Surah Al-Ikhlas merupakan antara surah yang paling mudah untuk dibaca dan senang untuk dihafal. Tahukah anda, biarpun ia merupakan sebuah surah yang pendek, namun banyak kelebihan yang kita bakal perolehi sekiranya kita mengamalkan bacaan surah ini setiap masa dengan kerap.

Biarpun kita seringkali disarankan untuk membaca surah 3 Qul yang juga megandungi surah Al-Ikhlas, namun surah ini juga memiliki keajaibannya tersendiri. Tidak dinafikan bahawa Nabi SAW sendiri menyatakan kelebihan membaca surah Al-Ikhlas iaitu satu kali bacaan menyamai 1/3 Al-Quran.

Hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri RA berbunyi :

وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ إِنَّهَا لَتَعْدِلُ ثُلُثَ الْقُرْآنِ

Maksudnya : “Demi jiwaku di tanganNya, sesungguhnya surah Al-Ikhlas benar-benar menyamai 1/3 Al-Quran.”

IKLAN

(Sahih Al-Bukhari, kitab Fadha’il Al-Quran, bab Fadhal Qul Huwa Allah Ahad)

Ibn Baz berkata :

نعم صحيح، وهي تعدل ثلث القرآن بنص الرسول عليه الصلاة والسلام، لكن من قرأ القرآن وكمله يكون أكمل من جهة تدبر القرآن والفائدة، ولكنها بمنزلة إذا قرأها ثلاث مرات بمنزلة الختمة من جهة الأجر، أما ما يتعلق بالفوائد والتدبر والتعقل فلا شك أن الذي يقرأ القرآن يكون له كمال آخر وفضل آخر لكثرة الفائدة. نعم.

IKLAN

Maksudnya : “Ya sahih. Bacaan surah Al-Ikhlas sekali menyamai 1/3 al-Quran berdasarkan nas Rasulullah SAW.

Akan tetapi, sesiapa yang membacanya dan menyempurnakannya dengan mentadabbur dan mengutip faedah, maka keadaan dia lebih sempurna.

Orang yang membaca 3 kali akan mendapat pahala.

IKLAN
Sumber gambar: Mengaji Online

Dalam bab yang berkaitan dengan faedah-faedah, tadabbur dan berfikir, maka tidak syak lagi sesiapa yang berbuat demikian akan mendapat kesempurnaan dan kelebihan yang lain kerana banyaknya faedah. Ya.”

Ibn Baz membahagikan muslim kepada 2 bahagian.

  1. Jika kita sekadar membaca surah ini sebanyak 3 kali maka kita mendapat pahala membaca al-Quran sepenuhnya 30 juzuk.

2. Muslim yang menghayati surah tersebut dan mengamalkannya dalam kehidupan maka mereka mendapat kelebihan yang lain.

Maka, amalkanlah bacaan surah Al-Ikhlas sebelum tidur untuk mempeolehi ganjaran pahala dari-Nya dan diredhai oleh ALLAH SWT. InsyaAllah! Selamat beramal!

https://www.youtube.com/watch?v=-rZQHLDl98I

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI