Selain Rozita Che Wan, adiknya Ayu Raudhah juga sering jadi perhatian netizen kerana keayuan dan kecantikan wajahnya. Sejak melahirkan anak ketiganya, cerita mengenai dirinya jarang terpapar di media sosial. Hinggakan ramai tidak tahu rupa-rupanya awal tahun ini Ayu hampir maut kerana mengalami apendiks yang memaksa dia melakukan pembedahan segera kerana sudah pecah. Bukan itu sahaja, dia juga terkena jangkitan kuman pada paru-paru. Ayu yang baru sahaja sembuh sepenuhnya bersyukur kerana diberi peluang kedua oleh Allah untuk menghirup udara yang segar ini.

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Pada Mulanya Sakit Perut & Rasa Mual

Ketika bertemu di majlis perlantikan kakaknya, Rozita Che Wan sebagai duta bagi produk serum Nell Aesthetica di sebuah hotel di ibu kota, Ayu memberitahu pada mulanya dia hanya diserang sakit perut dan berasa mual-mual. Dia yang pada menyangka dirinya mengandung kerana mengalami muntah teruk sehingga keluar muntah hijau.

Dan apabila pergi mendapatkan rawatan di klinik, doktor hanya memberikannya ubat angin. Namun sakit itu tidak hilang malah semakin teruk hingga memaksa dia mendapatkan rawatan di hospital.

Keadannya ketika itu cukup serius sehingga perlu dimasukkan ke wad emergency. Setelah dibuat pemeriksaan teliti, doktor mengesan dia mengalami apendiks dan perlu jalani pembedahan segera kerana apendiks berkenaan telah pecah.

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Lepas Pembedahan, Diserang Jangkitan Kuman Pada Paru-Paru

Setelah pembedahan selesai, Ayu sekali lagi diduga apabila dia diserang demam. Apabila membuat pemeriksaan darah dan x-ray, doktor membritahu ada jangkitan kuman pada paru-paru. Malah bacaan CRP juga tidak normal dan dia terus di tahan di wad HDU kerana sukar untuk bernafas dan dada terasa begitu ketat.

IKLAN

Pada masa itu, Ayu merasakan nyawa bagaikan di hujung tanduk. Kesukaran untuk bernafas dan badan yang semakin lemah menyebabkan dia betul-betul rasa tidak sihat.

Ayu kemudiannya terpaksa masuk semula ke hospital selama 11 hari untuk mendapatkan rawatan antibiotik bagi merawat jangkitan kuman pada paru-paru. Setelah sihat dia kemudiannya dibenarkan untuk balik ke rumah. Tetapi sekali lagi dia merasakan sakit semula.

Ketika itu Ayu tidak mampu untuk berdiri, tak boleh berjalan dan apabila pergi semula ke hospital dan membuat rawatan CT scan, tiada apa-apa yang berlaku. Cumanya jangkitan kuman baru mahu hilang dari badannya. Justeru untuk memastikan kesihatan benar-benar pulih, Ayu sekali lagi perlu ditahan untuk tempoh seminggu dan meneruskan rawatan antibiotik.

Ruptured Appendix + Lung Infection + Lung Equeous = 11 Days Admitted 2 times surgery Bills over rm 50,000 Alhamdulillah mujurlah amik PRUDENTIAL BSN TAKAFUL sgt2 puas hati… bukan nk promot tp nk kongsi..i baru ja ambik insurance ni 1tahun lebih mcm tu, mmg berbaloi sbb baru byr berapa dh dpt claim rm50k bayangkan kalau xdak insurance??? dah la menangung sakit, kena keluar duit lg.. sapa nk tlg kita bayaq Puluh2 ribu tu??? I ambik dgn agent yg mmg saya kenal.. (Helmi +601121681547) dia siap dtg melawat dan uruskan i dpt bilik yang sangat selesa. Syukur Alhamdulilah.. i dh semakin pulih ,tp yg paling sedih dh xbole bagi laura breastfeed .. sbb still on antibiotik ?.terima kasih pada semua yg bendoakan kesihatan ayu.? semoga kita semua diberi kesihatan yg terbaik.amin #ujianAllah #dugaanAllah #redha #ikhlas #kasihsayangAllah #prubsntakaful

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Susu Badan Jadi Racun, Baby Tak Boleh Menyusu

Apabila rawatan antibiotik ini berterusan menyebabkan bayinya yang baru berusia 7 bulan tidak dapat menyusu badan kerana susu sudah menjadi racun. Susu yang dipam bertukar menjadi warna hijau kebiru-biruan kerana pelbagai ubat yang masuk dalam badannya sepanjang berada di wad.

IKLAN

Memaang Ayu bersedih sebab perlu menggantikan dengan susu formula tetapi dia bersyukur kerana bayinya tidak ada masalah untuk minum susu formula sebagai gantian. Sehingga sekarang selepas keluar dari wad Ayu tidak berani untuk memberikan susu badan memandang masih lagi perlu menghabiskan makan antibiotik.

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Semua Hanya Pinjaman & Allah Berhak Ambil Semua

Sepanjang sakit itu memang Ayu tidak berkongs kesakitan yang dihadapi awal tahun ini dengan mengikutnya di laman sosial. Cuma setelah sembuh barulah Ayu berkongsi kos rawatan yang perlu ditanggung olehnya dan mengingatkan followernya agar mengambil insuran peribadi memandangkan kos di hospital amatlah tinggi.

Ketika sakit itu Ayu terfikir kalau Allah nak ambik diri kita, bila-bila masa sahaja pun boleh. Bayangkan selama ini tidak ada tanda-tanda sakit dan apabila terus diserang sakit yang teruk boleh dikatakan seperti berada di ambang maut.

IKLAN

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Menurutnya, kesihatan atau apa sahaja yang ada bukan milik abadi dan ia hanya pinjaman. Allah berhak untuk ambil apa yang Dia mahu. Situasi ini menyebabkan dirinya terasa begitu kerdil di sisi Allah dan lahir perasaan insaf.

Dalam masa sama sama ibu kepada tiga cahayamata, Aisy Qaiser, Aisy Aryan dan Laura Zuleykha turut beruntungg kerana dikurniakan suami yang cukup memahami kesihatan diri yang tidak sihat ketika itu. Begitu juga dengan sokongan dan pertolongan dari ahli keluarga yang boleh menjaga anak-anaknya sepanjang dia menerima rawatan di hospital.

A post shared by Ayuraudhah_7 (@ayuraudhah_7) on

Walaupun kini sudah sembuh dari dugaan yang menakutkan itu, tetapi bagi Ayu dia akan lebih berhati-hati menjaga kesihatan diri terutama soal pemakanan dan kesihatan diri supaya penyakit sama tidak berulang.

KREDIT FOTO: TUAN AZMAN (TOP IMAGE) & INSTAGRAM AYU RAUDHAH

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI