Sejak berhijrah pelakon dan pengacara Diana Amir memang mengubah penampilan dan sikapnya 360 darjah. Dia yang melakukan penghijrahan setelah mengakui hidupya kini semakin mendapat ketenangan. Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya ketika bertemu beliau di majlis pelancaran Pameran Sukan Dan Kecergasan Antarabangsa (MISFIT 2018) baru-baru ini.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya. Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada dua cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
SENTIASA BERZIKIR
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa menngingati Allah. Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu cepat tua.
Ads
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan. Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana sebelum mengakhiri perbualan.
Sudah menjadi trend selebriti sekarang yang menggunakan medium media sosial sebagai salah satu cara untuk menyampaikan dakwah kepada follower mereka. Cara ini dianggap lebih berkesan dan dapat dihayati bagi setiap netizen yang membacanya di zaman digital ini. Jika sebelum ini pelakon dan pengacara Irma Hasmie berkongsi ilmu kepada followernya. Dan kali ini giliran selebriti Yatt Hamzah pula turut berbuat demikian. Dalam status dimuat turut, Yatt berkongsi dakwah mengenai persoalan istilah tidur selepas Subuh dalam dua bahagian.
PART 1 Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh? “Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh”. Oh, jadi ustaz, ape hukum tidur lepas subuh? “Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?
Aku bisik dalam hati “Ada byk mazhab ke dia ni?”. Jangan kau nak menyatakan perkara yg kau tak boleh sorokkan dengan aku. “Astaghfirullah, dia membaca lintasan hati aku…” “Maaf ustaz, dua2 mazhab lah ustaz”. Dia kata, “Kalau dengan cara hidup kau, amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.
Aku nak menangis. “Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!” Aku tersentak. “Kenapa ustaz?” Dia menjawab, Orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah! Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur. Umpama mcm kalau kau seorang jutawan, bawa duit berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari. Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi ape yg ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata “dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu”.
Aku tersentak. Dia berkata lagi, “Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah. Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat Dhuha”.
Allahuakbar, bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini. Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa. Allahhh…
Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa. Dia kata lagi, Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis?
Allahuakbar
PART 2 Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa takut macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.
Dia kata lagi, “Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab bersukan, main gym, futsal, jalan-jalan, kerja lebih masa dan macam2 lagi. Apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?” “Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala otak kau sendiri, macam mana? Mungkin sebab itulah hidup kau tunggang langgang.
Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.
Sentap beb! Rase macam potong bawang halus2..Tapi benar, setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lpas subuh. Lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh. Aku lazimi surah Al-waqiah dan solat dhuha setiap hari. Dan ku dapat rasakan rezeki ku melimpah-limpah. Ya Allah, Murahnya rezeki MU jika ku tidak tidur lepas subuh.
Tidur selepas subuh??? Peringatan buat semua dan juga diri yang faqir ini.
#INI ADALAH PENGALAMAN BENAR SEORANG HAMBA ALLAH DG ORANG ALIM YG DITEMUINYA. SILA HADAM DALAM2. TAK PERLU KITA JUDGE HARAM HALAL, ITU DAN INI. TIADA PULA DINYATAKAN TIDUR LEPAS SUBUH ITU HARAM. HANYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN SEORANG YG ALIM DAN FAQIH MENGANGGAP DIRINYA AKAN JATUH KUFUR JIKA TIDUR SELEPAS SUBUH. CUKUP SEKADAR JADIKAN PANDUAN DAN PERINGATAN BUAT KITA YG JAHIL LAGI FAQIR INI AGAR JADI MANUSIA LEBIH BAIK. SAYA HANYA BERKONGSI BENDA BERMANFAAT, SELEBIHNYA TERPULANG PD DIRI MASING2. WALLAHUA’LAM.
Melihat kelincahan wanita ini bagai tidak menduga dia pernah diduga dengan ujian maha hebat. Siapalah dia mahu menolak qadar dan qadar Tuhan. Walaupun jauh di sudut hati mahu menimang cahayamata sendiri, namun Tuhan masih belum mengurniakan rezeki padanya. Personaliti Farrah Adeeba yang sebelum ini gagal dalam ujian In Vitro Fertilization (IVF) tetap reda dengan apa yang berlaku. Dia kini tidak lagi menoleh ke belakang, kerana apa yang penting dirinya juga merupakan ibu kepada dua cahayamata angkat.
Ketika bertemu dirinya di majlis pelancaran Malaysia International Sport & Fitness Fair (MISFIT) 2018, lalu, wanita ini cukup aktif dalam mengendalikan program CSR kempen #stopperogoldarirumah yang dibawakan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Menurut Farrah Adeeba, dia sebenarnya reda dengan apa yang berlaku sebelum ini. Percubaan untuk menggunakan kaedah IVF dilakukan kerana tidak mahu rasa menyesal jika tak melakukannya. Tetapi hakikat sebenarnya dia memang seorang ibu kepada dua anak lelaki.
“Saya memang seorang ibu kepada dua anak lelaki yang sangat baik. Cuma dalam masa saya berharap jika dapat dikurniakan anak perempuan. Tetapi setelah percubaan pertama itu, saya bagi tau anak lelaki saya, terutama Muhammad yang ibu akan tunggu menantu dan cucu sahaja,” cerita Farah ketika ditanya mengenai percubaannya melakukan rawatan IVF hujung tahun lalu.
Bercerita mengenai pengalamannya menjalani rawatan berkenaan, anak sulungnya Muhammad yang merupakan penyokong terkuatnya. Dia mengambil bahagian dalam setiap proses yang dilalui olehnya. Muhammad yang teman berjumpa doktor, ketika membuat suntikan, teman makan ubat dan dia juga yang mengingatkan Farah untuk berjalan perlahan sepanjang tempoh dua minggu berkenaan.
Menulis di laman instagramnya itu Farrah memberitahu Muhammad juga yang merasa sedikit kecewa apabila mendapat tahu keputusan ujian berkenaan negatif.
“Aktiviti fav dia selama 2 weeks wait pulak ialah google cari gambar baby yg montel montel dgn ibu. And i was purposely googling baby girl punya pics. Dia tak tau. Hehehehe. He wanted more brothers. Tapi kadang kadang dia redha dgn wish ibu sebab kesian tgk kita go thru pelbagai proceedure.
“Dia lah antara yg paling frust bila the pregnancy test was negative. When i said Allah nak bagi ibu menantu-menantu & cucu-cucu yg soleh/hah instead, jawapan itu ditolak mentah-mentah. Hahahahahaha… siap membebel penat lah mcm ni, rugi jer, stress jer bla bla bla mcm lah dia yg kena inject bagai for the past 2-3 months. Kita pulak balik balik kena motivate dia.
Farah juga memberitahu insya-Allah dia tidak akan melakukannya (rawatan berkenaan) sebaliknya hanya akan fokus dan beri tumpuan kepada mereka berdua sahaja. Apatah lagi dia juga kini sibuk dengan kempen #stopperogoldarirumah yang dijayakan bersama MISFIT 2018.
Walau bagaimanapun bagi mereka yang mahu terus mencuba dapatkan anak melalui kaedah ini Farah memberitahu kita sebagai ibu diberi hati dan perasaan oleh Tuhan dan berapa banyak kanak-kanak lain di luar sana yang memerlukan kasih sayang kita sebagai ibu. Jadi tidak salah pergi dapatkan mereka dan curahkan kasih sayang yang sepatutnya.
Dia juga sebenarnya cukup beruntung kerana mempunyai anak-anak yang begitu menyayagi dirinya sepenuh hati. Anak-anaknya memberitahu mereka sayang dirinya, mencium dan memeluknya setiap hari.
Farah merasakan dirinya cukup beruntung kerana dikurniakan dua anak yang tahu menghargai kasih sayang yang diberikan. Ini kerana tidak semua ibu bapa diraikan oleh anak mereka dengan cara begini.
“Anak-anak saya cium dan peluk saya setiap hari. Saya sendiri tidak berkata begitu pada mereka. Dan inilah sebenarnya anugerah tidak ternilai dan berharga yang Allah berikan pada saya.
“Jadi saya tidak rasa kempunan untuk bergelar ibu kerana saya memang sudahpun menjadi ibu kepada anak-anak saya,” cerita Farah yang melakukan rawatan IVF kerana mahu merasai pengalaman mengandung.
Dan percubaan pertama itu sudah membuat dia puas hati dan Farah juga tidak sedih walaupun usahanya kali pertama itu tidak berjaya.
“Saya memang jadi sedikit emosi pada hari berkenaan. Biasalah macam bila kita ambik exam. dah berusaha pasti kita nak capai kejayaan. Tapi dalam erti kata sebenarnya saya sangat gembira kerana sepanjang tempoh dua minggu (dalam rawatan) saya tak boleh langsung angkat benda berat, lagi-lagi anak saya.
“Jadi apabila rawatan berkenaan gagal, saya gembira dapat peluk dan angkat baby saya semula. Rasulullah juga ada berpesan untuk kita berkata alhamdulillah dalam apa jua situasi. Jadi itulah yang saya ucapkan dengan ujian yang diberi oleh Allah ini,” tambahnya yang berkata, insya-Allah percubaan rawatan berkenaan adalah yang pertama dan terakhir kerana selepas ini mahu beri tumpuan pada anak-anaknya.
Bercerita kempen #stopperogoldarirumah ini Farah menekankan kepada semua golongan masyarakat harus peka dengan persekitaran. Perlu ada sikap ambil peduli untuk terus melaporkan jika melihat sesuatu yang mencurigakan berlaku sama ada adik perempuan, anak murid atau anak mereka sendiri.
Mangsa dalam hal ini perlu tahu jalan keluar dan ibu-ibu juga harus bersuara kerana apa yang kita tahu kes sudah mengandung. malah bapa juga perlu bercakap dalam soal ini yang sudah menjadi satu masalah serius dalam masyarakat kita.
Kempen ini juga sebenarnya akan mengajar di mana semua masyarakat perlu jadi berani pada tempatnya. Dan kita juga mahu kongsi bahawa ada platform yang menyediakan kemudahan ‘on stop centre’ bagi yang berhadapan masalah ini.
Inilah informasi yang kita mahu beritahu pada masyarakat kerana ramai yang tidak tahu mengenainya. Dan akhir sekali paling penting adalah pencegahan kerana ia lebih penting dari merawatnya. Kita juga akan masukkan Al-Quran dan sunnah dalam kempen berkenaan.
Misfit 2018 akan melibatkan pemain industri sukan tempatan dan antarabangsa seperti profesional, pengilang, pengimport, pengeksport dan peruncit. Mereka adalah yang terlibat dalam aksesori dan pakaian sukan, kelengkapan dan fasiliti sukan, pendidikan dan sekolah sukan, acara dan pertandingan sukan, makanan sihat dan tenaga, sukan pemulihan dan rehat serta e-sport.
Akan diadakan buat julung kalinya di dua lokasi iaitu Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pada 3 hingga 5 Ogos dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru pada 5 hingga 7 Oktober nanti.
Setelah hampir setahun lebih lepas kelahirannya, bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuha Sophea akhirnya balik ke Malaysia untuk menjenguk peminatnya di sini. Dhuha yang pulang bersama kedua ibu bapanya minggu lalu terus sahaja menuju ke kampung halaman ibunya, Siti Safuraa Hamzah di Terengganu. Namun dek kerana perubaha cuaca dan faktor keletihan, menyebabkan bayi yang mempunyai sepasang mata cantik ini telah mengalami demam dan batuk. Ketika bertemu dengannya minggu lalu, Dhuha kelihatan tidak begitu ceria dan agak ‘moody’ kerana keadaannya yang tidak begitu sihat.
Menurut ibunya, Safuraa sebaik touch down, mereka terus mengambil penerbangan ke Terengganu untuk menziarahi keluarga Safuraa yang memang berasal dari sana. Perubahan cuaca yang agak panas menyebabkan mereka sekeluarga telah mengalami demam dan batuk.
Dia sendiri turut tidak sihat dan bapa Dhuha Sophea, Asadullah Stumbry juga mengalami kenaikan suhu agak tinggi sehingga 39.8 dan terpaksa ditahan di wad kecemasan di sebuah hospital.
Mereka sebenarnya memang telah merancang lama untuk pulang setelah hampir 3 tahun tidak pulang ke sini sejak melahirkan Dhuha Sopeha dua tahun lalu. Oleh kerana suaminya mendapat cuti panjang, jadi kesempatan yang ada memberi peluang mereka sekeluarga balik ke sini sambil melawat sanak-saudara.
Sebenarnya ada beberapa perkara telah dirancang sebaik mereka pulang, tetapi dek kerana faktor kesihatan banyak perkara tertangguh. Mereka hanya sempat mengadakan sesi fotorafi dengan majalah terbitan Karangkraf dan juga sesi meet & greet bersama Duha Sophea yang dilakukan di sebuah restoran makanan segera.
Walaupun sudah beransur sihat tetapi Safuraa tetap memantau keadaan anak sulungnya ini. Mereka sekeluarga akan berada di sini sehingga 23 Mac dan hanya akan pulang ke Sweden selepas itu.
Untuk pengetahuan, Dhuha Sopeha Stumbry yang lahir pada 29 September 2016 ini mempunyai jumlah pengikut di laman instagam milik ibunya 188K dan dia adalah antara bayi kacukan tercantik di dunia. Dhuha Sopeha adalah hasil cinta istikharah antara dua benua yang berbeza. Ibunya berasal dari Terengganu dan ayahnya pula seorang warga Russia dan kini mereka sekeluarga menetap di Sweden.
Populariti Dhuha Sopeha mula jadi bualan kerana kecomelan si kecil ini ibarat patung kerana mempunyai mata yang menawan dan sepasang senyuman cukup manis. Malah setiap keletah yang dipaparkan di instaram oleh ibunya akan mendapat like hingga ribuan netizen dari serata dunia.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!