Baru Beberapa Jam Melahirkan, Netizen Tak Sabar Lihat Hanis Zalikha Train ‘Baby Girlsnya’

Share

Tanggal 19 Ramadan pada Jumaat mulia menyaksikan pasangan selebriti popular, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen selamat menimang cahaya mata keduanya. Bayi perempuan ini telah dilahirkan di sebuah hospital swasta dan dinamakan Alisa Aisyah Oleh pasangan ini. Dan tak sampai beberapa dilahirkan, si comel ini juga telah mempunyai akaun Instagram sendiri.

Bukan sahaja baby nampak sihat, malah Hanis Zalikha juga kelihatan ceria walaupun setelah beberapa jam melahirkan anak keduanya ini.

Sebelum itu pada tahun 2016 juga pada hari Jumaat, dia selamat melahirkan anak lelaki, Yusof Iskandar yang kini sudah berusia 3 tahun.

Gambar terbaru bayi perempuan comel ini dimuat turun oleh kedua-duanya di media sosial dan kelahirannnya turut mendapat ucapan tahniah dari rakan selebriti serta follower masing-masing. Mereka mendoakan supaya bayi perempuan itu membesar sihat.

schaalyahya Congratulations  Alhamdulillah babe. Happy pantang 

umminazeera Alhamdulillahhh! Congratulations !! MashaAllah! May Allah make her righteous, and make her grow in a good manner, and make her kind to her parents. ameeen

lisasurihani Can’t wait to see her menggg!! I’m so happy for u all

elizadsharifuddin Comelll sgtt, Alhamdullillah

atiharun alhamdulillah tahniah.. semoga menjadi anak yg solehah

hahanybunch She looks like her brother! Congratulations guys! May she grow to be as awesome as her mummy!

hiroerin alhamdulilah tahniahhhh comel sgt. muka abg yusuf

iamfatinmastina Tak sabaq tengok Hanis train baby girl cemana pulak. Alhamdulillah, tahniah!

Hijabista turut mengucapkan tahniah atas kelahiran kedua ini, moga Alisa Aisyah membesar jadi anak solehah yer

KREDIT FOTO: INSTAGRAM HANIS ZALIKHA

 

IKLAN