Zahirah Macwilson bukanlah satu nama baru dalam industri hiburan tanah air. Sememangnya kemunculan Zahirah menyerikan lagi industri ini berbekalkan bakat lakonan yang mantap serta raut wajah yang jelita. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap lakonannya pasti berjaya meninggalkan kesan di dalam hati.
Terbaru, drama lakonannya bertajuk Tak Ada Cinta Sepertimu telah ditayangkan di Astro Ria dan mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan para peminat. Drama ini telah pun tamat semalam dan dalam drama ini, Zahirah membawa watak seorang wanita bertudung bernama Athea yang menjaga dua orang anak buahnya.
Menerusi drama ini, Zahirah dilihat berpenampilan sungguh manis dengan hijab yang disarungnya. Malah, dia juga dilihat begitu ayu menyarung pakaian yang menutup aurat, sopan serta longgar. Apa yang menarik perhatian Hijabista adalah hijab yang disarungnya kelihatan begitu cantik terletak di kepala tidak kira sama ada dia memakai tudung bawal ataupun selendang, Biarpun tidak bergaya dengan lilitan yang terkini, Zahirah tetap nampak cantik.
Ayuh kita lihat 10 gaya hijab Zahirah Macwilson di dalam drama Tak Ada Cinta Sepertimu.
Fesyen itu sangat subjektif untuk dibicarakan. Tiada yang betul dan tiada yang salah. Kalau kita bijak menyuai padankan, sehelai baju pun boleh digayakan dengan macam-macam gaya.
Seperti perkongsian DJ Zayan Fm iaitu Lin Ariffin, dia telah berkongsikan caranya memakai baju kemeja secara terbalik. Eh, macam mana tu? Tak pelik ke jadinya?
Mana ada pelik sis! Kalau kita bijak untuk gayakannya dengan kreatif, pasti hasilnya akan jadi WOW gitu. Ikuti langkah yang dikongsikan oleh Lin ini. Memang fashionable!
Awal bulan Mac ini menyaksikan beberapa selebriti menamatkan zaman solonya dengan pasangan pilihan hati masing-masing. Selepas Fasha Sandha, diikuti Bella Dally dan hujung minggu lalu menyaksikan pula pelakon Nelydia Senrose menamatkan zaman bujangnya. Hanya dengan sekali lafaz, pelakon cantik ini sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35 tahun.
Majlis yang dilakukan secara tertutup hanya dihadiri sanak saudara serta kenalan rapat di sebuah hotel terkemuka di di sini petang Sabtu lalu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Nik Sen Mat Rifin, dengan disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid.
Dan seperti biasa jika ada majlis perkahwinan, pastinya pakaian digayakan selebriti yang menjadi tumpuan. Jika Bella Dally menggabungkan pants dan dress untuk majlis resepsi, busana Nelydia juga turut ada keistimewaan tersendiri.
Dalam majlis berkenaan Nelydia atau nama penuhnya Nik Zaris Nelydia Nik Sen kellihatan begitu anggun mengenakan persalinan rona putih gading rekaan Ezuwan Ismail.
Begitu juga ketika di majlis persandingan pula menyaksikan Nelydia tampak sangat menawan menggayakan busana rekaan duo tersohor Rizman Ruzaini. Penampilannya malam itu sangat mencuri tumpuan apabila menggayakan dress mewah rona pastel.
Menjadikan penampilannya malam itu bak puteri dengan batuan serta manik mutiara yang dijahit tangan sendiri dengan rekaan silhouette klasik menggunakan tulle yang eksentrik.
Pasangan sama cantik sama padan ini bertemu setahun yang lalu dan pelakon ini bersyukur kerana segala urusannya dipermudahkan Allah termasuk makbulkan doanya ketika di tanah suci berkaitan urusan jodoh.
Hijabista ucapkan selamat pengantin baru dan semoga pasangan ini kekal bahagia till jannah.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM SELEBRITI
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dikenali sebagai Adan, dia dilahirkan dan dibesarkan di Copenhagen bersma keluarga.
Adan banyak terlibat dalam pentas runway antarabangsa. Runway pertamanya ialah untuk Blanche di Copenhagen.
“Keluarga saya sangat menyokong terutama ibu. Ibu mempunyai beberapa kebimbangan namun saya nampak kepercayaannya terhadap saya. Ibu dan salah seorang kakak saya juga memakai tudung.
“Saya mula memakai tudung sejak berumur 12 tahun kerana ingin kelihatan manis seperti ibu. Ketika itu saya rasa seperti seorang gadis dewasa yang cantik.
“Lama kelamaan, bertudung menjadi sebahagian daripada hidup saya. Walaupun ia bukan keseluruhan identiti saya, tetapi ia adalah bahagian penting.
“Saya tidak rasa mencabar untuk menjadi model bertudung. Saya telah bertemu dengan beberapa orang yang paling baik dalam industri ini. Mereka menghormati pilihan saya, dan saya juga menghormati pilihan mereka.”
Adan turut berpendapat, kebanyakan hijabi mempunyai tanggapan yang salah tentang tudung.
Antara tanggapan salah yang sering diterima, “Adakah anda mandi dengan tudung?” “Adakah anda dipaksa oleh ibu bapa untuk bertudung?” “Adakah anda dibenarkan melakukan ini atau itu?”
Adakalanya Adan terpaksa menjawab “Ya, saya mandi di dalamnya!” Menurut Adan, kebanyakan orang takut untuk bertanya dan bercakap mengenainya walaupun mereka benar-benar ingin tahu.
Kini, segala tanggapan mulai berubah. Lihat sahaja supermodel berhijab, Halima Aden yang memiliki aura luar biasa termasuklah vlogger dan blogger hijabi yang terkenal di media sosial.