Cerita tentang kematian mengajar manusia erti kehidupan. Menerusi pemergian orang tersayang pasti ada kisah yang boleh dipelajari dan dijadikan panduan. Baru-baru ini bintang fesyen dan usahawan terkenal Indonesia yang juga pernah suatu ketika dahulu mengukir nama di Malaysia, Dian Pelangi, berkongsi di Instagram tentang kematian anak saudaranya, Dzaqilla Azzahra Malaika binti Muhammad Dion Muharom pada tanggal 16 Ogos 2022.
Lebih menyentuh hati, dalam hantaran tersebut dia memuat naik sebuah video abangnya yang dilihat seolah-olah sedang bercakap dengan anaknya yang sudah meninggal dunia.
Tulis Dian, “Seorang Ayah, yang mungkin… mungkin sedang bercerita tentang jalan setelah pintu kematian, kepada puteri kecilnya. Dia sedang menceritakan bahwa syurga itu luas, indah, dan sejuk. Dia sedang memberitahu akan bertemu dengan siapa puterinya nanti.
“Kerana dia sendiri tak lagi dapat menemani puterinya. Membisikkan bahawa puterinya tak akan sendiri, akan banyak bidadari syurga yang memeluknya dalam cinta dan kehangatan meski ibunya tak di sana. Akan banyak malaikat yang kuat yang akan menjaga dirinya meski ayahnya tak bersamanya. Akan banyak malaikat kecil yang mengajaknya bermain, meski kakaknya tak bisa lagi bermain dengannya.”
“Dan ada Allah, sang Maha Pengasih dan Penyayang. Pun dia sedar, puterinya berada di tempat terbaik sekarang. Tak lagi merasakan sakitnya jarum suntik, tak lagi minum susu melalui selang, namun perpisahan sejatinya bukanlah suatu keinginan.
Ads
“Maka, Ayah ibunya hanya dapat berserah dengan ikhlas karena yakin putrinya meraih syurga tanpa hisab, menitipkan putrinya kepada sang pencipta, dan berharap putri kecilnya akan menunggu, memanggil dan menjemput Ayah dan Ibunya di pintu surga kelak.”
Untuk pengetahuan pembaca HIJABISTA, allahyarhamah Dzaqilla Azzahra merupakan kanak-kanak istimewa yang dilahirkan dengan sindrom down. Menurut maklumat yang dikongsikan oleh Dian lagi, anak saudaranya yang berusia hampir dua tahun itu menghidap penyakit leaukimia dan beberapa penyakit lain.
Ads
Pemergian si kecil ini ternyata menyentuh hati, apatah lagi usia allahyarhamah hanya berbeza dua minggu sahaja dengan anak sulung Dian sendiri, Rumi.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pendakwah bebas dan pelakon PU Riz mengakui ada menjalani rawatan menanam rambut sekitar Oktober tahun lepas.
Kata PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 25, keputusannya untuk menanam rambut kerana berdepan masalah keguguran rambut yang serius pada bahagian hadapan dan tengah kepala.
"Malulah kalau umur 25 tahun rambut tengah dah hilang. Jadi kita ambil kelebihan teknologi yang ada kita untuk memperbaiki dan memelihara kesucian yang Allah berikan kepada kita.
"Boleh untuk tanam rambut, tak berdosa tapi jangan ubah apa yang Allah beri kepada kita," katanya.
Sebanyak 2,000 helai rambut pada bahagian belakang kepalanya diambil dan ditanam semula di bahagian hadapan.
Melalui prosedur itu, PU Riz akui sakit memandangkan dia mengelak daripada mengambil ubat bius yang banyak.
"Setiap orang pengalaman berbeza-beza. Bagi saya rawatan ini sakit terutama ketika proses mencabut rambut asal di bahagian belakang kepala.
"Saya pula cuba elakkan ubat bius terlalu banyak sebab tidak mahu muka bengkak selepas rawatan itu.
"Alhamdulillah, hasil yang diperolehi pun sangat memuaskan hati," tambahnya.
A post shared by Dr Shah (@drshahhairclinic) on May 31, 2020 at 10:07pm PDT
Mengulas mengenai hukum menanam rambut yang masih diragukan hingga kini, PU Riz menjelaskan rawatan tersebut tidak haram.
"Bukannya haram tanam rambut sebaliknya menyambung rambut itu yang haram.
"Kalau kita berjumpa orang lebih pakar dan kita ikut nasihatnya, tiada masalah.
"Cuma kalau kita menambah perkara tak perlu itu ada kemusykilan dan sepatutnya tak bolehlah.
"Kalau ada masalah rambut berjumpalah pakar sebab pastinya kita mahukan rambut yang sihat dan segar," katanya.
HUKUM MENANAM RAMBUT DI KEPALA
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali ke 3/2011 yang bersidang pada
14 Jun 2011/ 12 Rajab 1432H telah memutuskan seperti berikut;
Menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah menggunakan rambut sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang suci dan
tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan yang boleh memudharatkan.
Jadi lepas ini tidak perlu ragu-ragu lagilah buat sesiapa yang ingin menanam rambut.
Sumber kredit: Astro Gempak, muftiselangor.gov.my dan Instagram drshahhairclinic
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bagi pasangan yang baru berumah tangga, pastinya kemanisan merasai cinta itu sentiasa hangat dan membara. Tetapi macam mana pula bagi pasangan yang sudah lama berkahwin?
Adakah rasa cinta sudah makin pupus dek kerana pelbagai faktor? Jangan sesekali biarkan rumah tangga jadi lemau begitu kerana ia seharusnya dibajai dengan penuh kasih sayang agar terus subur dan kekal hingga ke syurga firdausi.
Ada pelbagai cara untuk pastikan rumah tangga kekal bahagia. Dan salah satunya dengan mengamalkan ayat pengikat kasih antara suami isteri.
Dalam sau perkongsian di laman facebook oleh Hanisah Mansor, dia mendapat amalan ini apabila melihat rancangan TV Semanis Kurma.
Dalam satu episod, Ustazah Siti Nor Bahiyah berkongsi dengan penonton satu ayat pengikat kasih antara suami isteri.
Surah yang dimaksudkan adalah dari Surah Al-Imrah ayat 26 hingga27. Diamalkan 3 kali selepas setiap kali solat fardu.
Menurutnya amalan secara berterusan insya-Allah hubungan suami isteri menjadi lebih erat. Dia yang mengamalkan petua ini sejak malam itu bersyukur kerana hubungan dengan suami tetap bahagia.
Walaupun ada sedikit gaduh, tetapi tiada berlaku perkara buruk dalam hubungan mereka. Menurutnya juga, ayat ini bukan sahaja untuk pengikat kasih suami isteri, tetapi juga boleh diamalkan untuk membantu kita dengan mudah menyelesaikan masalah hutang.
Wallahualam
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Penulis dan aktivis terkenal Amerika Syarikat (AS) Jeffery Shaun King dan isteri Dr Rai King telah memeluk Islam pada hari pertama Ramadan 1445H.
Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Profesor Khaled Beydoun dalam satu siaran langsung di Instagram menunjukkan Shaun King dan isterinya melafazkan dua kalimah syahadah dengan bantuan ulama serta aktivis Muslim AS, Dr Omar Suleiman.
Kedua-duanya melafazkan syahadah dalam bahasa Arab. Video tersebut kemudiannya tular di media sosial.
Pada 25 Disember 2023, Shaun mendakwa Instagram telah menyekat akaun peribadinya berikutan sokongannya terhadap perjuangan Palestin.
Shaun yang memiliki lebih enam juta pengikut meluahkan kekecewaan terhadap larangan Instagram ke atasnya kerana memperjuangkan hak dan maruah rakyat Palestin.
Shaun telah berkongsi banyak jawatan pro-Palestin sejak 7 Oktober, mendedahkan kemusnahan di Semenanjung Gaza dan menyeru agar peperangan dan kekejaman Israel di wilayah itu dihentikan.
Raih Sokongan & Doa
“MashaAllah Shaun King dan isterinya, Rai, mengucapkan syahadah bersama Sheikh Omar Suleiman di Pusat Islam Valley Ranch pada malam pertama Ramadan,” tulis Zahra Billoo.
“Wajah mereka bersinar dan dia (Rai) kelihatan sangat cantik. Ini membuatkan hati saya sangat bangga,” tulis Ariba_Pervaiz.
“Shaun sentiasa menggunakan platformnya untuk menyokong kumpulan minoriti yang tertindas dan bersuara menentang ketidakadilan. Terrbaharu bersuara untuk rakyat Palestin. Lelaki ini harus dihormati. Menjadi Muslim adalah perkara yang paling membanggakan. Alhamdulillah,” tulis Samisuploads.
“Bangga menjadi sebahagian daripada keluarga ini,” tulis Profesor Khaled Beydoun, seorang pengarang buku terkenal dan pakar mengenai penindasan minoriti Muslim.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru beberapa kali layan siri premium 'Project; Exit', hati dah tersangkut, mungkin sebab isu kesihatan mental yang dipaparkan sangat relatable dan paling hebat siap,...