‘Beauty With Brain’, Khaysha Faizal Pilot Wanita Yang Trending Satu Dunia Memang Cantik Dalam Berhijab

Share

Biasanya kerjaya pilot atau juruterbang dimonopoli oleh kaum lelaki. Tetapi tidak mustahil wanita juga mampu untuk mengemudi dan menjadi ‘nakhoda’ sebuah kapal terbang. Begitu juga yang dialami oleh pilot wanita ini Khaysha Mohd Faizal yang dikatakan sangat trending di seluruh dunia. Bukan sahaja bijak, tetapi juga memiliki seraut wajah yang sangat cantik hingga menjadi viral dan sebutan ramai.

Khaysha Faizal yang mempunyaai follower 200K di laman instagram dilihat seperti seorang model. Dengan ketinggian yang memang diimpiikan oleh setiap gadis yang mahu terjun ke dunia modeling.

Malah dia juga boleh digelar seperti instafamous kerana setiap kali foto dimuat turun lagaknya bak model popular. Apa yang menarik perhatian adalah foto dimuat turut di laman sosial Instagram yang mempunyai follower

224K dengan cantik berhijab.

Inilah yang dikatakan beauty with brain. bukan sahaja cantik, tetapi juga bijak dan paling penting bertugas dalam kerjaya yang memerlukan seseorang itu kuat dari ketahanan mental dan fizikal.

Maklum sahaja bukan calang-calang kenderaan dibawa, tetapi kapal terbang besar dengan membawa penumpang ke destinasi dituju. Dalam satu temubual bersama Harian Metro, gadis manis berusia 24 tahun ini bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.

Menurutnya yang berasal dari Muar, Johor sejak usianya 15 tahun memang dia memasang niat untuk jadi pilot. Dan akhirnya impian terlaksana dengan menimba pengalaman terlebih dahulu dengan Malindo Air sebelum bekerja dengan MAB.

Bercerita tentang cabarannya, Kaysha berkata oleh kerana perempuan tidak ramai, jadi ketika training mereka akan fikir perempuan pandai. Namun segala cabaran dapat diharungi sebaik mungkin dan dia sangat mencintai kerjaya yang disandangnya kini.

Semoga kejayaan Khaysha ini menjadi inspirasi buat hijabi di luar sana untuk mencapai apa yang diimpikan. Tidak ada yang mustahil kerana jika kita berusaha pasti akan dapat yang dihajati.

KREDIT FOTO: INSTAGRAM KHAYSHA FAIZAL

IKLAN