Baby bump atau bentuk perut wanita ketika mengandung adalah aurat bentuk badan. Ini kerana ada lelaki yang terangsang dengan wanita yang hamil.
Maka syarat pakaian wanita di luar rumah ialah tidak menampakkan bentuk badan, walaupun dia hamil sekalipun, maka kena pakai pakaian luar berbentuk jubah yang tidak nampak ‘baby bump’.
Pesanan Untuk Ibu Mengandung
Terpanggil untuk post berkenaan ini memandangkan mungkin ramai yang belum tahu, atau terlepas pandang tentang ini.
Para lelaki wajib tahu kerana kalian merupakan seorang anak, abang atau adik dan akan menjadi seorang suami, ayah yang bakal mendidik, menyampaikan perkara haq, sekaligus menjaga maruah kaum wanita seperti ibu, adik beradik, isteri dan lain-lain.
Ads
Wanita, lagilah wajib tahu
Menunjukkan bentuk baby bump di khalayak ramai atau public adalah sesuatu yang dilarang oleh kerana baby bump seorang wanita itu aurat.
Cuba kita fikir dengan teliti, perut adalah anggota yang personal, tidak layak dinikmati oleh sesiapa kecuali sang suami.
Ads
Ada lelaki yang suka tengok wanita mengandung dan sangat menikmati baby bump seorang wanita.
Dengan berhati-hati tentang gambar yang kita post ke social media, insyaAllah maruah terjaga dan tidak diratah oleh mata-mata yang memerhati.
Ads
Wahai suami-suami, doa dan usaha banyak-banyak agar kita sebolehnya tidak tergolong dalam golongan lelaki dayus. Jika benar sayang isteri, tidak seharusnya kalian pamer maruah isteri yang kalian cintai.
Jom jaga maruah seorang wanita. Islam begitu menjaga wanita dan mengangkat darjat wanita layaknya seorang ratu. Jom cintai diri. Walaupun ramai yang lakukan perkara ini, jangan hanyut dan terbuai emosi ya. Surround yourself dengan lingkungan yang mentaati Allah, insyaAllah dapat kuatkan semangat dan membantu dalam istiqamah !
We dont need to do it for the gram even if everyone else is doing it, cause our main purpose in this dunya is to obey Allah SWT.
Kredit: Dayanaamerda
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kediaman yang indah, bersih dan tersusun rapi memang menyejukkan mata. Maka sebab itulah urusan mengemas perlu dilakukan secara teratur. Bayangkan apabila pulang dari kerja, sampai sahaja di rumah, sejuk mata memandang dengan susun atur yang kemas di samping bau yang menyegarkan. Hilang segala lelah!
Urusan mengemas rumah bagi mereka yang bekerja selalunya dilakukan pada waktu hujung minggu. Berikut dikongsikan tip untuk mengemas kediaman dengan cara yang praktikal. Ianya mudah untuk dipraktikkan.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4. Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
HIJABISTA: Gaya minimalis adalah reka bentuk menampilkan ciri-ciri keseriusan dan ringkas dalam hiasan. Hiasan minimalis amat mementingkan pembahagian ruang yang sempurna.
Sepanjang lapan tahun bergelar ‘Ustaz Selebriti’, Imam Muda Asyraf mengakui memang tidak terlepas dari dihambat gosip atau dakwaan tidak berasas. Terbaru beliau dikaitkan mahu berkahwin lain dengan seorang gadis muda yang juga merupakan pekerja di butiknya. Namun jawapan diberikan ini pastinya turut mengecewakan ramai wanita di luar sana yang menaruh hati kepadanya.
Tatkala di tanya padanya berhubung dakwaan ini, bapa kepada tiga cahaya mata itu menafikan mahu mencari isteri muda kerana belum mampu untuk memikul tanggungjawab tersebut.
“Mana ada. Sebelum ini saya ada dengar khabar angin ini tetapi apa saya boleh katakan sekarang saya belum mampu lagi. Semua lelaki teringin tetapi saya tiada perancangan ke arah itu.
“Keluarga sedia ada ini pun saya rasa belum cukup mampu untuk memberikan sepenuh masa, apatah lagi untuk tambah ‘cawangan’. Saya rasa tumpuan diberikan untuk keluarga saya sekarang.
“Tetapi siapa yang ada perancangan silakan jika mampu. Saya rasa belum cukup mampu untuk merancang nak ada gosip dengan sesiapa. Setakat yang ada sekarang ini nak balik rumah pun tak sempat,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangan dengan isteri tersayang, Nur Hussa Yussof sejak 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang perempuan, Setiaku Aisyah.
Mengakui cukup beruntung mempunyai isteri yang memahami tugasnya dalam mendidik masyarakat melalui medium dakwah.
Justeru beliau sebenarnya agak tidak selesa untuk menceritakan semua hal rumah tanga di media massa kerana baginya orang bukan sekadar lihat apa yang disampaikan tetapi juga fokus kepada cara hidup kita.
Bukan mudah untuk bergelar selebriti, apatah lagi jika personaliti di bawa lebih kepada pembawakan Islamik. Namun itu bukan alasan untuk lari dari tanggungjawab dalam menyebarkan ilmu kepada semua lapisan masyarakat.
Bagi Imam Muda Asyraf atau lebih dikenali dengan Ustaz Selebriti, beliau sebenarnya berterima kasih kepada pihak Astro yang telah ‘create’ dirinya dengan title begitu. Malah diam tak diam sudah hampir 8 tahun berada dalam industri ini dalam situasi berbeza.
Berdepan tempoh 8 tahun itu untuk terus kekal kukuh dan ‘maintain’ bukanlah satu tugas yang mudah. Malah jika salah sedikit perilaku atau komen dikeluarkan boleh menyebabkan dirinya berada dalam imej yang tidak bagus.
Bagaimanapun Imam Muda Asyraf mengakui pelbagai dugaan dihadapi sepanjang menjadi ‘public figure’ dan sering dihambat gosip, tetapi baginya ia adalah satu perkara biasa.
“Perlu ada kekuatan untuk berdepan masyarakat, media dan sebagainya. Setakat ini segala cabaran dapat saya tangani dengan baik.
“Kalau nak ikutkan memanglah seronok, glamour atau jadi ustaz nakal, tetapi saya memandang lebih jauh kerana apa yang saya bawa bukan sekadar nama sendiri tetapi gelaran ustaz itu sndiri,” ujarnya ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka dan pemenang peraduan Wefie Raya Jus Hidayah Gold Serai Mas di Ruang Shah Alam.
Menurutnya juga memang ada yang bergurau dan menghubunginya beberapa kali untuk bertanyakan soalan, tetapi biasanya akan dijawab dengan baik. Jika ada rasa yang tidak kena perbualan terhenti di situ sahaja.
Sebagai seorang ustaz juga Imam Muda Asyraf akan berusaha mengelak menggunakan status itu sebagai tiket untuk mudah di dampingi mana-mana wanita hinggakan timbul dakwaan tidak berasas. Beliau sebaliknya meletakkan dirinya sebagai ustaz yang hanya menjalankan tugas sebagai pendakwah
Dalam majlis berkenaan, Imam Muda juga turut dilantik menjadi duta bagi produk Jus Hidayah Gold. Mengambil masa lama untuk menerima tawaran diberikan sebelum itu dan hanya bersetuju setelah perbincangan dilakukan di kedua-dua belah pihak.
Dewasa ini ramai kaum suami yang memang liat untuk memberikan nafkah pada isteri mereka. Macam-macam alasan diberi agar duit poket mereka selamat dari mengalir keluar.
Setiap kali dapat gaji, buat-buat lupa walhal isterilah yang selama ini menyediakan makan minum dan menguruskan rumah tangga.
Bagi yang tak bekerja, mungkin tidak akan rasa terbeban, tetapi yang hanya bergelar suri rumah bagaimana pula dengan keinginan untuk memegang duit sendiri?
Terpaksa pendam dalam hati, gara-gara tidak diberi nafkah oleh para suami. Ketahuilah bahawa sebaik sah ijab dan kabul, menjadi tanggungjawab suami untuk memberikan nafkah zahir dan batin.
Seperti perkongsian di laman facebook oleh lelaki ini, Wan Kamarul Wan Salim yang disedarkan oleh isterinya betapa perlu memberi wang nafkah walaupun nilainya hanya RM1.
Menitis air matanya tatkala isteri tercinta meminta wang nafkah darinya yang tak seberapa. Kadang-kadang kita sebagai insan tak sempurna terlupa pada perkara ini dan mujurlah ada seseorang yang mengingatkan kita yang alpa.
Jom kongsi kisahnya dan buat para suami jangan nak buat-buat lupa hulur sedikit wang gaji setiap bulan buat isteri.
Seusai mengemas semua barang yang akan dibawa pulang ke Negeri Kenyalang, tiba2 aku didampingi oleh isteri tercinta. Senyum2 malu dengan menampakkan wajah yang sedikit gelisah. Aku hanya perhatikan gerak geri dan bersedia mendengar apa jua tutur katanya.
” Abang, ada tak duit seringgit ( RM 1 )?” soalnya. Ada. Nak buat apa sayang?” Ku lihatnya makin kelu. Tampak berkaca diruangan kelopak matanya. Tergagap-gagap apabila suara dilontarkan. Abang, sayang faham abang banyak berhabis sebulan dua ni. Membeli tiket ulang alik ke kampung halaman. Lumrah anak rantau. Terkadang melupakan untuk hal diri sendiri. Tapi sayang tiada punya niat lain. Sayang nak bersihkan rezeki abang. Sayang nak selamatkan abang dari murka Allah. Maafkan sayang, ujarnya perlahan”.
“Kalau abang ada seringgit (RM 1) , abang hadiahkan kepada sayang.Anggaplah ia sebagai nafkah pemberian abang kepada sayang”. Allah, sesungguhnya aku terkedu Ya Allah.Air mataku mula berlinangan. Mungkin kita suami terlupa, atau memang keadaan kita yang mendesak.
Ya Allah, Kau anugerahkan kepadaku seorang wanita yang mulia hatinya. DemiMu Ya Allah, aku akan berusaha tidak akan menyakiti hatinya.
Maafkan saya atas perkongsian ini. Nampak simple.Hanya nafkah. Walaupun isteri kita berkerja. Itu hak mereka. Hakikat yang lebih besar ialah rahmat Allah untuk kita dalam berumahtangga.Moga dengan kita berbuat baik kepada isteri, rahmat Allah akan mencurah2 dalam hubungan kita.Aamiin.
Dalam rezeki kita, tersimpan hak orang lain.Walau hanya seringgit !
Wan Kamarul, Sabar menunggu bot ekspress Sibu – Kuching.