Senjata orang Islam adalah melalui doa. Oleh itu jangan jemu dan putus untuk berdoa. Umat Islam perlu yakin kepada kekuatan doa.
Sebab itu di dalam solat, kita dituntut untuk meminta supaya dijauhkan daripada fitnah; fitnah Dajjal, fitnah hidup dan fitnah kematian, azab kubur dan azab Neraka, dan kita memohon juga perlindungan dari dosa-dosa dan hutang piutang.
Selain bacaan doa, amalan membaca beberapa Surah dalam setiap solat juga turut membantu kita menjadi insan yang sentiasa bersyukur dengan rahmat Allah. Rasulullah SAW sendiri mengamalkan beberapa bacaan Surah dalam setiap solat yang dikerjakannya.
Berikut perkongsian Dr. Ahmad Sanusi Azmi tentang doa-doa yang sering diamalkan oleh Rasulullah SAW dalam solat.
Bacaan Rasulullah Dalam Solat
Ajarkan kepada diri dan anak-anak tentang surah-surah yang dibaca oleh Rasulullah dalam solat Baginda. Maklumat ini dikumpulkan berdasarkan sebahagian hadis yang diriwayatkan.
Semoga kita membaca surah-surah yang pernah dibaca oleh Rasulullah dalam solat. Pun begitu tiada halangan sekiranya kita ingin membaca surah yang lain.
Ads
Semoga Allah membimbing kita. Jom kita jadikan amalan harian.
BACAAN DALAM SOLAT SUBUH
Ads
BACAAN DALAM SOLAT ZOHOR & ASAR
BACAAN DALAM SOLAT MAGHRIB
Ads
BACAAN DALAM SOLAT ISYAK
HIJABISTA: Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu kita menjadi insan yang lebih baik serta hambaNYA yang mendapat rahmat Allah.
Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.
Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat bdannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
Malah dalam posting terbarunya, Catriona turut memaparkan kegigihan dia melakukan jungle trekking di Tugu Trail Walk hingga menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal sihat dan langsing.
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Dalam satu hantaran lain, Catriona turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang proses menurunkan berat badannya itu.
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,” ujarnya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Ramai yang sudah menonton drama terbaru Ummi Nazeera dan juga Izzue Islam iaitu ‘Rindu Kasih’ bukan? Sudah tentu ramai yang berjurai air mata bila tonton drama itu sehingga habis, kalau boleh setiap adegan nak nangis.
Faham sahaja bila suatu cerita itu mempunyai satu plot yang sangat menarik sehingga menghayat hati. Tapi sedih pun ia, ini ada pesanan khas dari suami Ummi Nazeera sendiri tentang setiap tangisan anda itu.
Siapa sahaja yang tidak akan mengalir air mata jika menonton sesuatu cerita atau drama yang cukup bagus. Inikan pula pelakon itu membawakan suatu watak yang cukup mantap sehinggakan naik bulu roma!
Sudah tentu ramai yang mata bengkak lepas dah menangis dengan sangat lama betul? Perkongsian dari suami pelakon Ummi Naziera iaitu Dr. Izzar Anwari tentang kesan bengkak yang berlaku pada mata selepas menangis.
“Apabila anda menangis, air mata itu akan menjadi banyak dan ‘drainage system‘ mata iaitu tear duct tidak dapat menampung untuk menyerap kembali air mata yang banyak itu,
“Oleh itu, air mata berlebihan itu akan berada di tisu bawah mata itu, menyebabkan mata sembab atau bengkak.” itulah penjelasannya mengenai mata yang boleh jadi bengkak!
Tidak sahaja menjelaskan bagaimana bengkak bawah mata terjadi, Dr. Izzar juga turut berkongsi beberapa tip yang boleh kita ikuti. Mudah-mudahan kurang sikitlah kesan bengkak sebab drama sedih ini.
Hanya perlu rendamkan 2 teabag (uncang teh) ke dalam air suam dan letakkan dalam peti ais untuk sejukkannya. Bila sudah tiba masanya, letakkan pada mata yang bengkak itu sewaktu suhu uncang teh masih sejuk. Ini kerana kafein yang ada pada teh itu boleh membantu mengecutkan salur darah dan mengurangkan kesan sembab.
Selalu nampak bukan iklan atau gambar spa yang meletakkan timun pada mata. Ya, cara ini juga berkesan untuk hilangkan bengkak pada mata anda. Potong timun pada saiz yang sederhana nipis dan sejukkannya di dalam peti ais. Selepas itu, anda boleh sahaja letakkannya pada mata yang bengkak itu.
Bunyinya agak rumit tapi sebenarnya hanya menggunakan ice bag sahaja. Jadi ambil sahaja ice bag anda, lapik dengan kain dan tuam pada mata.
Tip yang cukup mudah kerana anda perlukan dua sudu besi dan sejukkannya di peti ais. Setelah itu, letakkan ia sahaja di mata, cara ini senang juga buat anda yang nak cepat dan kurang peralatan.
Ha, apakah dengan maksud cold rub? Caranya adalah dengan sejukkan tangan atau jari dengan air yang sejuk (berisi ais). Selepas itu, urut kawasan mata yang bengkak itu, jangan tonyoh mata ya! Urut dengan perlahan-lahan.
Dr. Izzar juga ada membuat pesanan untuk anda yang suka tonton drama sehingga menangis itu untuk jaga kesihatan. Kalau sudah lama bengkak di mata, eloklah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya, takut parah nanti.
Pasti ramai yang terkesima melihat seorang wanita yang malu-malu ketika sarung cincin, hati pasti terdetik ‘waa momen yang memberi seribu debaran, pastinya si mempelai pandai menjaga batasan sebelum bernikah….’ Namun apa yang dibualkan ianya seperti trend dan menjadi ikut-ikutan.
Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh bagaimana berpandangan sebaliknya.
Saya rasa, macam semakin trending pula video ‘pengantin malu-malu’ untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian diviralkan dengan caption yang menunjukkan ‘betapa muslimah’ dan ‘betapa sucinya’ pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini. Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang.
Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk lintuk badannya ke kiri dan ke kanan. Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit-sentuh sikit-tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik – sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah.
Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama, lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang.
Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan,
“Real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam…”
Pesanan akhir beliau,
“…. If you really feel shy, you wont giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes..”
Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.
Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.
Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling.
Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan. Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian.
Gemuruh itu normal. Semua orang akan berasa gemuruh. Gemuruh yang akan membuatkan kita ‘alert’ dengan sesuatu. Sebab fikiran kita hanya tertumpu pada satu benda yang dirisau-risaukan. Gemuruh ini adalah ketika kita berasa risau dan takut dengan apa yang akan terjadi. Jadi ada banyak cara nak hilangkan perasaan gemuruh. Antaranya adalah doa.
Ya hayyu ya Qayyum, birahmatikas taghis
Maksudnya: Wahai Tuhan yang Maha Menghidupkan, yang berdiri sendiri tidak memerlukan sesuatu dengan rahmatMu, aku mohon pertolongan
Doa ini merupakan satu sabda Rasulullah daripada Anas Bin Malik. Sebelum apa-apa, kita mohon pertolongan daripada Allah terlebih dahulu untuk memudahkan kita supaya semuanya berjalan dengan lancar. Apa jua perkara yang kita nak hadapi selepas itu.
Allahumma la sahla illa ma ja ‘altahu sahla. Wa anta taj ‘alul hazna iza shikta sahla.
Maksudnya: Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau mudahkan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau menghendakinya
Ini merupakan hadis daripada Anas Bin Malik.
Selepas kita memohon pertolongan daripada Allah untuk keseluruhan proses membuat sesuatu yang kita takut-takutkan, maka kita mohon pula Allah permudahkan supaya semuanya tenang dihadapi oleh kita sendiri.
Nabi Musa pun berdoa: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku tugasku, dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, supaya mereka faham perkataanku
Ini diambil daripada Surah Taha ayat 25-28.
Menurut tafsir, ayat ini menceritakan kisah Nabi Musa yang nak menghadapi Firaun, raja yang paling kejam dan tidak mengenali Tuhan selain dirinya sendiri. Nabi Musa sangat nervous untuk hadapi Firaun. Maka, dibacanya baginda ayat di atas.
La ila ha illa anta subhanaka inni kuntu minazholimin
Maksudnya: Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang-orang yang zalim
Doa ini terdapat di dalam Surah Al-Anbiya ayat 87.
Banyak riwayat daripada At-Tirmidzi, An-Nasaie, Ahmad dan lain-lain menyampaikan yang Rasulullah pernah bersabda, barangsiapa membaca doa ini, maka Allah akan kabulkan permintaannya. Maka mintalah ketenangan jiwa dan kemudahan untuk melakukan apa yang ditumpukan.
Daripada Abu Hurairah RA, “Ketika Rasulullah risau tentang sesuatu, baginda akan pandang (dongak) ke langit dan berkata ‘subhanallahil azim’.
Ini adalah sunnah daripada baginda sendiri ketika risaukan sesuatu. Kalimat ini merupakan antara dua kalimat yang Rasulullah sebutkan ringan di mulut tetapi berat di timbangan amal, menurut hadis riwayat Bukhari dan Muslim. Maka ucapkanlah kalimat ini dengan lazim.
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Kelapangan hati itu hanya dikurniakan oleh Allah. Maka, bila nak buat sesuatu dan hari pun tidak tenteram, maka kembalikanlah urusan itu kepada Allah. Surah ini mengingatkan kepada kita yang tatkala kesusahan pun adanya kesenangan. Berimanlah dengan ayat Al-Quran. Sedikit sebanyak dapat melegakan kerisauan yang sedia ada.
Sumber:Aku Islam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.