYDCF ni? Untuk sis dan content creator sebenar yang lain, ini antara aktiviti yang tidak boleh dilepaskan:
Amboi, patutlah happening dan jadi event of the year!
Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Sis juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Sambil mengunjungi booth, acara pentas pun tak kurang hebatnya. Jom sis, nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah.
Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta jelajahi pameran komik terbesar dari artisan terkenal tempatan.
Penglibatan dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.
Tiket bagi peserta terawal event MYDCF kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.
Tak cukup menarik lagi? Tunggu dulu.
Sis boleh juga sertai LEVEL UP PLAY iaitu komponen acara Business to Consumer (B2C) bagi Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) bagi meraikan konten digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara dan global.
Acara menarik:
So, save the date dan jumpa hijabista semua di sana! Layari web https://mydcf.my/play/ untuk maklumat lanjut.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.