Matang dan berdikari. Itulah ciri-ciri yang membuatkan Alha Alfa terpaut hati dengan tunangnya, Noor Azlin Ismail. Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil yang lebih dikenali dengan Alha Alfa telah mengikat tali pertunangan pada 29 Disember tahun lalu.
Dalam mood darah manis, kedua-dua bakal mempelai ini bakal disatukan pada tanggal 28 September 2019 bersempena tarikh lahir Azlin. Sikap matang dan tidak meminta-minta yang ada pada diri Azlin telah membuahkan rasa cinta Alha pada gadis berwajah manis itu.
“Tahun lepas kami memilih untuk mengikat tali pertunangan pada 29 Disember 2018 sempena hari kelahiran saya yang ke 30. Tahun ini pula 28 September itu bersempena tarikh lahir Azlin yang ke 23,”ujar Alha.
Akui Alha sikap matang yang ada pada diri Azlin membuatkan dia jatuh hati pada wanita itu.
TIDAK SUKA MEMINTA-MINTA
“Azlin orangnya bukan jenis suka meminta-minta. Dia juga jenis orang yang tak banyak cakap. Cool sahaja orangnya. Meskipun usia kami berbeza tujuh tahun namun pemikiran Azlin sangat matang. Mungkin pengalaman yang dilaluinya membesar bersama ibu dan adik beradiknya selepas kehilangan ayah tersayang telah mematangkan hidup Azlin,”ujar Alha anak kelahiran Taiping, Perak.
Perkenalan antara Alha dan Azlin bermula ketika Azlin menjadi model mekap Alha ketika kelas mekap di Taiping. Sejak detik itu Alha merasakan sudah wujud keserasian antara mereka berdua.
“Saya suka orang yang tidak banyak cakap. Ciri itu ada pada Azlin. Dalam tak diam, kami sudah lima tahun kenal antara satu sama lain. Kalau marah pun dia jenis diam sahaja. Lagi satu, Azlin ni jenis yang cukup faham dengan situasi saya bekerja. Dia tak mudah merajuk kalau saya tidak balas Whatsapp atau call kerana dia faham dengan tugas saya yang sentiasa sibuk,” jelas Alha lagi.
Ads
BUKAN KERANA HARTA DAN STATUS
Ditebak tentang persoalan Azlin memilih Alha dek kerana status dirinya sekarang. Ini jawapan Alha.
“Kalau nak kata dia memilih saya kerana status saya sekarang itu tidak benar. Azlin kenal saya waktu saya masih belum ada apa-apa. Waktu itu saya masih struggle nak majukan kerjaya dan bisnes saya.
“Dia juga bukan wanita yang mata duitan. Sepanjang kami kenal, dia tidak pernah meminta-minta. Saya masih ingat ketika mula-mula call ibunya untuk serius dan masuk meminang.
“Bila ditanya tentang berapa wang hantaran mak dia hanya cakap, saya hendak ambil Azlin pun dia sudah bersyukur sangat. Nak bagi berapa pun tak apa. Allahu saya rasa syukur sangat kerana masih ada orang yang ikhlas dan tidak memandang kebendaan,”ungkap Alha.
Dalam pada itu, menerusi perbincangan antara kedua-dua keluarga juga, pihak perempuan akan menerima senaskhah al-Quran sebagai hantaran pada majlis akad nikah mereka.
PERKONGSIAN ALHA
Ditanya bagaimana Alha dan Azlin mengukuhkan hubungan sepanjang lima tahun perkenalan sehingga bakal bergelar suami isteri, Alha tidak keberatan berkongsi tip.
1.Ada persefahaman. Faham dengan tugas masing-masing. Apatah lagi kerjaya saya yang sentiasa sibuk dan memerlukan komitmen yang tinggi.
2.Saling mempercayai antara satu sama lain. Ini penting bagi mengelakkan syak wasangka yang akhirnya boleh ‘membunuh’ sebuah perhubungan.
Ads
3.Walau sesibuk macam mana sekali pun, jangan sesekali lupa untuk saling berhubung antara satu sama lain. Ini penting bagi memastikan masing-masing rasa diperlukan di samping rasa ‘dekat’ walau pun berjauhan.
4.Jujur antara satu sama lain. Azlin dia suka bercerita dengan saya apa sahaja tentang dirinya. Contohnya kalau keluar makan tiba-tiba ada orang belanja atau tiba-tiba ada orang bagi surat. Semua ini penting bagi mengelakkan salah faham.
5.Perlu ada sifat cemburu tapi cemburu yang berpada-pada. Kalau cemburu buta sampai mengokong itu tidak bagus untuk sesebuah perhubungan.
Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.
Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.
“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.
“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.
“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.
Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.
“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.
Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.
Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
Organ wanita yang mengalami menstruasi itu tandanya telah berfungsi dengan matang. Menstruasi sendiri merupakan proses keluarnya darah dari area kewanitaan yang secara alami terjadi kerana kitaran bulanan pada tubuh wanita.
Biasanya, menjelang menstruasi, akan terjadi gejala-gejala yang tidak menyenangkan malahan menganggu aktiviti harian anda. Misalnya seperti kram perut, lenguh, mod bertukar dan sebagainya. Adakah anda sering mengalaminya?
Ya, gejala-gejala tersebut disebut Pre-Menstrual Syndrome (PMS). PMS ini boleh beri gangguan fizik mahupun emosi yang terjadi selama beberapa hari sebelum menstruasi. Berlaku sekitar 5 hingga 11 hari sebelum haid dan akan hilang setelah haid bermula. Namun,
Adakah semua wanita mengalami PMS yang sama. Ada yang hanya mengalami gejala ringan dan ada pula yang mengalami gejala berat hingga mengganggu tugasan harian.
Gejala-gejala PMS sebagai tanda-tanda anda datang haid. Sekiranya anda pertama kali dating haid perhatikan gejala-gejala seperti berikut:
Kram perut biasanya seringkali buat anda tidak selesa, ini disebut juga dengan dysmenorrhea primer. Kram terasa dibahagian-bahagian tubuh tertentu seperti punggung dan pangkal peha bahagian bawah. Kram terjadi kerana menstruasi, rahim akan melakukan kontraksi untuk melepaskan lapisan dalam rahim (endometrium) ketika tidak terjadi kehamilan.
Bukan semua orang ada simptom ini dan adakalanya jerawat rawan kemerahan muncul.Ketika haid, hormon estrogen dan progesteron akan menurun dan hormon androgen akan meningkat. Peningkatan hormon androgen ini menyebabkan produksi minyak di kulit lebih banyak, yang mendorong jerawat.
Sebelum datang bulan, hormon estrogen memang meningkat dan merangsang pertumbuhan saluran susu di payudara. Tidak hairan terkadang payudara terasa bengkak. Gejala ini juga terkadang disertai rasa sengal di bahagian payudara.
Sakit kepala ini disebabkan oleh kadar hormon yang turun naik. Saat kitaran menstruasi, hormon serotonin boleh meningkat, sehingga mendorong terjadinya sakit kepala.
Biasanya, gejala PMS juga menyebabkan sakit pada beberapa bahagian tubuh. Salah satunya adalah di bahagian bawah punggung. Ini kerana terjadinya kontraksi uterus ketika menjelang menstruasi.
Gejala ini bukan semua wanita mengalaminya. Namun ada juga yang mengalaminya ketika menjelang datang bulan kerana nafsu makan meningkat sehingga membenarkan berat badan naik. Perkara ini kerana sistem hormon dalam tubuh memang turun naik.
“Marah-marah datang bulan la tu”, lelaki selalu mengakui ini dan menjadikan gejala ini septikal pada wanita. Mod bertukar ini disebabkan oleh kadar hormon estrogen dan progesteron yang turun naik. Hormon estrogen boleh menurunkan rasa bahagia, meningkatkan rasa cemas dan sebagainya. Sementara progesteron pula memberi kesan menenangkan.
Perubahan hormon menjelang menstruasi boleh membuat tubuh mudah penat ketika menjalankan aktiviti. Ini kerana hormon yang turun naik sehingga berpengaruh pada sistem-sistem kerja tubuh. Itulah kenapa saat menstruasi, disarankan rehat yang secukupnya.
Sekiranya terjadi gejala-gejala di atas, bertemu dengan doctor. Sekiranya PMS masih menggangu untuk menjalankan segala aktiviti, anda boleh meringankan gejala-gejala tersebut dengan makanan mahupun minuman meredakan PMS. Pengambilan gizi tubuh memang sangat berpengaruh dalam meringankan gejala menstruasi.
Air putih menjadi minuman pereda PMS yang wajib dan mencukupi.Untuk hindarkan dari dehidrasi yang menyebabkan sakit kepala mahupun kram perut. Secara umumnya setiap hari cukup 8 gelas. Namun perlu disesuaikan mengikut keadaan badan.Tanda anda cukup minum air secukupnya, air kencing anda jernih dan sebaliknya sekiranya tidak mencukupi.
Yoghurt salah satu bahan makanan yang tinggi kandungan kalsium. Menurut penelitian, kalsium sangat bermanfaat dalam mengurangkan terjadinya PMS. Selain itu, mengambil kalsium yang cukup juga boleh kurangkan gejala depresif dan kecemasan saat PMS. Anda juga boleh memakan bahan makanan sumber kalsium lainnya seperti susu dan keju.
Buah-buahan sangat disarankan yang banyak kandungan airnya seperti tembikai, boleh menjadi makanan pereda PMS. Buah-buahan tersebut boleh membantu mencukupkan keperluan cairan anda. Buah juga pastinya memiliki banyak vitamin dan mineral yang bermanfaat untuk tubuh.
Makanan pereda PMS selanjutnya adalah ikan salmon yang kaya dengan kandungan asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 sangat bermanfaat dalam menambah kesihatan otak dan memperbaiki mood apabila PMS. Kemudian ada juga kandungan vitamin B yang membantu anda supaya tidak mudah merasa keletihan. Selain itu, ikan salmon juga terkandung vitamin D yang boleh mengatasi perubahan mod dan mengurangkan stres. Selain salmon, ikan-ikana lain yang memiliki kandungan omega-3 juga boleh anda makan. Contohnya ikan sardin, tuna, dan sebagainya.
Ternyata rempah ini berjaya meringankan gejala PMS seperti sengal otot atau di bahagian pangkal peha. Kamu boleh mengolahnya menjadi minuman pereda PMS dengan dicampurkan dalam minuman teh atau direbus atau direbus menjadi air.
Kandungan dalam halia ini adalah zat antiinflamasi yang boleh meredakan sengal otot. Disarankan sehari cukup makan 4 gram halia sahaja. Sekiranya berlebihan kemungkinan berisiko perut anda akan memulas-mulas.
Ternyata coklat juga menjadi makanan pereda PMS yang boleh anda makan. Namun, pilih jenis dark chocolate ya, bukan coklat dengan komposisi gula yang terlalu banyak. Coklat gelap kaya dengan kandungan zat besi dan magnesium.
Zat besi bermanfaat untuk mencegah anemia ketika haid. Sementara magnesium manfaatnya adalah meringankan gejala PMS. Penelitian menunjukkan kalau individu yang kekurangan magnesium, mengalami gejala PMS yang parah. Cubalah!
Kacang memiliki kandungan asid lemak omega-3 yang sangat berpengaruh untuk meredakan gejala-gejala PMS dan melancarkan haid. Salah satu jenis kacang-kacangan yang boleh anda makan adalah kacang gajus yang memiliki kandungan magnesium dan vitamin B6. Selain itu ada juga kandungan magnesium boleh mengurangkan gejala seperti susah tidur, payudara sensitif, dan sebagainya. Jenis kacang lain seperti almond, kacang brazil dan kacang pinus.
Sayuran hijau memiliki kandungan zat besi, magnesium, dan juga vitamin. Misalnya bayam dan brokoli. Makan bayam dan brokoli boleh meringankan gejala seperti sengal otot, kram perut, dan mencegah keinginan untuk makan berlebihan. Siklus menstruasi anda juga boleh teratur apabila memakan sayuran hijau sebagai menu makan harian.
Pisang memiliki kandungan kalium dan vitamin B6 yang boleh meringankan gejala sengal otot saat PMS. Gejala kram perut yang mengganggu aktiviti juga akan lebih reda. Selain itu, pisang juga boleh anda makan untuk mempertahankan rasa kenyang supaya tidak banyak makan makanan ringan saat menstruasi. Sehingga, berat badan akan lebih mudah diuruskan. Pisang juga memiliki kandungan triptofan yang mampu meningkatkan serotonin otak. Fungsinya adalah memperbaiki suasana hati dan mengurangi kecemasan.
Kurkumin yang boleh meringankan PMS. Kurkumin ini menyebabkan rasa sakit seperti pada perut, punggung bahagian bawah, pinggul dan sebagainya. Bahkan kurkumin ini juga boleh mengatur zat kimia dalam otak sehingga anda mudah mengalami perubahan mod. Anda boleh makan rempah ini sebagai jamu atau campuran dalam masakan. Yang pasti, kunyit ini bermanfaat untuk wanita, karena jugaboleh melancarkan haid.
T tinggi protein, zat besi, dan magnesium, pastinya sangat bermanfaat untuk meringankan gejala-gejala PMS dan mencegah anemia mahupun kepenatan ketika haid. Selain itu, quinoa ini cenderung rendah indeks glikemik. Memakannya boleh mengendalikan rasa lapar anda agar pola makan saat PMS lebih terkawal.
Teh sangat bermanfaat dalam mencegah terjadinya kram perut ketika PMS. Selain itu, minuman ini pun boleh memperbaiki suasana hati dan membuat perasaan lebih tenang.
Berbagai jenis teh yang boleh anda minum antaranya teh hijau, teh chamomile, mahupun teh peppermint. Namun kalau memang ingin meminum teh, secukupnya ya kerana teh selalu dikaitkan dengan kembung perut.
Nenas sangat bermanfaat dalam meringankan gejala sengal otot atau kram perut. Soalnya, ada kandungan enzim bromelia di dalam buah ini yang membantu mengatasi ketegangan otot. Saat menstruasi, otot di dinding rahim pastinya akan berkontraksi. Kamu boleh makan nenas baik secara langsung atau dibuat jus untuk meredakan sengal otot.
Avokado mengandung vitamin B6 yang mampu meredakan sakit haid dan perubahan mod. Buah ini juga bermanfaat dalam menjaga keseimbangan hormon,kandungan vitamin E yang bermanfaat mencegah kram perut. Selain bermanfaat, rasa buah ini pastinya juga lazat dan mengandung lemak baik untuk tubuh.
Manfaatnya makanan ini boleh meringankan pelbagai gejala PMS seperti Kedua bahan makanan ini juga mampu mengurangkan rasa cemas dan depresi. Kemudian kandungan zat besinya boleh mencegah terjadinya anemia saat menstruasi dan melancarkan sirkulasi darah sehingga tidak mudah pening atau keletihan.
Selain makan makanan yang meredakan, anda juga digalakkan mengelakkan makanan-makanan ini agar gejala-gejala PMS tidak bertambah rumit.
Salah satu makanan yang perlu dihindari ketika PMS adalah makanan dengan kandungan garam tinggi. Contohnya snack, makanan yang diproses dan sebagainya. Garam yang terlalu banyak boleh menyebabkan rasa kembung yang tidak selesa.
Selain makanan banyak garam, makanan atau minuman yang tinggi gula juga boleh memparahkan gejala PMS. Soalnya terlalu banyak pengambilan gula boleh mendorong anda ‘moody’. Selain itu, makanan atau minuman tinggi gula akan cenderung tinggi kalori yang mendorong kenaikan berat badan. Contoh makanan atau minuman yang tinggi gula adalah cake, ais krim, minuman ringan dan sebagainya.
Minuman berkafein seperti kopi juga sebaiknya kamu hindari kalau ingin meredakan PMS. Kafein bersifat diuretik yang boleh buat tubuh anda kekurangan
Kalau anda peminat tegar makanan pedas, berhenti dahulu Ketika alami PMS. ini kerana makanan pedas boleh mendorong sakit perut dan diare. Pastinya tidak selesa saat mengalami gejala sakit atau kram perut, ditambah dengan makan pedas?
Jangan biarkan PMS menggangu aktiviti harian anda, pengambilan makanan sihat baik juga menjamin gaya hidup yang sihat. Lakukan senaman ringan supaya otot bergerak lebih baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit yang bersinar dan bersih merupakan asas kepada kecantikan yang natural. Nasib baik kulit yang sihat, bersinar dan sihat ini mampu dicapai dengan panduan rutin penjagaan wajah yang betul.
Namun apa yang penting untuk memastikan kulit kekal sihat setiap pagi, hijabi perlulah tidur yang mencukupi. Jom hijabista kongsikan lima perkara yang wanita berkulit sihat buat setiap pagi.
Jika anda sememangnya mengamalkan rutin ini, tahniah! Anda berada di jalan yang betul untuk mendapatkan kulit yang sihat dan bersinar. Mencuci wajah dua kali sehari adalah rutin yang ideal dan ia seharusnya dilakukan secara konsisten. Liang pori kulit wajah lebih mudah tersumbat dengan kotoran, toksin dan banyak lagi yang boleh menyebabkan kulit anda merengsa. Dengan cucian dua kali (pagi dan malam) ia akan memudahkan kulit anda untuk menyingkirkan sel kulit mati. Syaratnya, dapatkan pencuci wajah yang sesuai dengan kondisi kulit anda. Normal, kering, berminyak atau kombinasi, periksa dan ketahui kulit anda sebelum membeli pencuci muka yang sesuai.
Surprisingly tidak ramai di antara kita yang memakai SPF atau sunscreen ini secara konsisten. Tahukah anda ianya sangat penting untuk kesihatan kulit wajah? Jangan sesekali anda skip langkah ini kerana sinar UV mampu merosakkan sel kulit yang boleh mengakibatkan timbul tanda-tanda penuaan pra-matang. Masih belum terlambat untuk anda masukkan rutin ini ke dalam regimen kecantikan harian anda.
Biasanya antioksidan ini datang dalam bentuk serum dan ia mampu menghalang dan melambatkan proses penuaan pra-matang. Antioksidan ini juga mampu melindungi kulit wajah anda dari radikal bebas, pencemaran dan juga stres. Pakai serum anda setiap hari di bawah sunscreen dan juga pelembap.
Tidak kiralah bintik itu bintik hitam atau jerawat, rawat ia sebelum ia menjadi lebih teruk. Wanita yang memiliki T-zone yang berminyak selalu mendapati pipi mereka lebih kering. Gunakan krim anti jerawat yang ditambah asid salisilik pada kawasan yang berminyak manakala gunakan produk melembap pada kawasan yang kering.
Tidak bermakna satu-satu produk mekap yang popular itu ideal untuk kulit anda. Kita semua memiliki kondisi kulit yang berbeza dan memadankan produk mekap dengan kondisi kulit anda sangat penting dalam memastikan kemaslahatan kulit wajah anda. Anda boleh sahaja bertanya kepada pakar dermatologi anda atau cari di dalam internet mahupun blog kecantikan akan bahan yang boleh dan tidak boleh anda pakai.
Nota kaki : Rutin penjagaan wajah yang konsisten dan juga produk yang berpadanan dengan kondisi kulit anda akan membuatkan kulit anda sihat dan bersinar. Tidak perlu berbelanja beribu ringgit untuk membuat rawatan di klinik atau spa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.